Showing posts with label Catatan2018. Show all posts
Showing posts with label Catatan2018. Show all posts

Monday, June 25, 2018

Aidilfitri 2k18

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Raya tahun ni, seperti juga raya raya yang sebelumnya. Saya masih beraya di rumah bonda, walaupun hajat di hati nak beraya di rumah sendiri. Bila difikirkan balik agak mementingkan diri jika saya membiarkan bonda tercinta yang membuat segala persiapan itu dan ini. Tambahan pula bila kanak-kanak riang mula bercuti dan saya pastinya tidak mahu melepaskan peluang bergaduh gaduh manja dengan diorang. Sepanjang dua minggu hanya 3 malam di rumah sendiri dan selebihnya pergi pagi balik petang. Tak apalah, maybe next year kot, raya tempat lain pulak mana tahu..

Saya tempekkan sekeping dua gambar raya, tak banyak pun sebab kamera rosak, boleh selfie aje, bertabahlah dapat gambar muka sebesar pinggan tu... Yang lawaknya raya ke 3, telefon saya missplaced, tak keruan weh cari serata tempat, last last jumpa di bawah toto, kalau tak memang saya tangkap P9 laaaa...


#teamrayasingle katanya...


Comeback Post 2018

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama sungguh aihh...makan tahun dah rupanya tak update blog. Bukan lupa, bukan tak ingat, tapi ada beberapa masalah problem yang menyebabkan saya melupakan seketika hobi yang satu ini.
Pada tahun lepas, lappy saya rosak, pastu telefon pun buat hal, lagi pula saya tidaklah berminat nak menulis through skrin telefon yang cinonet itu.


Beberapa kali juga saya cuba up kan satu dua post, tapi penulisan nampaknya tak sampai. Baru nak start enjin, tak sempat nak on terus tolak tepi. banyak sebenarnya yang nak cerita, nak dikongsi tapi itulah tidak kesampaian.

Harap-harap kedatangan kali ini, dengan penyapu mop bagai ni dapatlah menyemarakkan semula semangat nak berkongsi, nak  bercerita, dan dapat meredakan emosi yang sentiasa libang libu ni...

BTW, selamat hari raya Aidilfitri pada semua kenalan, kalau kalau ada yang datang melintas di sini...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"