Showing posts with label Murtabak / Roti Canai. Show all posts
Showing posts with label Murtabak / Roti Canai. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Murtabak Ayam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang penggemar murtabak, tak kiralah inti ayam atau daging. Kalau balik kampung atau bulan puasa murtabak memang menjadi pilihan saya. Kalau di CH ni memang payah sangat nak dapat murtabak. Kalau ada pun musim bulan puasa, itupun tidak memenuhi piawaian saya yang telah lama menikmati murtabak Kelantan.

Ternampak di blog Kak Maz, saya turut teringin mencuba. Mana tahu kalau kejadiannya boleh mengubat rindu kempunan nak makan murtabak. Projek ni berjalan hujung tahun lepas, biasalah n3 tertinggal nim....




Monday, September 8, 2014

Siti Murtabak Raja

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Walaupun saya ni katanya Mek Kelate, tapi saya tak pulak mengetahui asal usul kewujudan murtabak raja ni. Cumanya pada bulan puasa lalu saya sempat kirim pada kawan yang balik ke Kota Bharu. Saje je nak rasa, selalu dok dengar aje. Pertama kali makan di Pasir Puteh dulu memang tak puas. Ni kali yang kedua dihadiahkan oleh kawan sekolah atas sebab2 tertentu...


Inilah kotaknya Siti Murtabak Raja. Kalau keluaran lain mungkin kotaknya lain. Ianya didatangkan dalam dua jenis iaitu perisa ayam dan daging. Yang ayam ni kalau saiz besar RM13, kalau yang daging tu tak pasti pulak. Jangan kisahkan harganya tu... sebiji saiz ni boleh makan dua kali.


Dibungkus kemas dengan plastik diluar dan di dalam untuk simpanan lebih lama di dalam peti sejuk.


Bila nak makan, panaskan sahaja di atas kuali leper ataupun masukkan dalam oven. Nampak tak tebal lapisan murtabak serta kandungan isi di dalamnya. Perghhh... memang puas hati sengoti dapat makan ni.


Kuah ni memang superb. Kalaupun masih berbungkus elok di dalam plastik, namun baunya memang menggoda. Tak tahulah apa kandungannya. Kalau dibandingkan dengan kuah murtabak biasa tu yang ni tak masam sangat. Agak manis2 sikit rasanya. Bila digandingkan dengan murtabak yang penuh isi tu memang kenalah ibarat irama dan lagu.

Murtabak ni saya kira mungkin dah ada dijual dibandar2 besar. Kalau nak tanya saya di mana nak dapatkan murtabak ni saya memang tak tahu. Kalau nak riki bolehlah ushar no phone kat kotak tu.

Wednesday, February 13, 2013

Murtabak Raja


Sehari dua ni asyik hujan aje kat kampung, dah jadi macam musim bah pulak, sesetengah tempat ada air atas jalan, nak ke mana-mana pun tak selesa. Dok makan tidur aje. Apapun, hujan rahmat, rezeki Allah pada semua makhlukNya. Bila hujan cuaca pun tak la panas, kalau tak rasa nak balik CH je. Boleh gitu?
 
Kali ni nak bercerita tentang murtabak raja. Sejujurnya, dah hampir 33 tahun di muka bumi ni, baru bulan lepas (Januari) Cheq sue dapat merasa murtabak raja. Sebelum ni memang sering dengar tentang kehebatannya, tersohor serata alam. Alangkah malunya kan, nama aje orang Kelantan tapi tak boleh cerita tentang juadah hebat ini. Tetapi suka dinyatakan bahawa n3 ini adalah berkaitan pendapat sendiri sahaja, dan saya kira kita semua mempunyai pandangan yang tidak sama.
 
 
 
Saya tak tahulah nak kata macam mana. Agaknya yang menyebabkan murtabak ini istimewa adalah kerana isi / fillingnya yang banyak. Memang banyak sungguh, kalau makan tak hengat ada jugak rasa muak. Yang di dalam gambar ni adalah murtabak ayam, lupa pula nak tanya berapa harganya. Cheq sue kirimkan kepada makcik yang berkenduri di Perak hari tu. Jangan tanya, cheq sue tak tahu di mana ada jual. Serius! Agaknya belah-belah KB banyak la kot. Sebiji murtabak ni berat jugak, mahu dekat sekilo gamaknya. Cheq sue cuma panaskan dalam non-stick. Yang satu lagi cheq sue panaskan di dalam oven tetapi ambil masa lebih lama untuk garing. Bila guna non-stick tu nampak banyk sangat minyaknya... 
 
Kiranya daripada apa yang dimakan tu, memang berbaloi la dengan harganya. Tetapi sejujurnya cheq sue lebih suka murtabak yang biasa, agaknya sebab dah selalu makan yang itu. Tetapi iyalah, selera masing-masing, tentu tak sama.
 

Ok, tang kuahnya pulak.... Orang kata selain inti / isinya, apalah murtabak tanpa kuah yang sedap. Cheq sue tak pasti kuahnya ni campuran apa. Kalau nak dibandingkan dengan murtabak biasa, kuah ni lagi sedap, warnanya pulak agak pucat. Kalau yang pertama kali cheq sue makan tu langsung tak ada warna. Cuma macam pelik jugak bila tengok dalam kuah tu ada hirisan cili, selalu kan bawang aje... :)


Demikianlah sedikit perkongsian tentang murtabak raja ni. Kalau ada kesempatan, nak cuba lagi. Kawan2 pun kalau ada peluang jangan lupa cuba tau. InsyaAllah tak rugi punya.. Wassalam

Stylish Thankyou