Sunday, November 8, 2026

Chia Oat Pudding

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Makanan yang lain dari kebiasaan. Saya jarang buat puding macam ni, selalu buat overnight oat je namun cuba sebab ada banyak stok chia seed di rumah. Tengok di FB ada yang buat guna chia seed je ada yang tambahkan oat. Yang saya buat ni saya tambahkan oat jugak sikit.


Cantik nampak merah jambu sebab saya campur dengan buah naga dan blueberry. Kekuningan tu pulak sebab saya gunakan bekas tu untuk rendaman air safron. Bawak ke sekolah untuk sarapan. Acah-acah makanan sihat gitulahhhh

Friday, November 6, 2026

Noorayuni Tomyam Seafood, Tok Jembal, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Yang selalu juga disinggah jika ke Gong Badak. Kedudukannya berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Kalau kami panggil kedai dalam semak, sebab terdapat banyak juga pokok-pokok disekeliling kedai ni. Best jugak kedai ni sebab macam-macam jenis masakan ada. Rasa dan harganya juga boleh tahan tak terlalu mencekik.  Suasananya juga selesa dan nyaman. Cuma kalau datang malam memang payah sikitlah nak dapat tempat. 


Bukan main berjoget Mr Lobster tu deh


Wednesday, October 28, 2026

Masak Tempoyak Ikan Talapia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Masak tempoyak kali ni agak pekat kuahnya sebab nak menghabiskan tempoyak dalam peti. Saya memang suka masak tempoyak, dan lebih suka buat sendiri sebab kita dapat kawal kepedasan. Maklumlah kalau orang buat tu kebiasaannya lebih pedas dan memang tak boleh nak makan la bagi orang yang tak makan pedas macam saya ni...


Untuk kali ni memang ringkas saja, sebab saya hanya masukkan cili dan tempoyak sahaja selain daun kesum dan bunga kantan. Biasa saya letak jugak bawang besar, sebab suka nak makan rangup-rangup manis tu..kali ni apa yang ada jela.. Hajat tu nak buat guna ikan patin, tapi tak ada jual pulak, memadailah dengan anak ikan talapia, pun sedap juga. Sekarang operasi kena cari tempoyak pulak, dulu arwah mak selalu share, sekarang kena cari sendiri la yer... -_-


MASAK TEMPOYAK IKAN TALAPIA
Oleh : Cheq Sue

1 ekor ikan talapia
Tempoyak secukupnya
Cili padi
Bunga kantan dan daun kesum
Garam

Kisar tempoyak dan cili padi, tuang ke dalam periuk
Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan
Perasakan dan masak hingga ikan betul-betul masak


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"