Showing posts with label Kerangan / Siput. Show all posts
Showing posts with label Kerangan / Siput. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Lala Tamplom @ Lala Ala Thai


Aish aish aish...xdan nak berdangdut kat dapur arini ya..entah apa yang disibukkan tak tahu la cheq sue nih. Pagi tadi ada urusan sikit di sekolah, pastu kelam kabut pulak dompet jatuh ke mana. Bila cari2 nasib baik terjumpa, terjatuh rupanya dalam bilik pengetua. Kalau xjumpa mesti banyak nak kena settlekan, nak report polis la, ic, lesen, segala kad2 bagai. Nasib baik masih ada rezeki.

Okeh, lala masak ala Thai ni cheq sue masak malam tadi. Pertama kali masak lala, ikut pulak resepi ni memang x mengecewakan. Kebetulan abang member ada beli sekilo, pastu x tahu nak masak apa. Cheq sue  pernah nampak Kak Azlita buat ni dulu, terus aje cheq sue skodeng resepinya. Masak lala ni memang senang, tapi memang sedap dan tak jemu. Member siap nak masak lagi camni kalau ada lala. "_"



Selalunya kalau resepi ala Thai ni memang wangi dan harum dengan serai dan daun limau purut. Memang maveless sangat. Untuk lala yang cheq sue buat ni, memang semata2 lala aje, tak ada sebarang sayur pun. Cili boh pun tak berapa banyak sebab ada budak2 yang nak makan. Sos pranem tu pulak cheq sue tak pasti sos apa, tapi cheq sue ganti dengan sos ikan (nampla). Overally, memang two thumbs up untuk resepi ni. Kalau kebetulan ada lala, boleh la cuba resepi ni... Wassalam...


LALA TAMPLOM @ LALA ALA THAI
Resepi : Dicda @ MyR
Sumber : Kak Ita @ Masam Manis

Bahan untuk tumis : bawang besar, bawang putih, halia
Bahan untuk kuah : sos tiram, sos pranem (ganti dengan sos nampla), sos cili, sos tomato dan cili boh
Tomato potong dadu, Karot hiris halus, Cili hijau hiris halus
Sedikit air
Tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Daun limau purut Cheq sue tambahkan sedikit serai - ketuk

Cara-cara
Panaskan minyak.tumis bahan tumis sampai naik bau.
Kemudian bahan untuk kuah tadi.masak hingga kuah mendidih cikit.masukkan air sedikit.
Kemudian masukkan tomato, karot, cili hijau dan lala.
Akhir sekali tuang bancuhan tepung jagung dan perasakan garam dan gula.masak hingga mendidih. Tutup api hidang dengan nasi panas...best

Thursday, November 10, 2011

Gulai Lemak Siput Belitong

 
 
Ini adalah kali pertama cheq sue masak siput belitong. Makan tu jangan cakap la, pantang nampak. Selalu masak siput sawah aje, kali ni kena 'titik' dan buat sendiri. Xde la susah mana pun sebab dah biasa tapi siput belitong ni nampaknya banyak makan tangan sebab cebisan kulit2nya tu bak pisau pada kulit. Tambah pulak siput ni x sempat nak dipelihara semalaman untuk membersihkan lumpur di dalamnya. Sebab tu la kena ulang basuh berkali-kali.

Alkisahnya dah lama oder siput ni. Kebetulan member balik dari Pantai Remis, banyak jugak yang dibawaknya. Dapatlah cheq sue melepaskan kempunan. Sekilo yang dibeli semuanya sudah selamat digulai. As usual la, masak malam dan pagi ni dibawa ke sekolah. Pernah jugak cheq sue melihat ada yang memasaknya secara goreng pedas, tapi secara jujurnya pada cheq sue, gulai macam ni adalah yang terbaik. Tapi suka cheq sue nyatakan di sini bahawa ini adalah cara cheq sue, mungkin berbeza dengan teman2 mengikut citarasa masing2. Apapun memang membuka selera, ditambah pulak dengan aroma daun kesum yang menusuk hidung. Siput ni pun memang sedap jugak dimasak cili api, tapi sebab cheq sue ni tak suka pedas, dan stok cili pun xde di rumah, maka ini ajelah hasilnya.
 
Satu petua yang cheq sue selalu amalkan bila masak apa2 aje siput, didihkan terlebih dahulu santan dan rempah2nya (kuah) barulah dimasukkan siput untuk mengelakkan daripada penutup mulutnya susah dikeluarkan @ tidak lekang. Maksudnya xde la korang sampai sesak napas time nak menyedut isi siput tu ye.. Dari segi penggunaan daun tu pula, boleh digunakan samada pucuk kadok atau daun kesum. Untuk gulai siput ni cheq sue masukkan sebatang serai sebab takut ada bau hanyir. Kalau selalu tak masukkan pun, cukup dengan aroma daun yang digunakan.
 
Satu lagi petua dalam menyediakan siput ni adalah penggunaan hampas kelapa dan pelepah pisang untuk membersihkannya. Memang agak berkesan dan x mengambil masa yang lama.

 
Mmmmm bila nengok ke gambar2 ni, agak terkesima sedikit rasanya. Bila bergambar di malam hari, memang kualiti gambar tak berapa bagus. Tertonggeng tergolek pun memang x puas hati. Kadang2 naik segan jugak dengan kawan2 yang menampilkan gambar yang cukup memikat. Kalau nak dibandingkan dengan presentation sendiri memang kalah habis. Tapi itulah dunia blog. Cheq sue ni ibarat anak kecil yang ingin menggapai bintang2 di langit. Penuh dengan angan2, harapan dan impian yang entah bila dapat dicapai. Cuma harapnya, kalaupun x dapat memuaskan hati orang lain, cukuplah untuk memberi senyuman pada diri sendiri.
Eh.... EMO??? *Sekadar luahan perasaan (*_*)
Wassalam...

GULAI LEMAK SIPUT BELITONG
 Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 kg siput belitong yang telah dibersihkan - titik (potong bahagian ekornya)
4 cwn santan sedang2  - dalam 1 biji setengah. Kalau x suka kuah pekat boleh cairkan sedikit
*5 biji bwg merah 
 *1 biji bwg putih  
*1 cm kunyit hidup & lengkuas  
*2 sk ketumbar  
*2 sb cili boh / cili kering  - boleh ganti dengan cili padi
*3 sb serbuk kari  
* 1 batang serai - ketuk
Daun kesum @ pucuk kadok
Gula, garam secukupnya 
 Cili merah (opt) - cheq sue masukkan sekadar nak bagi rasa pedas sikit

Cara-cara :
  Tumbuk lumat bahan *  

Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan yang telah ditumbuk dan serai. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak

Seterusnya masukkan siput dan daun kesum. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan juga cili merah yang telah dihiris. Masak 10 - 15 minit dan bolehlah diangkat.
  

Monday, July 4, 2011

Sambal Tumis Kupang Che Mat

Assalamualakum... Selamat malam...

Alhamdulillah...terubat jugak kempunan nak makan lauk yang berasaskan kupang setelah berjaya membeli isi kupang segera. Memang la tak dapat nak tanding kupang fresh, tapi alhamdulillah...rezeki! Cheq sue dah pernah la rasa sebelum ni, macam mana kupang fresh...memang sedap giler lah...ratah gitu ajer... tapi ye lah...dah duduk pun atas gunung ni maneeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee la nak cari.
Ada satu masa tu kan...che mat beli berkilo2 kupang..ari2 update resepi kupang...aduiiiii jeles beb...jeles! Kite mampu telan ayaq liuq aje...
Untuk resepi yang di CNP dari DTS ni, cheq sue tambah sebiji kentang yang telah digoreng dahulu dan dimasukkan jugak sedikit daun pandan untuk mendapatkan aroma yang menusuk jiwa... he he he...

 Kupang oh kupang... beli dari Gua Musang... Tiada lagi terbayang-bayang... Sudah disantap diri seorang...

Tengok...tengok je tau... (Yang besar2 sekor dua je...anak2 yang banyak)

SAMBAL TUMIS KUPANG
Sumber : Che Mat Gebu DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan isi kupang segar, cuci bersih dan toskan
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa
2 keping nipis hirisan halia
Garam dan gula secukup rasa (atau secubit serbuk perasa)
3/4 cawan cili kisar (atau secukupnya)
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit miyak. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
2.Tambah kupang dan hirisan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..