Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya beli sebab suka namanya yang pelik dan kedengaran canggih! Iya...begitulah tarikan seorang pencinta orkid yang sentiasa ingin menambah tanaman dalam koleksinya. Sebab apa? Sebabnya orkid ni adalah jenis orkid tanah tinggi, yang menginginkan suasana sejuk dingin menggigil macam di CH tu...dia juga sejenis yang slow grow dengan pertumbuhan yang agak perlahan. Dikenali juga dengan orkid lalang kerana bentuk daunnya yang panjang tirus. Disebut juga dengan nama orkid kelapa kerana baunya seakan-akan kelapa. Saya tak ingat tahun bila saya beli orkid ni, tapi awal Julai lalu baru saya perasan yang dia dah berbunga.
Sekuntum bunga sahaja tak ada teman. Nampak menarik dengan warna terang dan bau yang tak berapa menusuk. Sumpah saya tak perasan, cuma saya ada menangkap 'bau' yang tiada dari kebiasaan, bila tertengok memang suka betul saya.
Panjang umur pokok ni. Walaupun tak berbunga, namun subur membiak dalam cuaca yang tidak menepati kehendaknya.
Pokok yang besar merimbun subur sampai berkongsi kawasan dengan pakis. Bentuknya agak unik macam bebawang. Tak pastilah pulak dia ni dalam famili cymbidium atau tidak
Bunga yang sudah hampir ke penghujung. Lepas ni tak tahu bila pulaklah boleh bersua dengan bunga ni semula. Kalau ada rezeki, berbunga lah pulak lagi ya... Kalaupun tidak berbunga, tetaplah hidup subur sehingga tiba masanya..
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"




No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]