Showing posts with label Crepe. Show all posts
Showing posts with label Crepe. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

Blueberry Crepe (Resepi Tepung Gandum II)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ingat lagi tak demam crepe satu masa dulu? Time tu semua berlumba-lumba nak buat crepe (especially durian crepe). Yang guna tepung gandum, 5 tepung malahan yang guna 7 tepung pun ada. Saya sempat gak meng'crepe' dua kali dek kerana susah nak mandapatkan durian segar di CH.

Kalau search di internet, ada banyak resepi yang boleh dicuba. Boleh guna air, santan atau susu segar. Dalam pencarian saya ada 3 resepi setakat ni. Nanti kalau ada masa boleh juga cuba resepi yang lain.



Sebenarnya tak plan pun nak buat crepe ni tapi kebetulan ada lebihan WC kek ombre tu sayang pulak kalau dibazirkan. Filling blueberry pun memang ada jadi on sajalah. Bila buat crepe ni tahu-tahu sajalah. Satu dua yang pertama  tu kurang elok sikit jadinya. Saya sendiri pun masuk yang ketiga baru elok jadinya.

Saya teruja mencuba resepi ini kerana bahannya yang sedikit. Bukan kata yang lain tak nak cuba tapi sesetengah tepung tak ada di rumah. Kalau beli kang nak kena perabih pulak. Walaupun menggunakan gandum, crepenya tak mudah koyak.

Lama jugak cari dalam tenet sebelum jumpa resepi ni. Ada sayacopy di bawah untuk rujukan akan datang.



BLUEBERRY CREPE (RESEPI II)

Bahan2:
50g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi saya ganti dengan tepung hong kong
2 sudu besar gula halus
1 biji telur - kacau
40 ml susu cair - saya guna susu full milk
160 ml air
3 sudu kecil mentega - dicairkan
1 sk esen vanilla - lain kali nak kena kurangkan atau tengok vanilla jenama apa.. :)
Pewarna ikut citarasa - saya guna kuning telur

Cara2:
Ayak tepung terlebih dahulu.
Masukkan gula halus, telur, susu dan air.  Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan mentega cair.
Kacau sebati dengan whisk atau boleh juga blender.  Kemudian ditapis.
Panaskan non-stick pan (saya guna jenis yg leper).  Untuk permulaan lenser dengan mentega dan tak perlu untuk crepe yang kedua dan seterusnya sebab dah ada butter dalam adunan.
Kecilkan api dan tuang satu senduk batter (adunan) ke atas pan.  Tak perlu diterbalikkan.  Masak 1 permukaan je.
Adunan ni agak cair dan agak sukar untuk saya membentukkan crepe menjadi bulat elok dengan menggoyang2kan pan.  Jadi, bab ni kenalah ikut kepakaran masing2 ye... hihi!

Wednesday, January 23, 2013

Durian Crepe (Resepi 5 Tepung)

 
 
 
Meneruskan sisa-sisa n3 yang tertinggal. Dah dua minggu projek derian crepe ni tapi tak di publish lagi pun. Orang lain yang dah berzaman buat pandang sebelah mata je... kita juga la yang baru terhegeh2 nak cuba. Kebetulan pun ada durian, jadi cheq sue buatlah nak perabihkan stok dan ada beberapa kawan yang nak merasa. Kali ni dengan menggunakan resepi dari MyResepi sumbangan ddfk. Katanya ini resepi asli derian crepe, entah la ya. Cheq sue tak la tahu pulak.
 
Apapun dengan menggunakan resepi ni kejadian crepenya sangat elok dan tak mudah koyak. Ianya kenyal dan tahan. Bila nak lipat tu pun mudah je nak membentuknya. Masa nak melenggang crepe tu pun mudah aje. Tak perlu nak berdangdut gerudi. He he he... yang dah buat tu tahu la kan?
 
 
Memang tak puas hati dengan gambar, tapi tak apalah untuk tatapan sendiri ni pejam mata la dulu. Koman2 ada jugak bukti yang kita dah buat kan. Untuk kali kedua ni bentuknya lebih ayu sikit berbanding yang pertama yang besar gedabak tu. Lagipun kali ni cheq sue gunakan pan yang agak kecil ukuran 24 cm. Dalam 1 adunan ni dapat banyak jugak dalam 18 biji. Untuk initnya pula cheq sue masih gunakan sahaja whip cream segera.
 
Cuma cheq sue tak berapa suka bila crepe ni disimpan dalam peti sejuk dan dimakan semula. Maksudnya bila keluar peti sejuk, masa nak makan tu teasa sangat bau telurnya. Yalah, sampai 6 biji... Apapun, itulah sedikit pengalaman membuat crepe menggunakan resepi ni. Tq pada yang sudi berkongsi. Wassalam.

 
DURIAN CREPE (5 TEPUNG)
 Resepi : ddfk @ MyR

Bahan-bahan 
Bahan2 kering ini perlu di ayak
 15gm tpg hongkong
 25 gm tpg jagung 
13gm tpg ubi kentang
 13gm tepung ubi kayu
 8 gm tepung kastard 
20 gm gula aicing 
1/8 teh garam
15gm butter cair/ minyak biasa/jagung
 250gm air
1 sudu essen vanilla
 6 biji telor gred A
 pewarna kuning - kesemua bahan ini disebatikan

 INTI:
200ml fresh milk 
100 ml fresh cream - Double boil bahan ini hingga panas..masukkan 
25gm tpg kastard, 
50 gm gula castor, 
2 biji kuning telur, dan 
25ml fresh milk -kacau sehingga adunan ini pekat..lepas tuh sejukkan semalaman
200gm fresh cream---- yg dipkl hingga bertanduk. lepas dah custard kite sejuk baru kaup balik dgn fresh cream bertanduk
.simpan lagi dlm peti ais.

Cara-cara
utk buat kulit masukkan kesmua bahan2 tepung dlm bowl..buat lubang di tengah..masukkan bahan cecair sikit demi sikit..kacau sampai sebati dan tapis baru masukkan pewarna
tuang sesenduk dlm nonstick pan..lenggang kasi nipis.tak perlu terbalikkan....bila dh siap..letak custard filling n isi durian..lepas tuh balut mcm balut popia..tp kena hati2
 

Stylish Thankyou

Thursday, January 3, 2013

Durian Crepe (Resepi Tepung Gandum I)

 
 
Akhirnya durian crepe sampai juga di dapur Cheq sue. Projek 1 Januari 2013 setelah sekian lama melihat, memandang dan memendam perasaan bila tengok kawan2 buat. Tension tau tangok orang dok crepe sana sini. Setelah dapat rasa how it taste, memang sedap GILOR. Saya memang suka durian, rupa2nya gabungan durian dengan krim tersangatlah ngam seperti suami isteri. Jadi kesimpulannya SAYA SUKA DURIAN CREPE!
 
Percubaan pertama ni alhamdulillah tidak mengecewakan, cuma kalau dilihat lipatannya agak kurang kemas dan saiznya agak XXL gitu sebab saya menggunakan pan yang agak besar. Daripada setengah adunan yang dibuat hanya dapat 7 keping saja. Oleh kerana durian yang ada pun tak berapa banyak, maka intinya agak terhad sikit. Kalau letak banyak-banyak durian tu adehhh mesti lagi sedap.
 
 
Nampak pun tak sama besar. Lipat ikut suka. Inti ada banyak ada sikit, kalau nak jual tak pas ni...  Dengan menggunakan resepi yang diskodeng dari blog Rahel, cheq sue ada ejas sesikit ikut kesesuaian, biasa la 1st time ni. Nanti nak buat lagi, memang syok dapat makan sejuk-sejuk. I loike! Very the much!

TQ pada yang terlibat dengan perkongsian resepi ini. Nanti nak cuba guna resepi II pulak, dalam proses nak cukupkan 5 jenis tepung tu. Tak sabar, lepas ni kena pi cari durian.. Ho ho ho... Sape2 yang suka durian tu, sila la cuba buat crepe ni. Tak rugi tau...memang puashati. Wassalam...

 
DURIAN CREPE
Sumber : Durian Crepe,Aroma 2012 (Azlita Masam Manis)
C&P : Rahel

Bahan-bahan:
250g cawan tepung gandum 125 g
3 biji telur 1 biji
500ml santan/fresh milk cheq sue guna susu cair 250 ml (+ sikit air utk mencairkan adunan)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco x masukkan
1 sudu teh pewarna hijau yang ni guna pewarna kuning

Cara penyediaan:
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas dan kacau rata.
Masukkan dalam blender dan kisar kemudian tapis.
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat.
Panaskan hingga kuali benar-benar panas dan oleskan sedikit minyak pada kuali.
Kemudian kecilkan api,tuangkan satu senduk besar ke dalam kuali dan masaklah adunan
tadi hingga menjadi crepe.
Adunan tak perlu dibalikkan.Apabila permukaan atasnya sudah kering terus angkat dan
biarkan sejuk.

INTI
Bahan-bahan:
1 cawan Non-dairy whipping cream
isi durian secukupnya/blueberry pie filling

Cara penyediaan:
Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental.
Pisahkan isi durian dari bijinya.Lumatkan sedikit.
Bentangkan satu keping crepe.
Letakkan whipping cream di tengahnya.
Letakkan isi durian.
Tutupkan semula dengan whipping cream
Lipat crepe.Kemudian simpan dalam peti sejuk sebentar.
Sedap dihidang ketika sebaik dikeluarkan dari peti sejuk.

Stylish Thankyou