Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, January 24, 2015

8 Cara Bagaimana Untuk Bertenang-tenang Selalu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

1. Mulakan dengan niat.
Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.

Monday, April 30, 2012

Allah Maha Adil ~ Jadikanlah Pengajaran


 
Wahhh, lamanya tak berblog. Ada ke yang tertanya-tanya ke mana hilangnya cheq sue selama ini? Haish, memang sibuk bebenar kalau dah 5 6 hari takde n3 baru. Bukan apapun, balik aje dari berkursus, sambung pulak ke perkhemahan Pengakap sekolah sebagai AJK Makanan. Tu yang x menyempat nak keluar n3. Terima kasih juga pada pengunjung yang sudi bertandang....

Sebagai permulaan, cheq sue nak kongsikan satu cerita semasa berkursus baru-baru ini. Pada sesiapa yang baca tu jadikanlah pengajaran dan panduan. Ini adalah sebuah kisah benar yang berlaku di Negeri Terengganu.

Di dalam sebuah sekolah tu, ada sepasang suami isteri. Mereka berdua ni memang agak susah kalau nak keluar dari sekolah contohnya macam bawak budak berkursus ke, berkhemah ke...memang ada saja alasan yang diberi terutamanya alasan berkaitan dengan anak-anak atau dengan bahasa mudahnya "payah anak" (mungkin dari segi nak tinggalkan pengasuh dsb). Nak dijadikan cerita, ada satu masa tu mereka sekeluarga (suami isteri + 4 orang anak) pergi ke satu kawasan perkelahan. Dengan kuasa Allah, ke empat-empat anak mereka telah lemas dan meninggal dunia.

Bila difikirkan semula, Allah telah memakbulkan doa ibu bapa mereka yang sebelum ini selalu memberikan alasan "payah anak" jika ada keperluan di tempat kerja. Jadi Allah telah mengambil kesemua anak-anak daripada mereka.

Berderau bulu roma bila mendengar cerita ini. Walaupun cheq sue ni masih belum ada anak tetapi kadang2 terlepas cakap juga. Jadi untuk kawan-kawan sekalian, ambillah kisah ini sebagai teladan. Moga2 memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam...

Sunday, December 18, 2011

Kata Ibnu Abbas...

 
HIDUPLAH SESUKA HATIMU, SESUNGGUHNYA KAMU PASTI AKAN MATI. 
CINTAILAH SIAPA SAJA YANG KAMU SAYANGI, SESUNGGUHNYA KAMU AKAN BERPISAH DENGANNYA.
LAKUKAN APA SAJA YANG KAMU KEHENDAKI, SESUNGGUHNYA KAMU PASTI BEROLEH BALASANNYA.
DAN INGATLAH BAHAWA BERSAMA KESULITAN ITU SENTIASA AKAN TIMBUL KESENANGAN...

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Ya Ramadhan & Cerita Kematian

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah petang tadi sudah selamat sampai balik ke Pasir Puteh. Bila bukak blog ni...ternampak beberapa kawan tengah sibuk menggantung kad Salam Ramadhan dari NOORSHA yang sedang bercuti dan menyambut 1 Ramadhan di kampungnya di Kluang. So cheq sue pun tak mo ketinggalan dan nak menghiasnya jugak di dapur cheq sue nih... tq ye Noorsha dan selamat menyambut bulan puasa kepada Noorsha, sahabat2 &  keluarga semuanya..... Semoga kadatangan Ramadhan  kali ini akan memberi seribu makna, barakah & ketenangan kepada kita semua...

Dalam perjalanan balik tadi...ternampak satu kemalangan antara kereta dan motosikal... kata ayah, pemandu motosikal tu rasanya meninggal... motor yang dinaiki pakcik tu hancur...kusyennya tercabut... dia terlentang dengan darah berlumuran. kereta (GEN2) pulak remuk di bahagian depan dan retak cerminnya. MasyaAllah... kesian sungguh rasanya.. tak tahu la kan salah siapa...

Dalam perjalanan tadi juga, dapat sms yang memberitahu Mohd Ashraff Hafiz (yang kalah dalam permohonan menukar status jantina) telah pulang ke rahmatullah akibat sakit jantung dan kemurungan berlebihan (wallahu'alam). Serius, cheq sue tak tahu pun sebab tak tengok berita @ paper. Bila dah bukak blog ni bari ternampak di blog KAK JEE... Innalillah...walau apa pun situasi yang menimpanya kita tidak berhak menghakimi apa yang telah berlaku... Al-Fatihah

Dan yang paling menyedihkan, sehingga menuntun air mata setelah singgah di blog ZACK ZACHOES yang baru keluar dari wad bersalin. Innalillah kerana dia telah kehilangan anaknya semasa dalam kandungan, di saat2 akhir kehamilannya. Cheq sue terkejut sangat...dan agak terkesan dengan ceritanya. Walaupun tak pernah bersua muka dengannya...hanya bersapa-sapa di blog dan di MyR...cheq sue rasa dah sangat akrab dengan Zack ni. Harapnya dia tabah menempuh segala dugaan ke atasnya.. sesungguhnya apa yang telah berlaku ada hikmahnya

Sesungguhnya kita tidak pernah mampu menjangka percaturan Ilahi yang telah mensuratkan segala kehidupan kita. Ajal maut, hidup mati, jodoh pertemuan semua di dalam kuasaNya... semoga kita semua beroleh ketenangan dan dilimpahi rahmatNya sentiasa....

Tuesday, July 5, 2011

Doa Penenang Hati ~ Hilangkan Resahku


Ya Allah Ya Tuhanku...
Sesungguhnya aku mengharapkan rahmatMU


Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan dan di tempat ketakutan dgn keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..

Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus.. dan palingkanlah org2 
yg menyimpang dari jalan MUkpd hidayah MU


Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,dan tolaklah tipu daya syaitan dgn 
tentera bantuan-MU dlm keadaan terhina...

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku, sembuhkanlah kesakitanku.. 
dan halaulah keresahan dari jiwaku...

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…

Aminn...

Wednesday, June 1, 2011

5 sebelum 5

Alhamdulillah...menginjak ke bulan Jun sudah. jadi n3 pertama ini eloklah kita menyucikan diri dengan perkara-perkara ilmiah sedikit. semalam cheq sue sekeluarga pergi ke KULIAH MAGHRIB PERDANA di MASJID IBRAHIMI, PASIR PUTEH. ceramah ni telah pun disampaikan oleh Ustaz Azhar Idris, ustaz youtube yang femes tu dari Terengganu.



 Tajuk perkongsian adalah 5  SEBELUM 5

1.      MUDA SEBELUM TUA
  • muda : gagah dalam semua perkara urusan dunia, terutama untuk melakukan tuntutan agama
  • ramai di kalangan manusia adalah disifatkan sebagai BINATANG kerana lalai dalam melaksanakan perintah Allah
  • istilah muda adalah dalam umur 40 tahun ke bawah, tetapi dalam satu mazhab, muda adalah 20 tahun ke bawah
  • bayangkanlah perbezaan umur yang dikatakan. dan bayangkanlah apa amalan yang telah dilakukan sepanjang umur kita hari ini
  • ramai yang menunggu umur pencen untuk beribadat, sedangkan berapa banyak masakah yang kita ada untuk beramal ibadat
  • fikir-fikirkanlah

2.      SIHAT SEBELUM SAKIT
  • seseorang hanya akan merasa nikmat sihat semasa ia sakit
  • sesiapa yang menjaga perihat agamanya semasa dia sihat, Allah akan menjaga agamanya semasa dia sakit. contoh aurat
  • dalam ke empat-empat mazhab (Hanafi, Syafie, Maliki dan Hambali) sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja mesti dihukum BUNUH
  • bagi kebanyakan manusia, dunia sekarang lebih BESAR dan dilebihkan kerana lebih mementingkan urusan duniawi tanpa memikirkan bekalan hidup mati
  • kita??

3.      KAYA SEBELUM MISKIN
  • kaya : ada kesenangan dan tidak berhajat kepada sesuatu yang lain
  • miskin : orang yang paling miskin di dunia adalah sehingga tidak mampu berpakaian (telanjang)
  • kalaupun seseorang itu kaya dengan harta yang melimpah ruah, tetapi dikatakan miskin sekiranya tiada anak
  • orang yang paling kaya adalah orang yang mempunyai anak yang ramai kerana anak adalah harta yang paling berharga dikurniakan Allah
  • nikmat yang paling lazat di dunia adalah PERKAHWINAN (SAKINAH, MAWADDAH, WA RAHMAH) 
  • setiap insan yang menempuh alam perkahwinan dinasihatkan supaya mempunyai anak-anak yang ramai kerana doa setiap anak-anak akan dimakbulkan. TETAPI setiap yang menjaga perlu bertanggungjawab ke atas jagaannya.
  • maksudnya : ibu bapa menanggung dosa anak-anak sekiranya anak-anak itu melakukan sesuatu dosa (yang belum berkeluarga)
  • Ooooooooooooooo..... aku?

4.      LAPANG SEBELUM SIBUK
  • banyak orang yang selalu melebihkan masa untuk urusan dunia, sehingga melupakan kepentingan agama
  • ada orang sanggup berjaga dan bangun malam untuk menonton bola tetapi berapa yang boleh berjaga untuk membuat qiamullail
  • sebenarnya boleh mencuri masa semasa sibuk dengan membaza zikir / selawat

5.      HIDUP SEBELUM MATI
  • apabila sudah mati, terputuslah segala hubungan dengan isi dunia dan akan terus diadili sejurus sahaja disemadikan
  • bila sudah berumur (tua), masa akan menjadi lebih cepat perjalanannya sehingga tidak terasa saat berganti minit, hari, bulan dan tahun
  • petanda dunia di akhir zaman, masa bergerak dengan cepat sebagai tanda sudah hampir dengan kematian (kubur)
  • sekiranya ada kematian ibu/bapa, anak-anaklah yang WAJIB mengimamkan solat jenazah tersebut
  • disarankan supaya van jenazah mengeluarkan bunyi yang tertentu sepeti ambulan supaya member lebih keinsafan pada yang mendengar

*Jadi, sama-samalah kita merenung di mana tahap kita hari ini. Dengan sedikit info ini diharap kita semua mendapat manfaat