Showing posts with label Bihun / Mee / Kuetiaw. Show all posts
Showing posts with label Bihun / Mee / Kuetiaw. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

Kuetiaw Sup Kaki Ayam NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aikkkk... kaki ayam pun jadi?

Eh eh eh... sedap apa kaki ayam. Banyak kolagen semulajadi tau (walaupun katanya kolesterol kat kaki ayam ni tinggi). Ye ke... ada yang setuju ke dengan fakta tu?


Saya memang suka sangat kaki ayam ni. Masak gulai, kari atau sup memang itulah yang saya cari dulu. Syokkk tau makan kaki ayam ni. Jadi saya memang sengaja beli la masa balik kampung. 10 ketul dalam 3 hinggit aje, makan sampai puashati la gayanya. Memang seronok la... Pastu saya fikir bila rebus pakai NOXXA kaki ayamnya jadi lebih lembut dan kekal kelembapannya.


Tuesday, September 15, 2015

Mee Rebus Muar - Perencah ADAMI

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Untuk makan seorang, kadang2 memang sangat malas nak masak. Sebab itulah saya suka nak beli perencah segera yang banyak terdapat di pasaran. Begitu juga dengan Perencah ADAMI ni, saya beli semasa bermesyuarat di Melaka, sepeket RM5, dapat buat 4 kali. Yang saya beli ni adalah perencah mee rebus Muar.


Saya tak pasti pulak setakat mana glemernya jenama ini di Johor. Tapi pada saya ianya secukup rasa. Yang sebenarnya saya pun tak tahu nak describe macam mana rasa mee rebus sebab jarang2 makan. mungkin berbeza bagi setiap negeri. Kalau nak bandingkan mee rebus ni dengan mee rebus Kelantan memang jauh la bezanya.


Thursday, May 28, 2015

Spaghetti Rebus (Perencah Mee Rebus Demuara)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pernah guna perencah segera? Apa-apa pun tak kisahlah. Saya ni memang sentiasa ada je stok dalam peti, bukan apa untuk makan sorang sikit2 baik guna segera aje. Sikit ke banyak mana nak guna, kalau ada lebih2 senang nak simpan dlm freeze.


Thursday, September 25, 2014

Mee Bandung Perencah JJ Mak Pon Muar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini memasak edisi malas. Bila perut lapar, bahan tak ada, acaner nak buat? Godek2 peti sejuk terjumpa perencah segera mee bandung. Baca arahan kat peket, aiiii mudah bonar cara membuatnya. Apa lagi, godeklah sekadar seorang makan.

 
Sebelum guna perencah segera JJ Mak Pon Muar ni, saya ada jugak guna beberapa perencah lain (dari Muar) 


Friday, September 12, 2014

Maggi Kari Udang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sejujurnya saya bagitahu, saya memang jarang2 ada stok meggi kat rumah. Kalau kata teringin nak makan biasanya saya akan makan di kedai ataupun request pada Mok Ja untuk masak. Bukan apa, kalau ada stok ni asyik2 nak makan aje, rasa malas masak sikit panaskan aje air dan masukkan meggi. Bab2 sihat tak sihat tu saya taknak la citer lelebih, saya percaya kita semua ada pandangan memasing.

Citer2 pasal meggi kari ni, dah lama dok nak makan meggi ketam. Sejak balik dari Terengganu, bagaikan dah memanggil2 benda alah ni. Nak makan di Cherang Ruku atau Tok Bali tak ada geng, sudahnya terus bawa rasa teringin tu sehingga balik semula ke CH.

Bila cerita pasal nak makan meggi ketam ni di sekolah, Cheq Da pula bagitahu yang dia dah makan meggi ketam masa balik merdeka itu hari. Aduhh.... tambah menjejeh air liur saya, sampai saya terus order meggi mentah dari kawan yang ada kedai runcit. Aduh.. bukan sepeket, tapi 6 peket dibawaknya. Suka hati takyah nak cerita lah, dah lama nak makan kan. Bukan kata orang mengidam aje dok ingat2... perut yang mengandungi ni pun jangan memain wehh.

Balik sekolah, terus saya godek2 di dapur, tapi tak jadik la meggi ketam, sebab di rumah hanya ada udang, tu yang jadi meggi kari udang. Meggi udang pun jadiklah asalkan dapat makan. Bila dah siap tu kekanda saya pulak turun masak meggi jugak, katanya bau sampai ke atas sampai dia terliur. Itulah meggi punya penangan!

Di bawah ni saya kongsikan resepi ringkas saya...


MEGGI KARI UDANG
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 peket meggi kari
1 ulas bawang putih 
Sepokok sawi
2 biji tomato - belah 4
Udang secukupnya
Sebiji telur
Air
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih
Masukkan air secukupnya
Tambahkan perencah kari dan masukkan sawi
Bila sawi sudah masak masukkan meggi dan udang
Bila udang meggi sudah lembut dan udang sudah masak, perasakan dengan gula dan garam
Matikan api
Pecahkan sebiji telur dan tutup periuk.

Monday, October 21, 2013

Kicap Campur & Kuetiaw Haufan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis. Barangkali itulah pepatah yang sesuai sekali dengan kuetiaw haufan ni. Dah lama saya nak cuba, cukup tertarik dengan namanya yang unik. Bila ada kesempatan, terus saja projek berjalan. Mula-mula sekali tentulah kena buat kicap campurnya dulu. Kicap campur tu jangan risau kalau buat mengikut resepi sebab ianya boleh disimpan untuk memasak yang lain pula.


Kebetulan masa nak masak ni, saya hanya ada lauk sotong dan ayam. Kalau gunakan udang seperti resepi Mas tentu rasanya lebih sedap. Tapi tak mengapalah, memasak ni kan fleksibel, bergantunglah pada kita sendiri. Sayur pulak saya hanya sagatkan lobak merah saja. Lupa nak beli sawi kat pasar malam.

Dengan kicap campur yang masih ada lagi tu, boleh la saya cuba lagi selepas ini. TQ Mas kerana berkongsi resepi sedap ni. Saya copy semula resepinya di bawah untuk rujukan akan datang.


KUETIAW HAUFAN
Resepi : Mas Duniaku

Bahan A :
500gm kuetiaw 
3 sudu besar kicap campur 
sedikit minyak untuk menumis

Bahan B :
3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh 
1 pokok sawi - basuh dan potong2
12 ekor udang 
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kicap campur
2 biji telur
sedikit lada sulah

Cara memasak :
Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. 
Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.



KICAP CAMPUR
Resepi : MasDuniaku

Bahan  :
1 cawan kicap pekat
1 cawan kicap cair
1 cawan sos ikan
1cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam
1/2 cawan ajinamoto - ( update ) boleh letak sikit @ pun x letak pun x pe saya tak masukkan

Cara membuatnya :
Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....

 

Tuesday, October 8, 2013

Kuetiaw Kungfu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Menu kuetiaw tak pernah menjemukan. Saya memang suka makan kuetiaw, masaklah apa saja saya akan menerimanya. Selain menjadi alternatif kepada bihun yang saya tak berjaya memasaknya, kuetiaw adalah satu menu yang sangat sesuai. Asyik makan yang bergoreng, saya menukar angin untuk makan sesuatu yang berkuah pula. Entah macam mana, saya tak berapa suka kuetiaw sup dan jarang sekali menyediakannya. Barangkali kerana dengan cuasa sejuk, sup cepat membeku dan tak sedap dimakan sejuk.


Jadi skodeng punya skodeng tertariklah saya dengan resepi yang dikongsikan oleh Kak Wana iaitu kuetiau kungfu. Rupanya sebelum ni saya dah buat tetapi menggunakan mi. Kalau nak tengok boleh klik sini. Agak menarik juga kerana kuetiaw tu digoreng dulu dengan telur (dadar) sebelum dicampur dengan kuah. Yang lain tu macam biasalah... Saya buat ni dalam dua kali makan, jadi saya gandakan bahan-bahannya.

Alhamdulillah, kuetiau kungfu ni kena dengan selera saya. TQ Kak Wana yang sudi berkongsi. Saya copy semula resepi dibawah ni.


KUEW TEOW KUNGFU

1oo g  kuey teow ( ambil secekak je untuk seorang makan )
1 biji telur saiz besar ( kalau telur kecil 2 biji )
Sedikit lada sulah
(pecahkan telur, kacau  dgn lada sulah & celupkan kueh teow. Pastu goreng atas kuali, mcm telur dadar. Dah siap angkat dan letak atas pinggan)

Untuk kuahnya
Isi ayam secukupnya  ( jumlah bahan anggaran untuk seorang makan )
Daging batang pinang secukupnya
Udang secukupnya
Sotong secukupnya
Sayur-sayuran ( karot, kobis bunga, pak choi, kailan, cendawan tiram dll )
2 ulas bawang putih
2-3 sudu makan sos tiram ( saya campur sos tiram dengan 1 sudu kicap manis )
1 sudu tepung jagung ( campur dengan sedikit air )
2 cawan air stok udang ( kulit/kepala udang ditumbuk, campur air dan ambil stoknya )
3 -4 biji cili padi ( diketuk atau ditumbuk)
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit garam

Cara penyediaan
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging dan isi ayam. Masak sehingga daging atau ayam agak empuk baru masukkan sos tiram, air rebusan udang, lada sulah dan bancuhan tepung jagung.
Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, seafood, cili padi, lada sulah.
Bila sayur layu, sesuaikan rasa ( kalau dah masin tak perlu letak garam ) dan tuangkan kuah keatas kuey teow yang telah digoreng dengan telur tadi….
Hidangkan dengan cili jeruk atau kicap cuka bercili

Friday, September 6, 2013

Mee Udang Sungai Dua

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dendam mee udang belum habis lagi... T_T! Setelah mencuba mee udang versi 1 dari MyR, saya cuba pula resepi mee udang famous yang dikongsikan oleh Kak Ita. Masa ke pasar malam, ada jual udang yang bersaiz agak besar sikit, jadi saya beli la setengah kilo, dan semuanya saya buat mee udang, makan dengan 1 peket mee gitu. Masalah gatal tu saya letak belakang kira... hoooooo.


Oleh kerana saya buat ni sikit je, maka saya ejas la bahan2 mengikut keperluan. Udang tu saya buang kulit terlebih dahulu dan saya rebus. Kulitnya pula saya mesin dengan airnya untuk dicampurkan dalam kuah. Ini kes malas nak kopek kulit udang lah ya...

Pastu semua kaum kerabatnya saya tak masukkan, cuma saya terus masukkan sayur sawi dalam kuah, sebabnya saya rasa pelik kalau makan benda-benda yang tak ada sayur ni... Cuma saya agak kuah yang saya buat ni terbanyak udang kering, menyebabkan kuah menjadi agak pekat.

Jadi, dengan siapnya mee udang ni, maka dapatlah saya menikmati mee udang sepuasnya. Saya copy semula resepinya di sini untuk rujukan akan datang.



MEE UDANG SUNGAI DUA
By : Puan Zaiton
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku
Sumber : Kak Ita

1 kg mee kuning ~ dicelur
2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus ~ di belah
3 biji limau nipis ~ di belah
sedikit bawang goreng

Bahan Kuah
3 ulas bawang merah ~ dikisar
8 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
3 batang serai ` dikisar
2 sudu besar cili kisar atau cili boh
230 gm udang kering ~ kisar
2 kg keledek ~ direbus dan di lenyek halus
1/2 kg kentang ~ direbus dan dilenyek halus saya hanya guna ubi kentang sahaja
2 biji telur ayam
sedikit paste tomyam ~ ita guna 1 kiub tomyam
Perencah sup tulang saya tak masukkan
3 ekor udang galah ~ ita guna udang biasa
Garam dan gula secukup selera

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang hingga naik bau
Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing
Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing
Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit
Kemudian masukkan keledek damn kentang lenyek tadi
Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat
Masukkan telur ayam, paste tomyam, perencah sup tulang dan kacau hingga sebati
Masukkan garam dan gula mengikut selera
Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang
Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna
Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.

Wednesday, August 28, 2013

Mee Udang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama jugak saya pantang makan udang. Tapi sejak dua menjak ni saya tak nak dah pantang2...kalau ada rasa gatal2 tu nanti pandai la cari ubat kan? Yang geramnya dok cari udang saiz besar sikit, tapi tak ada pulak yang jual. Hanya ada saiz sederhana dan kecik2 aje. Kalau diikutkan tak masyuk sangat nak buat mee udang tapi dari dok mengidam je manjang saya pun jalankan aje projeknya. Kecik ke besar ke janji ada mee udang.

Bila cerita mee udang je, teringat masa ke Kuala Sepetang dulu, konon la nak cari Mee Udang Mak Jah tapi sampai ke balik tak jumpa. InsyaAllah satu hari nanti saya nak ke sana semula mencari mee udang yang menjadi sebutan ramai.



Berbalik pada mee udang yang saya buat ni, tak banyak pun. Hanya untuk seorang makan, tetapi itu pun dah terbanyak. Dengan berpandukan resepi dari K.Cik (MyR), ada bahan yang tertinggal agaknya iaitu sos cili dan sos tomato. Walaupun begitu Alhamdulillah menjadi jugak mee udangnya. Cuma macam yang saya bagitahu di atas tu lah, tak puas hati dengan udangnya yang semakin mengecil bila dah masak T_T

Saya copy semula resepinya di sini kot2 ada yang mahu mencuba.


MEE UDANG
Resepi : K.Cik @ MyR

Bahan-bahan ( 10 orang )
2 paket mee kuning - di celur
1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
1/2 ekor ayam

Bahan2 Utk Dikisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 - 10 tangkai cili kering

Cara-cara
Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.
Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.

Wednesday, March 6, 2013

Mee Racun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selamat petang semua. Penat sunggu rasanya, baru saja balik dari aktiviti kokurikulum di sekolah. Rasa macam nak tidur aje. Hiiii..

Sebelum tu meh kita tengok n3 petang ni. Nama aje mee racun, tapi jangan risau. InsyaAllah selamat dimakan dan tak mendatangkan kesan sampingan kecuali penambahan berat badan jika makan tak hengat. Dah lama sangat nak cuba buat ni. Namanya yang unik tu benar-benar memikat dan menggoda cheq sue untuk mencuba. Hanya baru2 ini sahaja hasrat itu tercapai, kebetulan beli sepeket mee di pasar malam. Katanya mee racun ni popular di Batu Pahat. Kenapa pula sepanjang setahun belajar di sana dulu tak pernah jumpa @ makan mee ni. Padahal Maktab Perguruan dengan bandar BP tu dah dekat sangat dah...



Tak apalah, walaupun dah jauh dari Batu Pahat, dan tak dapat makan mee racun 'ori', terpaksalah membuatnya sendiri. Yang penting ada kemahuan...



Untuk menghasilkan mee racun ni, cheq sue tak la ikut sebijik2 kat resepi tu. Macam stok tulang lembu tu, memang tak ada kat rumah. Udang pun sekarang dah tak berapa boleh nak makan, jadi semuanya disesuaikanlah dengan apa yang ada. Mungkin rasanya agak 'lari' la sedikit dari rasa yang asli. Tapi cheq sue rasa sedap aje, habis je makan yang dalam pinggan tu.


Dekat dalam tu jugak cheq sue masukkan telur. Maklumlah, katanya pun kurang bahan, kena la topap mana yang boleh. Cuma di akhirnya tu macam dah terkurang sikit kuahnya. Nak kata serap dek mee, tak ada la pulak. Mmmmm, walau apapun, mee ni memang sedap dan rasanya sangat rugi kalau tak cuba. TQ pada tuan punya resepi.

~ Wassalam ~
 
MEE RACUN

 Bahan-bahan ( 5-6 org )
600 g mee kuning
1/2 kg tulang kambing
1/2 inci hali ditumbuk
beberapa ekor udang, boleh tambah ayam ker sotong ker
3-4 biji bawang merah dikisar
2-3 ulas bawang putih dikisar
4 sb lada boh
5 sb sos tomato
4 sb sos cili
1 kiub ayam
1 sb gula
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
2 kelopak kobis ( nak letak sawi pun boleh)
sebiji tomato (dipotong baji)

Cara-cara
Rebus tulang kambing dengan halia hingga empuk.
Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan n naik bau.
Masukkan lada boh, tumis hingga garing.
Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato n sos cili biar mendidih
Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam n serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis n tomato.
Masukkan mee.. Tapi den celur jer mee... Kuah tuang kemudian...
Boleh letak telur kalu suker.... Saya tak letak... sbb byk dah kalori.... heheheh...
Sedia di hidang... Taburkan daun bawang n bawang goreng..

Monday, October 1, 2012

Sizzling Yee Mee

 

Selamat datang Oktober... Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga sihat2 aje selalu di samping keluarga.                       Apa juadah di petang hari ni? Mesti tengah menikmati teh o dengan kuih muih air tangan sendiri mahupun yang di beli di kedai. 

Pemanas dapur ABC Oktober ini dimulakan dengan hidangan Sizzling Yee Mee yang sangat sedap. Dah beberapa kali membuatnya dan akan terus membuatnya di masa hadapan. Resepi yang mudah dan simple tetapi rasanya tak kalah dengan yang di kedai. Kalau tak percaya sila lah cuba. Untuk resepi kali ni cheq sue buat sedikit ubah suai dengan menggantikan cendawan shitake dengan cendawan tiram segar dan menambahkan sebiji telur. Rasanya boleh tahan, cuma agak kurang dan lain sedikit baunya juga dibandingkan dengan pengunaan cendawan shitake. Untuk makluman korang semua, telur tu cheq sue masukkan bersama dengan mee dan tutup seketika supaya dia masak dengan haba.

TQ pada penyumbang resepi ni, memang tak mengecewakan. Wassalam...

 
SIZZLING YEE MEE

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Stylish Thankyou