Showing posts with label Meeting. Show all posts
Showing posts with label Meeting. Show all posts

Wednesday, December 2, 2015

Hotel Mahkota, Melaka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Zaman muda2 dulu ada la sekali dua check in sini. Biasanya tak lama dalam semalam dua aje. Tahun ni dapat la check in 4 hari 3 malam. Saya ke sana memandu kereta. Biasalah kalau belah2 N9, Melaka dan Johor ni sedap sikit nak memandu berbanding kalau mesyuarat di KL. 

Yang nak tergelaknya nak sampai ke hotel ni bukan main jauh pusing, sampai jalan nak ke Muar, kesnya dalam surat panggilan dinyatakan alamat di Ayer Keroh padahal lokasinya di Bandar Hilir aje. Sempat la akan buah langsat buah nenas sebelum boleh sampai.


Masuk hotel pulak satu hal nak cari blok penginapan. Bukan main banyak blok apartment sampai kena malilau sana sini baru jumpa jalan. Tempat meeting pulak agak berjauhan, jadi terpaksalah menapak dalam gelap malam.

Dari segi makan, boleh tahan la pilihan agak banyak. Rasa pun ada. Sempat la jugak 2 kali menyeberang jalan sibuk 4 lorong untuk ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Agak2 kalau nak pergi dengan bas boleh la turun dekat Melaka Sentral dan ambil teksi. Kan.....


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Saturday, November 21, 2015

Hotel Quality, KL

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya lupa bila saya meeting kat sini. Tapi rasanya ramai yang dah tahu di mana lokasi hotel ni kan? Berdekatan dengan SOGO dan kawasan yang seangkatan dengannya. Saya ke sini ikut kawan bawa kereta. Jadi tak ada masalah la terus saja sampai ke tempat yang dituju. Kalau kata datang dengan bas pun x ada masalah sebab mudah aje nak sampai. Naik saja LRT dan turun di stesen Bandaraya.


Nama aje hotel dekat dengan pusat beli belah tapi haram tak dapat nak menyopping dek kekangan masa yang dihabiskan dalam bilik mesyuarat. Padahal masa tu pitih tengah berkepuk dalam purse. Nampak x ayat riak tu? Ha ha ha...


Friday, November 13, 2015

Hotel Nouvelle, Seri Kembangan, Selangor

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hotel ni dah 3 kali saya check in. Memang dah naik bosan nak ke sini. Duduk 4 hari... 5 hari... memang takleh nak cerita pada orang. Kalau dulu hotel ni dikenali dengan nama Hotel Mint, tapi dah ditukar maybe sebab dah bertukar pengurusan agaknya.

Saya ke sini ada menggunakan bas dan kereta. Yang naik kereta tu jangan tanya la ke mana laluannya, saya hanya jadi penumpang. Kalau naik bas, saya turun di PUDU dan naik LRT ke TBS kemudian ambil KOMUTER ke SERDANG pastu ambil pulak teksi ke hotel. Kalau belah2 Pantai Timur yang turun di TBS boleh saja ambil teksi terus ke hotel ni.


Sapa yang pernah check in kat sini tahu la macam mana situasinya, memang bosan sangat2 sebab jauh dari tempat nak release tension. Walaupun dekat pada pandangan mata dengan pusat membeli belah MINES, tapi tak boleh nak keluar sebab jalan jem yang amat, kang terbabas tak masuk mesyuarat pulak. Paling2 kalau rasa nak membeli belah berkunjung ajelah ke stesen minyak Petron di sebelahnya. Kesian kan... Pastu dari segi makanan pun so-so aje, kira cukuplah untuk mengenyangkan perut.

Lagi tension kalau duduk bilik nombor genap, memang bercinta la bila biliknya mengadap bilik lain. Kalau bilik nombor ganjil tu boleh jugak bilang kereta yang lalu2 tidakpun tengok keadaannya bila tengah jem.

Ni macam kena datang lagi je, tengah tunggu bila tarikhnya. Hurmmmmm.....

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Thursday, November 5, 2015

Hotel Carlton Holiday, Shah Alam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tahun ni seperti juga tahun2 sebelumnya memang selalu keluar untuk bermesyuarat. Ada beberapa hotel yang saya check in sudah pun direview sebelum ini, jadi saya hanya review hotel yang baru sajalah. Kalau ikutkan tiap2 bulan tinggalkan sekolah.

Hotel Carlton Holiday ni agak best jugak sebab berdekatan dengan TESCO Xtra dan lagi meriah di dalam tu bila ada kedai kain TEWAH... dan sempatlah saya hari2 berkunjung ke situ. Kalau sesape yang nak beli cotton canvas dekat situ ada.


Saya ke sini menggunakan bas. Dari CH turun ke Ipoh kemudian ambil pula bas terus ke Shah Alam, turun di Seksyen 13 pastu ambil teksi ke hotel. Tak adalah serabut macam hotel2 kat pusat bandar tu. Makanan kat sini pun ok, cuma sepanjang 4 hari bermeeting, tak ada hidangan nasi lemak, memang lemah la sikit. Last2 balik kampung baru cari nasi lemak... he he he


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Monday, September 29, 2014

Hotel Permai, Kuala Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Ke Terengganu sekali lagi untuk attend meeting. Seronok la sangat bila mesyuarat di belah2 Pantai Timur ni sebab dekat dengan rumah. Pastu takyah fikir sesat2 jalan ke hape sebab dah agak biasa. Ewahh, nampak tak ada unsur2 kebaboom kat situ..

Apapun akan ada di sini dari 29 September hingga 3 Oktober. Mmmm, ada orang nak jumpa? Just let me know okeh...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Tuesday, August 26, 2014

Hotel Sumai Apartment, Kuala Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 



Perghhh... rasa lama sungguh tak update. Sedikit bizi katanya. Selepas sekolah Sabtu lepas, saya balik kampung, kemudian Isnin semalam sambung ke Terengganu untuk mesyuarat. In Sha Allah sampai hujung minggu ni.

Ini pertama kali mesyuarat di pantai timur. Saya berjaya drive sendiri, dengan bantuan WAZE juga. Santai2 bawa kereta ikut jalan pantai. MAsih dalam misi nak beli dan makan kopok lekor terbaekk...

Well... will see ya!


Tuesday, July 8, 2014

Selesa Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Sekali lagi attend meeting di PD, kali ni bersebelahan dengan Regency yang pernah dihadiri dulu. Merasa la bersahur dan berbuka di hotel yang pastinya tidak sama dengan bersahur atau berbuka di rumah. Tak apalah, demi kerja yang nak kena siapkan. Jadi maaflah jika tak ada n3 atau n3nya tenggelam timbul, maklumlah bizi the bodi kan. Terima kasih pada yang sudi bertandang ke CTS... sayang korang ketat-ketat.

Akan berada di sini dari semalam 7 Julai hingga 10 Julai, selepas itu baru leh cerita tentang hal-hal puasa yang seterusnya. 

Salam sayang.... ^_^

Monday, June 23, 2014

Hotel Ritz Garden, Ipoh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mesyuarat kali kedua. Kali ni dekat sikit belah2 Ipoh je. Tak pernah sampai ke hotel ni walaupun semedang turun Ipoh. Nak sampai tadi pun tanya dulu jalan dengan blogger Imanshah.


Hotel ni pening sikit. Ada blok baru dan blok lama. Agak sempit kekdahnya. Wifi berdesup... i loike. Senang nak update.


Yang paling saya suka... bantal ada dua. Takyah nak peluk beg dah. Ha ha ha.

Akan berada di sini sehingga 26 Jun... will update soon. See ya!

Wednesday, June 18, 2014

Bukit Gambang Resort City

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Siri mesyuarat kembali...

Kali ni ke sebelah Pantai Timur pula, belah2 Kuantan. Nak sampai ke Bukit Gambang Resort City ni sesat jugak setengah jam. Tak banyak sign board, sangat tak mesra pengguna. Hancus sungguh. Dah la drive sendiri. Haruskan????

In Sha Allah bila ada kelapangan ni will update time to time...

See ya!!

Monday, March 10, 2014

Hotel Empress, Sepang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 

Siri mesyuarat kali ke empat tahun 2014, kali ini di Sepang. Agak letih jugak sebenarnya bila dua minggu berturut-turut terpaksa keluar sekolah. Masuk minggu ini sudah 4 minggu saya tidak dapat mengajar, macam manalah nak habiskan silibus...PBS pun belum mula... adeeehhh...

Akan berada di sini sehingga 13 Mac... In Sha Allah jika ada kelapangan boleh update dari Sepang...

Pray 4 MH370..

Tuesday, March 4, 2014

Ancasa Allsuites Resort & Spa, PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Ke PD sekali lagi untuk mesyuarat kali ke 3. Tak menyempat rasa nak update... In sha Allahakan berada di sini sehingga Khamis. Tempatnya boleh tahan cantik tapi sekarang jerebu pun dah sampai ke PD. Tengoklah kalau ada masa kelapangan nanti boleh la update.

See ya!

Tuesday, February 4, 2014

Hotel Oriental Crystal , Kajang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mesyuarat KV kali ke dua. Kali ni di pinggir bandar KL iaitu Kajang. Oleh sebab ianya di adakan semasa cuti Tahun Baru Cina, maka saya ke sini dengan menaiki bas sahaja. Maklumlah, masih ada di kampung kan... Sani Ekspress, tambang RM50. Phewwww...

Biasanya kalau mesyuarat di pinggir-pinggir ni tak la seriau sangat nak sampai. Ada LRT, komuter dan tak perlu nak jalan jauh-jauh. Member pun ada kat sana.  Kalau dari CH rasa confident nak drive, tapi dari kampung ni tak koser la pulak. Buat penat badan. Yang balik dari PD pun tak hilang lagi...

Blogger Kajang? Ada?

T_T

Tuesday, January 21, 2014

Glory Beach Resort, PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Siri mesyuarat kembali dengan pembuka di bulan Januari. Nasib baik hanya mengajar 1 kelas tingkata 5, tak banyak sangatlah defisitnya. Untuk kelas lain saya dah tinggalkan kerja. Saya akan berada di sini mula 21 - 24 haribulan...

Kali ini lokasinya di PD. Alhamdulillah saya boleh terus dengan kereta. Ini kali ke 3. Tak ada la susah nak heret beg sana sini. Kalau area KL tu takde keberanian lagi nak drive.

Apapun, satu lagi kerja yang perlu dilaksana sebaiknya. InsyaAllah kalau ada kelapangan saya akan cuba update CTS dari PD. Doakan semuanya berjalan lancar.

Errr... ada ke blogger PD? Nak jumpa?

Monday, June 24, 2013

The Ragency Tanjung Tuan Beach Resort, PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Seminggu lagi saya terpaksa meninggalkan sekolah kemenuhi tuntutan kerja luar yang di adakan di PD. Tak pernah lagi ke PB, zaman U dulu ada la sekali bercamping dengan kawan2. Kali ni nak drive, tak tahulah camana, harap2 dapat sampai dengan selamat dan tak la sesat. Kalau belah2 KL atau dalam bandar ni saya selesa naik bas aje, tapi dari CH nak ke PD boleh tahan banyak jugak la yang kena. Dari Pudu ke Bandar Tasik Selatan, pastu baru ambil bas, dan kemudian baru teksi. Nak heret beg pun dah satu hal...


Apa kisah dengan jerebu di PD tu ya? InsyaAllah saya akan kongsikan kemudian. Nak gerak dulu.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, June 10, 2013

Hotel Goldcourse, Klang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah diberi peluang untuk bersua kembali di sini. Saya kini berada di Hotel Goldcourse, Klang kerana menghadiri mesyuarat (10-13 Jun 2013) bersama Lembaga Peperiksaan. Kiranya tak sempat masuk sekolah, terus je bertolak pagi tadi ke Kuala Lumpur. Turun di KL Sentral dan menaiki komuter ke Klang sebelum naik teksi ke hotel ini.


Sesiapa yang pernah ke hotel ini tentulah mengetahui bagaimana keadaannya. Tak perlulah saya nak huraikan panjang lebar. Ada dua tiga kursus dari KPM yang dijalankan di sini. Tengoklah apa yang menarik nanti dapat saya ceritakan.
********** (^__^) ********** 

Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, April 15, 2013

Hotel Plaza, KL

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Outing lagi ke KL. Kali ini ke Hotel Plaza pulak, terletak di area Chow Kit. Sesungguhnya saya teramat malas sangat. Memang kalau diberi pilihan saya taknak dah datang KL ni. Saya takut, setiap kali saya berjalan dari sana ke sini, contohnya dari stesen LRT ke Puduraya, Tuhan saja yang tahu ketakutan di hati saya. Tetapi apakan daya, ada tugasan yang perlu diselesaikan. Tahu2 sajalah, bila dah empat hari meninggalkan sekolah, berapa banyak perkara yang terpaksa saya tinggalkan? Dengan kelas PBS ada tiga dan kelas peperiksaan SPM ada dua, terlalu banyak yang perlu saya cover selepas itu.

Jadi saya tinggalkan seketika CTS selama 4 hari, 15-18 April dengan n3 autopublish. Sampai kita berjumpa lagi Jumaat nanti.

Note : 9.00 pagi, dalam bas OTW ke KL T_T

Update : Alhamdulillah selamat sampai. Daripada LRT Plaza Rakyat (Puduraya) terus ke Stesen Sultan Ismail, jalan kaki sikit je dalam 5 minit dah sampai ke hotel. Tengah pening2 lalat lagi. Udahhhhhh.....

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, March 18, 2013

Hotel Radius International Pula...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekali lagi, hari ini, saya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat, sambungan yang pertama dulu di Hotel Summit Subang Jaya. Kali ini lokasinya di dalam bandar, di jantung Kuala Lumpur iaitu Hotel Radius International Bukit Bintang. Salah satu lokasi yang saya tak mahu jejaki, yang penuh dengan manusia bermacam ragam. Dan sudah pastinya menimbulkan ketakutan dalam diri...namun kerana tuntutan tugas, terpaksa.



Sekali lagi juga, kena bertanya di situ di sini bagaimana untuk ke sana. Terjumpa dalam internet tadi, katanya naik LRT dari Plaza Rakyat (Pudu) ke Hang Tuah, kemudian tukar ke monorail dan menuju ke stesen Bukit Bintang. Dari situ, boleh berjalan kali ke hotel, jaraknya dalam 10 minit.

Semoga perjalanan pergi dan balik kali ini berjalan sempurna. Harapnya tiada apa yang berlaku. Doakanlah saya. Dan sepanjang bermesyuarat sehingga 21 Mac ini, saya tinggalkan anda semua dengan n3 autopublish ya... InsyaAllah bertemu nanti .

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
 ~ Wassalam ~

Monday, February 18, 2013

Cuti Berblog Seketika

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pada ketika n3 ni dikeluarkan, cheq sue sedang dalam perjalanan menuju ke Hotel Summit, Subang Jaya untuk menghadiri mesyuarat. Aduhh, bercinta! Sungguh... Kalau zaman muda-mudi dulu memang seronok sangat nak menghala ke KL, tapi sekarang ni memang tak hengen langsung. Kalau boleh, kalau tak ada apa kerja penting tak hendaknya cheq sue nak ke sana.

Oleh sebab itu, CTS akan berehatlah seketika, sehingga hari Khamis atau Jumaat. Yelah, tengah bermesyuarat tak nak la online, henpon cap ayam pun memang tak ada wifi, jadi cheq sue akan pendamkan segala kerinduan nak berceloteh sehingga kita dipertemukan semula. Ewaaahhh...

 The Summit Hotel, Subang Jaya

Jadi, segala n3 yang bakal dipublish adalah ditetapkan secara outopublish, memang tak dapatlah nak berBW dan membalas komen, kalau ada. Harap kawan2 dapatlah memahami dan semoga kita akan berjumpa lagi.

~ Wassalam ~