Showing posts with label Cookies / Biskut. Show all posts
Showing posts with label Cookies / Biskut. Show all posts

Sunday, September 23, 2018

Oyster Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Biskut ni tak cadang pun nak buat. Tengah tak ada kerja, boring dok saja godek satu adunan. Saya memang selalu je guna resepi ni. Cuma itulah, belum lagi dapat shape yang sepatutnya dan rasa sentiasa berubah. Kali ni guna butter mahal, tapi belum sampai piawaian lagi nampaknya. Sekadar nak makan makan tu lepas lah.


Kali ni saya guna acuan samperit je, sebab bukan saya yang buat. Saya bancuh adunan je dan suruh anak saudara saya yang paipkan.



Wednesday, August 8, 2018

Butter Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini biskut sayang saya buat untuk Aidilfitri lalu. Satu adunan aje pun, tak sempat nak buat raya makan makan aje lepas berbuka tahu tahu dah habis. Kalau nak cerita pasal butter cookies ni memang sesiapa pun suka, dengan lemak lemak masin tu memang sedap sangat lah kan. Tapi itulah kalau kata nak beli memang agak mahal sikit harganya. Jadi baiklah kita godak kat Google ni cari resepi yang bersesuaian untuk dicuba.


Untuk adunan biskut ni saya menggunakan butter Anchor, firstime kot beli dan guna butter tu. Maklumlah as i bagitahu before kan nak dapat hasil premium kenalah guna bahan premium. Tapi nak citernya sebab tak biasa guna butter tu kan rasa macam sedikit pelik pulak. Ha ha ha, bagus jugaklah camtu, takyah nak pakai butter mahal mahal padan dengan buttercup sudah.



Tuesday, August 7, 2018

Tat Nenas Nyonya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pasaipa la kelabu asap gambar ni? Nak buat camana gambar SS dekat IG aje, sebab nak share dekat blog punya pasal.

Rasanya tiap kali raya saya tak lepas dari buat tat nenas, biasa versi gulung tapi kali ni malas sikit nak menggulung saya buat versi terap aje, inipun menggunakan inti (jem) tahun sebelumnya yang disimpan dalam peti sejuk. Elok lagi Alhamdulillah...

Jadi untuk pilihan resepi saya memilih untuk membuat tat nyonya (dah lama simpan resepi ni). Buat tat nyonya ni lagi mudah sebenarnya dari tat gulung. Tapi sebagai seorang yang bukan penggemar tat, saya ok aje yang mana-mana pun.


Mungkin sebab saya menggunakan jem yang dah agak lama, bila nak makan tu takleh nak gigit bahagi 2 sebab tat dah terbelah inti belum lagi. Errr faham ke tak ya...

Apapun TQVM Kak Gee. Resepi ni memang sedap dan pasti akan dicuba lagi next time..


TAT NENAS NYONYA
Resepi : Kak Gee

BAHAN2NYA:

300 gms tepung gandum *

4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu besar gula ising *
200 gms butter (Kjee guna Anchor - salted)
2 kuning telor


jem nenas (Kjee guna ½ kg jem nenas Bagus)


CARA:

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
Simpan kira2 dua puluh minit dalam peti ais.
Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter 
Bakarlah sampai masak iaitu kira-kira 20 minit. Kepanasannya kira-kira 175 darjah celcius


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Thursday, July 26, 2018

Biskut Ferraro Rocher

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Biskut ferraro rocher ni saya buat masa Aidilfitri haritu, sebabnya dari tahun lepas dok nak buat tak jadi jadi. Tahun ni saya sedia semua bahan dan terjadilah biskut untuk santapan. Biskut yang dalam gambar ni saya salut yang 2nd batch, maksudnya biskut yang tak habis disalut di kampung, saya bawa semula ke CH dan celup cuklat di sini. Masa salut coklat di kampung tu, dia tak nak mengeras sampai saya kena letak dalam bilik berhawa dingin baru dia membeku. Aii cerewet sungguh coklat ni. Sebab tulah kalau tengok biskut yang ni macam dah tak ada kekacang yang menyalutnya. Dah luruh gitu..


Saiz kursemangat gitu.


Sejujurnya biskut ni memanglah sedap, sesuai dengan nama. Kalau nak beli biskut yang original memang kopaklah dengan kuantiti dihasilkan. Saya pulak sejenis yang suka coklat FR cuma kalau beli tu yang 3 biji tu aje, bukan nak berkira tapi kalau beli banyak banyaklah yang masuk ke mulutnya pula.



Monday, September 7, 2015

Biskut Famous Amos

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Secara jujurnya saya mengaku di sini yang saya tak pernah makan famous amous cookies yang harganya RM10 bagi 100g... ataupun yang dijual di kiosk2 di pasaraya terkemuka... yang dihebahkan sangat sedap rasanya. Yang saya tahu famous amos yang saya buat sendiri menggunakan resepi yang diskodeng dari tenet. Jadi memang tak dapat la nak membandingkan rasanya, apatah lagi untuk mengatakan yang ini atau yang itu lebih sedap. Bagi saya harga yang saya nyatakan di atas sangat mahal jika dibandingkan sekiranya kita beli bahan dan membuatnya sendiri. Ini bukan mengeluh ke apa, cuma sekadar realiti kerana hasil yang saya buat ini pun memang sedap dan tak puas makan, dengan hanya menggunakan bajet tak lebih RM20... itu pun boleh buat dua kali. Jadi moh la buat sendiri.... he he he...


Nah saya kongsikan di sini... Biskut famous amos yang saya buat menggunakan resepi dari blog Sis Azie, yang mana resepi asalnya dari Syari (MyR). Dengan resepi asal tu pun saya dah pernah cuba sebenarnya. Cuma kali ni guna resepi ubahan Sis Azie sebab sukatannya yang tak banyak. Padahal sedikit menyesal buat satu adunan sebab biskut ni memang sedap dan abis tak sampai 5 hari. Teruk kan... hari2 makan famous amos kau... Dari raya sebenarnya nak makan biskut yang ada CC tapi yang saya buat masa raya tu hanya gunakan coklat urai jadi tak berapa tak puas hati sebab tak menepati piawaian biskut sebenarnya.


Thursday, November 27, 2014

Biskut Samperit Susu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya nak cuba samperit susu ni masa raya lepas, tapi tak terbuat sebab rasa dah banyak sangat buat biskut. Jadi dok pending2 sehinggalah baru2 ni tak ada buat apa, saya cuba buat biskut ni. Bila Google resepi, dah ramai yang buat biskut ni dan kebanyakannya menggunakan resepi yang dimodified oleh Zack.




Thursday, September 11, 2014

Biskut Honey Cashewnut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tengok2 gambar, ada satu lagi rupanya biskut yang belum saya upkan. Ingatkan dah habis... *_*

Biskut honey cashewnut ni saya skodeng dari blog Iza Akma (Selera Puteri). Kebetulan semua bahan ada, jadi saya terus cuba. Selalu buat biskut yang ada gajus ni guna resepi biasa kali ni saja nak try test. Kejadiannya biskut ni agak rapuh, barangkali mungkin kerana penggunaan minyak mazola dan juga madu. Pastu ada juga digunakan tepung beras. Bak kata orang... cair di mulut. Memang pun, kejap aje dah berserdak bahagian bawah tupperware.

Satu adunan tak dapat banyak sangat, makan pun gitu2 je tak sempat nak menikmati betul2 tengok2 eh dah habis. Yang saya ingat biskut ni agak kuat rasa madunya, mungkin saya terlebih bubuh barangkali. Tak apalah, nant




Sumber : Selera Puteri

Wednesday, September 10, 2014

Biskut Twist Tart

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sebenarnya tak plan pun nak buat biskut ni tapi since bahan2 ada lagi, saya buat satu adunan untuk diberikan kepada Mok Ja. Resepi ni seperti yang lain2 jugak masih menggunakan resepi yang dilongsikan di blog Citarasawan.

Biskut ni nampaknya agak lain sikit kejadiannya daripada yang asal. Yang Kak Wan buat tu memang cantik la kalau nak dibandingkan dengan apa yang saya buat. Masa nak paipkan adunan saya terperasan ianya agak keras dan payah nak keluar dari nozzle, sampai 2 3 keping piping bag la jugak perlu digunakan.


Bila dah rasa biskut ni pada saya ianya agak rangup dan sedikit keras, tidak gebu seperti biskut biasa. Mungkin jugak bancuhan adunan saya tu ada sedikit kesilapan ataupun cuaca sejuk yang membuatkan ianya lebih cepat kering. Entahlah... sekali fikir biskut raya tahun ni banyak nau yang silap teknik... -_- Mungkin lepas ni nak kena cuba lagi buat biskut ni, mana tahu dapat hasil yang lebih baik...

Apapun... tq Kak Wan


TWIST TART COOKIES

Resepi : Citarasawan



Bahan-bahan
250gm mentega
110gm gula ising di ayak dahulu
1/2 tsp esen vanila
200gm tepung red rose
100gm cornflakes / nestum di kisar halus
4 tbsp susu sejat Ideal (optional)



Hiasan :  Cawan kertas dan jam strawberry/blueberry
Nozzle :  Taiwan No. 22 (bergerigi)



Cara-cara
1.  Pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang.  Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik berselang seli dengan susu sejat.  Gaul sebati.
2.  Rehatkan adunan selama 30 minit di dalam peti sejuk.  Keluarkan dan uli hingga lembut.
3.  Masukkan ke dalam piping bag dan picit menggunakan nozzle bergerigi bermula dari tengah cawan kertas.  Buat sedikit lubang di tengahnya dan letakkan inti jam.
4.  Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit atau hingga atasnya keperangan.



 *** Jika tidak menggunakan susu sejat, rehatkan selama 15 minit saja, dan terus paipkan ke dalam cawan kertas sebelum dibakar.


 

Tuesday, September 9, 2014

Samperit

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang penggemar samperit, sejenis kuih tradisional yang cair di mulut. Kalau tak di mulut dah hancur lebur dulu di dalam balang pun ada juga. He he he... Biasanya kalau buat samperit ni memang ada saja yang tak kena. Terhancur, keras...tak sedap, semuanya dah pernah kena.

Baru2 ni saya buat lagi samperit ni. Kalau ikutkan memang tak ada dalam senarai biskut raya tapi memandangkan ada lagi bahan2 lebihan, saya bancuh satu adunan. Masih juga menggunakan resepi yang sama cuma kali ini kejadiannya lagi sedap dan hampir nak sama dengan hasil yang dibuat oleh tuannya. Bukan nak memuji diri sendiri tapi itulah yang dikatakan oleh kekanda serumah saya yang merasanya.


Lihat sajalah bentuk dan warnanya. Saya terlupa nak masukkan pewarna, jadik kuning sikitlah. Pastu ceri pun tak ada, tak plan la katakan... Mujo gak ada labiu2 tu dalam simpanan. Nampak  ok la jugak. Sejujurnya saya katakan samperit ni memang menjadi pilihan. Anak2 buah saya yang tak puasa dok berulang ambik dari dalam bekas. Yang tak tahannya siap komplen lagi katanya makcik tak buat biskut ni tahun lepas. Ish ish ish...

Kalau ada sapa yang nak cuba, resepinya saya ada tuliskan dibawah. Memang boleh dipercayailah sebab resepi ni diorang buat untuk jual. Jadi, jangan tak cuba!


SAMPERIT
Resepi : Amar Ahmad

Bahan-bahan :
1 cawan marjerin
1 cawan gula aising
1/2 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
1 kuning telur
Gandum secukupnya

Cara membuatnya :
Pukul marjerin dengan gula
Masukkan telur dam teng kastad + tepung jagung
Tambahkan tepung gandum secukupnya

Note : saya adunkan tepung menggunakan senduk kayu sahaja dan tidak mengacaunya secara berlebihan.

Friday, September 5, 2014

Biskut Alamanda

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Selain biskut almond london, biskut alamanda ni jugak wajib ada dalam senarai biskut raya saya. Pertama kali cuba pada tahun lepas, terus saja jatuh cinta. Biskut ni sangat kaya dengan rasa kekacang dan cekelat... dan ofkos la kan memenda macam tu memang feveret saya. Nak membuatnya pun sangat senang. Cuma sedikit renyah bahagian nak paipkan dengan coklat putih dan hitam tu. Masih juga mengekalkan bentuk yang sama iaitu bulat sebab mudah dan senang.



Untuk kali ni saya gantikan kacang tanah (kisar halus) dengan badam sangai. Saya tak kisar, hanya sekadar tumbuk . Dan secara jujurnya resepi menggunakan  kacang tanah kisar lebih sedap. Mungkin kalau badam sangai tu dikisar halus rasanya hampir sama. Agak ralat jugaklah bila hasilnya tidak serupa. Tapi tak menjadi masalah pun bila semuanya sudah habis di makan. Malah ada yang mengatakan biskut ni sedap. Tak apa, dah citarasa pun berbeza. Yang paling penting biskut ni memang super duper sedap pada saya...

TQ Kak Asma dan Kak Wan yang berkongsi resepi ni.


BISKUT ALAMANDA
Resipi :  Chef Asma

Sumber : Kak Wan



Bahan A
250gm mentega
80gm shortening
80gm gula kaster
2 sudu kecil cappucino emulco



Bahan B (Di ayak)
350gm tepung red rose
1/4 tsp baking powder
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
2 sudu besar susu tepung



Bahan C
100gm koko crunch di kisar halus
40gm kacang tanah - di panggang dan di kisar halus
100gm coklat rice

Hiasan : Kuning telur, coklat masakan hitam dan putih



Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan C dan uli hingga menjadi doh.
2.  Rehatkan doh selama 15 minit atau lebih.  Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3.  Susun dalam loyang yang telah di gris.  Sapu dengan kuning telur dan bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit.
4.  Sejukkan dahulu dan hias dengan coklat masakan hitam dan putih

Thursday, September 4, 2014

Almond London

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah bulan September, belum ada n3 satu pun. Kenapa? Agak bizi dengan segala urusan dunia. Lately dah terjebak dengan aktiviti jahit menjahit. Buat jubah, jahit manik tudung, jahit manit baju... segala mak nenek lah. Tambah pulak malas nak on lappy, sekadar tengok through phone je. Minta maaf eh semua... Jom kita sambung perihal biskut raya.

Almond london, biskut yang takyah nak cerita lagi. Tiap tahun wajib buat tak kira macam mana keadaannya. Kali ni pun saya buat lagi dan masih menggunakan resepi yang sama. Saya buat ni tak ingat dah setengah ke satu adunan tapi hasilnya dapat dalam 200 biji lebih. Memang puas hati dapat makan walaupun sedikit renyah nak membuatnya. Nak makan sedap kan...


Kali ni saya nak kongsikan sedikit tentang cara2 saya membuatnya. Mungkin sesetengah orang agak berbeza dan ada cara sendiri untuk memudahkannya. Kalau ikutkan malas, beli saja senang tapi iyalah kalau beli ni dapat satu bekas saja, Kalau beli 4 bekas yang ada lebih kurang 200 biji tu dah berapa harganya... Kalau ada dua keluarga yang nak diberi... berapa banyak pulak yang perlu dibeli.. jadi penyelesaian terbaik adalah, rajinkan diri dan buat sendiri.


Langkah penghasilan almond london by me *_*

1. Bakar badam
- yang ni saya bakar dalam oven sahaja
- suhu agak2 sajalah taknak badam terlebih garing atau terkurang masak

2. Buat adunan biskut
- yang ni saya adun guna hand mixer, tapi tak berapa beriya sebab kalau over nanti adunan mengembang

3. Bakar biskut
- bakar ikut ikut suhu yang ditetapkan
- balut je badam dengan adunan  untuk mendapatkan kulit biskut yang nipis dan rangup

4. Cairkan coklat
- cairkan coklat double boil guna periuk aluminium
- periuk tu hanya untuk cairkan coklat sahaja, tak guna untuk buat benda lain

5. Celup biskut ke dalam coklat cair
- terus celup semasa panas
- guna penyepit kecil

6. Masukkan ke dalam paperliner dan tabur dengan madam di atas
- celup keseluruhan biskut dan masukkan dalam papercup
- tabur dengan badam, yang ni saya tak bakar terlebih dahulu
 
7. Sejukkan
- sejukkan atas redai
** nampak semangat sikit bila semuanya elok bersusun dalam dulung

Resepi yang digunakan :

BISKUT ALMOND LONDON  
Sumber : My Old Recipi Book
 

Bahan-bahan :
250g mentega
1 cawan gula castor / gula aising
1 biji telur
Esen vanila
*3 cawan gandum
*1/2 cawan tepung jagung
*1/2 cawan tepung naik sendiri
Badam yang dipanggang (dalam setengah kilo)
Coklat masakan secukupnya yang dicairkan secara double boiler

 

Cara-cara :
- ayak semua bahan *
- pukul gula dan mentega hingga kembang
- masukkan telur dan esen vanilla dan gaul sebati
- masukkan sedikit demi sedikit epung yang telah diayak bersama dan gaul rata
- ambil adunan sebesar telur puyuh dan leperkan
- bubuh badam ditengah2 dan buatkan bentuk bujur (balut aje badam tu dengan adunan, jangan terlalu tebal sebab adunan sedikit mengembang)
- bakar suhu 170'C selama 15 minit (bergantung oven masing2)
- biarkan sejuk sebelum disalut dengan coklat

Thursday, August 28, 2014

Nutella Pod Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lagi n3 biskut raya. Biskut ni saya dah lama nak try tapi tak try try sehingga nak raya baru ni. Satu fenomena jugak la biskut ni. Ramai yang dah cuba dan dah tahu camana rasanya. Memula tu saya nak buat untuk makan2 biasa je tapi bila fikir semula baik jugak kalau bawa balik untuk raya. Jadi ting tong sana sini kira saya buat jugaklah satu adunan.

Saya tak pasti pulak di mana silapnya cookies yang saya buat ni, kerana di akhir kejadian tu rasanya agak keras. Ada ke saya terlebih bakar ataupun adunan memang terkeras... Itu la salah satu sebab yang membuatkan cookies ni tak berapa laku. Kalau kata ianya lembut mungkin lebih disukai kerana selain nutella saya juga memasukkan kacang hazel ke dalamnya. Di atasnya pula saya paipkan dengan coklat cair untuk mengelakkan nutella melekat pada papaerliner.

Oleh kerana tak berapa nak puas hati ni, saya cadang nak buat semula cuma tak tahulah bila masanya... kalau buat untuk Aidiladha nanti pun sedap jugak kan....

Apapun... tq pada sumber yang memperkenalkan cookies ni... TQ Kak Sari


NUTELLA POD COOKIES
Sumber : Shima Maz Fb & Ida Osman
Sumber : Kak SK
 
Bahan-bahan :

2 3/4 cwn tpg gndum*
1 st soda bikarbonate*
1/2st baking pwder*
50 gm serbuk walnut*
1 cwn butter
1 1/4 cwn gula castor
1 bj telur
1 st esen vanilla

Caranya :

1.  Ayak bahan bertanda*
2. Putar butter dan gula hingga gebu.
3. Masukkan telur diikuti esen.
4. Masukkan serbuk walnut.
5. Masukkan tepung dan kacau rata hingga menjadi doh.
6. Gris muffin tray.
7. Bulat-bulatkan doh dan letak dalam muffin tray.
8.Bakar pada suhu 170 slama 8-10 min atau sehingga masak.
9. Setelah keluar dari oven tunggu 1 minit sebelum menekan cookies tadi untuk membuat lubang(gunakan hujung kayu penggelek atau apa saja alat yg boleh ditekan untuk membuat lubang)

** jangan biar cookies sejuk..sebab ia akan jd retak bila ditekan
** Pipekan nutella ke dalam pot bila cookies dah sejuk
 

Wednesday, August 27, 2014

Popia Nestum / Suci Dalam Debu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu.. terlihat
Kesucian terlindung jua


Ewah.... menyanyi pulak dah. Masih ingat tak lagi dengan lagu Suci Dalam Debu dendangan kumpulan Iklim yag popular satu masa dulu. Saya memang suka lagu tu, suara Saleem memang layan abess. Tapi n3 ni bukan nak citer pasal Iklim, atau Saleem atau lagu itu tetapi kudap-kudapan popia nestum atau juga dikenali sebagai suci dalam debu. Jangan tanya saya kenapa dinamakan suci dalam debu? Barangkali mungkin dari debu2 nestum yang disalut pada gulungan popia itu sendiri.

Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak buat popia nestum, malam kayu penggolek untuk menggulung popia sudah pun diberikan oleh Kak Rini. Saiznya lebih besar dari lidi sate... kalau tak silap saya pemegang belon tu.

Rupa2nya senang sangat buat popia nestum ni. Saya gulung kulit popia yang 40 keping tu tak sampai pun 30 minit. Cuma masa nak goreng tu ambik masa sikitlah. Lepas gulung tu boleh jugak kalau nak simpan sebelum goreng, cuma tutup dengan kain lembap atau masukkan dalam bekas. Bila dah siap goreng perlu tunggu sejuk dulu sebelum gaulkan dengan nestum yang sudah diblend.

Untuk kudapan ni memang saya nak buat lagi, kulit popia pun dah siap beli, tak ada nak tunggu raya haji ke apa sebab nestum yang dikisar aritu pun ada lagi. Tungguuuuuuuuu...




POPIA NESTUM @ HORLICK
Resepi : Ibu Dilah

Bahan2nya:
1 paket kulit popia (40 keping)
**1 1/2 cwn nestum origanal
**1/2 cwn susu tepung (aku guna dutch lady)
**1/2 cwn horlick
**1/2 cwn gula castor
1 sb tepung gandum (bancuh dgn sedikit air)
minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:
1) Buka kulit popia satu persatu dan gulung. sapukan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia yg telah digulung.. tepung tu berfungsi sebagai gam, tak bagi kulit popia tu terbuka bila digoreng.
2) Buat sampai habis kulit popia tu.. lepas tu gunting serong2.. 1 gulung boleh digunting kpd 10 bhgian. Gunting semua..
3) Panaskan minyak utk menggoreng dalam kuali. bila minyak dah betul2 panas, baru masukkan popia tadi. api jgn besar sgt. goreng sehingga keemasan sikit.. balik2kan supaya warnanya sekata.. bila dah siap, angkat dan toskan.. pastikan minyak di tos kan betul2.. alas bekas dengan tisu.
4) Sementara menggoreng popia tu, sediakan bahan untuk serbuknya pula.. blend semua bahan yg bertanda **.
5) Bila popia dah kering dari minyak, masukkan popia dalam campuran nestum tadi dan gaul rata.. buat sampai siap..
6) Dah siap.. boleh masuk dalam balang..

# TIPS
* Ketika menggulung kulit popia, pastikan kedudukan anda jauh dari kipas. Kalau tidak, kulit popia akan cepat kering.
* Boleh guna lidi or chopstick bagi memudahkan proses menggulung kulit popia.
(tp aku tak guna pun)
* Jangan gulung terlalu padat, biar longgar sikit supaya popia tu akan jadi rangup dan serbuk nestum boleh masuk dicelah2 popia.
(kalau padat, popia akan jadi keras selepas digoreng)