Showing posts with label Malaysia : Pahang Darul Makmur. Show all posts
Showing posts with label Malaysia : Pahang Darul Makmur. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Ladang Anggur, Ringlet (Edisi Berbuah)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali kedua saya ke Ladang Anggur di Bertam Valley, Ringlet ni. Kalau dulu dah habis musim, sekarang memang tengah lebat berbuah. Memang seronok + teruja sangat dan melihat anggur dari dekat. Sebelum ni dah tengok di Blue Valley tapi yang di sini ada sedikit berbeza. 

Dari segi buah, yang di Bertam Valley lebih sedap dan manis berbanding di Blue Valley. Buahnya lebih rangup manakala yang di Blue Valley buahnya agak lembut. Harganya juga jauh lebih murah. Di Bertam Valley sekilo RM 18 manakala di Blue Valley sekilo RM 30 (harga 2013).

Memang puas hati dapat snap gambar dalam tu. Kalau ada yang datang ke CH, silalah cari tempat ni, mudah sahaja. Ikut Jalan Bertam Valley - Sungai Koyan sehingga terjumpa papan tanda 'SWEET GRAPE FOR SALE'. Kalau dah tak ada buah atau dah habis musim, papan tanda ni akan diturunkan.

Jadi, jom layan gambar-gambar yang sempat saya ambil...

Model tak berbayar... Di jalan masuk

Saya sangat suka dengan gambar ni. Nampak seperti gugusan anggur plastik yang digantung

Nak? Kena lah datang. Rasa memang sedap walaupun berbiji

Dah datang jauh-jauh ni rugi kalau tak ambil gambar kenang-kenangan.

Aisyah yang ambil gambar ni. Katanya saya dan Mok Ja seperti adik beradik. Tapi yang pastinya saya lah adik...

Heart shape haruslah ada.. T_T

Aisyah juga seperti saya, pantang ada kamera, suka sangatlah bergambar

Tangga pun boleh jadi jugak... *_*

Jadi, jangan lupa tau, datang cari tempat ni.

Entry berkaitan ladang anggur CH :

Friday, December 6, 2013

Pasar Pagi Brinchang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

10 tahun bukanlah masa yang singkat. Sejak saya mendaftar untuk posting pertama pada 2.1.2004, sehingga sekarang saya masih di sini. Terlalu banyak rasanya perubahan yang berlaku. Tambahan pula sekarang ini isu alam sekitar di CH masih hangat diperkatakan. Dengan pelbagai masalah yang mengganggu keselamatan, pastinya ia telah membuka mata banyak pihak berkaitan banyak perkara. Sebagai seorang yang 'menetap di sini' apa sangatlah yang boleh saya katakan. Saban masa saya berdoa janganlah ada kecelakaan yang melibatkan lebih banyak nyawa. Eh...membebel ke?

Tak lah... sebenarnya nak cite pasal pasar pagi ni je. Dah lama tak ke sini, jadi fikir2 elok jugak di ambil gambar sebagai kenang-kenangan...


Pasar pagi ni di adakan berdekatan Pasar Brinchang pada setiap hari. Kedai-kedainya tak la banyak seperti Pasar Pagi di Tanah Rata tetapi sudah cukup meriah dan memberikan apa yang mengunjung mahu.


Di mana-mana pasar pun, yang menjual makanan pastinya mendapat pulangan... Uncle ni tak tahu la masak menu apa, semua tulisan lam bahasa Cina.


Ini pulak macam kek beras goreng. Selalu nampak di Kg Raja


Yang jual makanan India pun ada. Tengah buat tosey agaknya.


Kuih-muih Melayu pun ada. Boleh tahan jugak. Lima ketui dua ringgit.


Tergoda betul nengok pisang ranum ni. Teringat kek pisang...


Nangka ni dari jauh dah dapat hidu baunya. Nangka madu dari Bidor


Tengok ubi keladi teringat pulak talam keladi. Aishh


Ubi bit merah. Tak tahulah orang masak apa dengan benda ni.


Jagung, tak tahulah ori dari CH ataupun dari Ipoh. Sekarang ni banyak peniaga yang ambil jagung dari Ipoh (bawah) kerana harganya lebih murah. Masa try di CH dibaginya jagung CH tapi bila jual sebenarnya jagung Ipoh. Jadi kalau kena yang rasanya lain dan tak manis, itu sebenarnya jagung Ipoh. Kalau nak harapkan jagung CH memang tak dapat memenuhi kehendak, tak boleh supply. Saya pernah terjumpa dengan seorang pemandu lori, masa tu beliau bawa jagung dari Ipoh ke CH. Setongkol tu baru RM0.60. Jadi fikir-fikirlah ya. Kalau datang CH, nak beli jagung, tengok dulu isi di dalamnya macam mana. ** Sekadar perkongsian..



Apalah pasar pagi tanpa sayur-sayuran. Yang ini dijual di luar pasar. Yang di dalam pasar pu ada, kebanyakannya peniaga Cina.


Yang jual ubat-ubat Cina pun ada. Kalau nak cari ginseng ke..bolehlah


Lupa bawak baju? Kat sini pun ada dengan pelbagai pilihan. Yang penting ada duit


Di ruangan pasar basah. Tergoda betul dengan kepala ikan merah tu, sekilo RM22, beli seketul buat kari memang tak habis, mmmmm tengok ajelah!


Di ruangan pasar basah ni tak ramai yang meniaga, ada yang Melayu, Cina dan India. Kalau nak beli kerang ke ada jual. Jangan risau, semuanya mesra-mesra belaka. Macam pak cik tempat ikan ni, agaknya dia tengok saya bawa kamera, terus dia tanya saya dari mana...

Jadi, kalau korang ada berkunjung ke CH, bolehlah cuci mata kat sini...

Note : payah jgk update pakai phone ni. Lappy rosak. Pagi ni saya nak balik kg... harap2 semua berjalan lancar. Tq pada yg sudi jenguk blog dan komen. Maaf tak dpt reply dan bw...  

Wednesday, November 27, 2013

Sunrise at The Peak ~ 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seminggu dua ni asyik keluar rumah awal untuk ke pusat peperiksaan. Kalau drive sendiri dalam 6.40 pagi, kalau tumpang orang dalam 6.45 - 6.50 pagi baru jalan. Jadi dalam perjalanan tu selalu nampak matahari naik (sunrise) bermula di Kuala Terla sehingga simpang Hotel Nova dan Hotel EQ. Saya memang dah target, satu hari mesti datang sini snap gambar sunrise tu. 

Dah alang-alang ada rehat dari jaga exam, 23 haribulan lalu saya dan Mok Ja serta Hawa, sepakat nak menengoknya. Berharap sangat dapat tengok mentari naik seperti yang dilihat sebelum ini, tetapi tak ada rezeki kerana pada pagi itu kabus dan awan agak tebal sehingga menutup serakan cahaya pagi.

Seawal 6.15 pagi keluar dari rumah, inilah hasil yang dapat dikongsi. In sha Allah lepas ni nak datang lagi, mungkin musim kemarau sikit. Sekarang ni asyik hujan je, itu yang gamaknya awan dan kabus menjadi tebal. Moh nengok... Apa yang boleh di kata, indahnya ciptaan Yang Maha Esa...









Lepas ni, tengok versi dua pula sama ada dapat snap view yang lebih baik dari ni..

Monday, October 21, 2013

Twin Diamond Plantation (Grapes & Tomato Farm), Bluevalley

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pada 6 Oktober 2013, sekembali dari menyelesaikan beberapa perkara di Gua Musang, saya dan Mok Ja singgah ke Ladang Anggur di Tomato K.C. Kwang & Son yang terletak di Jalan Blue Valley. Kalau lalu nak balik ke Gua Musang, boleh nampak papan tandanya di tepi jalan. K.C. Kwang ni merupakan salah seorang pengeluar tomato terbesar di CH dan penanaman anggur ni baru tahun ini dibuka. Saya pernah berkursus di sini [klik] dan masa tu dah masuk ke kebun anggur tetapi ianya belum berbuah. Kiranya persinggahan ini adalah untuk membalas dendam la kerana tidak berjumpa anggur di ladang Ringlet.


Bila dah masuk ke simpang, jangan takut. Ikut sahaja jalan yang terbentang sebab laluan masuknya agak berliku dan sibuk. Kalau tengok kiri kanan dipenuhi dengan kebun. Tak tahu pulak di sini varieti apa yang di tanam.


Lihat sajalah anggur yang bergayutan (betul ke bergayutan tu?). Memang geram sangat. Nak masuk bergambar boleh tapi tak dibenarnya menyentuh buah. Dalam dok gelak ketawa di dalam tu ada seorang pekerja mengawasi. Amboi, tak pada dengan bukan orang Malaysia, jaga sampai begitu sekali.


Secara jujur saya mendapati anggur ini agak sedap, manis-manis masam. Tak seperti anggur biasa. Rasanya lembut. Walaupun berbiji tetapi berbaloi. Sekilo hanya RM 17.


Bergambar dan bergambar lagi. Tengoklah muka yang bersememeh yang menahan perasaan untuk menggigit anggur tu. Haishh...geram weh, geram sangat. Kalau sape yang lalu jalan ni masa nak balik, cuba-cuba la singgah. Kalau ada rezeki, kena dengan musimnya boleh rasa anggur keluaran Malaysia.

Saturday, October 19, 2013

Lavender Garden, Tringkap

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selepas menghantar Cheq Da balik, saya singgah pula di Lavender Garden yang terletak selepas selekoh Tringkap. Dah lama juga dok nak melawat ke sana tetapi asyik tak menyempat. Kalau hujung minggu tu sentiasa penuh sesak dengan pengunjung. Tempat ini sebenarnya baru sahaja di buka tahun ini. Sebelum ini ianya merupakan kebun bunga kekwa dan saya di sini dapatlah melihat perkembangan pembinaannya sehinggalah ianya di buka.

Cantik. Memang suka sangat bila masuk ke dalamnya. Dengan hamparan bunga kuning, merah dan purple sangat sesuai untuk membuat photoshoot. Tapi seperti yang saya kata, bila hujung minggu orag ramai jadi segan sikit nak bergaya lagak artis. Haish.. Tapi kalau masuk ke sini tak bergambar sakan, tak berbaloi bayar masuk RM5, kalau kanak-kanak pulak RM3. Tengoklah, tak perlu nak bayar sewa ke hapa, senang-senang je dapat beribu sehari.


Jadi di sini saya kongsikan sedikit gambar buat tatapan anda semua. Kalau singgah ke CH jangan lupa datang ke sini tau.


Malu jugak time nak bergambar tapi tahan-tahan sajalah.


Tengok sajalah deretan kereta dan bas di tempat parking. Memang penuh sesak.


Gerberra. Boleh dipetik sendiri (self pick) dengan harga RM2 sekuntum. Ramai yang memetiknya, rasai pengalaman. Bagi saya agak mahal jugak sebab dalam sekuntum biasanya RM 1- RM1.50 sahaja.


Untuk self pick strawberry pula, saya rasa dalam RM30 setengah kilo (atau kurang sebab dah lupa). Tapi yang ini saya beli yang dah dipetik, RM10 1 pek tu. Manis masam sedap rasanya.


Di bahagian atasnya pula ada disediakan cafe (Leaf). Ada cheesecake (strawberry & blueberry) serta skon. Saya makan blueberry cheesecake tu RM7 / slice. Ok-ok sajalah, kalau buat sendiri pun boleh. T_T tapi tak apa, dah namanya pun nak rasa...

Jadi kawan-kawan jangan lupa singgah tau.

Tuesday, October 15, 2013

Piknik + Outdoor (Sg Pauh), Brinchang & Royal Berry, Kea Farm

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada semua. Semoga apa jua yang kita lakukan akan diberkati Allah seadanya. InsyaAllah saya akan kongsikan kenangan Aidiladha kali ini dalam n3 akan datang.

Untuk n3 kali ini, biarlah gambar yang berbicara. Lokasi kedua jalan-jalan selepas kembali dari ladang anggur di Ringlet.


Ayam panggang serai. Next n3..


Aisyah, Batrisyia dan Haziq


Saya dan Mok Ja







Saya dan Cheq Da


Saturday, February 25, 2012

XPDC Gunung Berembun, 19 Feb 2012

 
 
Pagi Sabtu... ke mana langkah korang hari ni?
Cheq sue sat lagi nak ke opis, ada yang perlu disiapkan
Kalau ikutkan memang malas bebenor, tapi tuntutan kerja...wajib ku buat

Untuk n3 kali ni, sedikit gambar semasa menjejak Gunung Berembun minggu lepas
Rasa2 sakit badan lenguh2 kali dah habis
Tapi pengalaman berharga yang diperoleh memang tersimpan kemas di hati
Member dok ngajak ke Gunung Brinchang pulak...entah mampu ke tidak
Naik ke Gunung Berembun ni pun sampai nak pitam ke diri
Nak ambil gambar pun xleh, tangan menggeletar beb!



 
Untuk pengetahuan semua, trek Gunung Berembun ni tersangatlah mencabar
Tapi alhamdulillah mudah dijejaki kerana adanya akar2 pokok yang menjadi tempat berpijak
Dengan suhu sejuk, sekeliling trek ni agak basah dan berlumut
Tambah2 pulak malam sebelum pendakian tu hujan tak berhenti
Tengoklah kabus yang memutih tu
 


 
Separuh masa pendakian.. kebanyakan perlu mendaki dengan sudut 45'
Trek sebelum ke puncak ni lagi mencabar
Dengan tanah yang licin dan tenaga yang tak berapa nak ada
Hanya semangat yang mengiringi
Apa guna mendaki jika tak sampai ke puncak?



 
Setelah hampir 3 jam meredah hutan, akhirnya sampai di puncak!
Alhamdulillah...
Dari atas ni nampak jelas bandar Brinchang dan Kampung Sungai Ruil
Melepak kat atas ni sambil makan biskut Tiger pun sedap wehhhh...




See? 1840 m....
Selain Gunung Senyum, yang ini pun berjaya di tawan
Selepas tracking di Taman Negara (Merapoh) pada 2009, nyata semangat masih ada



 
Selepas 30 minit at the puncak, bergerak turun
Rupanya trek turun ni sama mencabarnya
Dengan sudut sama 45', memang sentiasa kena brek
Look at my shoes...
Ada jugak 5 kali jatuh terduduk
Nasib baik tak terseliuh
Bila sampai di permulaan tracking, memang bersyukur sangat
2nd time? 
Huuuuuuuuuuuuuuuu tunggu dululah!
^____^
Wassalam...