Showing posts with label Kisah Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Kisah Cameron Highlands. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

Musim Lalat Di CH

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ha ha ha... gelak dulu sat. Dua hari dok tayang laksa Johor yang dah habis tu. Kemain melampau tuan tanah kedaung ni kan? Bukan hapa kawan- kawan.... lepas karnival ko ko di sekolah Rabu lepas... agak penat sikit. Pastu campur pulak cuti 1 Mei... dan Jumaat semalam balik kampung, memang melepak ajelah kojernya.

Dah masuk bulan baru ni... sedar tak sedar dan hampir setengah tahun kan tahun 2014 ni. Punya la cepat masa berlalu. Untuk n3 pertama bulan ni meh kita baca citer pasal lalat dulu.


Sebenarnya bila kita sebut je lalat..secara tidak langsung kita akan terbayangkan benda kotor dan menjijikkan. Kebelakangan ni kalau sape yang datang bercuti ke CH berpeluang lah melihat musim lalat yang agak luar biasa. Kalau sapa yang penggeli memang kembang tekak la....


Biasa musim lalat ni bulan 8... masa musim kering. Tapi tak tahulah sejak awal April memang banyak sungguh binatang kecik ni. Mungkin agaknya sekarang musim orang membaja dan cuaca panas sejuk mempercepatkan lagi kadar pembiakannya.

Tengok sajalah dalam gambar kat atas tu. Ini baru di luar rumah... yang di dalam rumah, di dapur terutamanya memang lagi banyak dari ni. Sekali tengok kalau belek di sebalik langsir.. boleh nampak macam lebah. Kalau di bilik saya yang dekat dapur, jenuhlah nak pukul lalat tu bila ada yang terlepas masuk. Tensennya lalat ni bukan hape..  dalam luas-luas bilik tu kat muka, hidung dan kepala kita jugaklah dia nak bertenggek. Haishhhh...


Dekat kereta pun jadi. Barangkali sengaja nak ambil haba panas. Nak kata kereta busuk tak munasabah la pulak.  Memang kena sabar la jawabnya. Buat sape yang nak datang ke CH harap dapat sabar la sikit dengan keadaan ni. Walaupun saya tak pasti keadaan di Brinchang dan Tanah Rata tu macam mana...moga hebahan ini boleh membantu.

Tuesday, January 14, 2014

Sakitnya Bila Sejuk!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini cuti.
Apa aktiviti? Jalan-jalan? Shopping? Beriadah dengan keluarga?

Saya hanya melepak di rumah.
Basuh kain.
Lipat kain.
Masak dan makan.
Kemas bilik.
Vakum ruang tamu.
Kemas lemari.
Tengok tv.
BW...

Bila dah buat itu ini mula rasa balik sakit sengal di dalam bahu kanan ni.
Tak koser la pulak nak duduk diam aje kan?
Ingat hari Isnin, menulis dengan tangan kiri dalam kelas.
Aiiii sayang bahu saya... sabar ya, cepat-cepatlah sembuh seperti sediakala.
Nak menekan keyboard terasa ngilunya. Nak gerak-gerak tangan pun masih rasa takut-takut.

[Isnin, 14 Jan 7.30 pagi. Kabus memutih. Sejuk]

Sekarang di CH suhu 16'C.
Sejuk!
Saya bersweater tebal berbulu di leher. Haaaaa harus diceritakan!
Di luar ada gerimis. Kadang-kadang hujan.
Saya tak ada selera nak keluar. Dok dalam rumah aje.
Sejuk-sejuk begini bukan hanya tempat sedia sakit makin sakit, yang tak sakit pun boleh sakit!

Sabar ya bahu... nanti saya demahkan dengan air panas.
Rasa lenguhnya sampai ke siku.
Bila sejuk ni aduhhh serba tak kena. Memang sape yang pernah rasa hanya tahu. 
Kalau di layan mau mengalir air mata jugak ni nanti.

Sekarang memang kena pantang sikit.
Sayur-sayur sejuk kena elakkan.
Errr... susah jugak makan tak ada sayur ni.
Labu air... faveret! Itu kena elak!
Minggu lepas, makan nangka. Malamnya menangis sendiri, sakit dan ngilu sangat.
Gerak-gerak pun kena jaga.

Bila Tuhan beri nikmat kesakitan, mungkin hukuman di dunia. Alhamdulillah...

Friday, December 6, 2013

Pasar Pagi Brinchang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

10 tahun bukanlah masa yang singkat. Sejak saya mendaftar untuk posting pertama pada 2.1.2004, sehingga sekarang saya masih di sini. Terlalu banyak rasanya perubahan yang berlaku. Tambahan pula sekarang ini isu alam sekitar di CH masih hangat diperkatakan. Dengan pelbagai masalah yang mengganggu keselamatan, pastinya ia telah membuka mata banyak pihak berkaitan banyak perkara. Sebagai seorang yang 'menetap di sini' apa sangatlah yang boleh saya katakan. Saban masa saya berdoa janganlah ada kecelakaan yang melibatkan lebih banyak nyawa. Eh...membebel ke?

Tak lah... sebenarnya nak cite pasal pasar pagi ni je. Dah lama tak ke sini, jadi fikir2 elok jugak di ambil gambar sebagai kenang-kenangan...


Pasar pagi ni di adakan berdekatan Pasar Brinchang pada setiap hari. Kedai-kedainya tak la banyak seperti Pasar Pagi di Tanah Rata tetapi sudah cukup meriah dan memberikan apa yang mengunjung mahu.


Di mana-mana pasar pun, yang menjual makanan pastinya mendapat pulangan... Uncle ni tak tahu la masak menu apa, semua tulisan lam bahasa Cina.


Ini pulak macam kek beras goreng. Selalu nampak di Kg Raja


Yang jual makanan India pun ada. Tengah buat tosey agaknya.


Kuih-muih Melayu pun ada. Boleh tahan jugak. Lima ketui dua ringgit.


Tergoda betul nengok pisang ranum ni. Teringat kek pisang...


Nangka ni dari jauh dah dapat hidu baunya. Nangka madu dari Bidor


Tengok ubi keladi teringat pulak talam keladi. Aishh


Ubi bit merah. Tak tahulah orang masak apa dengan benda ni.


Jagung, tak tahulah ori dari CH ataupun dari Ipoh. Sekarang ni banyak peniaga yang ambil jagung dari Ipoh (bawah) kerana harganya lebih murah. Masa try di CH dibaginya jagung CH tapi bila jual sebenarnya jagung Ipoh. Jadi kalau kena yang rasanya lain dan tak manis, itu sebenarnya jagung Ipoh. Kalau nak harapkan jagung CH memang tak dapat memenuhi kehendak, tak boleh supply. Saya pernah terjumpa dengan seorang pemandu lori, masa tu beliau bawa jagung dari Ipoh ke CH. Setongkol tu baru RM0.60. Jadi fikir-fikirlah ya. Kalau datang CH, nak beli jagung, tengok dulu isi di dalamnya macam mana. ** Sekadar perkongsian..



Apalah pasar pagi tanpa sayur-sayuran. Yang ini dijual di luar pasar. Yang di dalam pasar pu ada, kebanyakannya peniaga Cina.


Yang jual ubat-ubat Cina pun ada. Kalau nak cari ginseng ke..bolehlah


Lupa bawak baju? Kat sini pun ada dengan pelbagai pilihan. Yang penting ada duit


Di ruangan pasar basah. Tergoda betul dengan kepala ikan merah tu, sekilo RM22, beli seketul buat kari memang tak habis, mmmmm tengok ajelah!


Di ruangan pasar basah ni tak ramai yang meniaga, ada yang Melayu, Cina dan India. Kalau nak beli kerang ke ada jual. Jangan risau, semuanya mesra-mesra belaka. Macam pak cik tempat ikan ni, agaknya dia tengok saya bawa kamera, terus dia tanya saya dari mana...

Jadi, kalau korang ada berkunjung ke CH, bolehlah cuci mata kat sini...

Note : payah jgk update pakai phone ni. Lappy rosak. Pagi ni saya nak balik kg... harap2 semua berjalan lancar. Tq pada yg sudi jenguk blog dan komen. Maaf tak dpt reply dan bw...  

Saturday, October 19, 2013

Lavender Garden, Tringkap

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selepas menghantar Cheq Da balik, saya singgah pula di Lavender Garden yang terletak selepas selekoh Tringkap. Dah lama juga dok nak melawat ke sana tetapi asyik tak menyempat. Kalau hujung minggu tu sentiasa penuh sesak dengan pengunjung. Tempat ini sebenarnya baru sahaja di buka tahun ini. Sebelum ini ianya merupakan kebun bunga kekwa dan saya di sini dapatlah melihat perkembangan pembinaannya sehinggalah ianya di buka.

Cantik. Memang suka sangat bila masuk ke dalamnya. Dengan hamparan bunga kuning, merah dan purple sangat sesuai untuk membuat photoshoot. Tapi seperti yang saya kata, bila hujung minggu orag ramai jadi segan sikit nak bergaya lagak artis. Haish.. Tapi kalau masuk ke sini tak bergambar sakan, tak berbaloi bayar masuk RM5, kalau kanak-kanak pulak RM3. Tengoklah, tak perlu nak bayar sewa ke hapa, senang-senang je dapat beribu sehari.


Jadi di sini saya kongsikan sedikit gambar buat tatapan anda semua. Kalau singgah ke CH jangan lupa datang ke sini tau.


Malu jugak time nak bergambar tapi tahan-tahan sajalah.


Tengok sajalah deretan kereta dan bas di tempat parking. Memang penuh sesak.


Gerberra. Boleh dipetik sendiri (self pick) dengan harga RM2 sekuntum. Ramai yang memetiknya, rasai pengalaman. Bagi saya agak mahal jugak sebab dalam sekuntum biasanya RM 1- RM1.50 sahaja.


Untuk self pick strawberry pula, saya rasa dalam RM30 setengah kilo (atau kurang sebab dah lupa). Tapi yang ini saya beli yang dah dipetik, RM10 1 pek tu. Manis masam sedap rasanya.


Di bahagian atasnya pula ada disediakan cafe (Leaf). Ada cheesecake (strawberry & blueberry) serta skon. Saya makan blueberry cheesecake tu RM7 / slice. Ok-ok sajalah, kalau buat sendiri pun boleh. T_T tapi tak apa, dah namanya pun nak rasa...

Jadi kawan-kawan jangan lupa singgah tau.

Tuesday, October 15, 2013

Piknik + Outdoor (Sg Pauh), Brinchang & Royal Berry, Kea Farm

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada semua. Semoga apa jua yang kita lakukan akan diberkati Allah seadanya. InsyaAllah saya akan kongsikan kenangan Aidiladha kali ini dalam n3 akan datang.

Untuk n3 kali ini, biarlah gambar yang berbicara. Lokasi kedua jalan-jalan selepas kembali dari ladang anggur di Ringlet.


Ayam panggang serai. Next n3..


Aisyah, Batrisyia dan Haziq


Saya dan Mok Ja







Saya dan Cheq Da


Thursday, October 10, 2013

Ladang Anggur, Ringlet

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya pasti ramai daripada kita yang suka datang ke Cameron Highlands (CH). Saya sendiri pertama kali datang ke sini tahun 1999, memang seronok sangat. Bergambar dengan deretan pokok kobis, berbungkus dalam sweater dek kesejukan, memang suka. Dan siapa sangka rupanya menjadi rezeki saya untuk membina kerjaya di sini bila dipostingkan pertama kali di sebuah sekolah di Kampung Raja. Menjadi satu kelebihan berada di CH walaupun ada masanya saya rasakan sudah tiba masanya saya berubah ke tempat lain pula.

Bila cerita pasal CH ni, sebenarnya masih banyak tempat yang belum saya lawati. Iyalah, kalau hujung minggu biasanya balik ke kampung atau pergi ke Ipoh. Kalau cuti panjang tu memang saya tak ke mana-mana, dengan jem dan pengunjung yang ramai agak membataskan pergerakan. Saya suka sekali kalau ada yang datang melawat, semasa itulah saya akan mengambil kesempatan untuk jalan-jalan sekali.

Jadi pada 5 Oktober 2013, saya dan sahabat karib Norliza dan Cheq Da serta anak-anaknya mengambil keputusan untuk menghilangkan stress dengan melawat ke beberapa tempat. Dalan n3 ni saya kongsikan satu dulu, yang lain akan menyusul kemudian. Kawan sekolah saya yang mengenalkan tempat ni, jadi rasa teruja saya pun pergilah jugak. Agak tersorok sikit tempatnya dan tak ada signboard di tepi jalan. Oh, lokasi ladang ni adalah di Jalan Bertam Valley (dalam lima minit dari cabang 3 Shell). Saya berpusing dua kali dt laluan yang sama sebelum berjumpa. Errr... yang sebenarnya saya tak tahu apa nama tempat ni. Bukanlah satu tempat khas tetapi lebih kepada kebun di mana anggur ada ditanam di dalamnya.


Kata kawan saya, musim anggur ni pada Mei hingga September. Agaknya tak menjadi rezeki saya apabila anggur di tempat ini sudahpun ditutup dan akan dibuka semula pada Mac tahun hadapan. Sebab itu jugalah saya terfikir mereka tidak menaikkan signboard kerana apalah gunanya orang datang melawat tetapi tidak dapat membeli. Tapi tak mengapalah, oleh sebab dah sampai kami masuk juga ke dalam kebun, dapatlah tengok-tengok dan bersembang dengan pekerja yang ada di situ. Paling penting dapat ambil gambar. Tengok sajalah gambar-gambar yang ada. Nak masuk ke dalam kebun tu kena menapak sikit kerana lokasinya yang agak berbukit.


Kami sekadar mengambil gambar. Kata pekerja di situ, tak boleh masuk di dalam kerana tanahnya lembik. Jadi layan dari luar sahaja.


Kebunnya tak berapa luas, tetapi ada dua bahagian. Tengok-tengok dari luar tu ada juga beberapa tangkai buah, masih hijau lagi.


Ini ajelah yang mampu di ambil. Gambar di sebelah tu adalah pisang kaki. Kalau masak pekerja tu nak bagi je katanya tapi sebab buah ni masih kehijauan, ambil pun tak guna, kan? Sekilo anggur di sini hanya RM17 sahaja.


Bila dah puas bergambar, kami bergerak untuk ke destinasi seterusnya. Perut dah berkeroncong, jadi memang sesuai berpiknik di Sungai Pauh (next n3 okay). Tengak dok menurun bukit tu, pekerja anggur tadi panggil dan diberinya dua biji buah mangga. Bau saja dah sedap tapi sampai sekarang tak menyempat lagi nak makan.


Jadi, hanya gambar-gambar inilah yang akan menjadi kenangan. InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh datang lagi tahun depan dan saya akan kongsikan semula apa ceritanya.

Sunday, February 24, 2013

Pesta Cahaya Malam Chap Goh Mei

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Salam hujung minggu. Pagi ni cuaca mendung, hujan berkabus sangatlah melemahkan. Rasa macam nak berbungkus aje dalam toto. Tapi tak boleh la nak layan sangat, kang semua kerja ke mana. Jadi n3 ni cheq sue nak kongsikan  Pesta Cahaya yang di adakan malam tadi, bersempena dengan sambutan Chap Goh Mei, iaitu pengakhiran sambutan Tahun Baru Cina citulah.


Masa tu cheq sue tengah nak keluar, tetiba je bunyi meletup-letup. Dah agak dah diorang ni main mercun, raya la katakan. Pada malam2 sebelum ni pun diorang dah galak berdentum dentam, nak tidur pun tension. Cumanya yang malam tadi dentuman tu agak berlarutan. Jadi sempatlah cheq sue snap beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.


Pesta cahaya malam tadi tu cheq sue agak berlaku 20-30 minit jugaklah, dengan pelbagai corak bunga api. Rasanya tak perah tengok corak2 sebegitu. Memang cantik sangat2 walaupun sakit lagi di telinga mendengar dentumannya.
 

Kos? Mmmmmm jangan cakaplah. Mahu puluh2 ribu RM. Kalau yang koman biasa kita main masa raya pun dah beratus2 hengget, inikan pula yang bercorak kebaboom serta lebih besar bunga apinya.


Bunga2 api ni dipasang di Kampung Raja. Memang agak dekat dengan rumah. Ini dari depan rumah cheq sue. Yang herannya kenapa la syik dok snap belakang tiang lampu tu. Ish ish ish..


Kesemua gambar ni cheq sue snap menggunakan Canon 550D dengan lense 50mm menggunakan bermacam2 mode antaranya full auto, night potrait dan  flash off. Dalam gelap, nak pilih mode pun tak nampak. Jadi inilah sahaja yang dapat dikongsikan.

~ Wassalam ~

Saturday, November 10, 2012

Bola Jaring ~ Setelah 32 Tahun

 
 
Hari ini bermula secara rasminya cuti persekolahan akhir tahun sesi 2012. Pada yang sudah mula bercuti di kampung atau melancong bersama keluarga selamat bercuti cheq sue ucapkan. Jangan lupa berhati-hati dalam apa jua yang anda lakukan. Bersempena dengan cuti Deepavali dan awal Muharram, peperiksaan SPM juga ditangguhkan seminggu untuk membolehkan calon-calon beragama Hindu meraikan hari besar mereka. Cheq sue masih lagi di CH, mungkin sehari dua baru balik kampung. Tak sihat, demam, batuk... tak selesa nak bawa kereta.
Sambil2 berehat tu cheq sue nak kongsikan sedikit tentang aktiviti di sekolah beberapa minggu lepas. Perlu dikongsi sebab ianya sangat istimewa! Selepas selesai peperiksaan akhir tahun, sekolah mengadakan aktiviti sukan berupa permainan bola sepak dan bola jaring untuk pelajar. Para guru perempuan ditugaskan mengawal permainan bola jaring. Dan untuk penentuan tempat ketiga, kami bersetuju untuk melawan pelajar yang rata-ratanya dari tingkatan dua dari kalangan pelajar Asli.
Yang kelakarnya sebelum permainan siap berbincang lagi. Bukan kata nak berbincang strategi, tapi tak tahu kedudukan dan pergerakan sepatutnya. Cheq sue sendiri memakai bip WA tak tahu di mana sepatutnya berada atau apa yang perlu dibuat. Maklumlah, sejak muda sampai ke tak berapa muda ni memang tak pernah main bola jaring.
GENG CHE KIAH   .:. Risha, Kak Rini, Atikah, Lini (Pengadil), Dasilla, Siti, Cheq Sue, Ina
Rupa2nya kederat budak2 ni memang kuat sangat kalau nak dibandingkan dengan para cikgu. Cara diorang passing bola, bertahan dan menyerang memang mengagumkan. Cikgu ni menjerit je lebih, siap dicubitnya pelajar yang tak lepas  bola. Dalam riuh rendah bermain tu ada yang terjatuh dan berebut sampai tak hengat. Budak2 ni memang tinggi semangat kesukanan, memang tak bagi muka langsung pada cikgu, takde nak segannya. Mana yang patut rebut, patut lawan memang depa tak kasi can. Semput + sakit urat jugak la cikgu dikerjakan budak2 umur 14 tahun tu. He he he... Tapi dalam apa jua keadaan pun cikgu tetap juara. Kami menang dengan 3 gol berbalas 2. Kira sengit jugak la kan... Nasib baik jugak memang kalau tak malu kat budak-budak. Berbaloi la sape yang sakit urat, sakit betis dan sakit paha tu...
Jadi geng...camana lepas ni? Nak lawan lagi tak? He he he... Wassalam.
Stylish Thankyou

Sunday, September 23, 2012

Karnival RIMUP 220912

 
 
Salam bahagia, selamat berhujung minggu buat kawan-kawan semua. Rasanya inilah saat paling lama blog terbiar tanpa sebarang n3 mahupun menjengok blog kawan-kawan. Selepas balik dari bercuti, terus pula membuat persiapan untuk berjualan di Karnival RIMUP sempena dengan sekolah ganti Sabtu semalam. 
 
Pertamanya cheq sue nak ucapkan selamat pergi dan kembali buat Kak Anim dan Kak Ummi sekeluarga yang akan memenuhi jemputan ke Baitullah pada kali ini, semoga mereka mendapat haji mabrur dan selamat kembali ke tanah air. Di LCCT baru2 ini pun cheq sue ada terserempak dengan sekumpulan jemaah haji dari Malaysia. Alhamdulillah... Untuk sahabat di Sabah yang dengarnya dah berpindah rumah tu...camana, dah siap ke mengenas barang-barangnya semua? *_^
 
 
Untuk karnival semalam tu, cheq sue menerima risiko untuk berjualan tanpa ada yang membantu selain seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun, Faiz. Antara menu yang dijual adalah nasi kerabu (telur masin & ayam bakar), conney dog, roti sosej dan keropok goreng. Nasib baik nak menyediakan bahan-bahan tu dibantu Mok Ja. 
 
Maklumlah, kita bukannya keturunan orang berniaga. Memang agak kalut pada mulanya. Bila masing2 mendesak mahu itu dan ini, semuanya nak cepat. Setelah selesai larian kemerdekaan, para pelajar dan guru memasing dah lapar, maka terus je diorang menuju ke nasi kerabu. Ish ish ish... ingatkan sambutan tak ada, rupanya sampai tak cukup. Belum pun pukul 10 nasi dah habis. Malah tak sempat nak diberikan pada guru yang dah order sebelum itu. Bila dah habis telur masin dan ayam bakar, nasi kerabu kosong pun diorang mahu. Di akhir2 masa hanya tinggal keropok goreng aje. Yang tertinggal hanya gerai Divalicious dan D'Lijah's Corner aje... untung besar deme tu gamaknya...
 
Demikianlah sedikit perkongsian untuk kembali aktif semula. TQ pada yang sudi ke sini dan membaca... Wassalam... 
 
Stylish Thankyou