Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Monday, October 5, 2015

Conney Dog Versi Mudah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang suka makan conney dog, yang mana ianya sebagai pengganti kepada hidangan nasi. Kalau ada roti sosej, ada daging kisar memang saya akan buat ni. Feeling makan western gitu. Tapi yang sejujurnya, makan western ka... apa ka masih jugak nakkan nasi masuk dalam perut. Makanan gini ni takat untuk alas perut saja lepas lah... Hi hi hi


Conney dog saya ni hanya simple aje, hanya gunakan apa yang ada di dapur saja. Bila kita dah campur itu ini mesti jadi sedap punya.




Thursday, September 10, 2015

Kambing Panggang Frozen (Perap Segera)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila cerita pasal kambing ni... memang istimewa la bagi saya. Kalau di CH memang susah nak dapat daging kambing segar, kecuali yang dah disejuk beku. Pernah saya menyuarakan kepada My Mek untuk menyembelih kambing semasa Aidiladha nanti... tapi belum ada kata putusnya. Kalau ikutkan saya ni bukan la suka sangat daging kambing, tapi kalau yang dipanggang atau dibakar ataupun steak memang saya suka sangat.

Pernah juga saya bersembang2 dengan adik untuk mengupah orang membuat kambing bakar, tapi setakat itu sajalah. Sembang2 kosong kata orang. Agaknya nak menjdi rezeki, semasa dalam perjalanan bermesyuarat di Terengganu seorang kawan yang kebetulan tinggal di Jerteh mengatakan beliau pernah makan daging kambing bakar yang sangat sedap. Jadi saya pun menempah la untuk cuba jugak... Kiranya semasa balik tu, hantar dia dan terus dapat daging kambing berkenaan yang diambil oleh suami beliau.


Ini la rupa parasnya daging kambing yang telah siap diperap. Semuanya 1 kilo, ada lebih kurang 6 ke 7 keping daging di dalamnya. Kuah cicahan juga didatangkan bersama. Pada saya kuah ni sangat sedap dan kena bila digandingkan bersama daging yang telah dipanggang.



Monday, March 2, 2015

Mac & Cheese

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mmmmmmm.... lama dok tenung, dok ingat2 balik... bila saya buat ni. Sampai dah tak ingat, yang pasti masih ingat ini adalah mac & cheese yang saya buat sebab rasa nak makan sangat-sangat. Yang geramnya plan nak buat sikit, tapi masa rebus macaroni, nampak acam sikit, dok tambah2 macaroni kering... last2 dapat sekoli kau....

Kalau tengok ke gambar, memang agak kekuningan sikit sebab saya tambahkan serbuk cili. Pastu ada jugak saya masukkan bahan2 lain yang ada kat dapur. Ikut kesesuaian sendiri la...


Yang ni bekas ke 3. Simpan dalam peti sejuk maka hari selepasnya.



Tuesday, July 1, 2014

Stik Daging Rusa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah... dah masuk hari ketiga berpuasa. Macam mana? Semoga segalanya berjalan lancar. Berpuasa di CH ni tak adalah cabaran mana, bebudak pun faham bila cikgu berpuasa, diorang takde la naik syeih sangat. Cuma yang tak menahan bila kena mengajar diluar kelas... duh aduhhhhh kejap aje pusing kepala. Harapan saya agar korang semua dapat menempuh Ramadan kali ni dengan seadanya.

Back to the n3 today... 

Ini sebenarnya menu sebelum puasa tapi biasalah dok pending manjang dek kesibukan. Haritu dah post resepi pertama daging rusa. Kali ni yang kedua pulak. Sebenarnya ada satu lagi tapi takdan nak ambil gambar sebab masa tu dok lorat bizi nak gi miting.


Resepi stik ni saya korek dari rumah Kak Amie. Katanya di Lahad Datu lagi senang nak dapat daging rusa berbanding daging lembu. 

Bila baca2 resepi tu, saya peraplah semalaman. Cuma yang silap haribulan tu bila keluarkan daging dari esbok, terus saya masukkan dalam kuali, agaknya itulah sebab kejadian stik ni agak tak berapa nak lembut gitu.

Jadi lepas masak sos, saya masukkan sekali lagi daging dag direneh dengan api sederhana. Ada yang lembut, ada jugak yang kekal liat terutama di bahagian yang ada urat tu. Oleh sebab kuantiti dagingnya tak banyak, masaknya sekali makan saja dan digandingkan dengan coleslow ringkas.

Lepas ni nak cuba pulaklah buat stik ni, boleh guna daging lembu. Rasanya memang sedap kecuali bab lenguh gigi nak ngunyah daging rusa tu. Kak Amie, trimas ya!


Resepi Asal: Stik Daging Lembu
Sumber : Masakan Barat oleh Chef Hanielieza

Bahan A:
500 gram daging batang pinang - stik - Amie gunakan daging rusa
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh madu ataupun gula
1 sudu makan sos plum

Bahan B:
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C:
(Untuk Sos Lada Hitam)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat

Cara Membuat Stik:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm.
2. Gaul semua Bahan A dan Bahan B dan perap selama 4-5 jam.
3. Masukkan semua bahan ke dalam kuali non-stick dan tutupkan dengan tudung.
4. Masak di atas api sederhana hingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

Cara Membuat Sos Lada Hitam:
1. Panaskan semua bahan C termasuk lebihan bahan daging di dalam kuali non-stick.
2. Kacau sehingga sos menjadi pekat.
3. Susun stik daging ke dalam pinggan bersama bahan hiasan pilihan.
4. Tuangkan sos lada hitam.

Monday, February 3, 2014

Salmon Butter Lemon

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dua tiga kali delete...tak tahu nak tulis apa pasal masakan ni. Tiba-tiba blur... speechless gitu kata omputeh.

Just a few words la...

Sedap, nice, juicy...

Next time boleh buat lagi

TQ Kak Yani



SALMON BUTTER LEMON
Resepi : yani

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 slices salmon
2 + 1 sudu besar olive oil
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon saya guna limau CNY jo
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch

Cara-cara
Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.

Monday, December 2, 2013

Resepi Lamb Chop & Sos Cendawan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya memang suka lamb chop. Baru2 ini ketika bermalam di rumah Kak Nor, saya menyediakan dinner buat anak-anaknya yang juga sukakan lamb chop. Selalu kalau di rumah saya hanya buat sekeping tetapi kali ini saya membuatnya sebanyak lima keping. Jadi bolehlah makan sekeping seorang.

Seperti yang saya dah tegaskan dalam n3 sebelum ini, ada pelbagai cara dan bahan  yang boleh digunakan bergantung pada citarasa dan kreativiti masing-masing. Cara yang saya buat ni mungkin tak kena pada orang lain, jadi ikut suka hatilah. Dalam masak memasak ni, tak ada peraturan yang rigid, semuanya bergantung pada diri sendiri.


Jadi, dengan menggunakan resepi suka hati, hasil seperti di atas telah diperolehi. Biasa saya buat ringkas2 aje, tengok bahan apa yang ada di dapur. Gandingannya pun ringkas jugak, hanya fries yang digoreng garing. Apa kata mereka? Sedap.....


LAMB CHOP DAN SOS CENDAWAN
Resepi : Cheq Sue

LAMCHOP :
5 keping lamb chop + 5 biji bawang putih (cincang/tumbuk halus) + 3 sb sos tiram + 1 sb kicap manis + 1 sk serbuk lada hitam + 1/2 sk serbuk lada sulah + sedikit gula
- campur semua bahan dan perap (lagi lama lagi bagus)

SOS CENDAWAN :
1 tin sos cendawan CAMPBELL'S + 1 c air (rebus dalam kuali yang digunakan untuk membakar lamb) + 1 tin cendawan butang (cincang) + kiub ayam
- didihkan air dalam kuali yang digunakan untuk membakar lamb, kemudian tambahkan kiub ayam, sos cendawan dan cendawan butang cincang. 
- jika sos agak cair boleh tambah tepung gandum atau tepung jagung, jika pekat boleh tambah air (ejas ikut kesesuaian)
- perasakan dengan gula dan garam

Tuesday, November 26, 2013

Resepi Grill Salmon Mudah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya kan dah lama betul nak rasa ikan salmon. Kebetulan masa ke MYDIN Meru baru-baru ini, ada terjumpa fillet salmon, sekeping dalam RM5 gitu, kira ok lah kan. Jadi saya beli la sekeping, nak rasa dulu. Saya cuba masak secara grill, maksudnya tak berlebihan untuk mengetahui rasa salmon sebenar. Saya masak simple je, hanya perap sebentar dan grill dalam pan. Tak ada sos pun, hanya digandingkan dengan salad tomato dan baby carrot.


Dengan perapan simple, memang boleh rasa ikan salmon tu. Buat yang pertama kali merasa seperti saya, salmon ni sebenarnya tawar je isinya. Agak berlemak sedikit. Bahagian kulitnya yang garing memang sedap. ** Nak buat camana, tekak ni dah biasa dengan ikan kembung dan selayang. *_*

Secara keseluruhan, agak sedaplah apa yang terhasil ni. Nak kata masuk bakul angkat sendiri tak jugak. (Kalau naik lif tak tekan, lambat sikit nak bergerak kan....). Kalau makan gitu je tak berapa sangat, kena cicip dengan sos cili dan mayonis.

Kalau ada beginner yang nak mencuba, saya tulis semula resepi dibawah.


GRILL SALMON
Resepi : Cheq Sue

1 keping ikan salmon + 1 sb sos tiram + 1/2 sk lada hitam. Perap 1/2 jam (atau lebih lama)
Panaskan sedikit butter dan grill ikan sehingga masak dan garing

Untuk salad kentang, rebus kentang dan baby carrot dengan sehelai daun bay dan sedikit garam. Toskan air. Bila dah sejuk gaulkan dengan mayonis.

Bolehlah dihidangkan dengan ikan salmon. Jangan lupa perahkan sedikit jus limau semasa makan

Monday, November 25, 2013

Resepi Fillet Dori & Mayo Selasih

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selalu jugak beli ikan dori ni, tapi biasanya dimasak celup tepung dan dibuat kuah masam manis. Kalau nak makan begitu saja rasanya ikan dori ni tak berapa sedap kerana isinya yang agak tawar dan tidak padat. Kalau dinner dekat hotel memang selalu ada menu ni.

Jadi fikir-fikir saya nak cuba buat sesuatu yang saya boleh makan dengan sos mayo. Sos mayo ni pulak saya terbayangkan campuran sos dengan daun basil, tapi saya hanya guna selasih biasa (tempatan) je, malas nak ambik basil belakang rumah.


Nah... posing sikit dengan bunga mawar dari halaman rumah sebelah. Sweet je dok dalam fillet ikan ni. Sekali pandang fillet ikan ni memang tak menarik aih. Nampak sadurannya agak kurang rangup kerana saya hanya menggunakan tepung beras. Sebenarnya boleh guna tepung jagung atau tepung perapan segera, baru jadi cantik sikit. Tapi tak mengapalah, setakat nak makan sendiri je...

Untuk fillet ni saya hanya gandingkan dengan fries sahaja. Pelengkapnya sekadar mayonis yang dicampur selasih serta sos cili. Selalu kan tengok di AFC mat salleh suka sangat campur herba dalam mayonis. Agak2 kalau macam ni boleh buat dressing salad jugak.

Kalau ada yang nak cuba saya dah tuliskan resepi di bawah ni. Jangan segan-segan ya...


FILLET DORI & MAYO SELASIH
Resepi : Cheq Sue

Fillet dori :
5 keping fillet dori
Tepung beras + serbuk lada sulah + serbuk cili : gaul rata
2 biji telur + 2 ulas bawang putih (cincang) : kacau sebati

Mayonis selasih :
5 sb mayonis + 5 sb air + daun selasih (tempatan) cincang
- kacau hingga sebati dan rata

Cara membuatnya :
- fillet dori yang telah dibersihkan digaul ke dalam campuran telur dan bawang putih
- kemudian salut dengan campuran tepung
- buat langkah di atas 2 kali
- kemudian goreng dalam minyak tohor
- hidangkan dengan mayo selasih dan sos cili

Friday, November 8, 2013

Hashbrown & Blackpepper Chicken Sausage Quiche

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya dah lama nak cuba buat benda alah yang namanya quiche nih. Selalu kalau skodeng DTS tu memang selalu nampak. Jadi baru2 ni kebetulan saya ada beli hashbrown jadi boleh la saya cuba resepi yang dikongsikan oleh Mieza. Oleh kerana saya menggunakan acuan tart, maka quiche yang terhasil agak nipis. Kalau tengok yang mieza buat tu cantik je jadinya.


Kalau nak diikutkan, rasanya saya ikut je resepi, tetapi agak kurang memuaskan terutama bahagian crustnya. Dengan mentega cair yang saya guna, jadi agak berminyak dan saya kena letak atas paper towel bila mengangkatnya. Mungkin jugaklah saya ada silap di mana-mana yang menyebabkannya terjadi sedemikian.

Walau bagai mana pun, dengan percubaan ini sekurang2nya saya dapat tahu bagaimana rasanya. Mungkin di lain kali saya boleh cuba semula untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Terima kasih Mieza atas perkongsian ini. Saya copy semula resepinya untuk rujukan akan datang.


HASHBROWN AND CHICKEN SAUSAGE QUICHE
Recipe : Mieza

3 cups frozen loose-pack shredded hash browns, thawed
2-3 chicken sausage
1/3 cup butter, melted
1 cup (4 ounces) shredded cheddar cheese
1/4 cup diced green and red pepper
1/4 cup chopped parsely
2 eggs
1/2 cup milk
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon pepper

Directions
Press hash browns between paper towel to remove excess moisture. Press onto the bottom and up the sides of an ungreased 9" pie plate. Drizzle with butter. Bake at 425° for 25 minutes or until golden.
Combine the cheese, red and green pepper; spoon over crust. 
In a small bowl, beat eggs, milk, salt and pepper. Pour over all. Reduce heat to 350°; bake for 25-30 minutes or until a knife inserted near the center comes out clean. Let stand for 10 minutes before cutting. 

Tuesday, July 30, 2013

Resepi Chicken Chop Simple

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Antara salah satu juadah iftar saya semasa Ramadhan kali ni. Tiba2 rasa nak makan chicken chop, yang guna pisau dan garpu. Kebetulan memang saya beli isi ayam (chicken chop) sebungkus. Ada 8 keping semuanya. Itu yang hari2 menu ayam, sampai dah naik jemu rasanya. Dalam nak makan tu saya cuba la buat ikut kebiasaan. Cuma dalam bulan puasa ni adatlah, apa2 yang dimasak kira tawakkal je masin manisnya.

Saya pasti kebanyakan kita ada cara masing2 untuk membuat chicken chop. Yang ni saya buat ikut suka saya, jadi mungkin sedap atau tidak pada yang lain. Buat untuk makan seorang, banyak mana sangat bahan2nya kan? Nak sukat pun tak padan, agak2 sajalah. Walaupun saya hanya guna seketul saja paha ayam, tetapi hasilnya kemain besar, lama jugak la nak habiskan.


Kali ni saya perap dulu ayam tu sebelum disalut dengan bahan lain. Mula2 nak guna serbuk roti tapi cari punya cari entah tak tahu di mana saya letak. Last2 saya guna oat. Rupa2nya bila menggunakan oat, gorengan ayam tu tak berapa garing sangat.


Sos yang saya buat kali ni agak berbeza dari sos yang selalu saya dok buat tu. Warnanya kebih gelap dan rasanya agak sedap juga Penyediaannya tak la rumit. Untuk coleslow tu pula lebih kurang sama jugaklah macam selalu, cuma kali ni saya tambahkan sedikit gula untuk rasa manis. Kalau nak gantikan dengan susu pekat pun boleh.


Kot2 ada yang nak cuba tu saya tuliskan resepi seperti di bawah ni ya.

 CHICKEN CHOP SIMPLE
Resepi : Cheq Sue

Ayam
1 keping bahagian paha (tanpa tulang)
Serbuk lada hitam
Serbuk Sedap Rasa Knorr
1 biji telur
Tepung jagung
Serbuk roti

Cara membuatnya :
Bersihkan ayam dan perap dengan serbuk lada hitam dan Sedap Rasa Knorr
Perap semalaman untuk hasil yang lebih sedap
Celup ke dalam tepung jagung
Kemudian celup ke dalam telur hingga rata
Celupkan pula ke dalam serbuk roti
Goreng hingga garing dengan api sederhana.

Black pepper sauce
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Sos tiram
Sos cili
Kicap cair
Kicap pekat
Air
Sedikit gula
Bancuhan air tepung jagung

Cara membuatnya :
Campur semua bahan kecuali bancuhan air tepung jagung
Bila mendidih, masukkan bancuhan air tepung jagung secukupnya

Bahan (Coleslaw)
3 helai daun kobis - hiris halus memanjang
1/2 batang lobak merah - parut
Serbuk lada hitam
Mayonis
Gula

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Friday, July 19, 2013

Black Pepper Lambchop & Co

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 
  
Lama sungguh tak berupdate blog ni. Dari awal Ramadhan sehingga ke 10 Ramadhan...asyik dengan sambal hitam tu je. Bukan apa, sibuk sikit la bulan puasa ni, tambah pulak baru je balik dari mesyuarat di KL. Dengan pulak line internet yang asyik ting tong. Tengok korang semua dah bersemangat buat biskut raya. Ewahhhh ewahhhhh dah datang mood raya la tu.

Tengok2 dalam draf, ada 2 3 resepi yang belum diupdate. Bulan puasa ni bukan tak masak, tapi masak yang ala-ala saja. Setakat makan saja2 tu bolehlah. Masak ikut suka main campak2...tak sampai hati pulak nak publish. Cuma hari ni saya nak kongsikan apa yang saya dah buat sebelum puasa baru2 ni iaitu lamb chop and the gang.
 


Dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Kak Nor, alhamdulillah sangat kena dengan selera saya. Cuma saya tak mengikut la keseluruhan resepi, ada sikit yang saya ubahsuaikan mengikut selera sendiri. Macam sos black pepper tu saya tambahkan cendawan straw. Untuk mashed potato tu saya ikut je resepi dan alhamdulillah sedap sangat.



Terima kasih pada semua yang share resepi ni. Kalau ada yang nak berbuka ala western tu boleh la cuba resepi ni. InsyaAllah tak mengecewakan.

BLACKPEPPER LAMB CHOP
Resipi & Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
5 kpg daging kambing
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun

Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali daging kambing.
Lumurkan bahan perapan pada daging dgn rata.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lama lama lagi baik)
Panaskan grill pan dgn api sederhana atau boleh juga guna non stick pan. (k.nor guna pemanggang ajaib)
Letakkan daging kambing dan panggang lebih kurang 8 - 10 min.
Kemudian balikkan dan panggang lagi sehingga masak. (jangan balik2kan banyak kali, cukup hanya sekali utk menghasilkan daging panggang yg lebih enak).
Angkat dan hidangkan dgn Sos Lada Hitam, Garlic Mashed Potato & Creamy Coleslaw.

SOS LADA HITAM
sumber : KasihSalina
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar susu fresh
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.
  
GARLIC MASHED POTATO
resipi : Mommamia@MyResipi
sumber : HanaMemories & K.Nor

Bahan2:
8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
3 sudu besar butter
2 sudu besar mayonaise
½ cawan susu segar/ fresh cream
1 sudu kecil black pepper

Bahan-bahan untuk gravy : ~ k.nor skip gravy ni
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil black pepper
2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter

Cara:
Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.

Untuk Gravy : 
Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)

Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi..

CREAMY COLESLAW
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1/2 cawan lobak merah yg disagat
1/2 biji bawang besar ~ dihiris halus
4 cawan kobis yg disagat
3 - 4 sudu besar mayonis ~ k.nor guna lady's choice magic mayo
2 sudu susu fresh
secubit garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Simpan dalam peti ais.
Hidangkan sejuk.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~