Showing posts with label Shopping Online. Show all posts
Showing posts with label Shopping Online. Show all posts

Sunday, June 7, 2015

Beli Kain Cotton Online

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang penggemar kain cotton. Selain sedap dipakai, ia jugk senang nak jahit. Cuma masalahnya kain ni payah nak dapat dekat kedai tekstil... memang jarang2 nak jumpa jadi penyelesaiannya adalah membeli secara online. Cuma kena ingat ka harga mungkin lebih sikit berbanding beli sendiri.

 Jadi kat sini saya nak kongsi kedai online di FB yang saya beli kain cotton dari situ.


1. SIMPLY COTTON



Thursday, January 29, 2015

Edisi Terjebak : Belian Klik-Klik Online

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya ni sebenarnya agak gatal tangan kalau bab2 beli online.  Sebelum ni ada la dua tiga laman web yang biasa saya kunjungi, yang saya laburkan duit ke dalamnya. Bukan apa, bila kita beli online ni memang tak rasa duit keluar sebab tak pegang dan duit tu kita tak bagi orang...main klik2 je tahu2 duit dah kurang. Itulah yang saya fikirkan, orang lain tak tahu la macam mana pandangannya. Pastu satu lagi, dok CH ni mana la ada tempat nak menyopping, paling tidak kena turun Ipoh atau balik kampung, lain la kalau dok Kolumpo, hari2 boleh tabung duit kat Sogo.... Hi hi hi...

Walau bagai mana pun saya agak payah nak percaya laman web jualan online ni. Sebelum saya buat pembelian saya biasanya Google dulu testimoni orang yang pernah beli kat laman web tu. Cuma satu je lah, dari segi penghantaran ke CH ni memang agak lambat sikit kalau guna selain Pos Laju. Tu yang geramnya..


Friday, January 23, 2015

Beli T-Shirt Muslimah di Humaira Design

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya agak susah nak mencari @ membeli baju t-shirt. Salah satunya sebab saiz lah dan yang lain2 tu saya tak tahu nak beli kat mana. Sebab itulah saya banyak t-shirt pendek dan dipakai dengan inner. Dok di CH memang tak ada masalah, kalau turun bawah atau balik kampung memang sedikit berasap la jawabnya.



Apabila mengenakan t-shirt lengan pedek, penampilan saya biasanya tidak rasmi dan agak susah sebenarnya nak menggayakannya apabila nak keluar rumah ataupun ke Ipoh misalnya. Jadi saya riki2 dekat internet mencari baju muslimah @ t-shirt labuh yang lebih sesuai digayakan pada umur saya sekarang serta lebih menunjukkan gaya yang sedikit rasmi bila saya nak ke sesuatu tempat. Lagi satu bila ada baju muslimah ni, kurang dapatlah bergaya sedikit dan pada masa yang sama mengenakan busana yang menutup aurat selengkapnya.

Riki punya riki, saya terjumpa satu laman web yang menjual baju muslimah dengan harga yang agak berpatutan, iaitu www.tshirtmuslimah.com (Humaira Design). Humaira Design ni ada di dua tempat sebenarnya, satu di Tanjung Malim, Perak dan satu lagi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (www.humairadesign.com). Yang saya beli ni dari Tanjung Malim. Jadi saya promote yang di Tanjung Malim tu je lah ya. Ini sekadar perkongsian je tau, takde bayaran ke hapa, kot2 la ada yang sedang cari t-shirt muslimah bolehlah try tengok kat sini.


Tuesday, September 30, 2014

Beli Pin Tudung Di FB Gerobok Pin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya rasa bukan saya saja yang minat dan suka dengan benda alah pin tudung ni. Sesuai sangat bila pakai dengan shawl @ halfmoon @ butterfly, malah kalau pakai tudung biasa pun tak salah untuk digayakan. Sebelum beli online ni, saya ada la jugak beli kat Pasir Putih, sepasang RM5, ada yang RM 3, tapi kualiti kita boleh tahu la camana. Cuma bila pakai tu kena la beringat, kalau ganas2 kang tercabut batu tercabut permata pulak.

Alkisahnya Gerobok Pin ni saya tahu masa baca sokoba balik kampung aritu. Bila dah tunjuk tu mestilah nak riki2 khan.... kata jiwa penuh seni, memang berayaq mulut la nengok bebenda halus ni.

 
Pattern bunga daisy tu pun cantik...


Sunday, September 7, 2014

Beli Pola Jubah Panel Di Kedai Jahitku

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini pola yang kedua saya beli selepas pola di Florabeadz. Kedua2nya ada lebih dan kurang dan saya sengaja membeli dari dua tempat yang berbeza untuk mendapatkan kelainan. Jika di Florabeadz saya beli pola empire cut tapi di Kedai Jahitku ni saya beli pola jubah panel (pattern princess). Bukan sedikit berbeza, memang banyak rupanya.

Sebelum saya decide nak beli kedua2 pola ni, saya ada la jugak buat pola sendiri berdasarkan tutorial di blog Kedai Jahitku, konon nak buat guna teknik gigi buaya tapi potong2 nampak macam pelik pulak, tu yang saya memutuskan untuk beli pola. Saya klau dah ada pola In Sha Allah boleh la jahit. Nanti versi pola tak jadi tu saya update kemudian.


Contoh pola jubah yang saya beli...

Untuk pembelian pola ni, saya request nak saiz sendiri supaya ngam2 dengan badan. Sangat seronok berurusan dengan tuan tanah Kedai Jahitku ni, yang namanya Cik Sue, dah agak dekat dengan nama saya... Orangnya ceria sangat, lawak pun ada dan tak lokek dengan ilmu. Bila dah dapat pola tu, apa2 yang kita tak faham beliau jawab seadanya.

SET POLA YG BEHARGA RM30 
1.Set Kurung Biasa (dgn kain susun) 2.Set Kurung Pesak Gantung/riau/phang 3.Kurung Moden /malaysia 4.Jubah biasa A shape / jubah moden / jubah princess cut / jubah princes cut gg buaya / jubah princess cut dgn goget / jubah panel cut / jubah tgn ranglan / maxi dress / jubah syiria (salah satu pilihan anda)
5.Kurung Muhaya dgn kain A shape / pemplum / payung biasa (pilihan anda salah satu) 6.kemeja lelaki 7.jubah lelaki biasa / pesak gantung / cekak musang (salah satu pilihan)-tiada seluar 8.baju melayu sahaja -cekak musang dewase (dr saiz s hingga ke ats)  9.Seluar baju melayu sahaja saiz dewase
 

SILA NYATAKAN SEKIRANYA ADA TAMBAHAN SEPERTI BERIKUT : (TIADA TAMBAHAN HARGA D KENAKAN)
-Nursing
-Hujung lengan kembung loceng
-Bahu lgn puff

 
POLA YANG BEHARGA RM15
-semua set pola kanak2 berumur seawal bayi hingga 10 tahun sahaja
 
POLA YANG BEHARGA RM20
1.Set pola yang berumur 11 thn ke dewase termasuk utk lelaki ( saiz xs )  2.pola yang tidak melibatkan set ...seperti -Blouse wanita ( bergantung kpd fesyen yg d req )
-kemeja lelaki dari umur 11 tahun ke saiz xs
-Baju sahaja atau kain sahaja dr pola set ..cth pola kurung moden sahaja tampa kain dn kain sahaja ( harga pola kain bergantung pula pada jenis fesyen kain di kehendaki )

 
POLA YANG BEHARGA RM60
1.Set baju melayu lelaki dewase
-Leher boleh request cekak musang atau teluk belanga ( harga sama )
-Seluar slek ( ada poket ,fly zip,pinggang belakang getah depan pengeras )
2.Set baju kurta ( sepasang dgn seluar )
3.Set jubah lelaki dewase ( sepasang dgn seluar )

 
SET POLA : Dalam set pola terdapat :-
-Pola badan depan dan belakang yang berlainan
-Pola lengan depan dan belakang yang sama ( mngikut fesyen lengan yang di req )
-bulan leher untuk baju kurung teluk belanga
-Pola kain mengikut jenis fesyen kain di minta
-Pesak utk baju kurung biasa / riau.Pesak atas dan bawah untuk krg pahang/gantung
-Papan bahu utk kemeja dan jubah cekak musang
-Kolar cekak musang utk kemeja dan jubah leher cekak musang
-Alas nursing ( utk yang req nursing )

 
RUJUKAN SAIZ
1.Pola bersaiz siap adalah dai saiz xs hingga 7xl....boleh cari cs utk mendapatkan detail jadual saiz siap
2.Pola ukuran sendiri....boleh nyatakan sama ada mahu saiz ukuran sendiri juga...senarai ukuran yangdi kehendaki bergantung kepada pola yang anda minta lah...jadi kita bincang semasa proses memesan pola okeh..


Selain jenis fesyen di nyatakan kat atas,boleh juga memesan pola mengikut contoh pic baju yang di kehendaki....bergantung kepada kebolehan cik sue membuatnya ( kalau tak boleh buat cik sue bagitau )
harga pola kita bincang nnti...

[Copy dari blog Kedai Jahitku.]


Kalau ada yang berkenan nak beli pola jugak bolehlah riki ke blog beliau, di sana ada maklumat yang akan membantu anda...

Saturday, September 6, 2014

Beli Pola Jubah Empire Cut di Florabeadz

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 
 
Ya, saya memang suka menjahit. Rasa bersyukur sangat2 sebab dikurniakan Allah bakat menjahit walaupun tanpa menghadiri mana2 kelas. Yang sebenarnya teringin nak belajar di kelas jahitan tapi masa belum berkesempatan. Bila belajar dengan cikgu ni lain sikit hasilnya dak...Setakat ni banyak yang saya belajar dengan mata, mencari keberanian untuk memotong dan menjahit. Alhamdulillah lepas la takat nak pakai sendiri.

Berkaitan dengan jubah ni, saya memang suka dengan jubah moden / jubah princess / empire cut. Zaman kecik dulu tak pernah pakai gaun kan bila dah tua2 ni barulah rasa camana dapat feeling ala-ala princess gittew! Ada la jugak beli 2 3 helai tapi rasanya lebih puas jika dapat jahit sendiri.

Saya ada la skodeng dekat blog jahit menjahit tentang cara2 nak buat pola. Sebab jubah ni lain sikit daripada baju kurung atau baju yang selalu saya dok jahit. Tambah2 pattern yang kembang2 kat bawah, makan masa jugak la nak pandai. Hasil pembelajaran sendiri2... saya buat pattern. Bila nak potong kain, macam pelik pulak bahagian depan. Jadi saya potong kain ikut pola belakang. Daripada nak buat pattern princess yang jadik pattern A cut pulak. Aiseyhmannn... Tak ngapalah, jadi jugak sesuatu kan..


Untuk lebih puas hati, saya cuba beli pola secara online di Florabeadz Academy. Di sini kita boleh dapatkan pola mengikut saiz sediada (S, M, L, XL atau XLL) ataupun memberi ukuran sendiri. Oleh sebab ukuran saya ni kekadang L kekadang XL kekadang XXL maka saya bagi la ukuran sendiri.


POLA BAJU, TUDUNG, TELEKUNG DAN LANGSIR

JENIS
SAIZ
HARGA utk 1 POLA
BAJU
1. baju kurung
2. baju kebaya pendek
3. baju kebaya labuh
4. baju kurung moden
5. baju kurung riau/ pahang
6. baju kurung pesak gantung
7. baju kurung kedah
8. blaus
9. Baju kurung peplum
10. baju melayu 


 S, M, L, XL dan XXL


Dewasa
RM20

Kanak-kanak
RM15
KAIN@ SELUAR
1. kain susun tepi
2. kain lipat batik (selisih)
3. kain duyung 2 keping
4. kain belah depan
5. kain belah belakang
6. kain duyung 6 keping
7. seluar pallazo
8. Kain kembang payung(peplum)
9. seluar baju melayu


 S, M, L, XL dan XXL


Dewasa
RM20

Kanak-kanak
RM15
JUBAH
1. Jubah empire cut
2. Jubah princess cut
3. Jubah A cut
4. Jubah Lelaki


 S, M, L, XL dan XXL

Dewasa
RM40

Kanak-kanak
RM30
Pola Langsir untuk valance(kepala langsir)


1 design
RM40

Pola Tudung
      1.      Ariani
      2.      Slim Cut
      3.      Twist
      4.      Inner Magic

ada 1 saiz shj

1 design
RM15

Pola telekung dan Nota Cara Jahit

ada 1 saiz sahaja
1 design
RM45




NOTA :

·         hanya pola baju/kain sahaja tanpa cara-cara menjahit.

·         selepas pembayaran sy akan lukis pola anda. beri tempoh seminggu utk sy siapkan pola dan diposkan.


·         Utk makluman pola sy tidak digunting yea,,,, pembeli perlu gunting sendiri... sebab kekadang sy ada tulis nota disamping lukisan pola tersebut utk memudahkan proses potong kain.




SEKIRANYA POLA CUSTOM MADE ; mengikut ukuran badan pembeli. kene tambah RM5 utk 1 design

 
BERIKUT ADALAH UKURAN YG PERLUKAN (sila ukur dlm inci)
1. lebar bahu

2. Labuh tangan

3. keliling dada

4. keliling pinggang

5. keliling punggung

6. labuh tengah belakang (dari tengkuk ke paras pinggang)

7. keliling hujung lengan

8. labuh baju (bagi JUBAH, sila ukur labuh baju dr tengkuk ke kaki)

9. labuh kain/SELUAR
10 mercu ke mercu (jarak diantara 2 puncak buah dada) (jika baju nak ada DAT)
11.CAWAT (utk seluar, ukur dr pusat melalui celah kelengkang ke  belakang sampai paras pinggang)

_____________________________________

keistimewaan pola Florabeadz?

1. Pola saya diperbuat daripada kertas yg tebal bukan daripada kertas minyak, maka boleh digunakan berulang-kali dan tidak mudah terkoyak (kertas ni macam kulit luar buku tulis @ latihan sekolah).


2. Pola sy bukan fotostat, custom made ikut tempahan tuan puan yea.. selepas sy dapat ukuran dan bayaran sy akan lukis pola itu. 
[Copy dari Florabeadz]

Mmmm, cane kengkawan, ada minat nak cuba jahit jubah sendiri?

Kalau ada moh la riki blog Florabeadz ni, In Sha Allah impian nak menjahit jubah sendiri akan tercapai.

Wednesday, August 13, 2014

Jom Shopping Inner Best Di Rubie Gallery

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kali ni nak share dengan kengkawan satu page yang hot di sekolah. Maklumlah sekarang ni musim pakai shawl, pakai halfmoon jadi pemakaian inner melengkapkan lagi penampilan. Kata pun cikgu, imej mesti la kena jaga. Saya secara peribadinya agak sukar untuk mendapat inner yang selesa. Sebelum ni pernah juga beli inner yang melekap di dahi dan juga inner silang tapi hasilnya agak kurang memuaskan.

Antara contoh inner Anizon di Rubie Gallery

Berlainan bila mencuba inner dari Rubie Gallery ni, saya memang sangat selesa. Walaupun harganya agak mahal (boleh tahan la jugak) tapi percayalah ianya sepadan dengan hasil yang diperoleh. Satu yang saya suka dengan inner Anizon ni adalah ianya mempunya lidah @ kekek @ dagu sebab saya ni kalau pakai tudung atau shawl mesti nak tarik ke depan sikit. Jadi bila ada dagu tu nampak lagi terletak dan selesa. Itu secara peribadi pandangan saya lah. Kalau korang nak tahu boleh je cuba dapatkan satu.

Inner ni kalau tak pakai dengan halfmoon pun boleh dipakai dengan tudung bawal yang agak nipis tu. Ianya akan menutup bahagian leher. Bahagian kembang di bahagian bawah inner ni agak besar jugak.

Selain dari inner ni, ada juga dijual inner jenis lain dan juga halfmoon. Korang boleh la skodeng di FB RUBIE GALLERY... di situ ada ditunjukkan bermacam jenis produk yang dijual. Tapi saya tak beli la benda lain tu, hanya inner ni saja.

Jadi, apalagi. Jom la terjah page Rubie Galley!!!

Thursday, June 26, 2014

BIOSYSTEM : 3 In 1 Top Quality Laminator

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Gajet terbaru dalam pencil box cikgu!!

MESIN LAMINATE.

Saya cukup teruja nak beli mesin laminate ni setelah menggunakannya di sekolah. Kalau nak bawa balik rumah macam tak kena  la pulak harta benda kerajaan ni. Jadi saya cuba cari2 dekat kedai buku. Di Pasir Puteh, harga mesin laminate saja dah cecah RM180, nak beli pikir dulu dua tiga kali. Masa gi KL, nampak kakak saya beli mesin laminate sahaja, warna putih, comel + cute brand BIOSYSTEM. Ushar ushar katanya beli online. Terus je saya search. 

Skodeng nya skodeng jumpa kat FB, terus la whatsapp dan deal, bank in duit, dua hari lepas tu saya terima. Cukup puas hati, dengan harga RM150 ia datang dalam 3 pakej. Selain mesin laminate, ia juga ada cutter (3 jenis mata pemotong) dan juga rounder iaitu alat untuk memotong hujung tajam setelah di laminate. Kan ada sesetengah plastik laminate tu berbentuk segiempat.

Kalau kata minat nak beli jugak, boleh ke FB Cekgu Shop On9 
https://www.facebook.com/pages/Cekgu-Shoppe-On9/246246278856448
Kat sana ada maklumat yang boleh dihubungi.


Di datangkan dalam kotak...


Mesim laminate. Warna hitamnya klassik. Dapat tu terus rasmi.


Cutter / pemotong di bahagian atas


Rounder. Kita just masukkan dalam alat ni dan tekan je untuk potong. Yang ni tak try lagi sebab plastik laminate yang saya beli tu memang tepinya dah berbentuk separa bulat.

Minat... cuba la riki!!

Thursday, April 24, 2014

Pelbagai Pilihan Pakaian Bundle di Aziemart.com

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni bukanlah spesis yang suka membeli barangan online. Kalau sebut baju ke pakaian, saya agak susah nak dapat fix size, kalau beli memang kena oter bahagian kain, labuh baju dan tangan. Tak cukup inci katakan... Cuma baru-baru ni saya ada beli   inner heat-tech untuk tahan sejuk, jadi suka saya nak kongsikan dengan kawan2 semua...

Laman web ni saya jumpa ketika dok GOOGLE pasal nak beli wintercoat. Bila tengok-tengok di sini pun ada koleksi wintercoat dan pakaian untuk musim sejuk, jadi kalau sepadan dengan saiz bolehlah beli. Selain daripada pakaian musim sejuk, di sini juga ada dijual blous, pakaian kanak-kanak, pakaian lelaki, dan bermacam lagi. Kalau nak lebih jelas boleh klik je AZIEMART.COM

Baju yang saya beli

Walaupun koleksi pakaian ni adalah dalam ketegori bundle, namun ianya sudahpun dibasuh dan boleh dipakai terus. Kalau nak basuh lagi pun terpulanglah... *_*

Jika anda berkenan, boleh saja membuat pesanan atau bertanyaan di shout box laman web ataupun tanya sahaja di whatssap di nombor yang tertera di atas. Jika suka boleh juga like FB mereka 1st CLASS BUNDLE

Friday, January 24, 2014

Jom Borong Halfmoon Shawl di Sakura Online Shopping, FB

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Untuk tahun ni, saya rasa macam nak lebih banyak pakai shawl... konon nak bergaya sikit. Ewahhh...  Banyak shawl segi empat sama yang dah di let go sebab agak tak menutup dada dan singkat, jadi dengan adanya halfmoon rasa comfident sikit nak pakai.

Cari-cari dalam internet, jumpa satu laman web di FB. Memang penuh dengan halfmoon, tomey-tomey semuanya. Yang bestnya kalau beli borong harga agak murah. Kalau nak citer pasal halfmoon ni memang banyak terdapat di pasaran. Kalau kat kedai tu macam-macam pesen boleh jumpa tapi tak menyempat lagi nak merendek round kedai.


Tengok paparan di atas pun dah tahu. Bila saya tengok, terus berkenan dan berkenaan. Bila fikir-fikir balik banyak jugak nak beli 10 helai (borong). Kang tak abes lak nak pakai. Saya goda-goda Cheq Da, al maklumlah dia pun sepesen nak pakai halfmoon gak sekarang. Bila dia kata on, saya go through whatssap dan buat pembayaran. Untuk belian borong, random colour dan pilih adalah berbeza harga. Jadi saya pilih random dengan nilai RM250 (sehelai jadi RM25). Yang saya beli adalah half moon sakura. Test market dulu, ok ke tak..sedap ke tak pakai. Kalau ok boleh beli lagi..


Selain halfmoon ada jugak dijual inner dan tudung segera biasa.

 

SHAWL CHIFFON SATIN LILY. 

PANJANG 1.75 METER X LEBAR 28 INCI
HIGH QUALITY CHIFFON
TAK JARANG, MUDAH BENTUK

★BORONG RM270/10PCS★
PILIH COLOR RM320/10PCS, 1 COLOR 1PC
(FREE POSTAGE 1 MALAYSIA)

★RUNCIT RM45/PC★
(TAK MASUK POSTAGE)



SHAWL HALF MOON 2 LAYER SAKURA

PANJANG 1.68 METER X LEBAR 0.82 METER
HIGH QUALITY CHIFFON

★BORONG RM35★
MINIMUM 10PCS, RANDOM COLOR
PILIH COLOR RM40, 1 COLOR 1PC

★RUNCIT RM65/PC★
 

SHAWL HALF MOON SAKURA

PANJANG 1.68 METER X 0.82 METER
MATERIAL CHIFFON BERKUALITI TINGGI

★BORONG RM250/10PCS★
PILIH COLOR RM300/10PCS, 1 COLOR 1PC
(FREE POSTAGE 1 MALAYSIA)

★RUNCIT RM45/PC★
(POSTAGE 1-3PCS RM6 SM @ RM10 SS)

Thursday, January 16, 2014

Baju Murah & Cantik di Iena Collection, FB

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kata orang, cikgu memang ada banyak baju. Setuju tak? Saya sendiri bila tak ada kerja, bilang baju dalam lemari ada la dalam 40 pasang. Yang buat atau yang beli semua ada.

Ni saya nak kongsi satu portal online, tempat femes amos geng-geng sekolah saya shopping. Saya ada jugak beli tapi bila beli ni faham2 sajalah. Labuh baju, labuh kain memang kena oter. Yang fit dengan badan pun ada, tengoklah brand apa. Bergantung..


Iena Collection yang berpangkalan di FB ni memang dah lama. Banyaknya menjual baju kurung moden, ada jugak blous, baju kurung pahang, jubah dan sekarang ni tampil dengan peplum. Saya dah dua tiga kali menahan teguk, berkenan sesangat. Rasa macam nak rembat je satu... ke dua... *_*


Pembeliannya memang cepat habis. Sekejap je gambar diupload, dan-dan habis. Kadang2 bila tengok lepas tu dan sold out atau reserved. Bila dapat maklumat nak upload album baru, memang kena tunggu depan lappy untuk book. Urusannya hanya menggunakan SMS, jika dah direply barulah boleh bank in duit dan proses seterusnya.  Kalau dulu harga sepasang baju adalah RM56, kalau beli banyak bolehlah RM54. Sekarang dah naik sikit jadi RM60 termasuk kos penghantaran.

Kalau ada sape yang nak cuba baju-baju kat sini boleh la tengok link...