Mmmm, dah banyak barang yang kurang ni. Aloyah
memeriksa bekas yang biasa digunakan untuk menyimpan segala keperluannya
membaking. Kalau ajak Fiza ke Ipoh best jugak, boleh sambil-sambil menyopping.
Badariah masih menyiapkan keperluan perkahwinannya tak akan berlangsung tidak
lama lagi. Kadang-kadang dia dan Fiza ada juga menolong apa yang perlu.
‘Aku nak ke Ipoh hujung minggu ni.’
Pucuk di cita, ulam mendatang. Baru sahaja Aloyah
ingin memberitahu Fiza, gadis itu mendahului.
‘Aku baru nak ajak kau. Barang-barang aku dah
banyak yang tak ada ni.’
‘Mail ajak aku pergi. Dia nak beli barang PK
(pendidikan khas).’
Erkk... sambil nak date la tu. Jauhnya sampai ke
Ipoh.
‘Alamak, camana nak tumpang ni, karang kacau orang
date pulak.’
‘Hish, bukan nak date la. Kebetulan je dia ajak.
Aku pun nak cari barang pra. Jom la ikut sekali, tak la aku segan sangat. Mail
tentu tak kisah.’
‘Tak nak la. Nanti apa pulak dia kata.’
Aloyah bukannya tak boleh pergi sendiri. Tetapi
tak ada kawan boring pulak dia nak membawa kereta. Tak mengapalah, lain kali
dia boleh pergi semula. Aloyah ke dapur. Dia mahu membuat lasagna daging yang
dilihatnya di blog Dapur Tanpa Sempadan.
Sebenarnya dalam resepi tu menggunakan ayam, tapi Aloyah ada stok daging
cincang aje.
‘Cuba kau tengok ni.’
Aloyah menyengetkan badan.
Ø
Buleh jah eh, bakpo xleh nyo. Koho
rama koho suko. Keto sayo besa, takat Loyah nak masuk tu bereh jah.
Rupanya Fiza dah bertanyakan kepada Mail. Aduhhh
Syafiza ni. Dia bukannya apa. Setakat nak menumpang Mail tu tak menjadi masalah
tetapi Fiza bukan tak tahu kalau dia dah masuk ke kedai baking. Macam lebah
masuk taman bunga la jawabnya.Tak mengapalah, boleh juga kalau pergi
ramai-ramai. Baru happening sikit. Aloyah meneruskan projek lasagnanya. Dia
sebenarnya tak pernah buat pun lasagna ni. Haritu masa ke Ipoh, dia terjumpa di
bahagian pasta, kepingan 4 segi memanjang seperti plastik. Dia pun beli la saja
nak cuba. Bila di google ada banyak resepi yang boleh dicuba tetapi dia
berkenan pula dengan resepi sumbangan sifu Mat Gebu.
Dalam resepinya memang nampak banyak bahan tetapi
tak la susah sebenarnya. Cara nak membuat sos putih tu macam nak buat sos
carbonara je. Untuk fillingnya pula lebih kurang cara nak buat sos pizza. Cuma
yang Aloyah tak faham cara nak lembutkan lasagna tu. Kalau pasta biasa dia
masukkan aje dalam air panas mendidih dan letak garam dengan minyak zaitun.
Tapi yang ni dia masukkan 3 keping semuanya melekat. Rupa-rupanya lasagna ni
kena rebus satu-satu, baru tak lekat. Al-kisahnya...mana la Aloyah tahu. Dok
bajet sama je dengan pasta yang lain. -_-
Setelah bersilat hampir 2 jam di dapur dan lasagna
sudah selamat dimasukkan ke dalam oven, Aloyah menyertai Syafiza yang sedang
berinternet. Dia mahu menghabiskan beberapa episod lagi drama Boys Over Flower.
Hish...asal tengok drama ni je mesti ingat Encik
Paris. Nak buat camana, mukanya memang sama dengan Lee Min Ho yang serius nak
mampus tu. Aloyah setakat ni belum lagi
melihat Encik Paris tersenyum. Kalau tengok dalam drama ni, bila Gu Jun
Pyo tu senyum adehhh memang cair dia dibuatnya. Bukan tak hensem, bukan tak
lawa. Kalaulah Encik Paris senyum mesti hensem tapi entah kenapalah susah
sangat. Ish ish ish...
Aloyah sudah siap. Dia hanya berpakaian ringkas.
Cukup selesa dengan seluar kembang dan blouse. Shawl gaya biasa dikenakan.
Lagipun dia tak boleh melawan Syafiza, kang nanti Mail terpikat kepadanya pula.
Sling beg dicapai dan dia menunggu di ruang tamu. Janji nak keluar pukul 9, ada
15 minit lagi. Syafiza masih belum siap, tengah berdandan la tu. Bada pula ada
kursus kahwin minggu ni. Bakal suaminya datang dari Kuala Lumpur dan mereka
telah ke Pejabat Agama Tanah Rata pagi tadi.
Phewitt... sesekali bila Fiza mengenakan mekap,
memang terserlah jelita gadis itu. Selalu dia hanya menyarungkan tudung tanpa
sebarang oles bedak atau krim, tapi kali ni bila dia mengenakan tudung 3 layer
ala butterfly Butik D’Jasmin ditambah dengan
lipstik dan eye-shadow, memang nampak lainnya. Bila saje mereka keluar, Mail
sudah ada di halaman rumah. Yang peliknya enjin kereta Encik Paris yang
terpasang.
‘Kita gi denga Farih la, dio nok gi atek nak cari
bare kopiuter.’
Haih, dah elok-elok janji nak pergi dengan Mail,
kena pergi dengan Encik Paris pulak. Aduh, apasal la susah sangat nak ke Ipoh
ni. Segan pulak dia nak menumpang kereta bos.
‘Segan la saya.’
Fiza segan? Aloyah apatah lagi.
‘Nak sege gapo gak, buleh naik keto besar. Kalu
dok bilo lagi nak tera.’
Bukan itu masalahnya Mail...Tak faham perempuan
sungguh Mail ni.
‘Jom, jom.’
Encik Paris keluar dari rumah dan masuk ke kereta.
Aloyah berpandangan dengan Syafiza. Mahu tak mahu mereka bergerak menyertai
Mail untuk ke Ipoh. Nak beli Wish ni lambat lagi, dapat naik pun jadilah. 30
minit perjalanan, kedengaran lagu ‘Tuhan Jagakan Dia’
berbunyi. Antara lagu kesukaan Aloyah yang didendangkan oleh Motif Band.
‘Ya, ya. I tengah drive ni. Nanti I call you
balik.’
‘What? Dah habis? Kan baru je I bagi.’
‘Nantilah, nanti I call you lepas ni.’
‘Ok bye.’
Cakap dengan buah hati la tu. Walaupun menggunakan
bluetooth earphone, segan barangkali Encik Paris nak bersembang panjang. Kalau
tak pun takut pecah rahsia.
‘Korang nak ke mana dulu ni?’
‘Kawe nga Piza nak gi ko TESCO. Demo nak gi
kuano?’
‘Kawe nk pergi ke PC Depot. Dekat dah tu dengan
TESCO demo. Awak Loyah, nak ke mana?’
Pandai jugak mamat serius ni cakap Kelantan
sikit-sikit. Besar sungguh pengaruh Mail...
‘Saya nak ke kedai kek. Dekat dengan The Store
bandar.’
‘Saya tak tahu jalan ni, awak kena tunjukkan.’
‘Takpe, Mail tahu. Haritu kan kita dah pergi sana,
dekat OUM tu. Kau tak ingat ke?’
‘Ingat, ingat. Kita gi situ dulu la Rih pah baru
gi TESCO.’
Hampir 30 minit juga dari cabang empat Simpang
Pulai sebelum sampai ke Wah Seng Sdn Bhd, kedai yang menjual bahan-bahan
membuat kek. Aloyah memang suka membeli barang kek di situ, semuanya ada.
Kelas-kelas masakan juga ada cuma dia tidak berkesempatan lagi untuk
mengikutinya. Buku catatan kek dibuka. Di dalamnya sudah ada senarai
bahan-bahan yang di mahu. Syafiza menurutnya dari belakang. Mail dan Encik
Paris juga turun dari kereta. Nak tengok apa yang ada katanya.
Papan kek, kotak, pisau plastik, filling, jem,
acuan tart, cake slicer, walnut, gajus, hazelnut, coklat, serbuk almond, high
protein flour, brown sugar, gula aising, gula castor, lilin, ovalette,
chocolate rice, chocolate chips, badam, silicon mould, baking paper, paper
liner, muffin cup, figurine angry bird, figurine ladybird, piping bag, berus
silicon, milk chocolate bar, cooking chocolate bar dan pewarna adalah antara yang dia mahu. Tangan
Fiza dan tangannya penuh dengan barangan yang di beli. Mail yang melihat hanya
menepuk dahi. Baru dia tahu bila perempuan bershopping. Encik Paris pula menunggu berdekatan pintu.
Di situ ada aircond, sejuk sikit.
Bila nak masukkan barang ke dalam kereta, Encik
Paris mengunjukkan satu plastik.
‘Buatkan saya cheesecake macam hari tu.’
Eh, pandai pulak dia beli cream cheese. Kalau
Aloyah biasanya dia beli brand Tatura aje, itupun di TESCO, harga lebih murah
tapi kualiti tetap sama. Ni Encik Paris beli brand Philadelphia. Kalau dia
takde la, mahal sangat. Sampai dua ketul kau...
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke TESCO.
Syafiza yang memandang tersenyum lebar. Mengejek la tu!
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]