Showing posts with label Belut. Show all posts
Showing posts with label Belut. Show all posts

Thursday, April 9, 2015

Belut Tumis Halia





Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Ini resepi belut yang kedua. Belen dari belut paprik. Maklumlah beli sekilo, memang banyak dapatnya. Tukang yang makan pulak memang kurang. Belut yang saya bawak tu dah siap digoreng, kira ni macam perangat semula dan tambah bahan2 lain untuk upkan rasanya.


Saya masak ni ala2 simple je. Sebab tak nak yang berkuah, kalau boleh biarlah kering2 sikit baru sedap nak makan. Guna bahan lebih pada campak-campak, mungkin setiap orang ada cara yang lain.

Tuesday, March 31, 2015

Belut Masak Paprik

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Anda2 semua makan belut tak?

Saya makan, mula makan baru aje. Masa tu masak paprik, dekat kedai. Harga boleh tahan. Kalau belut masak sup... atau gulai ke saya tak pernah try lagi. Setakat ni kalau makan pun hanya yang kering2 dan bergoreng sahaja.

Balik kampung awal tahun dulu saya cuba masak sendiri belut ni. Beli dekat Pasar Pasir Puteh harganya RM18 sekilo. Dah lama cadang nak beli tapi asyik nampak belut saiz kecil, bila nampak saiz agak besar saya on ajelah. Dalam masa yang sama terfikir jugak boleh ke masak sendiri nih. Tapi sebab belut tu dah siap siang, dah potong2 maka kurang la sikit tahap 'kecelaruan minda' tu... Balik rumah tinggal bersihkan saja dengan asam limau nipis.