Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Monday, August 6, 2018

Telur Rebus (NOXXA)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila rumah saya sendiri dah siap, saya angkut semua barang yang agak agak tak berapa digunakan bawa balik untuk disim]pan di kampung. Macam periuk NOXXA ni saya guna masa raya dan tak bawa balik terus. Guna pun kekadang ni, yang pasti di musim raya haji ni memang nak guna semula la.

Rebus telur ni alkisahnya nak buat makan nasi lemak di surau. Kebetulan saya balik, dan masa tu dah agak petang jadi saya offer untuk rebus telurnya dulu di rumah. Sebelum ni tak pernah pun rebus telur guna NOXXA dah kebetulan nak buat ni saya Google aje.


Memang mudah dan cepat. Itulah kesimpulan yang saya boleh katakan bila menggunakan NOXXA untuk merebus telur. Hasilnya pun memuaskan, telur tak pecah beriya hanya retak seperti dalam gambar tu je.



Thursday, April 2, 2015

Gulai Kuning Telur Itik Dengan Belimbing Buluh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minta maaf ya semua... sekarang ni payahnya nak dapat 1 n3 sehari, sebab bila dah berkepit dengan mesin jahit, dah mula projek menjahit memang susah la nak tinggal. Ketagihnya lain macam sikit selagi benda yang dijahit tu tak siap.... memang ralat la nak jauh dari mesin tu... Tapi saya cuba lah ya... upkan yang ada dalam draf ni.



Monday, December 30, 2013

Resepi Telur Dadar Daun Ramunggai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan menu klasik my cek. Dia memang suka kalau telur didadar dengan daun (pucuk) ramunggai - bahasa Kelantannya 'mungga'. Ini lebih kurang sebagai penambah lemak dalam telurlah... tak rasa pahit pun kerana bahagian pucuk saja yang digunakan. Selain digoreng dengan telur seperti yang saya buat ni boleh juga kalau nak campurkan dalam masak lemak putih. Memang sedap. Contohnya macam lemak putih keledek atau pun kulat sisir.


Kalau tengok dalam gambar tu memang tak cantik langsung. Serupa jugak seperti telur dadar biasa cuma warnanya gelap sikit. Rasanya susah sikut nak describe... korang kena buat dulu baru boleh tahu...


Nisbah campuran telur dan daun. Agak2 la kang kalau banyak daun jadi cam kambing lak katanya... he he he...

Yang dibawah ni adalah daun ramunggai dalam keadaan asli. Nasib yang ni pokoknya rendah jadi bolehlah ambil dengan tangan. Saya ingat dulu arwah tok guna pucuk ni untuk ubat burung tekukur dengan menggumpalkannya. Pokok ni ada jugak berbuah dan sedap jika dibuat gulai atau kari. Saya tak pernah buat lagi tapi pernah tengok Kak Diana post di blognya.

Nanti korang cuba la ya... resepi ringkasnya ada saya tulis di bawah...


TELUR DADAR DAUN RAMUNGGAI
Resepi : Cheq Sue

3 biji telur + 3 ranting daun ramunggai (asingkan daun dengan ranting) + 1 biji bawang besar (mayang) + secubit garam

campur semua bahan, kacau hingga sebati
panaskan minyak dan goreng seperti telur dadar biasa

Friday, July 20, 2012

Telur Dadar Tomyam


 

Menu perkongsian. Memberi idea pada kawan-kawan. Masakan ni simple aje, mudah dan seimbang. Manu ni sebenarnya cheq sue sediakan untuk pertandingan memasak pada perkhemahan Pandu Puteri yang lalu dan hasilnya telah mendapat tempat ketiga. Kira-kira menu spontan tapi berjaya. -_-. Cheq sue sebenarnya tak berapa suka telur dadar, ada time2 yang rasa nak makan baru boleh buat. :)

Kemudian menu ni cheq sue buat sekali lagi untuk potluck di sekolah pada 17 Jun 2012 menggunakan 14 biji telur. Alhamdulillah habis licin semuanya. Berbanding telur dadar biasa, telur dadar tomyam ni lebih sedap kerana lebih rasa ditambah pula dengan sayu-sayur di dalamnya. Jadi di sini cheq sue letakkan resepinya untuk panduan. Kawan2 bolehlah mengubah suainya mengikut citarasa sendiri. Wassalam...




TELUR GORENG TOMYAM
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
2 biji telur
Lobak merah + bunga kobis - sagat / dadu / cincang halus
1 sudu kecil pes tomyam
Gula, garam
½ biji bawang besar - dadu
** cheq sue tambah cincangan capsicum 

Cara-cara : 
Bancuh telur dengan pes tomyam dan bawang besar + lobak merah + bunga kobis yang di dadu. Kacau hingga sebati. Perasakan dengan gula dan garam (rasa dulu, kalau dah masin tak perlu) 
Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Lebih elok guna nonstick pan 
Letak atas pinggan dan hidangkan

Stylish Thankyou

Thursday, July 19, 2012

Update : Telur Masin Perantau


 
 
 Ini adalah hasilnya telur masin yang dibuat pada 1 Julai 2012 yang lalu. N3nya di sini. Mari kita lihat bagaimana hasilnya. Rasanya2 bahagian putih tu agak masin dan bahagian kuningnya tu kurang masin. Sebabnya cheq sue guna telur ayam, yang mana kulitnya lebih nipis dari telur itik. Lepas tu masa peraman pulak dalam 16 hari gitu. Pagi 17 Julai baru cheq sue rebus 2 biji sebagai bekal ke sekolah. Sebelah aje pun yang dimakan selebihnya dikongsi dengan kengkawan. 
 
Dengan siapnya telur masin ni, dah ada stok untuk puasa nanti. Entah-entah sampai lepas puasa pu tak habes lagi telurnya. He he he... Lepas ni kalau rasa nak buat lagi telur masin insyaAllah nak try dengan telur itik pulak.





 
Keseluruhannya kalau dilihat telur masin tu takde yang rosak ataupun bertukar warna. Bau pun ok aje, xde yang busuk. Tq pada Ros yang sudi berkongsi. Kawan-kawan yang lain pun boleh la mencuba juga buat sendiri telur masin ni. Wassalam...

Stylish Thankyou

Tuesday, July 3, 2012

Telur Masin Perantau ~ Day 1


 
 
Sebelum perkhemahan hari tu, sempat jugak cheq sue jalan2 ke Jepun, ke blog Ros Jintan Manis yang masih tak dapat cheq sue nak follow. Terpandang dek mataku cara-cara nak membuat telur masin. Walaupun tak la penggemar telur masin tapi dek kerana nak cuba, cheq sue beli la 10 biji  'telur kampung' yang berkulit putih tapi tak pasti pulak telur tu telur ayam kampung ke ayam bandar. Nak beli telur itik macam mahal bebenor aje, kita baru nak cuba kan, kalau berjaya boleh buat dengan telur itik pulak.
 


Walaupun cheq sue ni merantau ke CH aje, kira ok la nak guna tajuk telur masin perantau tu ya. Walaupun boleh beli telur masin yang dibungkus dengan tanah liat tu, tapi telur masin yang dibuat sendiri pastinya memberi lebih kepuasan kerana mencuba. Lagipun sekarang ni sebiji telur masin agak2 berapa harga ya... dulu beli 1 biji RM 0.80, kalau yang dah masak sebelah aje dah singgit.

Untuk percubaan pertama ni cheq sue cuma masukkan ke dalam bekas plastik, cari2 xde pulak bekas kaca. Harap2 menjadi la nanti, dok ingat2 diorang jual telur masin kat Pasir Puteh tu guna plastik jugak. Mengikut kata Ros, telur masin ni boleh direbus mulai hari ke 14 hingga hari 20. Nantilah 15 hb ni akan cheq sue update la camana hasilnya, ada kejadian atau tidak. Kalau menjadi boleh buat berbuka puasa Ramadhan nanti. Suspen jugak ni. Sama-samalah kita nantikan... Wassalam.




 

Day 1 : 1 Julai 2012



TELUR MASIN PERANTAU ( TELUR AYAM)
Sumber resepi :  rosmarlina @jintanmanis.com

Bahan-bahannya
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
Air secukupnya


Bekas
Balang kaca

Cara-Caranya
1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat ke bismillah ke, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.
2.  Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.
3. Susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam dalam air garam, jika nampak terlu seperti terapung itu tandanya air garam tu cukup masinya.
4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 14 hari ke 21 hari, masa dah 14 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi, boleh keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba.



Stylish Thankyou

Saturday, April 14, 2012

Telur Rebus Berkuah Kismis


 
 
Semalam, Jumaat (12 April 2012) kami membuat pot luck kat sekolah
Dah lama jugak tak makan-makan camtu
Bila ada yang buat cadangan, masing2 bersetuju
Cheq sue menyediakan 2 jenis masakan iaitu telur rebus berkuah kismis ni dan juga teresek jantung pisang
Kebetulan ada member sponser telur 10 biji, jantung pisang pun ada
Memang no problemlah
Sebab cheq sue masak petang, tak dan nak bergambar lelawa
Pagi2 dekat sekolah tu cheq sue sempat snap 2 keping, member gelak aje nengoknya
Ok jugak sesekali makan telur rebus berkuah gini
Tu yang licin 10 biji telur tu...
TQ Kak DJ berkongsi resepi ni
Kawan2 yang xde idea masak tu boleh la cuba yang ni pulak
Wassalam...
 





 
TELUR REBUS BERKUAH KISMIS

Bahan-bahan :
5 biji telur rebus (dibelah dua)
3 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 sudu makan rempah beriani (rempah kurma pun ok) cheq sue guna rempah kurma
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu makan puri tomato cheq sue ganti dengan tomati masak parut
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu makan sos cili
sedikit hirisan daun ketumbar/daun sup
2 sudu makan kismis (prune atau buah kurma pun boleh)
1 batang kulit kayu manis
sedikit air dan susu cair cheq sue letak santan lebih sikit, supaya berkuah
sedikit minyak sapi/minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Bancuhkan rempah beriani bersama serbuk cili dengan sedikit air. Ketepikan.
Panaskan minyak sapi/minyak masak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis kayu manis, bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau.
Masukkan bancuhan rempah beriani tadi dan diikuti puri tomato. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos cili, air dan susu cair(optional) secukupnya. Apabila sudah mendidih, masukkan kismis, daun ketumbar/daun sup, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan sebati.
Setelah masak, siramkan kuah ke atas telur rebus tadi. Hidangkan.

Monday, March 26, 2012

Telur Hancur Bersama Sosej & Kacang Buncis ~ Diet Eh??


 
 
Masakan ni cheq sue buat minggu lepas sebenarnya
Bukan untuk breakfast, tapi untuk dinner
Ngape pelik benar eh...
Bukan apa, seinggu lepas tu kemain malas nak masak nasi
Tambah-tambah pulak lauk basah pun xde
Sosej tu konon2 nak makan dengan scramble egg dan kacang panggang
Tapi dari masa ke masa xde ke kedai
Transfer la jadi scramble egg versi baru
He he he
 
Note : Ayat tak habis!
 


 

TELUR HANCUR BERSAMA SOSEJ & KACANG BUNCIS
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
3 batang sosej - potong dadu
15 biji kasang buncis - hiris nipis (serong)
2 biji telur
Sedikit minyak (cheq sue guna minyak zaitun)
Sedikit minyak bijan dan garam

Cara-cara :
Panaskan minyak zaitun
Masukkan sosej dan kacang buncis, masak seketika
Masukkan minyak bijan dan garam, kacau sebati
Tambahkan pula 2 biji telur dan kacau hingga agak hancur. Jika agak kering boleh tambahkan minyak supaya telur masak sekata. Masak seketika dan bolehlah diangkat.
Jika suka boleh masukkan cili cincang

Sunday, December 4, 2011

Telur Masak Kicap Lada Hitam

 
 
Sekarang ni tengah menghitung hari nak balik ke kampung halaman... Dah kering rasanya bersendirian di sini. Tah betah lagi nak bersenang2. Di tubir mata sudah terbayang ikan-ikan darat yang enak digulai... Musim2 hujan enak pekena ubi rebus, tidak pun ikan pekasam yang menusuk hidung. Aishhhhh xleh jadi nih... 
Lauk telur ni cheq sue masak lunch semalam. Bukan kata kering duit nak beli ayam ke lauk2 lain, tapi x keluar ke mana-mana, nak ke pasar malas, bila sorang2 ni nak gerak pun terbatas.Ekor kita dah sedap dok di kampung. Tengoklah nanti kena pi cari lauk jugak. Kalau hari2 pekena telur aje xleh...xleh...



 
Telur ni cheq sue masak sebiji aje, kira2 sekali habis. Bahan2 tu pulak cheq sue kurangkan jugak, biar seimbang dengan telurnya. Maklumlah, telur ni bukan peberet mana pun, sekadar nak jadi lauk, telan jugak. Selalu kalau masak kicap, memang cheq sue suka letak ubi kentang. Lada hitam pulak x terfikir pulak cheq sue nak masukkan sekali. Rupa2nya bila dah tambah lada hitam ni memang lagi sedap. Pasni boleh la try selalu.... Kalau korang ketandusan idea tu bolehlah cuba lauk ni. Gerenti x menyesal. Wassalam...
TELUR MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi: Kak Ummi @ HSH
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan:-
3 biji telor
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 cm halia - dihiris halus btg mancis
1/4 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC kita guna kicap kipas udang aje
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 - 2 sudu besar kicap masin
1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang - xde, tun letak cili merah n cili padi letak cili hijau
1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang - xde jugak
1 biji tomato - dibelah 6 xde stok
sedikit garam (jka perlu)
sedikit air
minyak utk menumis
 
Cara-Cara:-
Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
Tutup api dan hidangkan.
 

Friday, September 9, 2011

Telur Dadar Cendawan Berkuah

Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam pagi Jumaat semua. Pagi ni cheq sue nak kongsikan satu resepi yang dimasak untuk berbuka semalam. Punya la kering idea, tak tahu nak masak apa. Sejak dari sekolah dok fikir ape yang nak dimasak. Kalau lauk yang berasaskan telur ni selalunya dimakan dengan tomyam atau dibuat telur bungkus atau sweet sour tapi terlintas untuk ejas sikit dengan memasukkan kuah ke dalam telur dadar. Kalau telur aje memang x laku la kat tekak cheq sue ni..

Kat rumah memang ada lagi stok ayam tapi macam dah jemu je..tu yang nak kena buat benda lain pulak. Asik2 ayam aje...badan pun naik lemah dan lemak... *_*


Bila dah masak, alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan. Xde la rasa pelik, sekali rasa macam ladna, kira2 idea ni menjadi lah. Cheq sue masak ni biasalah, guna sebiji telur aje, itu pun jenuh jugak nak habeskan. Tambah pulak bila dah masuk sayur2 tetibe je penuh satu mangkuk. Pada sape yang kesuntukan masa boleh la cuba resepi ni sebab dah ada sayur kat dalam tu, pastu dalam kuahnya turut dimasukkan isi ayam, kira2 hidangan lengkap la ni...

Kalau gantikan nasi dengan mi sanggul @ mee pun sedap rasanya ni... Ye lah, asyik2 nasi je kan


TELUR DADAR CENDAWAN BERKUAH
Sumber : Cheq Sue

Bahan telur dadar :
- 1 biji telur
- sekuntum cendawan tiram  (cincang dadu)
- 1/2 biji bawang besar (cincang dadu)
- sedikit daun bawang (hiris)
- garam

Cara-cara :
- campur kesemua bahan dan goreng sehingga masak
- ketepikan seketika

Bahan kuah :
- sedikit isi ayam (hiris nipis)
- 2 kuntum cendawan tiram (siat2kan) *
- sedikit bunga kubis *
- 2 pokok kucai *
- 1/3 kiub ayam *
- sedikit air
- sebiji bawang putih, cili (ketuk) & 1/2 biji bawang besar (mayang)
-  air bancuhan tepung jagung

Cara-cara :
- dalam minyak gorengan telur tadi, tumis bawang putih, cili dan bawang merah sehingga wangi
- masukkan ayam dan goreng seketika
- kemudian masukkan bahan * dan goreng sebentar
- tambahkan air mengikut kehendak dan masak hingga mendidih @ ayam & sayur empuk
- rasakan gula dan garam
- masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
- bila sudah masak bolehlah dituangkan ke atas telur yang telah digoreng tadi