Showing posts with label Kisahnya. Show all posts
Showing posts with label Kisahnya. Show all posts

Wednesday, October 14, 2026

ALX F RNNG 24731 W

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hal kasut pun nak cerita ke? Ehh ya lah, suka hati kita lah. Blog kita kot, tak ada sape baca pun kita sendiri yangbaca. Bukan apa, kadang-kadang je kes-kes istimewa je kita kongsi bersama. Saya jarang-jarang beli kasut, asal asa satu guna je sampai rosak baru beli lain. Tapi kali ni saya beli kasut khas untu running, bukan marathon ke apa, sekadar briskwalk aje cuma nak kasut yang sesuai. Saya ada kasut hiking, tapi bila guna digigitnya kaki saya sampai taknak guna lagi.


Inilah kasutnya yang bernilai 3 angka. Kecoh kan! Tak pernah weh, hanya kasut kerja je 3 angka ni, tapi sekali ni saya pejam mata rapat-rapat, bernafas sekali hembus dan teruskan niat untuk memilikinya

Monday, July 6, 2026

2018 - 2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa yang berlaku? Ke mana saya menghilang?


2018
Antara titik terendah dalam hidup. Saya rasa keseorangan, tak ada sesiapa dan memilih untuk bersendirian acah-acah introvert. Malas nak jumpa atau cakap dengan orang sebab saya rasa kalau cakap pun orang tak faham. Tekanan kerja, keluarga dan perhubungan yang tak pasti betul betul membuatkan saya mengasingkan diri. Pada ketika tu, bukan berdua lebih baik, sendiri lebih baik.
Tahun ni jugak saya dah mula menduduki rumah sendiri. Jadi kebanyakan masa hujung minggu saya habis di jalanan. Berulang CH - PP bukan gurauan gaiss, sendirian pulak tu. Masa tu saya fikir dunia saya bukan lagi di CH, ketenangan dikecap bila berada di sisi orang yang tersayang.

2019
Saya meneruskan kehidupan seperti tahun sebelumnya. Cuma pada bulan Februari saya tiba-tiba kahwin dalam masa cuti sakit (MC). Hujung tahun 2018 saya menjalani pembedahan membuang lipoma, dan pada masa tu jugak saya memutuskan untuk berkahwin. Semua orang pelik. Kisahnya berlaku pada Oktober 2024. Pada masa tu saya dah redha jikalau Tuhan tidak memberikan saya pasangan. Saya dah ada segalanya, hidup saya dah stabil, saya menumpang kasih anak-anak buah dan ibu bapa Tetapi rupa-rupanya Allah memberikan seseorang yang tepat, pada masa yang tepat dan untuk tujuan yang tepat. Saya terdetik mungkin Tuhan memberikan seseorang yang saya perlu, bukan seseorang yang saya mahu untuk melengkapkan kehidupan saya. Dengan siapa saya kahwin? Dia hanya selang 2 3 rumah dari rumah saya, sekampung dan kami saling  mengenali keluarga kami. Siapa sangka jodoh saya hanya 2 minit dari rumah. Perkenalan lebih kurang 4 bulan, saya tawakkal sehinggalah hari disatukan. Allah permudahkan segala urusan, maka kahwinlah saya pada umur 39 dengan terus mendapat 2 anak perempuan. Alhamdulillah... Rezeki saya pulak masa tu seluruh dunia dilanda Covid 19, merasalah juga saya berPJJ dan dua tiga kali ke balai polis sebab nak memohon kelulusan merentas negeri. Perit sungguh jika mengenangkan masa tu.

Wednesday, December 31, 2014

Refleksi 2014

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hari ini 31.12.2014, hari terakhir dalam kalendar 2014. In Sha Allah jika diberi keizinan allah SWT esok kita semua akan melangkah ke tahun baru 2015. Mengenang kembali apa yang berlaku sepanjang tahun ini, sudah pasti kita semua ada catatan suka dan duka yang akan tersimpan di lipatan memori tersendiri. 

Kisah suram yang melanda negara, yang setelah sekian lama masih belum ada jawapannya... dan tak perlulah saya huraikan panjang lebar. Setiap dari kita ada pandangan tersendiri, yang pastinya setiap apa yang berlaku datang dari Allah yang menguji secuit dari kita supaya tidak leka dan lupa kepadanya.
 

Saya ingin membuat refleksi pada kehidupan saya sendiri, agar lain kali saya dapat membaiki segala kelemahan dan kelebihan diri saya. Nampak tak kt situ, dah rindu sangat nak gi sekolah... refleksi... refleksi... tak sabar nak tulis buku rancangan mengajar barangkali... Sedikit catatan peribadi.


Sunday, December 28, 2014

Hujung Tahun Yang Pilu....


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama tak update n3...
Semangat telah lama pergi
Meskipun saya tidak terlibat secara langsung dengan banjir Pantai Timur kali ini
Tetapi perikemanusiaan menghalang jari jemari saya untuk menaip di sini

Wahai semua insan yang terlibat dengan ujian kali ini, bertabahlah
Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita di dalam susah dan senang
Dia ingin menguji kita, lantas diturunkan sedikit cubaan
Senyumlah dalam kepayahan....

Untuk semua yang join GA saya tu, In Sha Allah bila keadaan dah tenang sikit saya akan mula poskan hadiah. Semua maklumat dah ada, cuma masa kurang sesuai. Maafkan saya ya.....


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Tuesday, November 11, 2014

10 Makanan Termahal Di Dunia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

SESETENGAH orang mungkin sanggup berhabisan ribuan ringgit kerana hobi, namun ada segelintir pencinta makanan tidak kisah menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati hidangan mewah yang sukar didapati di restoran biasa. Berikut adalah 10 makanan termahal di dunia.

1.Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)


Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
  





Tuesday, November 4, 2014

Cik Inspektor Kadet Polis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Namaste inspektor sahabbbb....

Mula2 nak gelak dulu sebelum citer... Kalau tuan puan nak tahu, yang sebenarnya saya dari dulu cita2nya nak jadi poklis. Hu hu hu. Biar betik weh? Memang, serius saya nak jadi polis. Masa dok UPM, saya dah hampir nak daftar untuk PALAPES tapi masa tu ketinggian tak mengizinkan. Maka tersimpanlah segala cita2 dan keinginan untuk menyarung pakaian seragam di lubuk hati yang paling dalam. Ewahhhh...


Pastu di sekolah saya jadik guru penasihat kadet polis, dapat kain free untuk buat uniform. Pucuk dicita ulam mendatang, memang i loike sesangat lah.



Monday, October 20, 2014

Apa Akan Jadi Jika Saya Kurus?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Memula sekali nak ingatkan dulu, n3 ni sekadar n3 poyo, yang ditaip pada petang hujan renyai2 yang semakin menginjak ke gelap. Kalau korang baca n3 ni sampai habis, saya nak tekankan jugak yang ini adalah pandangan peribadi saya, tidak merujuk atau mengata kepada sesiapa.

Merujuk kepada tajuk n3 di atas... (#skema) saya suka sangat nak berangan-angan tentang apa yang akan berlaku sekiranya saya kurus. Eh, saya mengaku tau, sejak dulu sampai la sekarang, dari saiz M, kemudian L, bertambah secara berkala ke XL, tak ada apa nak dibanggakan sebenarnya. Dalam tak bangga tu pun saya bersyukur walaupun dikategorikan sebagai obesiti, tapi tahap kesihatan masih lagi memuaskan...

Wednesday, September 24, 2014

Alkisah Bila Silap Beli Beras...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kisah ni berlaku masa nak raya aritu. Bila ingat2 balik memang senyum sensorang. Apa ke hei nya?

Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Negara : Al Fatihah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Tiada kata untuk dibicara
Semoga kita semua tabah menghadapinya
Buat keluarga yang terlibat... semoga Allah merahmati anda, menguatkan semangat dan sentiasa tabah

Hening bening di sini bagikan bersimpati
Alam yang dibungkus sepi seakan mengerti
Segala kesedihan dan kesuraman di pagi yang mulia ini
Semuanya seakan akur dengan percaturan Ilahi

Inilah qada' dan qadarNya
Setiap yang berlaku seiring dengan hikmah yang tersembunyi
Percayalah rahsia Allah
Kerana Dia adalah sebaik- baik perancang

Deraian air mata di atas kepulangan
Bersemadilah dengan tenang
Allah bersamamu....

Al Fatihah

Monday, August 4, 2014

Rangkuman Kisah Seminggu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah... hari ni dah masuk kerja setelah seminggu bercuti. Cane mood? Okey tak? Saya pagi tadi agak ke laut jugak sebab datang lambat, pastu hari ni mula ujian untuk semua tingkatan, pening sikit bila havoc dekat bilik SU, pastu sekarang dah okeh, dan dah pun siap soalan untuk tingkatan 4 nanti.

Sambil2 menaip, 3 kali jugak tulis tajuk n3 hari ni. Hish, seminggu tak berblog sampai tak tahu nak letak tajuk apa. Ini kasi panas enjin dulu la kiranya sebelum proceed dengan n3 yang terperuk dalam draft.

Saya sebenarnya tak tahu nak mula di mana... rasa macam banyaknyaaaa nak cerita. Seminggu weh...bayangkanlah kalau tak jumpa seminggu, pastu bila bersua muka mesti sampai tak cukup suara nak cakap. 

1. Balik Raya

Saya balik untuk beraya pada pagi Jumaat, pukul 11.30 pagi. Drive sensorang dari sini. Sempat sembahyang Zohor di rumah. Walaupun banyak kereta tapi jalan clear. Sekolah habis awal, jadi tak la berebut dengan geng2 Kelantan yang lain. Memandu oun tak mengantuk, cuma cemuh la sikit sebab sensorang, habis lagu nak nyanyi kekdahnya. 

Di sepanjang perjalanan, ada nampak 2 3 kemalangan. Tak la kemalangan teruk...

2. Hari Raya / Hari Jadi Saya

 Raya ke 2. 34 tahun 1 hari T_T

Alhamdulillah masih diizinkan Allah SWT untuk menyambut 1 Syawal. Tahun ini juga menyaksikan tak cukup satu keluarga. Rindu Sarah dengan Nazirah! 
Tahun ni memang tak berjalan ke mana-mana. Balik saja dari bersembahyang raya, terus rumah kena serang. Dan sebagai anak perempuan yang masih ada di rumah, dok di dapur sajalah kerjanya. Buat air, basuh pinggan, hidang makanan.... penat beb! Raya pertama tu saya buat beef kabsa dengan mee racun. Alhamdulillah habis semuanya walaupun pelik bila sebut sahaja mee racun, tapi yang pastinya selamat di makan.

Hari raya kedua baru boleh menziarah ke kubur. Pastu ke sungai cari buah manggis... angkut tripod untuk bergambar dalam kebun getah.

Raya ketiga dengan seterusnya tu dah tak ada apalah, masak waktu pagi ke pulak untuk anak2 berudu yang sentiasa kelaparan. 

Nasi impit + kuah kacang.
Mee goreng.
Mihun goreng.

Nak jenjalan rumah kengkawan pun segan sebab sorang diri.... Nantilah berdua nanti baru jalan-jalan. Heeeee............

Hari jadi?

Apa perasaannya menyambut 34 tahun pada 1 Syawal?

Sukar nak cerita, yang pastinya rasa sangat bahagia! Satu dunia beb sambut hari jadi I. Kau ada?  Anak-anak buah kata, makcik nak belah kek ke? Aiii takde kuasa nak berkek bagai, oven tak bawa balik. Tengoklah nanti kot2 rajin nak buat kek sendiri.

Harapan?

Moga istiqamah meneruskan perubahan Ramadhan dan menjadi insan lebih baik dari sebelumnya. Kahwin? In Sha Allah, sentiasa berharap.

 Selfie dengan anak-anak berudu KL

3. Balik Semula Ke CH

Saya bertolak awal semalam. 3 Ogos 2014. Seawal 8.30 dah keluar dari rumah. Jalan tak jem, mungkin sebab masih pagi. Kalau tahun lepas keluar sahaja cabang Machang, terus jem sampai ke Gua Musang. Kali ni jalan clear sehingga ke Keroh menyampai ke traffic light Kuala Krai. Lepas tu tak jem dah la kecuali bila terpaksa follow lori. Pemandu yang 'tak sekolah' pun tak ramai, semuanya memandu dengan berhemah kecuali dua tiga orang yang memotong belah kiri serta memandu berbahaya di lorong kanan. Semoga deme ni dapat hidayah la nanti agar tidak membahayakan orang lain. Dan Alhamdulillah dengan izinNya selamat sampai di CH pukul 2.30 petang

4. Hari Ini, Kerja La Wehhhh...

Hari ni, detik ni.... ada di meja kerja sejak tadi. Lepas ni sambung lagi. Setakat ni peperiksaan berjalan lancar. Harapnya lancar saja sepanjang minggu.

Berblog pun satu kerja juga. Itu yang gigih siapkan n3 panjang berjela ni.

5. Hari Raya & Birthday 2014 Giveaway
Oleh sebab saya belum berkesempatan lagi nak menyediakan hadiah, maka saya sambung GA ni lagi seminggu iaitu sehingga 10 Ogos 2014. Bagi peluang pada kengkawan yang belum menyertainya. Jika berminat boleh ke n3 ini

Mmmmm rasa2nya itu ajelah dulu kot untuk rangkuman seminggu lepas. In Sha Allah sambung semula bila ada kelapangan nanti.

Friday, July 18, 2014

Dugaan Ramadhan...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Tak tahu mana nak mula. Tak tahu bagaimana nak tulis. Umumnya semua sudah tahu tentang nahas MH17 yang berlaku awal pagi tadi. Saya menerima sms pukul 1.45 pagi, tengah mamai tidur jadi saya abaikan sahaja sms berkenaan. Bangun bersahur tu saya terus online dan tengok di Awani, nampaknya memang betullah tentang sms yang diterima, yang mana telah disahkan bahawa kapal terbang milik negara MAS telahpun terhempas. Saya tidak dapat memutuskan apa sebabnya dan sangat sukar untuk dihuraikan .

Berita itu sudah tentu menuntun air mata saya tambahan pula bila melihat pasport merah yang mana pemiliknya merupakan saudara segenara kita. Allahuakbar.... Allah Maha Besar.... segala yang berlaku ini adalah rahsiaNya. Siapalah kita yang mahu menentang segala perancanganNya..

Al Fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam. Buat keluarga yang terlibat... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga anda semua redho dan menerima ujian Allah ini dengan berlapang dada. Semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Bila mengenangkan segala musibah ini... marilah kita bersama2 berlapang dada dan berusaha menjadi hamba Allah yang sentiasa taat dengan segala suruhannya.

Allahuakbar.... Allahuakbar.... Allahuakbar....

Wednesday, July 9, 2014

FIFA World Cup 2014 : Go German Go!!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Seriously... saya tak layan menda2 bola sepak ni. Kalau tanya saya memang blur la nak jawab. Tapi sempena Piala Dunia ni jenguk la jugak sesikit. Bintang2 negara yang menyertai tu pun saya tak kenal, sorang dua macam Neymar, Messi atau Ronaldo tu tahu la... *_*

Pagi tadi, masa bangun nak bersahur, layan la jugak perlawanan antara Jerman dengan Brazil. Saya memang penyokog Jerman walaupun saya tak tahu apa2 pasal pasukan tu. Standard la kan, kata kawan saya, perempuan kaki bangku apa tahu... Saya sokong Jerman ni bukanlah sebab pasukan tu menang 7-1, tapi sejak jaman Jurgen Klinsmann lagi erkkk.

Mula2 tengok tu, ingatkan masih 0-0 rupanya dah 0-1. Haruslah saya menjerit kesukaan. Kalau tahun lepas Jerman bungkus awal, kali ni tak menyangka la pulak boleh sampai ke final.

Yang paling tak menahan, dalam 6 minit boleh dapat 4 gol, acaner tu peminat Brazil?

Pasni kena tengok pulak antara Argentina dengan Belanda. Siapa yang akan jumpa Jerman nanti.

Haaaa.... sekadar perkongsian nak keluarkan satu n3...

Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan 2014/1435H

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Alhamdulillah.... syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan bertemu dengan bulan penuh barakah... Ramadhan Al Mubarak. Semoga pada Ramadhan kali ini kita semua dipermudahkan segala kesulitan... dicekalkan hati untuk menahan lapar dan dahaga seharian. Maklumlah sekarang ni di kebanyakan negeri didatangkan dugaan cuaca panas. Moga anak2 yang baru belajar berpuasa dapat  melaluinya dengan sabar. Yang bekerja di bawah terik mentari... moga saja dapa redho dengan ujian ini. Untuk cikgu cikgi macam saya ni tentunya tak mau marah2 sangat ya...kang tak pepasal kurus lak puasanya. Apa2 cabaran yang datang tu kita hadapi dengan senyuman. In Sha Allah...

Motif tunjuk kelapa?

Bukan apa... tak ada gambo yang seswai. Lagi pula kelapa ni kelapa muda... kulit hidup kata orang Kelantan... memang sinonim dengan bulan puasa kerana ianya digunakan untuk membuat kuih muih seperti buah mulong, puteri mandi dan sebagainya. Ini datang dari belakang rumah aje pun...  Harap2 bila dah bawa ni boleh la buat sesuatu nanti.

Akhir kalam, selamat berpuasa semua!!!

Friday, June 6, 2014

Setelah 8 Tahun 8 Bulan....

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah... 

Pada tarikh 4.6.2014, setelah 8 tahun 8 bulan, my Black Maria akhirnya telah habis saya bayar.  Syukur padaMu Ya Allah. Buat last payment dekat Ambank Kota Bharu dan terus dapat geran asal dua jam kemudian. Kalau kira habisnya bulan Oktober nanti tapi bila check balance dah tak banyak, baik saya jelaskan sekaligus sementelah dah ada kat kampung. Macam kawan saya, jelaskan di CH, gerannya di KB last sekali gerannya hilang. Nak marahkan sape bila kita sendiri yang kena gi buat geran baru di JPJ??

Mengenang kembali episod awal pertemuan saya dengan kereta Wira SE ni... agak dramatik juga kisahnya. Selepas setahun berkerja, baru saya ambil kereta ni. Awal2 kerja tu tak dan gaji kata orang, maklumlah starting dulu tak banyak mana. Selepas seminggu saya dapat lesen, terus saya beli kereta. Mok Ja la orang pertama goda saya untuk beli, kalau balik kampung tu dia yang angkut saya gi KB untuk survey. T_T

Mulanya saya target kereta Kelisa aje. Cukuplah untuk saya seorang nak berulang balik CH-Kelantan. Masa tu prefer kete kecik2 aje, maklumlah baru dapat lesen kan, macam takut2 la nak drive keter beso. Mek saya tak setuju... kataya kecik. Ewahhhh, macam dia aje yang nak kuarkan duit bulan-bulan. Hi hi hi... Pastu saya kata nak ambil Proton Saga. Dia tak setuju jugak, katanya 1.3 tak gagah nak naik bukit. Pulak dahhhh... Kalau ikutkan saya, jiwa lebih kepada Satria GTI, tapi ditentang jugak dengan alasan dua pintu saja. 

Bincang punya bincang... akhirnya saya ambil Wira SE ni, dengan persetujuan okeh! Masa tu bayar muka RM2500, itu pun pinjam duit mek RM1000. Ha ha ha... bayar balik ok lepas tu... Saya ingat masa tu walaupun bayar muka RM2500, tapi dibayar balik pada saya sebanyak RM1000 (atau mungkin lebih, tak ingat dah) menjadikan harga sebenar down payment adalah lebih kurang RM1500 sahaja. Masa tu, bila dah ada kereta, bulan2 memang kena ikat perut sikit sehinggalah gaji makin bertambah seiring dengan tahun perkhidmatan.

Kalau korang nak tahu, plat kereta saya yang sebenar bukan plat yang sekarang ni. Tak tahu la kenapa, mamat yang jual kereta dekat saya tu terbeli pulak nombor plat yang cantik... yang banyak nombor satu.... *_*. Walaupun begitu saya memang tak berhasrat nak menerima, dah la rege lebih kurang 3-4 ratus jugak. Tak tahu kan apa sebenar niatnya... 

Sejak kereta tu bersama saya, Alhamdulillah tak banyak kerosakan. Saya kemalangan sekali, pecah tayar dan bengkok sport rim. Kemudian rosak clutch semasa jem teruk di Kea Farm. Ada sekali tu rosak timing belt di Tanah Rata sehingga terpaksa di towing balik. Sedih bila ingat... Cuma ada satu yang belum saya baiki, skirt depan terjatuh sikit sebab adik saya langgar kucing. Entah apa nasib kucing tu tak tau lah. Selebihnya hanya kerosakan minor yang di alami. Kereta tu memang saya jaga betul. Sampai masa servis, hantar ke pomen. Sampai masa tukar tayar atau buat alignment, bawa ke kedai tayar. Kadang2 saya fikir saya ni buat keje orang jantan pulak, semuanya diurus sendiri. Iyalah, benda payah nak dapat. Bulan 2 keluar dekat RM600 takkan nak buat cincai aje ye dak?

Apa yang saya pernah buat dekat kereta tu ya... Selain cuci luar dan dalam (walaupun banyaknya hantar cuci kat kedai) saya pernah menukar tayar sendiri. Ooiiiii seksa sungguh nak keluarkan satu skru pun. Sebab itulah saya saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat2 dekat dia. Cuma satu saja, kereta tu tak pernah kena dengan perfum atau pewangi, nanti saya pulak yang pening takleh nak drive. No Ambi Pur... no haruman kasturi.

Paling jauh kereta tu sampai ke Melaka. Setakat ni tak lepas lagi ke Johor atau Perlis. Bila nak try ya... KL dah dua tiga kali rasmi. In Sha Allah.

Nak tukar kereta? Tidak sesekali terlintas di hati. Kecuali kalau dah berkeluarga, itu lain cerita. Sekarang saya senang dan selesa bersamanya.

TQ my dear Black Maria... ^_^

Friday, May 23, 2014

My Passion : Penulisan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sejak zaman sekolah saya memang suka menulis. Selain mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu adalah subjek yang saya gemari. Bila tiba hari tulis karangan, memang saya sangat teruja. Tambah2 kalau karangan jenis bebas, jenuhlah saya buat ayat yang panjang berjela-jela. Dulu seingat saya max untuk karangan dalam 350 kot. Kalau tak silap la. Ada la jugak sekali dua terpilih baca karangan depan kelas, masa tu memang bangga tak hengat...

Selain membuat karangan biasa... saya juga pernah terlibat dengan pementasan drama [budak-budak] selepas UPSR tahun 1992. Kami kena buat skrip dan lakonkan. Tak ingat lak dapat nombor berapa. Tiga kot...

Naik ke sekolah menengah, minat menulis ni semakin berkembang. Kalau cikgu tanya saya memang kata cita2 nak jadi penulis, tapi bukan pilihan pertama lah, ianya pilihan ke tiga. Selepas tamat PMR 1995, saya mula menulis di dalam buku tulis. Masa ni memang semangat, dah habis exam kan, seronok la nak koya-koya. Pastu ada pulak geng yang suka menulis jugak. Dulu-dulu takde komputer, semua tulis tangan aje tau. Bila dah masuk uni, saya salin semula benda2 yang saya dah tulis tu. Dan yang terbaharu akan saya kongsikan adalah BELENGGU, yang saya tulis pada 1995.


Sekarang minat menulis tu masih ada dalam diri saya. Walaupun sibuk dengan urusan cikgu cikgi yang tak pernah habis, saya akan mencari masa untuk menulis. Dah ada lappy kan, senang je terus taip ikut apa idea yang datang, tapi bila tak ada idea jeng kreggg jugaklah nak buat satu ayat pun..

Biasanya saya mudah nak dapat idea masa mengawas budak2 periksa. Dalam buku inilah, buku kulit keras yang saya guna untuk menulis draf serta flow cerita. Sebagai seorang insan yang tak pernah mendapat pendedahan secara langsung tentang penulisan cerita, sudah tentulah saya menulis berdasarkan kefahaman saya sendiri. Kiranya cetuskan idea dulu dan baru tulis bila masa cuti panjang.


Antara yang saya draf, tulis dalam 6 muka surat tapi tak dapat nak teruskan. Bila belek2 novel kakak  saya, terjumpa tajuk yang sama, terus sentap, kang kata ciplak pulak. Hold dulu, tunggu datang mood balik.


Cinta @ Aloyah Cafe, hasil tulisan tahun 2012. Saya tulis masa cuti hujung tahun, dok mengawas SPM, banyak masa senggang. Dah pun selesai saya kongsi di blog. Memang puas hati tulis ni sebab sangat dekat dengan jiwa saya. Cerita ni banyak menunjukkan suka duka saya memasak sebenarnya. Kalau sape yang belum baca, boleh klik sini...


Antara chapter yang saya dah draf awal-awal. Inilah juga penulisan yang sangat berdisiplin yang mana saya ikut lebih kurang 90% apa yang telah saya listkan.


Ada kalanya.... bila nak menulis tapi tak datang idea. Tulis - delete - tulis - delele - delete

Faham-faham la kan, kalau tengah sentap pun payah jugak idea nak datang.
Tapi kalau tengah hujan dengan idea, nak masuk toilet pun kena tahan dulu. Menulis sampai tak sedar jam dah pukul 3 4 pagi pun biasa.


Yang ini saya draft hujung tahun 2013 (kali pertama tak siap 1 cerita). Saya dah tulis 19 muka surat, tapi entahlah tak ada mood jadi tergantung sampai sekarang. Entah bila nak sambung...


Yang ini saya baru tulis setengah muka surat. Letih nak fikir... terus hang!


Ini draft saya yang paling baharu, belum pun sampai sebulan. Tengah jaga exam setengah tahun, tetiba macam terlalu banyak idea, saya tuliskan episodnya. Tengoklah...sekarang draft sampai episod 30 ++, nak sambung lagi ni. Kena amik mood dulu sebab dah hilang masa travel ke KL baru2 ni.... He he he


Rasa macam tak sabar nak tunggu ada masa senggang. Dah lama jugak tak menulis, macam2 nak diceritakan. Doa2kanlah cerita ini berjaya saya siapkan dan boleh dikongsi dengan semua yang datang ke CTS.

Sunday, May 18, 2014

CRK : KL

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dua tahun tak ambil CRK [cuti rehat khas]. Tahun ni kena ambil sebab nak bawa famili ke KL untuk menghadiri konvo adik di UITM. Bukan kata nak simpan sangat cuti ni tapi tak tahu nak cuti untuk apa. Kalau ada kecemasan memang kena cuti laa... 

Mula-mula mek kata nak datang KL dari Cameron, saya dah cuak. Maksudnya saya kena drive. Masalahnya saya tak tahu jalan, tak pernah pun drive sendiri masuk KL. Yang tahun lepas tu saya hanya bawa kereta balik ke PP ikut Gombak, ni bila nak ikut Utara Selatan aiiiii berpeluh la jugak nak memikirnya.

Walaupun ada aplikasi WAZE tapi off course nak kena ada gambaran dulu sebelum masuk KL. Nampak tak nampak je sebenarnya. Selalu saya hanya ke Hulu Langat dengan melalui tol Ampang. Saya maklum yang nak ke rumah kakak saya di Cheras tu boleh masuk macam-macam jalan, tapi tahu sajalah, kalau jalan nak ke PD memang saya boleh gi...


Tanya abang ipar, takleh ikut peta dia. Terlalu serabut. Saya tak faham. Ushar Google Map, ada pulak jalan yang saya tak pernah dengar. Serius saya hanya tahu sampai Tol Jalan Duta sahaja. Kemudian saya minta peta dari anak saudara Mok Ja, laluan dan petunjuk yang diberi lebih senang, hanya ikut laluan Pusat Bandar - Sungai Besi - Cheras - Bandar Sri Permaisuri. Follow punya follow eh dah sampai. Tak rasa lama pun, pukul 8.15 dari CH dekat pukul 1 dah sampai. Lepas ni boleh la datang lagi kalau nak lepak KL.

Tengok sajalah peta yang diberi, nak kena simpan ni. Lain kali boleh refer semula. Bila tengok dalam peta, langsung tak ada konar konar kan, macam mudah je sangat. *sigh...


Nasib baik jugak konvonya pada hari Ahad [hari ni] kalau tak susah jugak nak dapat cuti dua hari. Mek dengan cek serta kakak dan abang ipar saja yang pergi, saya dok lepak kat sini. Ini konvo terakhir la dalam keluarga. Tu yang semangat nak datang.

The moral is...patut try dulu baru tahu. Saya selalu rasa TAKUT berlebih-lebih, padahal since pandai membaca memang selamat je sampai. Nak sesat ke nak pening ke patut datang dulu ok. He he he...


Tuesday, April 22, 2014

Sifu Ke.... Uhuks Uhuks!!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sejak petang tadi dok hadap lappy ni, tengah settlekan analisis peperiksaan tahun ni dan tahun lepas... nasib baik nak guna untuk Hari Anugerah Kecemerlangan, kalau tak tak berupdate lagi saya punya fail. Tapi macam biasalah bila buat kerja online ni... kejap2 kena online balik...kejap2 hang.... dengan broadband yang dah habis limit lagi la menambahkan kesiputan perjalanan kerja ni...

Jadi macam ni, kena 3 4 kali rasa macam nak tumbuk lappy ni...

Macam biasa jugak... kerja-kerja la weh... BW pun jalan. Sempat drop komen di 2 3 blog... Tetiba pulak nampak ada blog mention nama saya...


Baca-baca... nak tersedak rasanya. Amboiiiiii Cheq Da Salwani, bukan main kencang dikipasnya saya... Rasa baru tadi bagi tutorial, malam dah terus keluar header baru. Gelaran sifu tu terlalu tinggi rasanya untuk saya yang baru setahun dua berblog. Nak tahu, baca di sini. Sebenarnya bila sebut saja sifu, terus ingat Mat Gebu. He he he...

Prinsip saya senang... kalau tak tahu, BELAJAR. Tak semua orang dilahirkan dengan bakat dan kepandaian. Kalau saya secara jujurnya sangat pantang dengan orang yang kata 'TAK TAHU'. Orang yang mudah sangat kata tak tahu pada saya adalah satu cara mudah untuk tidak mahu buat sesuatu.

Contoh :
Eh, aku tak tahu buat la benda ni...
Pada saya itu sangat bermaksud... 'aku malas la nak buat.'
Apa salahnya kalau kata...
Eh, aku tak tahu nak buat macam mana, kau ajar boleh?
Bukankan itu kedengaran lebih sedap...

Berbalik pada cerita Cheq Da ni... saya ada jugak dua tiga kali hack blog dia, godek sana sini... Bila dia kata nak buat header, saya dengan senang hati menunjukkan cara yang saya tahu...kalau yang pelik-pelik yang payah tu saya pun tak reti jugak kan... Bila dia nak buat sendiri, maksudnya dia ada jugak keinginan nak belajar, kalau saya nak buatkan untuk dia no hal...tak jadi masalah, tapi tentunya hasil tangan sendiri kita lebih puas hati...

Congrats girl... Lepas ni boleh cuba yang lain pulak...  Peluk cium untuk Haziq okeh!!!

Friday, February 28, 2014

Dear... Tolonglah Berhati- Hati Di Jalan Raya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Saya baru sampai di kampung. Semasa berhenti sembahyang di sebuah masjid di Banggol Judah, Machang... saya melihat ada orang berkumpul, ingatkan ada pemeriksaan polis tetapi rupa-rupanya kemalangan maut. Kereta Viva vs treler ikan.

Saya tak melihat situasi sebenar hanya mendengar Mok Ja cerita. Saya kalo excident ni memang tak nak tengok... seriau! Daripada apa yang diceritakan nasalah bermula dari lori yang terbabas ke laluan bertentangan. 3 orang meninggal di tempat kejadian manakala seorang parah. Pemandu treler pula tak mengalami kecederaan. Innalillah pada srmua mangsa.

Itulah...resam kehidupan kita sebagai pemandu kereta. Memang sering diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan berhemah. Kalau mengantuk tu janganlah menggagahkan diri. Pastikan rehat yang mencukupi. Sediakan juga gula-gula atau asam untuk dikunyah selain air. Dan yang paling penting pastikan kereta dalam keadaan baik.

Saya memberikan pesanan ini kepada semua termasuklah diri sendiri... semoga kita semua berada dalam lindungan Allah jua adanta...

Wednesday, February 12, 2014

Alahai Cik Wok

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Binatang pun makhluk Allah... ingat tu.

Tak apa, dia pasti tak baca n3 ni... jadi nak kutuk sikit pun buleh.

Masa depa-depa ni pi N9, saya yang tinggal kat umah kenalah mengasuh cik wok ni. Dia ni dah menjadi kesayangan my cek tau, jadi kena la jaga betul-betul. Saya cakap awal-awal, memang tak berani. Setakat bagi makan tu kira boleh la lagi...


Feveretnya adalah nasi dengan kuah ikan singgang. Kalau buah epal dia suka jugak tapi kena kupas kulit dulu. Kalau bagi roti ke donat, bahagian yang cekelat-cekelat tu dia siap buang dulu tau. Kalau air teh, segelas pun dia boleh habiskan. Kau ado???


Dulu dah pernah citer pasal cik wok ni...tapi entah bawah label apa. Walaupun dia ni spesisnya binatang, kita sebagai manusia takleh nak amik pot sangat kan... Berkaitan dengan pemakanan, percaya tak cik wok ni tersangatlah cerewet. Kalau setalat nasi kosong setongkol gitu aje, huh tak adanya dia nak makan.


Macam dia tengah cakap je... mmmmmmmm sedap sungguh betik ni.


Nasib engkau la cik wok. Yang penting jangan mati kelaparan. Makan tak makan yang penting saya berikan. 

 

Tengoklah apa yang dia dah buat. Pada hari kedua, saya berikan nasi yang sama berkuahkan ikan singgang, tapi depan-depan saya jugak dia tumpahkan nasik tu. Agak-agak macam nak lempang tak? Kita nak bagi dia kenyang, dia ada masa plak nak pilih-pilih.

Dah dia tumpahkan nasi tu, saya bagi pulak apam nasi, tapi dihidu-hidu sekejap, terus dia campak. Ewahhh, propa la sangat. Tak bagi makan baru tahu.

Lastnya bila bagi betik, bersungguh dia makan. Haish, nasib baik lah beruk!

Monday, December 23, 2013

FMZ Net Solutions, Kg Tiong

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Got my lappy back!! Akhirnya setelah hampir 3 minggu bertenet menggunakan skrin kecik, keypad dan segala macam mak nenek yang menyempitkan pandangan mata, saya dah boleh bertenet guna laptop. Memang suka sangat-sangat apabila salah satu gajet kesayangan dapat ditatap kembali. Hanya orang yang pernah rosak laptop je yang tahu macam mana rasanya kan... takleh nak describe gitu.


Bila dah lepas keluar 'wad', lepas jumpa 'doktor' ni eh rasa lain pulak. Rasa macam lebih smooth gitu dari dulu. Masalah dikesan semasa saya mengawas SPM. Apabila di on, kadang-kadang boleh beroperasi seperti biasa. Kadang-kadang sampai 3 4 kali on-off baru boleh. Kadang-kadang tengah guna tu tetibe je dia shut down sendiri.

Selepas sehari sampai di kampung, saya terus membawanya ke FMZ yang terletak di Kg Tiong setelah disarankan oleh seorang kawan. Jangan tak tahu, ke sana guna WAZE padahal dah agak jalannya. Dari trafik light New Horizon ambil je simpang ke Pasir Hor. Kedai ni terletak selepas SK Tiong. 

Jangan risau, semua staf kat sini ramah-ramah belaka. Walaupun pertama kali berurusan, saya rasa sangat selesa dan tak segan. Setelah tinggal lappy di situ, keesokannya saya menerima panggilan bahawa lappy saya dah siap, tiada apa-apa kerosakan, hanya diservis sahaja. Saya meminta FMZ untuk membaiki skrin yang menjadi kelabu jika berkedudukan 90 - 100 darjah.

Dengan kesibukan selepas itu, balik dari KL baru saya berkesempatan untuk mengambilnya. Setelah menguji lappy dengan charger sendiri, barulah diketahui bahawa masalah on-off itu berpunca daripada charger kerana sebelum wayar charger pernah putus dan disambung semula oleh kawan saya. Jadi ting tong sana sini saya belilah pula adopter baharu. Selain tu juga saya membeli bateri kerana bateri sebelum ini telah pun kong.


Jumlah keseluruhan yang dikenakan adalah RM270 (servis RM40, adopter RM50, bateri RM150 dan beli pendrive 16 GB RM40). Kalau sesape area Kelantan yang nak membaiki laptop tu bolehlah berkunjung ke kedai ni. Kat atas tu ada saya snap gambar name card kedainya. Ada disertakan peta dan contact di situ....