Showing posts with label Tartlet. Show all posts
Showing posts with label Tartlet. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Tat Telur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya suka makan tat, tak kiralah cheese tart ataupun tat telur. Memanglah bila nak buat tu agak renyah sikit, tapi bab makan saaaaaaaaaaat aje kata orang Kedah. Biasanya kalau buat tat, ambil masa dua hari. Sehari nak sediakan crustnya... simmpan dulu. Kemudian barulah masukkan filling. 

Saya buat tat telur ni untuk jualan sempena Karnival Kokurikulum di sekolah tapi tak jual pun sebab fillingnya tak memberku walaupun dah dibakar. Agak pelik juga kerana saya masih menggunakan resepi yang sama sebelum ini. Saya buat dua adunan, dapat dalam 40 biji lebih, memang puas dapat makan dengan kengkawan.


Kali kedua saya buat sebab nak habiskan filling masa buat kali pertama. Kali ni saya masakkan dulu filling tu di atas api sederhana, tak sampai mendidih, cuma sekadar sedikit pekat. Selepas angkat dari dapur, saya teruskan mengacau kerana tidak mahu ianya berketul.

Saya nak kongsikan di sini bagaimana saya membuat crustnya. Kita buat ni manual ya...sambil nengok K-drama! Sebelum ni saya masukkan adunan dalam acuan, tekan dasarnya dan penyek2 ke tepi hingga nipis. Bila dah siap bakar, keluarkan dari acuan, masukkan dalam paperliner dan masuk semula dalam acuan untuk masukkan filling. 

Kali ni saya terus masukkan paperliner dalam acuan, dan tekan adunan di dalam paperliner terus. Maksudnya crust tu saya bakar bersama paperliner. Kalau boleh lihat dalam gambar, paperliner adalah mengikut crust ya... Kiranya tak perlulah saya keluarkan crust yang dah masak dan masukkan semula ke dalam acuan (bersama paperliner). Masa bakar pulak saya tak tunggu hingga crust betul2 masak atau garing, hanya 3/4 masak terus saya tuangkan filling dan sambung bakar lagi. Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan hati dan sempurna pada mata saya...

Pada sesiapa yang nak cuba buat, saya copy semula resepinya di bawah...


TAT TELUR
Resepi : hanis@myresipi

Bahan-bahan ( 30 keping )

PASTRY
200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila

FILLING :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning

Cara-cara
Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan tepung sampai jadi doh.
Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.

Untuk filling : Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Thursday, August 1, 2013

Tart Rose

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Untuk n3 ini dan seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda semua biskut2 raya saya tahun ini. Semoga apa yang dah saya buat dapat memberi sedikit idea pada kawan2 yang nak menambah koleksi biskut raya. Mana la tahu, kot2 juga ada yang nak buat sama. Kebanyakan rakan blogger juga yang memberi inspirasi pada saya. Selain 2 resepi yang memang saya buat dengan resepi sama iaitu tat gulung dan almond london, ada dua tiga jenis jugak biskut yang baru tahun ni saya cuba. Takkan tiap2 tahun buat biskut itu aje ye dak??

Yang pertama sekali tentulah tat rose ni. Dah ada dalam list semenjak tahun lepas, tapi tak ada kerajinan nak mencuba. Masa dok search biskut raya tu, memang jatuh hati betul dengan bentuknya yang menarik dan unik. Jadi tahun ni saya gagahkan diri membuatnya. Pada pendapat saya, buat tat rose ni tak lah sesukar mana bila kita dah dapat rentaknya. Rasanya juga penyediannya tak serumit tat gulung. Pada saya buat tat rose ni lagi cepat siap.


Sekali tengok memanglah tak berapa nampak ke'rose'sannya tu. Pertama kali buat la katakan. Nak dapatkan bentuk yang sempurna, dekat 5 acuan penerap juga yang saya cuba. Kalau guna acuan tart tekan tu jadi besar sangat saiznya. Untuk langkah2 penyediaannya tu boleh tengok di blog DTS seperti yang saya dah linkkan di bawah ini. Saya sengaja juga meletakkan warna pink bagi memberi sedikit warna pada koleksi biskut raya. Idokle semuanya warna plain atau kuning gitu aje... Jemnya pula saya gunakan raspberry yang rasanya agak masam sedikit jika dibandingkan dengan jem nenas. Walaupun zahirnya tat ni nampak macam keras, tapi sebenarnya ia lembut dan peroi seperti juga tat gulung.


Jadi pada siapa yang rasa nak cuba tu, bolehlah buat kelainan dengan membuat tat rose ni, yang pastinya menjadi penarik di meja di hari raya nanti. TQ che mat yang berkongsikan resepi ni.

ROSE TART
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan mentega berkualiti tinggi (mat guna "golden churn")
1/2 cawan majerin (planta)
3/4 cawan gula aising, ayak
1 kuning telur
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 1 3/4 cawan)
1/2 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya (mat guna jem raspberry, lagi sedap)
Paper cup saiz kecil secukupnya

CARA MEMBUATNYA:-)
Pukul mentega, margerine dan gula aising hingga bersatu, masukkan kuning telur dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Canai doh kurang lebih 1/2 cm tebal. Terap dengan acuan bulat berbiku.
Sapu dengan sedikit jam strawberry/raspberry pada permukaan doh yang diterap tadi. Lipat dua setiap doh dan buat macam huruf "U", setiap doh tadi dan cantum, kemaskan dan alihkan ke paper cup. Buat hingga siap.
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Menghasilkan kurang lebih 40 kuntum rose tart.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
 ~ Wassalam ~

Monday, November 26, 2012

Blueberry Chocolate Cheesetart

 
 
Antara menu yang tertinggal di dalam draft. Ada banyak lagi rupanya projek terbengkalai yang tidak dapat disiapkan ekoran masalah internet yang sangat mendukacitakan. Memang sangat menyakitkan hati. Heeee, macam buat projek perumahan pulak ya. 
 
Bila tengok tat ni, memang dah lama sepatutnya diupload. Dah lama jugak buat tat ni kerana ada lebihan filling order tapi menggunakan resepi (shell) yang berbeza. Kalau selalu memang guna je resepi Haz-amon tu   tapi kali ni cheq sue cuba guna resepi daripada  Kak Yanie.

 
Tat ni sebenarnya ada sesuatu yang tak kena. Pada tekak cheq sue masam blueberry dengan shell coklat agak mengelirukan tapi masih boleh di makan. Kalau untuk jualan penyediaannya agak renyah daripada shell biasa kerana adunan agak lembik. Bila nak keluarkan dari acuan pun agak melekat. mmmmmm sebenarnya cheq sue gantikan serbuk badam dalam adunan tu dengan serbuk koko...mungkin sebab itulah yang buat ianya serba tak kena. He he he...  Konon2 nak bereksperimen tapi hasilnya kurang memuaskan.
 
Tapi kat sini cheq sue letakkan semua resepi tat tersebut supaya senang nak rujuk lain kali. Pada yang nak mencuba tu jangan takut-takut. Asal boleh di makan, tak apa. TQ pada yang berkongsi resepi. Wassalam...
 
 
CHEESE TART

Bahan-bahan (18 biji)
**Pastri**
70g butter
50g gula halus
1 biji kuning telur
110g tepung gandum
15g almond powder
beberapa titik esen vanila

**Filling**
100g yogurt - sejatkan biar jadi 50g
40g gula halus
1 biji telur(saiz m)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil corn starch
50ml fresh cream

Cara-cara
Cara buat pastri. Masukkan butter ke dalam mangkuk. Kacau sampai lembut
atau jadi bentuk krim.
Tambahkan gula. Pukul sehingga putih
Masukkan telur kuning. Kacau sehinga sekata. Tambahkan pula esen vanila.Kacau lagi.
Campurkan tepung dengan almond powder . Kemudian ayakkan.
Kemudian masukkan tepung ke dalam no.3 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Uli jadi bentuk bulat. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.
Canaikan doh setebal 3-4mm. Terap dengan cutter diameternya 6cm. Simpan dalam peti ais sementara siap buat filling.
Cara buat filling Letakkan ke dalam mangkuk cream cheese, yogurt dan gula. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Tambahkan fresh cream sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Lepas tu, ayak pula tepung gandum dan corn starch ke dalam no.9 tadi. Kacau sehingga sebati.
Sapukan bekas muffin dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Ambik pastri tadi. Masukkan ke dalam bekas muffin. Cucuk-cucukkan dengan garfu.
Isikan dengan cream cheese tadi. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170 degree atau sehingga pastri nampak kuning/perang.

Stylish Thankyou

Friday, November 9, 2012

Blueberry Cheesetart ~ Kak Anah

 
 
Kenangan tempahan cheesetart yang pertama. Hasil yang terbaik dengan filling yang elok sangat kejadiannya. Cheq sue masih lagi menggunakan resepi yang sama cuma saiz tart ni adalah 4.5 cm memandangkan ianya ditempah untuk makan-makan semasa majlis baca Yaasin di rumah puan GPK Ko kami iaitu Kak Anah. Kalau guna acuan yang biasa tu macam besar sangat pulak. Kiranya tempahan ni merasmikan lah 4 dozen acuan tart yang baru cheq sue tambahkan dalam koleksi.
 
 
50 biji cheesetart dengan deco simple.Untuk fillingnya tu cheq sue mix guna food processor, agak lama jugak sampai dia sebati.
 
 
Walaupun shell agak comot, alhamdulillah senang je nak keluarkan dari acuan. Untuk resepinya boleh klik kat sini. TQ pada yang mengutarakan resepi tersebut. Wassalam
 
Stylish Thankyou

Thursday, October 18, 2012

Tat Kelapa Nestum


Adessss... lama jugak tak berupload blog ni. Bermula dengan kesibukan di sekolah, tambah dengan tak ada elektrik dan line broadband yang ngok ngek, memang down mood nak berblog. Cuma nengok-nengok gitew ajelah, tak menyempat nak komen. Jadi hari ni cheq sue nak share hasil yang dibuat pada minggu lepas. Dah lama jugak sebenarnya nak membuat tart kelapa nestum ni, sebab tengak bahan-bahan dan caranya senang aje. Penggunaan nestum di dalam shellnya menambahkan lagi uniknya tart ni. Baunya pun memang wangi dengan aroma kelapa. Cuma cheq sue tambahkan sedikit choc rice untuk kasi naik seri sikit.

 
Rasa tart ni? Mmmm memang takleh nak kata apa. 10 of 10. Sangat sedap! Walaupun makan keesokan harinya pun masih sedap lagi. Lemak kelapa dengan susu pekat tu memang sangat-sangat menyelerakan. Tahap manisnya pun tak berapa ketara sangat (sebab dah dikurangkan gula dalam kuantiti bahannya)
 
Tart ni cheq sue buat dalam acuan 4.5cm (dapat dalam 35 biji) selebihnya cheq sue guna acuan biasa sebab dah malas *_*. Boleh tak gitu? Heeeeee...... TQ pada penyumbang resepi ni. InsyaAllah lepas ni boleh cuba lagi. Wassalam.



 TART KELAPA NESTUM
Resepi : daunpandan @ MyR

 Bahan-bahan ( 50 biji(ikut saiz) )
*2 cawan kelapa parut kering
*1/2 cawan susu pekat manis
*1/4 cawan gula
*1 camca besar majerin
*1camca besar mentega

1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung beras
1 cawan nestum
160 gm mentega
1/4 cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla

Cara-cara
Gaul semua bahan bertanda * (untuk inti)hingga sebati dan tepikan.
Ayak kedua jenis tepung dan campur dengan nestum.
Krim mentega dan gula hingga sebati.Masukkan esen vanilla dan telur,pukul hingga sebati.
Masukkan campuran tepung dan gaul jadi doh.
Canai setebal 5 mm dan terap dengan acuan bulat bergerigi.Letak dalam acuan tart dan rapikan.
Letak anggaran 1 sudu inti kelapa tadi (tak perlu padatkan).Bakar dgn suhu 180'C selama 10 minit atau hingga masak.



Stylish Thankyou

Friday, April 13, 2012

Blueberry Cheese Tart


 
 
Cerita tentang BCT pulak
Yang ni pun direquest oleh ibu mengandung dan ibu yang tak mengandung
Cheq sue buat ni sama2 dengan diorang kat rumah
Ala2 kelas memasak la jugak, belajar cane nak buat base, letak filling dan topping
Yang paling best bila sampai masa nak corakkan kat atas
Macam2 pesen
Sebenarnya ada lagi 2 3 corak hasil pemerhatian kat blog kengkawan
Tapi xdan nak ambil gambar sebab kamera xde
Bila dah bungkuskan untuk diorang bawak balik, tinggal yang ini ajelah
Kalau korang perhatikan, kat sini pun ada orkid, maklumlah photoshoot sekali dengan monkey bread
 
Selalu kalau buat cheese tart, cheq sue memang setia dengan resepi Haz_amon dari MyR ni
Kalau nak kelainan sikit, boleh tukar filling blueberry ke strawberry atau kiwi
 Kalau nengok ke gambar tu, kemain banyak letak filling
Nak makan sendiri la katakan
Kalau buat jual ni kompom rugi
Haishh...

Tq pada penyumbang resepi
Buat Siti, Shima dan Lini, semoga perkongsian ilmu yang kita buat tu akan menambahkan semangat untuk mencuba. Nanti boleh bagi tester...

Wassalam... 




 
BLUEBERRY CHEESE TART
Resepi : Haz _amon @ MyR

Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara-cara
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.


Monday, April 9, 2012

Tat Telur


 
 
Kisah tat telur dan orang mengidam...
Kalau pun tidak mengandung. cheq sue sebenarnya dah lama sangat nak makan tat telur
Kebetulan ibu mengandung kat sekolah tu Cheq Da asyik menyebut-nyebut aje
Encik Baharun yang langsung tiada kaitan itu pun teringin jugak nak makan
Jadi, tercapailah juga hasrat di hati ni setelah tat ni dibuat minggu lepas
Dah biasa dengan resepi Hanis ni, memang menjadi dan sedap
Cuma kali ni agak terkurang serbuk kastard, so that la fillingnya agak cair sikit
 Masa memula buat tat telur ni, banyak yang rosak sebab tuang filling tanpa alas
Jadi kali ni, cheq sue terus masukkan pastry tu ke dalam paper cup
Kemudian baru tuang fillingnya
Jadi xde la masalah melekat fillingnya tu pada dulang pembakar
Bijak kan...
Diharapkan pada dua orang tu, moga2 puas hati la dengan apa yang diidamkan ni
* Pasni jangan dok mintak memacam lagi okeh!
TQ juga pada Hanis yang sudi berkongsi resepi
Wassalam...



 
TAT TELUR
 Resepi : Hanis @ MyR
 
PASTRY
200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila

FILLING :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning

Cara-cara
Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan tepung sampai jadi doh.
Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.