Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Friday, November 6, 2026

Noorayuni Tomyam Seafood, Tok Jembal, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Yang selalu juga disinggah jika ke Gong Badak. Kedudukannya berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Kalau kami panggil kedai dalam semak, sebab terdapat banyak juga pokok-pokok disekeliling kedai ni. Best jugak kedai ni sebab macam-macam jenis masakan ada. Rasa dan harganya juga boleh tahan tak terlalu mencekik.  Suasananya juga selesa dan nyaman. Cuma kalau datang malam memang payah sikitlah nak dapat tempat. 


Bukan main berjoget Mr Lobster tu deh


Sunday, October 25, 2026

Laksa Sarang Tok Jembal, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau ke Terengganu, atau ke kawasan Gong Badak / Tok Jembal, ini adalah tempat yang WAJIB dikunjungi ya. Di sini memanglah menjadi tumpuan. Kalau hujung minggu tu kadang-kadang menunggu untuk dapat meja padahal makan laksa je kottt... Itulah nak buat macam mana laksanya very the special gittew!


Satu masa dulu laksa sarang ni memang menjadi fenomena. Sana sini situ semuanya buat. Walaupun begitu ada yang dah berkubur seiring masa. Namun ini satu-satunya kedai yang masih kekal dengan menu utamanya laksa sarang. Sedap ke? Bagi saya sedap, cuma sedikit pedas 😋 Tapi kalau yang suka pedas tu memang kena tambah cili potong la jawabnya


Thursday, October 22, 2026

KB Brewster, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sejujurnya, ini adalah tempat yang paling best nak lepak di Pasir Puteh...bagi saya la ye..orang lain tak tahu lah.. 😀

 KB Brewster Pasir Puteh ni tak la besar sangat. Meja pun tak banyak. Lokasinya pulak bagi saya tak berapa strategik, iaitu berdekatan Bulatan Kampung Kelubi, berderet dengan Hotel Azimah dan kedai makan Aina. Kalau tak kena masa, memang tak dapat nak parkir.


Pandangan dari luar. Kecil je kan...ada satu meja untuk geng-geng smoker. Sinki basuh tangan pun ada kat sini. Menu tu standard la kan...kopi, western, dessert...nasi fushion...kalau kata nak nasi campur kena ke kedai sebelah dia tu lah. Hehehe...

Wednesday, October 7, 2026

Dapur Kak Na, Selising, Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Inilah kuasa viral zaman sekarang ya... Saya memang tak tahu kewujudan kedai ni, cuma sering naik di FB satu kedai specialist nasi arab di sebuah kampung di pertengahan jalan Selising - Tok Bok. Seingat saya, kali terakhir makan nasi arab yang kena dengan selera adalah di Al Raudhah, CH. Selepas tu payah nau nak jumpa dengan kedai nasi arab yang kena, bukan tak ada tapi itulah tak seperti yang diharapkan. Macam tu lah kalau dah malas, nak makan sedap kena beli, tapi tak sedap nak buatnya malas. Hahaha...


Masa saya pergi pertama kali, nasi arabnya sudah habis, agak kecewa masa tu sebab rasa nak makan sangat, hanya sempat bungkus roti arab jah. Jadi saya cari nombor telefon dan cuba order terlebih dahulu. Ramai jugak pengunjung yang datang dan tak dapat nak beli, kena tunggu sesei petang sebab nasi dah habis. Padahal masa tu baru pukul 2. Kalau yang nak makan di situ kirim salam ajelah ya..

Sunday, September 20, 2026

Eyna Mee Celup D'FAMA, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sesekali rasa jugak malas nak masak, biasanya bila hujung minggu lah. Kalau masak ni menunya itu ajelah, sesekali bertukar selera melayankan nafsu makan. -_- Kedai ni antara yang menjadi pilihan saya. Lokasinya sebelum Econsave Pasir Puteh, bersebelahan dengan Pejabat FAMA dan gerai-gerai seliaan FAMA. Menu utamanya bukanlah semata-mata mee celup, ada banyak lagi yang boleh menggoncang selera. Antara kedai makan yang penuh bila tibanya waktu makan tengah hari. Ni dalam pukul 11 lebih, jadi tak la terlalu pack! Harganya pula tak ta terlalu mencekik jiwa, sedang sedang sepadan dengan kualiti makanan.


Gedebak papan tanda nampak jelas dari jalan besar. Ruangan kedainya besar cuma agak panas sebab kawasannya terbuka dan atapnya pula tanpa siling. Kalau matahari terik memang berpeluh-ppeluh walau ada deretan kipas besar disekelilingnya

Thursday, September 17, 2026

Sek Kita Corner, Lebuhraya Machang-Kuala Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya ni dah hampir 6 tahun balik kerja di Kelantan, tetapi sayang banyak tempat yang masih belum diexplore. Tambah-tambah kalau kedai makan, jangan tanya mana tempat yang sedap yang murah yang wajib kena kunjungi. Sama juga dengan kedai makan ni, alkisahnya jumpa masa pusing-pusing kampung. Nak makan dekat kedai lain tutup, tengok tengok kedai ni buka singgahlah. Rupa-rupanya kedai ni tersohor jugak di kalangan penunggang dan pembonceng motor kerana letaknya betul-betul di tepi Lebuhraya Machang - Terengganu.


Banyak jugak menu yang dijual. Yang tersohor pastinya mi celup dan roti canai. Yang lain-lain masakan panas boleh request

Friday, September 4, 2026

Kedai Lina Mee Celup, Jeram Pasu, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kalau rasa malas nak  masak, berhenti ajelah kat kedai mana-mana, order dan terus boleh menjamu selera. Cuma, samada kena atau tak dengan selera.. Saya pun gitulah, cuma kadang-kadang malas nak menyinggah dengan budak kecik tu. Kadang-kadang kena singgah jugak sebab jenuh nak masak untuk 3 mulut di rumah.


Kedai ni letaknya di jalan Jeram Pasu - Padang Pak Amat, sebelum Sekolah Sains Pasir Puteh. Memang laluan saya pergi balik kerja. Kedai dia ni memang menjadi tumpuan, budak-budak sekolah memang sokmo berhenti makan sebelum balik rumah. Selain dari mi celup, banyak jugak menu lain yang ada, termasuklah nasi. Harga pun sederhana tak mahal tak murah

Tuesday, September 8, 2015

KST Selera Ikan Bakar, Jerteh, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila saya tengok2 balik label JJCM di CTS ni, rupa2nya memang dah agak lama saya tak makan di luar. Yang sebenarnya bukan la tak makan, tapi biasanya makan di kedai yang sama saja jadi dah tak boleh up n3. Tapi bagus jugak sebab zaman2 gawat ni banyak boleh saving, bila makan di rumah ni lebih puas hati.


Kedai KST Selera Ikan Bakar di Jerteh ni saya singgah semasa balik dari Melaka. Tengah ketar lutut sebab kebulur dalam perjalanan. He he he gelak sendiri bila ingat balik. Sebenarnya saya selalu je lalu di kawasan ni tapi tak ada keperluan nak singgah.


Wednesday, May 6, 2015

Puteri Erra Roti John, Melaka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Silap pulak tak snap gambo muka depan gerai ni.... Saya singgah ke gerai ni semasa berkursus di Melaka. Letaknya betul2di depan Hotel Sentral (Jalan Tun Sri Lanang). Bila semua dok promo kata roti john di sini sedap, maka haruslah di cuba. Tambah pulak boleh nampak kedai ni beroperasi dari bilik penginapan. Pastu kata kengkawan lagi kat dalam kedai ni dihias dengan gambar2 dan artikel zaman dulu2...

Masa saya sampai ni dah hampir nak tutup, maklumlah dekat 10.30 malam baru habis meeting kan... Kosi meja pun diorang dah nak kemas.



Wednesday, February 25, 2015

Ramly Halal Kiosk Sdn Bhd

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tak pernah tahu.. dan tak pernah jumpa kiosk halal (kafe Ramly) ni. Inilah pertama kali saya nampak, berdekatan dengan Hotel Empress Sepang semasa saya bermesyuarat di sana baru2 ini. Sadis kan... orang lain dah jemu agaknya makan di sini saya pulak baru saja tahu.


Cafe berkonsepkan makanan segera ni bukan sahaja menyajikan makanan siap tetapi turut menjual bahan2 mentah sepertu nugget, kepingan ayam dan daging serta bebola. Sos dan pencicah pun ada dijual di sini.


Tuesday, December 2, 2014

Trip Kem Bersepadu '14 - Mak Teh Mee Banjir Udang #7

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuala Sepetang dan mee udang memang tidak boleh dipisahkan. Masa datang pertama kali dulu tak sempat rasa, konon masa tu nak cari mee udang Mak Jah, tapi x jumpa2... jadi kali ni rupa2nya memang dah siap tempah satu slot untuk pekena mee udang. Mula2 pelik jugak... saya ingatkan mee udang banjir Mak Teh.... tapi yang sebenarnya adalah mee banjir udang.... Oooooo...


Ukiran pada dinding kedai... Mak Teh Mee Banjir Udang, tapi terlindung dek pokok2. Lense pulak saya guna yang 55mm... memang x puas nak gambar. -_-



Wednesday, October 8, 2014

Burgerbyte, Bandar Baru Tunjung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah agak lama jugak saya tidak makan di luar. Kalau di CH, biasa makan di rumah saja. Bila hujung minggu pun hanya lepak di rumah tak ke mana-mana. Termakan di Burgerbyte, Bandar Baru Tunjung ni pun secara kebetulan. Saya dan adik sebenarnya nak ke Bangunan Jaafar Rawas, tetiba bila masuk simpang terus nampak signboard ni. Kebetulan jugak sebelum tu saya dah tengok sekali imbas di blog DJ (tapi tak baca penuh), tu yang saya terus je nak cuba. Sambil2 jugak mengisi perut yang memang tengah lapar.


Standart papan tanda di Kelantan, selain tulisan rumi, wajib ada tulisan Jawi. Gambar kelabu asap sebab tengah nak hujan.



Sunday, July 6, 2014

N'dee Fried Chicken, UITM Machang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

N3 JJCM sebelum puasa semasa balik kampung. Biasanya masa balik hari Jumaat, kalau tak makan di Gua Musang, saya akan singgah di Dataran Peladang Kuala Krai. Tapi hari tu nak try satu restoran baru dekat traffic light tapi tutup pulak. Bila dah terlepas payah pulak nak jumpa kedai makan sebab banyak yang tutup pada hari Jumaat. Oleh sebab perut dah keroncong sangat, maka singgah jugaklah di satu kedai makan selepas traffic light UiTM Machang, padahal dah dekat sangat nak sampai ke rumah. He he he...


Kedai ni simple aje, tapi menarik. Open air gitu. Agak airy sikitlah sebab kedudukannya dekat jalan besar. Tempat ni memang tumpuan bebudak UiTM.


Mata melilau dulu di sekitar kedai. Baru je saya duduk, ada dua group bebudak UiTM masuk. Pelaris la katakan... alahai...

T

Saya tetiba je lupa apa kebenda kita panggil ni... Kentang apa ek??? Nasib baik beli dua, saiznya kecik2 nau.


Jus durian belanda. Dok bayangkan datangnya yang warna2 putih gitu, yang diblend dengan ais tapi ghupe2nya macam air manis direndam dengan daun durian belanda. Huk alohhhh, very the spoiled lah.


Nasi goreng pattaya. Kata tuan yang makan rasanya tawar.


Nasi goreng daging merah. Agak sedap jugak walaupun tak berapa banyak. Nasi gorengnya tidak sama denga nasi goreng pattaya tu. Kan ada sesetengah tempat nasi gorengnya sama je, yang ni kira ok lah


Chicken chop. Harga tak sampai RM10. Agak sedap jugak walaupun gravynya agak masin. Sos pun boleh tahan. Saiz pun mengenyangkan.

Kalau agak2 nak try bebuka diluar dengan menu western cuba la singgah di sini.

Order :

Nasi goreng pattaya 2, teh O ais 2, horlick panas 1, jus durian belanda 1, nasi goreng daging merah 1, kentang 2, chicken chop 1 = RM34.00

Wednesday, June 25, 2014

The Chicken Rice Shop, TESCO KB

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pertama kali masuk TCRS. Kebetulan balik kampung, ke TESCO KB, perut tengah lapar jadi on sajalah.

 

Ruang dalaman yag cantik dan kemas. Pelayan pun baik je. Sabar je tunggu order kami, siap bagi penerangan lagi. Dari nak makan sikit terus jadi banyak. Ha ha ha...


Kejap je tunggu, yang dipesan dah sampai. Kami ambil pakej berdua. Sup bebola ikan. Ok la jugak. Yang sedapnya nun di belakang. Rasa macam tak cukup je 4 bijik pai tee tu. Tetiba tingat acuan pai tee yang belum belum dirasmikan lagi. Huh..


Ayam madu. Serius sedap.


Nasi yang penuh perisa.


Saya order air hijau tu, agak tak berapa nak sedap sebab pedar sangat rasanya. Saya andaikan mereka guna air limau nipis dalam botol (saya pernah beli, tapi tak terguna hingga buang). Yang satu lagi tu teh O laici. Ok la sedap.


Dalam kelaparan tu, suap sana suap sini... SEE? Licin you. Lapar la katakan.

Untuk maka berdua ok la harganya. Tapi kalau nak bawa famili lima nam orang kena lafikir dua tiga kali dulu ya. -_-

Thursday, June 19, 2014

Xin chào Việt Nam 14 : Makan-Makan Di Vietnam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kita n walau ke mana2 sekali pun, tak sah kalau tak makan. Perut saya ni kalau sehari tak makan nasi mau dia meroyan di dalam. Umumnya nasi di Vietnam ni agak berkanji, jadi makan pun paksa2 sebab nak masuk nasi dalam perut. Kalau ikut hati memang tak berapa nak kenyang bila makan nasi berkanji ni. Tapi syukur pada Allah kerana masih dikurniakan rezeki halal dan mengenyangkan. Alhamdulillah...

Jom tengok antara kedai makan yang sempat singgah baru ni.

RESTORAN HALAL KAMPUNG MELAYU

Restoran ni pertama kali singgah. Dua kali jugak kot, jadi saya hanya ambil gambar random sahaja sebab ada antara makanannya diulang kali kedua.

Lokasi kedai ni sangat strategik. Berdekatan dengan banyak kedai2 menjual pakaian dan boleh je cakap Melayu.


Ikan masak masam manis. Ni menu lunch 1st day, tengah lapar jadi belasah apa sahaja.


Tauhu goreng bersama telur. Sedap dan unik. Digoreng dalam acuan, berapa biji agaknya telur yang diguna. Sos pun sedap. Sayur tauge tu tak la menjadi pilihan saya... tapi nampak depa2 ni main makan je, sedap kot.

 RESTORAN SERI PINANG

Trip pertama dulu dah pernah singgah. Makanannya kali ni average je.


Bendi goreng. Kalau bendi ni masaklah macam mana pun tetap menjadi kesukaan saya.


Udang sos tiram dengan brokoli. Besar2 udangnya. Langgar habis segala pantang, lepas makan baru cari ubat gatai. Haaaaa padan muka!


Ayam goreng telur masin. Sedap jugak. Ada bubuh daun kari dan cili.


Tauhu goreng. Saya pandang je. Sampai sekarang masih takleh makan tauhu. Tak tahu ngape.

RESTORAN HALAL MEKONG

Kat tempat ni memang ramai pelancong Malaysia datang makan tengah hari, agaknya dah termasuk dalam pakej seperti group kami. Dah penat jalan2... apa lagi....


Dari jauh dah nampak, macam tak ada apa2 tapi so happening sebenarnya.


Ada sup, tak taulah sup apa, sebab saya tak ambik pun. Bukan apa, bila nasinya dah agak berkanji, bubuh pulak sup dah sah2 nasi tu akan jadi lagi lembik. Kang bila dah amik ni tak tertelan pulak. Telur dadar wajib ada.


Sotong goreng dengan timun batang. Kalau tempat kita tak buat camni kan. Dah dok tempat orang tu rasa macam sedap pulak.


Ikan masak samabal. Tak pasti pulak ikan apa, tapi agak sedap juga. Nun di hujung udang grill pedas, saya belasah jugak, walaupun pedas dan gatai kendiannya, peduli hapa kan... tergoda tengok saiznya yang agak besar.

Selain kat dalam gambar ni, ada jugak dihidangkan dengan spring roll gpreng rangup.

BANANA LEAF SAIGON

Makan kat sini paling puas hati. Tak tahulah kami ke tingkat berapa sebab semua dah penuh.


Pandangan dari luar. Kecik aje restonya tapi ada banyak tingkat. Selain pelancong, ada jugak orang tempatan yang turut pekena roti prata dengan kuah kari.


Ikan goreng sweet sour lagi. Pekat kuahnya dan sedap. Kalau tak ada group dari Indon yang sebilik dengan kami, nak je saya sedut2 bahagian kepalanya tu. Perghhh...


Salad ayam dengan kobis. Makan dengan keropok sayur. SANGAT SEDAP okeh... Rasa macam kerabu, masam manis pedas. Ada kacang tanah. Serius weh kena try lagi kalau datang sini.


Ayam goreng telur masin. Sedap dan rangup. Saya ratah je puas2.


Anak sotong kurita goreng dengan kacang panjang. Tercapai gak hajat nak makan kurita ni. Sedap jugak liat2 gitu.


Mantau goreng. Waduh waduh masih ingat lembutnya sampai sekarang. Rangup dan lembut aje.

WARUNG SAI GON / WARUNG 1 MALAYSIA


Hari terakhir, singgah di Kedai Makan 1 Malaysia. Saja layan, sebab tak puas makan mihun goreng. Lagi pula pagi sebelum ke airport tu aktiviti bebas. Maka melepaklah kami ke sini sambil membeli-belah katanya.


Antara menu yang ada. Selain masakan Malaysia ada juga masakan tempatan.


Kopi ais, memang tak mampu nak tinggal. Sampai sekarang dok ingat2 lagi rasanya. Kalau boleh nak terbang terus ke sana beli secawan. Huarghhh...


Nasi lemak set lengkap. Juga ada rendang ayam. Tapi Mok Ja yang makan tu rasa sakit perut sampai berlari-lari ke bilik kecik.


Roti canai kosong di gandingkan dengan kari ayam. Ok lah nak buat ubat rindu dekat roti canai Malaysia.

Bila makan kena bayar sendiri ni baru tahu yang harga makanan di Vietnam agak mahal. Kalau kopi ais / milo ais tu boleh cecah RM7-RM8 jugak tau.

SARAPAN PAGI

Sepanjang trip ni, sarapan pagi dibungkus dan diambil di lobi. Kalau dulu sarapan dengan meggi cup + MILO 3 in 1, kali ni langsung tak bawak meggi. Alhamdulillah...

Pagi kedua tu ada nasi lemak dengan sambal ikan bilis manis dan gulai ayam. Gulainya sedap. Nasinya pun sedap.

Pagi ketiga ada nasi goreng Cina dengan ayam goreng berempah. Ok ok ajelah, nasinya agak berkanji tu tak wape masuk bila buat nasi goreng.

Pagi keempat tu kami pekena pulak mihun goreng, mihunnya rasa lain sikit, ada macam suun. Yang ni kureng sikit pada tekak saya.


Overall, bab makan2 di Vietnam ni takyah la risau sangat. Masa 1st time dulu banyak jugak yang saya bawa tapi kali ni bawa biskut je. Kebanyakan makanan tak jauh beza dengan yang kat tempat kita. Rasanya pun sedap. Selain dari nasi berkanji tu, yang lain semuanya boleh tahan. Kalau tak bawa makanan pun, sedia sahaja duit untuk makan sendiri.

Wednesday, May 7, 2014

Singgah E-rup Sup, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama tak ada n3 JJCM. Bukan kata tak keluar makan di mana-mana, tapi bila pergi ke tempat yang itu ajeeee... ralat pulak nak kongsi dalam blog. Kat CH ni tahu2 ajelah bukannya banyak kedai makan Melayu, tambah2 di tempat saya ni, kalau di Brinchang atau Tanah Rata banyak la sikit.

Cuma balik kampung baru-baru ni sempat singgah di E-rup Sup cawangan Pasir Puteh yang terletak di Cabang 3 Wakaf Lichong kerana menghantar adik ipar Mok Ja yang nak balik ke Jertih. Sebelum ni saya dah pernah kongsi pasal kedai makan ni di Machang.


Signboard kedai. Nampak jelas dari tepi jalan besar (Pasir Puteh - Jertih). Masa saya sampai ni orang tengah ramai, masing2 pekena sup.

Seperti namanya yang tertera, kepakaran kedai ni adalah masakan berasaskan sup, sudah tentulah ada sup tulang dan sup gearbox. Saya nampak ada yang pesan sup gearbox, memang besar saiznya dok gedebuk dalam mangkuk. Dulu dah pernah singgah makan di sini dengan keluarga, supnya sedap, bercitarasa Kelantan.


Selain sup, ada juga ikan bakar. Memula tu saya ingatkan roti canai. Hancus harapan nak pekena roti telur.


Mee kari. Rasanya sedap jugak, tak terlalu pedas dan tak terlalu pekat. Lauk pun banyak. Memang puas hati makan.


Saya memula minum aje, tapi bila nampak tanda meggi ketam terus rasa nak cuba. Jadi pesan semangkuk dan kongsi dengan Mok Ja. Ini kali pertama makan meggi ketam walaupun dah lama menyebut nak pekena di  Tok Bali.

Ketamnya tak la besar sangat, dalam 3 jari je tapi Alhamdulillah agak banyak isi. Ketam tu pulak masih segar cuma faham2 sajalah bila makan ketam, kena la ala-ala sopan sikit. Rasanya boleh la tahan, cuma kuahnya tu agak terlebih serai...tak berapa syok nak hirup.


Megginya banyak. Cukup untuk dua orang makan. Dah korek2 isi ketam agak cukup jugaklah seketul seorang. Kalau ada masa nanti pi pekena meggi ketam Cikgu Sulizi pulak.

Bila bayar, agak terkejut jugak semuaya RM 25 ++ (milo ais, teh O ais, sirap, nescafe ais, mee kari dan meggi ketam). Bila fikir2 balik betullah, menggi ketam kan boleh tahan harganya semangkuk.

Jadi sesape yang dalam perjalanan ke Terengganu tu, jangan lupa singgah sini, boleh rasa sup Kelantan...