Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Wednesday, October 28, 2026

Masak Tempoyak Ikan Talapia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Masak tempoyak kali ni agak pekat kuahnya sebab nak menghabiskan tempoyak dalam peti. Saya memang suka masak tempoyak, dan lebih suka buat sendiri sebab kita dapat kawal kepedasan. Maklumlah kalau orang buat tu kebiasaannya lebih pedas dan memang tak boleh nak makan la bagi orang yang tak makan pedas macam saya ni...


Untuk kali ni memang ringkas saja, sebab saya hanya masukkan cili dan tempoyak sahaja selain daun kesum dan bunga kantan. Biasa saya letak jugak bawang besar, sebab suka nak makan rangup-rangup manis tu..kali ni apa yang ada jela.. Hajat tu nak buat guna ikan patin, tapi tak ada jual pulak, memadailah dengan anak ikan talapia, pun sedap juga. Sekarang operasi kena cari tempoyak pulak, dulu arwah mak selalu share, sekarang kena cari sendiri la yer... -_-


MASAK TEMPOYAK IKAN TALAPIA
Oleh : Cheq Sue

1 ekor ikan talapia
Tempoyak secukupnya
Cili padi
Bunga kantan dan daun kesum
Garam

Kisar tempoyak dan cili padi, tuang ke dalam periuk
Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan
Perasakan dan masak hingga ikan betul-betul masak


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, October 16, 2026

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Menu asam pedas sebenarnya jarang-jarang muncul di dapur saya. Kalau rasa nak makan baru buat. Saya suka asam pedas yang tumis semuanya, dan sudah tentulah kalau dibuat sendiri ni kita kurangkanlah pedasnya.. Ini kebetulan dapat ikan tenggiri, buatlah asam pedas untuk frozen dan nikmati lain kali. Kalau guna ikan pari sedap jugak, cuma saya ni tak pandai nak memilih. Masa buat kali terakhir dulu dapat ikan yang berbau hancing, terus loya nak makan


Buat 3 ketul je bahagian isi tengah, simpan dua kali makan. Kadang-kadang tak habis pun terpaksa la diratah gitu je. Gini ajelah asam pedas saya, memang ringkas sangat. Nak masukkan bendi lupa beli, tambah pulak Encik Suami tak berapa makan sebab ada gout. -_-


Sunday, August 9, 2026

Asam Pedas Ikan Duri Dan Telurnya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya dah lama sangat nak makan telur ikan. Selalu tengok telur ikan mayong di masak asam pedas, aduhhhh memang kecur liur dibuatnya. Di Kelantan ni agak susah nak jumpa telur mayong, jadi nak hilangkan kempunan belilah telur ikan tenggiri atau mana-mana telur ikan yang ada dijual. Selalu goreng garam kunyit je, buat garing-garing makan sekali dengan minyaknya.

 Telur ikan duri ni saya jumpa di satu kedai ikan di kawasan Bukit Gedombak. Excited weuh bila tengok telur setompok dalam bekas, bila tanyakan telur ikan duri rupanya. Bahagia nisi ikan pun ada dengan harganya RM30 sekilo. Boleh tahan mahal ehhh, barangkali sebab susah nak dapat dan tak ada yang pelihara jenis ikan ni agaknya. Saya beli seketul bahagian isi, saja nak cuba masak asam pedas. Masa berulang ke Tanah Merah dulu memang sentiasa Nampak kedai jual asam pedas ikan duri di Jalan Paloh Rawa tapi memikirkan mesti masakannya pedas, tak pernah pulak rasa nak berhenti cuba.



Thursday, August 9, 2018

Sardin NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama juga sebenarnya saya tak membuat sardin sendiri. Saya ni memang tak berapa suka makan sardin, kecuali bila terasa nak makan, masa tu la kena buat. Kalau sesaje nak buat sebab takde lauk or else memang lambat sikitlah nak habis. Baru baru ni kan kecoh sikit pasal ada cacing dalam sardin. Haaaa kalau saya secara peribadinya memang tak beli sardin yang agak murah (sebab ikannya hancur). Cuma itulah, bila beli makanan dalam tin itulah risiko yang perlu kita hadapi sebagai pengguna. Iyalah, bukan kita nampak pun benda dok berenang renang di dalam tu kannnn....

Jadi moh la buat sardin sendiri, guna Cik NOXXA kita tentunya...


Saya dah pernah buat sardin NOXXA sebelum ni. Dan resepi kali ni memang komplete masak boleh terus makan je (kecuali kalau nak tambah bawang atau cili kena masak semula lah)

Saya buat menggunakan ikan selayang, baby baby lagi sebesar 2 jari je sebanyak 1 kilo. Cuma itulah se[erti masalah yang saya buat sebelum ni ikannya (tulang) masih belum empuk sepenuhnya walaupun sudah di HP selama 60. Selepas tu bila dah sejuk sikit saya HP kan semula selama 60 lagi dan barulah ikannya lembut.



Monday, November 30, 2015

Patin Sambal Tempoyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya beli ikan patin seekor, harga dalam RM 4.50 dekat kampung. Bawa ke CH, siap dengan bunga kantan dan daun kesum. Kalau cerita bab ikan patin ni memang tak pernah menolak untuk dibuat masak tempoyak. Memang I loike sesangat.. Satu petua untuk menghilangkan hanyir ikan patin ni adalah membasuhnya menggunakan limau nipis. Bilas banyak kali dengan menggunakan limau nipis yang diperah tu selain mengurangkan hanyir dapat juga memejalkan isi ikan.


Kebetulan dalam peti sejuk memang ada stok tempoyak pedas yang My Mek bagi. Saya tak berapa pasti pulak apa kandungannya cuma nampaklah ada hirisan cili kat dalam tu. Saya saja cuba masak dengan tempoyak tu sebab lapar sangat, tambahan pulak masakan ni memang mudah aje. Tanpa menggunakan bawang atau bahan tambah yang lain, nampaknya msakan tu menjadi dan boleh bagi 5 bintang.


Monday, October 19, 2015

Ikan Pari Bakar & Air Asam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni kalau ada ikan pari memang suka masak simple2 dan cicah dengan air asam. Kalau tak buat gini saya buat la asam pedas. Tapi pada ketika itu air asam baki yang dimakan bersama ikan cencaru sumbat, maka saya pilih untuk perabihkan air asam tersebut. Dan caranya dah tentulah dibakar atau paling tidak digoreng cara biasa-biasa...

Ikan pari ni pulak beli sepotong aje dekat TESCO, dah memang kurang la kesegarannya. Beli dah lama, lepak pulak dalam peti ais lebih kurang lama jugak. Bila goreng je terus bercerai isi dari tulang. He he he...


Tengoklah kejadiannya ikan pari bakar ni. Nama aje ikan bakar, tapi bakarnya tu hanya di atas pemanggang ajaib, ditenggekkan di atas dapur gas. Kalau kata bakar atas dapur kayu atau arang, pasti lebih sedap gitu!



Tuesday, October 13, 2015

Ikan Cencaru Sumbat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni amat jarang membeli ikan cencaru. Bukan tak suka, tapi memang tak berapa makan, mungkin sebab sejak dari kecil tak berapa didedahkan dengan ikan ni. Tapi sesekali bila rasa nak makan saya beli jugak. Masih teringat rasanya dulu pernah sekali saya buat ikan bakar cencaru ni disumbat dengan kelapa dan tempoyak. Aduhhhh meleleh bila ingat semula. Tapi memandangkan agak susah nak dapatkan kelapa parut, pastu dengan kemalasan tahap gaban nak gi kedai, makan kita sumbatlah dengan apa yang ada.


Rasanya kalau ikan cecaru ni memang sedap dimasak macam ni kan. Belah belakang, sumbat dengan inti, bakar dan cicah air asam atau sambal kicap. Bagi yang sukakan pedas, letak cili lebih sikit dan kasi masam biar lebih. Baru makan tak hengat bertambah2 gittew. Begitulah juga dengan saya, guna apa saja bahan yang ada di dapur dan buat air asam yang simple.



Monday, October 12, 2015

Asam Pedas Tumis Ikan Kembung & Tenggiri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tidaklah menyukai sangat masakan asam pedas ni, tapi sesekali bila rasa nak makan, memang macam mengidam. Pastu kalau saya buat biasanya saya suka yang ditumis sampai pecah minyak, baru rasa selera.

Macam baru2 ni, rasa sangat nak makan, gigih pulak memasaknya walaupun dah malam. Guna lak ikan yang ada di rumah, kebetulan ada tenggiri dan kembung, jadi masak aje untuk dinner dan bekal ke sekolah esoknya.





Wednesday, February 18, 2015

Ikan Talapia Masam Manis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini menu bukan main namanya. Sekali sekali rasa macam nak makan macam dekat kedai, jadi masak la gempak2 sikit, padahal yang di dalam tu bukannya jenis ikan mahal. Biasanya kalau masak masam manis ni yang sedap pastinya ikan siakap, atau ikan kerapu, atau ikan bawal, maksudnya ikan yang berkelas la... tapi di CH ni mana nak dapat ikan cenggitu, kalau ada pun mahal serupa bedil, pastu tak berapa segar, semuanya dah pakai contact lense merah. Jadi pilihannya adalah ikan air tawar ajelah, seekor saiz sekali makan dapatlah rege singgit sekor, pastu agak segar jugak. Satu yang saya suka pasal ikan talapia ni adalah ketahanannya walaupun disimpan lama dalam peti sejuk. Cuma waktu proses tu kena la guna limau nipis untuk elakkan bau hanyir.


Monday, January 12, 2015

Ikan Terubuk Masin Goreng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Satu lagi resepi mudah, siapa sahaja boleh buat. Saya sebenarnya taknak highlight pasal resepi ni. Saya tahu korang punya masakan lagi kebaboom. Saya ni as simple as that aje. Yang saya nak cerita adalah pasal ikan terubuk masin. Kenapanya????

Bukan apa, ini baru pertama kali saya makan, itupun hasil pemberian Cheq Da yang mana dibeli oleh suaminya yang berkunjung ke Sarawak.


Seekor yang diberi tu memang agak besar jugak. Saya bawa balik ke kampung, kalau nak harap makan sendiri di CH memang tak mampu nak habiskan. Pening jugak memula nak masak macam mana, at last jadiklah goreng bodoh2 aje, oreng kendian campk hirisan bawang dengan cili kampung.


Wednesday, November 19, 2014

Ikan Bawal Emas Masak Asam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lauk hujung minggu, di saat kepala rasa kosong.. blur tak tahu nak masak apa. Search Google, jumpa resepi ni. Masakan yang ringkas dan pastinya menyelerakan. Kalau diikutkan saya sebenarnya nak buat something yang pedas2 manja dengan ikan ni... macam masam manis ke, masak merah ke, tapi macam renyah nak sediakan cili... jadi buat yang simple2 sudahlah... gunakan je bahan2 yang ada kat dapur




Tuesday, October 21, 2014

Kari Kepala Ikan (Ikan Gerong)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama betul dok termenung sebelum mula menulis untuk n3 ni. Buka page FB, BW... tak sesampai serunya untuk mengarang kata. Payah jugak bila tak ada idea...

#tariknafasslowslow

Alkisahnya kari kepala ikan ni saya buat bulan berapa entah. Balik kampung, ada kenduri tahlil. Dihidangkan dengan gulai kepala ikan tongkol. Agaknya tak puas makan dan tak kena denga selera, esoknya saya gi pasar Pasir Puteh dan carik kepala ikan. Yang ada hanya kepala ikan gerong, yang pertama kali baru saya dengar namanya. Kata abang penjual tu, kepala ikan ni paling sedap, kalau dibandingkan dengan kepala ikan merah, dialah juara. Saya mana tahu, iya kan aje ler...




Thursday, August 7, 2014

Kari Kepala Ikan Bawal Emas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Eh, lambat pulak keluar n3 hari ni. He he he... tak menyempat nak up n3 la kalau dah bizi ni ha. Kali ni keluar n3 tertundak lagi. N3 tertinggal masa puasa lagi kekdahnya.

Kari ikan ni saya buat untuk habiskan separuh lagi ikan bawal emas yang dikukus sebelum ni. Ini kari tak pure, hanya lite-lite je sebab masak sikit aje pun. Masak pun main campak je sebab tak berapa reti sangat pun. Tak reti pun nafsu nak makan tu hado! Resepinya saya merujuk kepada satu blog ni, cuma saya kurangkan sikit minyak.

TQ pada yang berkongsi resepi ni.

** eh, pendek nau.... -_-

 

RESEPI KARI KEPALA IKAN
Resepi : Nazmie

1/2 kepala ikan merah
1 ketul isi ikan merah
5 biji kacang bendi
2 mangkuk santan
2 biji bawang merah - dihiris halus
2 biji bawang putih - dihiris halus
2 inci halia - dihiris halus
2 tangkai daun kari pulei
1 bungkus serbuk kari ikan babas (dibancuh dgn sedikit air)
sedikit air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis
garam&gula secukup rasa

CARA MEMASAK
tumis kan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian tumiskan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air hingga garing, masukkan daun kari dan air asam jawa, selepas garing masukkan santan dan gaul pelahan2 sehingga mendidih...masukkan garam&gula secukup rasa, akhir sekali masukkan ikan dan bendi dan birkan sehingga mendidih dan masak dan bolehlah dihidangkan...

Tuesday, August 5, 2014

Ikan Bawal Emas Kukus Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Cerita punya cerita, tak ingat dah ini menu untuk iftar bila. Saya jarang benar beli ikan bawal emas, selalu beli bawal hitam. Cuma masa ke TECSO tu saya beli la sekor, dalam RM6 harganya sebab nampak macam segar pulak ikan tu. Rupa2nya berbeza jugak rasanya antara ikan bawal emas dengan bawal hitam. Pastu pada pandangan saya ikan bawal emas ni lagi tahan kesegarannya. Saya simpan dua tiga hari jugak dalam esbok, pastu bila masak isinya masih lagi segar.

Nak masak ni saya tak fikir panjang, sebab sebelum tu dah tengok dalam 5 Rencah 5 Rasa. Bila Chef Shearson masak ikan stim halia, saya fikir best jugak kalau boleh buat. Masa tu takde nak salin resepi, cuma bila nak buat tu saya bajet2 la sendiri sesuka hati.


Saya sebenarnya agak jarang masak ikan (atau lauk lain secara kukus) tapi masa puasa kan macam2lah yang kita rasa nak makan. Tambah2 pulak nak masak yang ringkas dalam masa yang sama nak rasa sedap. Acaner tu? Kemain tinggi demand!

Untungnya bila masak cara kukus ni kita dapat jimat masa. Masukkan je semua bahan2 dan kukus, tunggu dah siap. Kadang2 boleh sampai lupa ada benda dalam periuk kukusan. Masa masak ni... ikan tu saya guna sebelah saja sebab saiznya agak besar. Memang puas la dapat makan, siap boleh ratah lagi.

Hasilnya? Memang sedap. Sebenarnya guna resepi campak2 pun ok... Janji kena dengan selera kita. Kalau nak tengok resepinya saya ada tuliskan di bawah ni.


BAWAL EMAS KUKUS HALIA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Ikan bawal emas - bersihkan dan kelar
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili merah - hiris
Garam
Lada sulah
Daun ketumbar
Sedikit minyak bijan
Minyak masak - panaskan

Sediakan bekas tahan panas
Tabur sedikit bawang besar dan halia
Lumur ikan dengan sedikit garam dan lada sulah, masukkan ke dalam bekas
Tabur lagi cili merah, bawang besar dan halia serta bawang putih
Masukkan sedikit minyak bijan, kukus hingga masak
Setelah masak, tabur daun ketumbar dan tuangkan minyak panas ke atasnya

Thursday, July 17, 2014

Asam Pedas Ikan Talapia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Menu ni... saya buat untuk iftar bila ya... tak ingat dah. Ikan talapia ni beli di Temerloh, kirim pada suami Cheq Da tapi dibaginya free aje. Tima kasih *_*... Biasanya kalau ikan dari Temerloh, memang tak rasa hanyir. Kira banyak sikit menu boleh buat. Sebelum masak menu ni, dah dua tiga hari jugak dok terfikir nak makan benda masam-masam. Tu yang terus jadi asam pedas ala sendiri2 ni. Versi saya ni memang jauh lagi la dari versi Melaka atau Johor... al maklumlah versi suka hati aje!!


Ikan talapia ni saiznya boleh tahan besar la jugak, jadi saya hanya buat separuh bahagian kepala. Macam biasalah kan, makan untuk seorang. Dah namanya pun buat dalam bulan puasa, main agak2 sajalah, yang penting yakin, tau2 bila makan rasanya eh sedap jugak!

Kebetulan ada bendi, jadi saya masukkan sekali. Kalau tengokkan kuahnya memang tak berapa pekat. Saya tak berapa suka yang pekat2 ni sebab terasa lebih bumbunya tu. Pastu yang saya buat ni opkos la tak pedas... Pastu lagi satu, biasa kalau saya buat dalam kuantiti sikit ni saya lebih suka nak campakkan semua sekaligus, lagi la senang.

Resepi ringkasnya ada saya tuliskan semula di bawah ni ya....



ASAM PEDAS IKAN TALAPIA
Resepi : Cheq Sue

Ikan talapia - bersihkan
Bawang merah + cili kering + halia : blend halus
Daun kesum
Bunga Kantan
Asam keping
Limau nipis - perah sedikit jusnya
Belacan
Bendi
Tomato
Gula dan garam
Air
Sedikit minyak

Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend halus bersama daun kesum dan bunga kantan
Setelah agak garing, masukkan semua bahan lain, masak hingga mendidih

Thursday, April 10, 2014

Ikan Susu @ Milkfish Panggang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini merupakan kali pertama saya mencuba memasak dan makan ikan susu @ milkfish. Sebelum ini saya hanya melihat sahaja bila Kak Amie postkan pasal ikan ni. Saya tak tahu bagaimana rasanya sehinggalah saya cuba. Kebetulan masa ke TESCO saya ada nampak ikan ni, jadi saya kail lah seekor besarnya dalam 3 jari dengan harga lebih kurang RM3. Memang teruja la nak mencuba...


You know what? 
Yes! You don't know... T_T

Ikan ni sebenarnya jenis yang bertulang okeh! Saya andaikan ini ikan laut, kalau salah tolong betulkan ya. Ianya mempunyai sisik yang halus dan berkilau. Masa dok siang tu tiba-tiba saya terfikir, orang buang ke idok sisiknya tu? Iyalah, sesetengah ikan lagi sedap jika masih ada sisiknya, sesetengahnya pula sedap kalau tiada sisik. Jadi berbekalkan pengalaman yang sedikit maka saya keluarkan semua sisik yang ada.

Untuk masak ikan ni, saya ikut sebijik-sebijik macam yang Kak Amie kongsi , iaitu dengan cara memanggang. Iyalah, ikan ni pun saiznya ala-ala Nora Danish, jadi kalau nak masak secara vagi da vass tu agak macam tak kena la pulak.

Macam yang saya kata tadi, ikan ni jenis bertulang, terutama di bahagian atas belakang. Perghhhh kemaih seksa nak habiskan seekor yang cinonet ni weh... sambil makan sambil buang tulang. Mana yang tak sempat nak tarik tu ada yang tersangkut di kerongkong dan dalam pipi. Adusssss... Walaupun begitu, seperti namanya ikan ini agak sedap. Saya makan tanpa nasi, hanya meratahnya sahaja sambil dicicip ke dalam kicap yang dicampur bawang dan lada. Lain kali nak kail yang besau sikit, boleh cuba masak cara lain pula.

To Kak Amie, tq atas perkongsian. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.


IKAN SUSU @ MILKFISH PANGGANG

Bahan-bahan:
1 ekor ikan susu @ milkfish seberat 1kg - Ami potong bahagian kepalanya
1 sudu teh garam
aluminium foil

Bahan tumbuk:
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang putih
1 sudu makan lada putih

Cara:
1. Lumurkan ikan susu dengan kesemua bahan tumbuk dan garam.
2. Bungkus dengan aluminium foil.
3. Panggang di dalam oven selama 15-20 minit.
4. Keluarkan dan hidangkan bersama pencicah pilihan anda.
 

Thursday, March 6, 2014

Talapia Masak Gulai Tempoyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sejak saya dah pandai makan tempoyak ni... masak secara gulai tempoyak menjadi salah satu pilihan saya. Walaupun kadang-kadang rasanya tidak menepati piawaian atau seperti yang dijual di kedai tapi dah cukyp memuaskan hati saya.

Kali ni saya godek resepi dari internet dan berkenan pulak dengan resepi dari majalah RASA seperti yang dikongsikan oleh Kak Rohah. Saya buat seketul bahagian kepala je. Kawan saya yang beli... dia ambil ekor saya ambil kepala. Kalau yang saya beli sekor-sekor besar 3 jari je.

Yang dah siap posing dalam mangkuk ni bekal saya ke sekolah. Agak terlembik sikit sementelah perangat pun 2 kali. Pastu ikan pun dah agak lama menetap dalam peti sejuk. Tak ngapelah yang penting semuanta dah habis.

Saya copy semula resepinya di bawah ni. TQ Kak Rohah...



TALAPIA MASAK GULAI TEMPOYAK   Adaptasi ; AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK   Resepi : majalah RASA

Bahan-bahan:
4 ekor talapia | potong 
15 biji cili padi | kisar (saya kurangkan)
2 biji bawang merah | kisar
2 1/2 cm kunyit hidup | kisar
3 batang serai | ketuk
3 sudu makan tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2 tangkai daun kesum
750ml air/ secukupnya

Cara memasak:

1.Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak.
2.Selepas itu masukkan air dan serai.Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
3.Masukkan ikan, daun kesum dan garam secukup rasa.
4.Masak sehingga mendidih dan pekat.Angkat dan sedia dihidangkan.