Showing posts with label Deco Kek. Show all posts
Showing posts with label Deco Kek. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

Ombre Rainbow Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kek ombre yang tak berapa nak ombre. Ha ha ha... Masa oven rosak, memang patah sebelah tangan bila aktiviti membaking tak dapat dibuat. Biasa seminggu sekali guna oven (paling tidak) ini saya hanya mampu memandangnya sahaja. Dek kerana nak menghabiskan stok WC sebelum balik baru ni, saya gagahlah jugak buat kek pelangi / rainbow tetapi secara kukus. Mmmmm kita yang buat dia kan!

Sebelum ni dah pernah buat rainbow cake tetapi hanya menggunakan putih telur. Kali ni saya buat menggunakan keseluruhan telur, malas pulak nak asing-asing, kang kena fikir nak buat apa lagi dengan telur yang lebih tu.


Serius! Walaupun kek ni dibuat secara kukus, teksturnya sangatlah lembut dan gebu. Tak kering macam versi bakar. Saya pun terkejut jugak dengan hasilnya. Semangat punya pasal, sampai 4 kali saya mengukus. Sejujurnya saya lebih sukakan rasa versi kukus ni jika dibandingkan dengan yang terdahulu. Cuma itulah, kalau dilihat pada potongan dalaman kek, memang tak jelas ombrenya. Rugi pulak bila tak sukat dulu pewarna. Semua main agak-agak sahaja. Untuk yang bawah tu saya campur sedikit dengan pewarna serbuk. Untuk cubaan pertama...kira ok la ye dak?

Saya bawa balik kek ni ke kampung. Agak risau jugak kalau WCnya cair. Jadi saya masukkan dalam cold bag dan Alhamdulillah bentuknya terjaga sehinggalah sampai di rumah. Kebetulan pulak masa balik tu anak-anak buah KL pun ada. Kebetulan jugak Ayuni menyambut hari jadinya yang ke 11, jadi kira kek besday dialah.... Canteeek!

Untuk deco, saya buat ringkas saja. Hanya jalakan filling blueberry di atasnya. Di dalamnya juga saya lapiskan sedikit dengan filling tersebut. Memang sedap.

To Rahel, tq kerana kongsikan resepi yang owesome ni... Saya copy di bawah untuk rujukan akan datang,


RAINBOW CAKE/KEK PELANGI
Sumber : Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria & Rahel

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}saya guna tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila
pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
Griskan acuan bulat 6. Lapiskan dengan kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila.Gaul hingga rata.
Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C. saya kukus
Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.
 

... SELAMAT HARI KRISMAS ...

Friday, November 8, 2013

Kek Span Coklat Oreo & Marshmallow

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kek yang saya buat untuk makan-makan dengan bebudak 5 MPV baru-baru ini. Kek biasa2 aje pun, dah selalu buat serupa dan sepesen ini sebelum ni. Kek yang mudah dan sedap. Alhamdulillah, habis sebiji dekat 1.2 kg dikerjakan budak2 tu. Sebanyak dua adunan dibuat untuk kek ni. Ceritanya dan gambar ada saya kongsikan di sini.


Untuk kek ini, saya mencampurkan  filling oreonya dengan marshmallow. Jadi up sikit rasanya menjadi kenyal2 gittew. Saya makan pun rasa sedap, bebudak pun kata sedap. Tak tahulah kalau diorang saje menipu sebab nak ambik hati saya. Makan apa pun kalau pree memang sedap sangat, setuju tak kawan-kawan? Keratan rentas di dalamnya tak sempat pulak saya nak ambil...

 

Buat yang nak mencuba kek span coklat ni, saya letakkan semula di bawah ya. Cubalah kerana ianya sangat senang dan hasilnya pasti memuaskan.

KEK BLACK FOREST

Resepi : Sharm1969@MyR



Bahan-bahan ( Saiz 9" )
120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
20 gm serbuk koko
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)
1 sk esen vanila
20 ml minyak jagung (saya cairkan mentega)

Untuk krimnya saya campurkan sedikit serbuk koko ke dalam whip cream yang telah mengental. Fillingnya pula saya hancurkan oreo bersama krimnya sekali dan 10 biji 
marshmallow dadu.

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
Perlahankan putaran, masukkan minyak.
Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit. Saya guna suhu 160'C
Sejukan kek, potong 3 lapisan. Hiaslah mengikut citarasa kita.

Thursday, November 7, 2013

Order : Aqil Harith & Aqil Hasif

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tempahan dari ketua unit peperiksaan, Encik Yusof untuk anak lelakinya yang sentiasa meminta kek sempena hari jadi mereka yang saling berdekatan. Jadi saya buat ke yang simple2 aje, deco pun biasa je.


Kek span vanilla dengan filling peach. Di atasnya saya sapukan filling blueberry.


Tak perasan rupanya silap tulis birthday. Haish, malu ah gini!


Moga-moga mereka sekeluarga berpuas hati lah dengan kek ni, tak menyempat nak tanyak. Semoga Aqil dan Hasif dapat menjadi anak soleh yang akan membahagiakan keluarga sentiasa. Cheq Sue sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian.

Friday, November 1, 2013

Peach Blueberry Short Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seperti yang saya dah nyatakan sebelum ini, saya tak berapa suka makan kek, tetapi ada masa-masanya saya merasa nak makan. Seperti baru-baru ini, macam terasa-rasa je sedapnya kek yang ada blueberry, jadi bersempena dengan ulangtahun CTS yang ketiga, saya pun buatlah sebiji kek dalam 0.5 kg berat untuk makan-makan dan dikongsikan dengan Mok Ja.


Untuk kek ni, saya menggunakan resepi yang dah pernah saya kongsikan sebelum ini, iaitu olahan daripada strawberry shortcake. Pada saya, resepi itu sangat mudah dan menjadi. Kebetulan saya ada membeli blueberry paste, maka saya gantikan strawberry dengan blueberry untuk menjadikannya kek yang berperisa lain pula. Untuk hasil sebelum ni boleh tengok kat sini.

Di dalamnya pula saya letakkan peach dan filling blueberry selain daripada limpahan filling di atasnya. Tengok sajalah di dalam gambar tu, memang saya tak jimat denga blueberry, main taruk aje. Tetapi bila dah siap, bila dah rasa, saya mendapati kek yang terhasil terlalu ringan sampai tak rasa keknya. Mungkin kerana saya memukulnya agak lama kerana semasa membuat kek itu, sambil saya memasak di dapur dan sambil menjemur kain. Tetapi kata Mok Ja, kek begitulah yang dia suka. Hish nak buat macam mana, citarasa orang tu tak sama.

Jadi saya copy semula resepinya untuk rujukan akan datang. Errr, harini dah mula bercuti lima hari sempena Deepavali dan Awal Muharam. See ya!


RESEPI BLUEBERRY SHORTCAKE
by : hanamemories.blogspot.com
Sumber : Kak Ida, Jepun
Olahan : Cheq Sue

Bahan-bahan (loyang 18cm)
3 biji telur (size M)
90g gula
80g tepung gandum - ayak
30g minyak jagung
1 sk blueberry paste


Cream/Filling
400ml whipping cream (non diary whipping cream) @ fresh cream
30g gula ( atau secukup rasa k )
1 tin peach - potong dadu saiz kecil

Cara-cara
Panaskan oven suhu 170.
Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu...ida pukul 5 minit
Masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga sebati. Last sekali masukkan butter cair. Gaul sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan spraykan (guna air biasa) bahagian atas kek supaya apabila masak permukaan kek kelihatan cantik dan tak kering. Bakar selama 30min ( kalau buat double, kena lebihkan masa bakar....lebih kurang 45 minit ). Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.

Untuk membuat filling
Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. ketepikan. *jika guna non diary whipping cream rasanya tak perlu tmbh gula sbb dah ada gula.rujuk link di atas.
Bila kek dah sejuk, belah tengah kepada dua/tiga bahagian. Kemudian sapukan cream. Taburkan peach dan jalurkan blueberry filling. Letak lagi cream menutupi peach. Tutupkan lagi dgn kek. dan ulang langkah tadi.
Sapu keliling kek dengan cream. dan hiaskan ikut suka.
Sejukkan baru potong.

Thursday, September 5, 2013

Kek Span Pandan Berbadam & Kelapa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dua hari blog tak berupdate, entah apalah yang disibukkan tuan tanah kedaung. Sejak kebelakangan ni memang agak sibuk sikit. Dengan line internet yang dok over limit memanjang, payah jugak nak online. Nak update ikut telefon tak puas hati la pulak tengok skrin cinonet aje...

Jadi saya kongsikan jugaklah kek yang dibuat untuk majlis hari raya kuarters baru-baru ni. Tak tahu nak buat kek apa jadi saya cuba gabungkan badam dengan kelapa untuk menyaluti kek span pandan. Di dalamnya saya gaulkan serbuk badam bersama whip cream dan di sapu dengan jem raspberri. Kemuadia ditabur sedikit kelapa kering. Rasanya boleh tahan jugak, baunya mengancam. Sedap dimakan sejuk-sejuk.


Kononnya nak tulis jawi, tapi silap eja la pulak. Hi hi hi... nak kena study lebih lagi lepas ni. T_T


Di tepinya saya salut dengan kepingan badam bakar dan ditabur dengan kelapa kering.

Errr...cukup la dulu ya, tak ada idea nak bebel apa....

Sunday, June 23, 2013

Order : Kek Pelangi Hafiz

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Order segera dari kawan sekerja untuk sambutan ulangtahun anaknya. Bagitahu petang, malam buat dan deco, besoknya makan.  Alhamdulillah bebudak suka. Dengan rasa dan deco..


Mula2 katanya nak ke Upin dan Ipin tapi tak dapatlah saya nak buat sebab nak kena belajar dulu. Kalau kata ada banyak masa, boleh la saya uli dengan fondant. Pikir2 saya buatlah kek ala2 ceria sikit, untuk kanak2 4 tahun. Jadi ada pelangi dan matahari kononnya.


Kek span coklat dengan filling peach dan FC. TQ kerana sudi order.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sunday, June 2, 2013

Order : RVC Hari Guru

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Petang di kampung. Panasnya boleh tahan. Rasa nak duduk je dalam sungai atau kolam. Hiiiiii... Jom tengok cerita tempahan yang dah dibuat sebelum cuti sekolah dulu.Tempahan rakan sekolah untuk sambutan hari guru sekolah anaknya. Tempahan segera pun ada. Bagitahu petang untuk pagi esoknya. Lepas je LADAP saya terus balik dan memulakan projek RVC.


RVC dengan peach mousse dan peach filling. Saya tak guna CC, hanya aising WC + mousse tu sahaja. Pertama kali buat RVC dua adunan, tak dapat nak bajet lagi. Dapat kek seberat 2.9 kg. Tak dapat nak hias lebih sebab tak muat kotak nak tutup. Next time boleh ejas dah adunan untuk 2 kg ++.


Deco pun sangat 'biasa-biasa'. Coating un tak rata. Bab tulisan masih gagal lagi. Agak banyak jugak yang nak ditulis, tu yang sesak napas jugak saya nak membuatnya. Feedback daripada rakan yang menempah tu, katanya sedap, puas makan, kaya dengan rasa buah. Errrr...terima kasih banyak-banyak. Puas hati la kiranya tu :)

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Saturday, May 18, 2013

Order : Program Sekolah Penyayang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tempahan unit kaunseling sekolah untuk program PrOD (Mei) 2013 bagi meraikan sambutan ulangtahun pelajar yang jatuhnya pada bulan Mei. Kisah lanjut boleh di baca di sini.
 

Kek span pandan dengan filling jem epal dan peach. 1st time buat span pandan weh, nasib baik menjadi. Kek seberat 2 kg dengan simple deco. Bunga ala tulip dengan menggunakan fondat segera. Sekali tengok macam RVC. Aising tu saya warnakan dengan light yellow.


Tak sempat nak rasa sebab puasa. Namun kata Kak Lia sedap keknya. BTW terima kasih kerana sudi menempah.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, May 13, 2013

Order : Pra Sekolah SK Brinchang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah... tempahan ni walaupun tak sekencang tahun lepas, boleh la jugak buat belanja nak ke luar negara cuti sekolah ni. Luar negara? Macam jauh je nak pi...propa aje lebih. Rezeki katakan, yang saya mampu buat, saya buat, yang saya terima, kalau tak saya diam2 aje.

Dua kek ni ditempah oleh pra sekolah SK Brinchang [Cikgu Nurul]. Saya on aje walaupun sehari tu dah berjimba2 ke Ipoh, sampai lupa nak kena siapkan kek ni. Bila balik je sambil mendeko sambil melayan mata mengantuk.


Kek span strawberry dan coklat oreo. Simple deco saja, maklumlah bahan2 deco pun tak banyak. Konon nak buat kek dalam taman, tapi dah jadi taman yang dilanda garuda pulak. Tak menyempat nak cari ilham kat internet, tu yang main hentam aje.


Masih kemaruk bermain dengan fondant segera tu...macam budak dapat plastesin.


Terima kasih buat Nurul yang sudi menempah dan harapnya semoga berpuas hati.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Wednesday, April 17, 2013

Order : Kak Rini

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Buat pertama kali, tempahan saya dibawa jauh dari Pahang, yang ini menuju ke Kelantan. Bukan apa sebenarnya, ditempah oleh Kak Rini yang kebetulan nak balik ke Tanah Merah. Kena pulak dengan hari jadi anak ke 3 beliau Nur Hawa, maka kek ini di bawa untuk makan2 di kampung. Takut jugak kek tu cair ke hapa. Jadi sebagai persediaan saya balut kotak tu dengan plastik dan masuk ke dalam beg tahan sejuk.


Kekonon nak buat tema taman, tapi macam dah lari aje dari tajuk.  Tak mengapalah, nampak cantik jugak. Nak buat camana, orang keras tangan gini lah..


Untuk kek ni saya gunakan choc shortcake dan peach filling. Mintak2 mereka berpuas hatilah. Terima kasih kerana sudi menempah...

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sunday, April 14, 2013

Order : Kek 'Pintess' Aqilah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Happy birthday Aqilah!!! Order dari ustazah sekolah untuk anaknya yang ingin kek princess, tapi oleh sebab cakap pun masih belum fasih , princess dah jadi pintess... He he he, masih kanak2 lagi, dalam 4 tahun umurnya. Jadi inilah yang dapat saya hasilkan untuk Cik Lah, macam dalam masterchef tu pulak kan... siapa kata wanita cantik tak pandai masak...........


Walaupun yang direquest adalah kek princess, tapi saya sengaja membuatnya ala-ala muslimah gitu. Sebab dah lama tak dapat tempahan kan, dan instant fondant pun ada, maka saya saje lah menguji kesabaran bermain dengan fondant tu. Dan sesungguhnya ia memang mencabar. Berair mulut beb..


Gambaran keseluruhan kek. Oleh sebab menggunakan doll yang kecil, saiz skirt kek pun tak la besar sangat. Semua kek ni adalah menggunakan chiffon coklat dan peach filling. Terima kasih kerana sudi menempah dan semoga berpuas hati....

Update : Selamat sampat ++ 3.30 petang. Alhamdulillah!

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Wednesday, March 20, 2013

Chocolate Banana Mousse Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salah satu kek di dalam list untuk dicuba. Kebetulan ada pisang kapas, maka terjadilah kek idalam ni. Sebenarnya bukan rasa nak makan pun, tapi rasa nak cuba buat, gian agaknya dah lama tak membaking dan mendeco. Baru2 ni pulak Kak Ita ada menayangkan banana mousse choc cake, jadi terus membangkitkan semangat saya untuk mencubanya.



Untuk kek ini, pada saya penggunaan pisang kapas agak kurang sesuai kerana bau dan rasanya yang agak kuat. Guna jugaklah sebab pisang itu aje yang ada. Lepas tu jumlah mousse yang terhasil jugak agak banyak bagi kek coklat yang digunakan. Kalau tengok dalam slice kat bawah ni memang agak mewah la dengan mousse. Saya apatah lagi, dah ada banyak saya letak je semuanya. Bukan ape, malas nak buat benda lain untuk habiskan balace mousse tu.

Walau bagaimana pun, mousse dengan resepi ni pada saya agak 'kurang' berbanding mousse yang selalu dibuat. Mungkin jugak disebabkan ada rasa gelatin yang kurang hancur di dalamnya. Baru2 ni juga Kak Ita ada berkongsi cara2 nak cairkan gelatin, tapi nak buat camana kek ni dah dibuat lebih awal, kalau tak mesti hasilnya lagi memuaskan. (Alasan???)

Untuk ganachenya pula, saya belum lagi mendapat cara dan hasil yang terbaik di kala membuatnya. Memang agak kecewa, namun belum letih mencuba. InsyaAllah lepas ni akan di cuba lagi. Untuk kek ini juga, memang comot sangat salutan ganchenya. Tak rata pulak tu. Ganache yang terhasil ni jugak ada rasa macam jem coklat gitu. Sedap tapi agak manis pada saya.


Walau apapun, saya berpuas hati kerana dapat mencuba. Sekurang-kurangnya dah tahu di mana kelemahan dan kekurangan. Selepas ni kalau ada masa kita buat semula. Jadi saya copy semula resepinya di sini buat panduan akan datang.


CHOCOLATE BANANA MOUSSE CAKE

Chocolate Sponge cake:
250 gm tepung (sponge mix)
300 gm telur
60 gm air
1 sudu besar coklat emulco
60 gm mentega cair
170 gm gula cator
saya menggunakan resepi kek coklat ini

Chocolate mousse:
250 gm Whip Cream
1 tsp. Vanilla essence
1 sb serbuk Gelatine - campur dgn 4 Tbsp.dan masukkan dalam microwave selama 20 min
50 gm serbuk koko+80 gm gula icing
1 1/2 sb Nescafe+1 1/2 sb air panas

Chocolate Ganache
35 gm serbuk koko
50 gm gula
150 gm whipping cream
80 gm chocolate dicincang
30 gm mentega
3 biji pisang montel-dibelah dua

Cara-cara
Cara buat sponge cake:masukkan kesemua bahan kecuali mentega cair dan pukul dgn kelajuan tinggi sehingga gebu.Akhir sekali masukkan mentega cair,kacau dgn spatula dan bakar selama 25-30 min dlm oven 180c.Keluarkan dan sejukkan
Cara buat mousse: pukui whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse.
Cara buat Ganache coating: Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil.Masak sehingga ganache pekat.Sejukkan sebelum dituang keatas cake.
Potong kek kepada 2 bahagian.Sapukan 1/3 dari mousse keatas satu lapisan kek.Letakkan pisang yg dibelah tadi.Kemuadian lapiskan dgn satu lagi lapisan kek.Sapukan baki mousse tadi kesemua bahagian kek dan sejukkan sehingga mousse keras.
Bila mousse dah keras,tuang coklat ganache tadi dan biar dia mengalir secara semulajadi.Hiaskan sesuka hati.

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
 ~Wassalam ~