Showing posts with label Roti / Bun. Show all posts
Showing posts with label Roti / Bun. Show all posts

Thursday, August 16, 2018

Roti Naan Cheese (Slice Cheese)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kadang kadang bila dah cemuih makan nasi, pilihan yang sihat adalah homemade roti naan. Memang boleh je kalau nak beli di kedai tapi yang dibuat sendiri ni lebih terjamin kebersihan dan penggunaan bahan bahan yang terbaik. Jadi godek resepi dan hempuklah sendiri.



Memang jelita sangat roti naan ni. Kalau yang saya pernah buat dulu resepinya menggunakan yogurt, resepi kali ni hanya basic sangat sangat tapi jangan terkejut hasilnya sangat memuaskan. Saya buat hanya setengah adunan, bahagi kepada  3 bahagian. Untuk bahagian 1 saya masukkan slice cheese dan 2 lagi saya frozenkan. 1 bahagian frozen tu saya dah buat plain naan tinggal 1 bahagian lagi dok rilek elok dalam freezer.



Wednesday, January 28, 2015

Roti Goreng Planta & Gula

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan menu pertama tahun 2015, masih belum ada watermark lagi. He he he... 

Ginilah kalau awal2 tahun, stok makanan masih belum ada di rumah, paling tidak beli saja makanan kering di kedai runcit. Kebetulan saya datang agak awal ke CH, tanpa persiapan pulak tu, maka makan pun mana yang ada saja. Saya ni sebenarnya tak berapa suka makan roti, kalau yang kosong2 saja, atau yang dicicah dengan air memang susah sikit nak layan. Tapi kalau dibakar dan di sapu kaya, ataupun roti gulung sardin tu memang cepat la habisnya.


Roti ni tercipta secara spontan je, bila saya sedar yang saya lupa nak beli kaya. Nak bakar kosong saja macam tak best, bila ternampak ada planta dekat dapur agak2 menjadi saya buat sajalah.


Sunday, January 11, 2015

Roti Bakar Lapis Inti Murtabak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masakan tanpa resepi, yang datangnya secara tiba2 bila berfikir bagaimana mahu menghabiskan inti murtabak ayam (resepi rujuk di sini). Kebetulan di rumah ada roti, lalu sahaja projek ini dilaksanakan. Lebih kurang seperti resepi roti lapis bakar, cuma yang ini saya gunakan inti sedia ada sahaja.


Roti terlebih dahulu saya celup dalam bancuhan susu Omega, kemudian dilapiskan dengan inti, lapis lagi dengan roti seterusnya sehingga habis. Cuma perlu dilenser terlebih dahulu loyang digunakan dengan marjerin atau mentega.


Monday, January 5, 2015

Monkey Bread

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

N3 tertinggal 2014..

Monkey bread ni antara roti kegemaran saya. Dah lama jugak tak buat, tengah kemas2 rak baking tetiba jumpa serbuk badam, jadi terfikir nak buat roti, belek2 resepi terus rasa nak buat lagi roti ni. Selain rasanya yang sedap, roti yang terhasil juga tak berapa banyak, jadi cepat la sikit abesnya....

Kali ni saya buat guna BM aje, masa nak bentuk  tu je pakai jari jemari montok halus lagi gebu. Cuma yang tak puas hatinya bila kejadian roti ni sama saiz walaupun masa bentuk tu saya dah letakkan besar kecik besar kecik tak sama di satu2 tempat. Pastu kalau tengok orang lain buat kejadiannya bulat2 tapi yang saya ni jadi macam roti biasa aje. Ada sesape boleh bagi jawapan tak?



Wednesday, March 12, 2014

Resepi Sup Ayam Kacang Peas & Roti Bawang Putih

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Entry tertunggak. *_x

Sup ini lebih kepada masakan try n error. Kebetulan lebihan roti masih ada, jadi godek-godeklah sekejap di dapur berdasarkan resepi2 sup yang pernah dibuat sebelum ini. Alhamdulillah rasanya not bad, kiranya lepaslah ditekak sebelum masuk ke perut.


Beginilah rupa paras sup kacang peas saya. Agak kehijauan sedikit kerana udah memang warna kacang peas tu hijau. Cuma saya blend sup ni halus sangat, rasanya lagi vass kalau ada kacang yang berketul-ketul sikit bila menggigitnya. 


Kalau selalu kita buat sup cendawan, apa kata sesekali tukar selera pulak dengan mencuba sup kacang peas. Bagi saya yang sukakan kekacang, memang kena dengan selera.

Pekena pulak dengan roti [resepi] bakar bawang putih yang dibuat sendiri, memang makan tak sedar dah habis beberapa keping. Untuk resepi simplenya saya dah tuliskan di bawah bagi sesiapa yang ingin mencuba.



SUP AYAM KACANG PEAS
Resepi : Cheq Sue

1 tin kacang pis - bersihkan dan tos air
1/2 kiub ayam
2 cawan air
1 sb tepung gandum (larutkan dengan sedikit air)

Kisar halus kacang peas dengan air
Masak hingga mendidih, masukkan kiub ayam
Masak seketika, masukkan bancuhan tepung gandum
Setelah agak pekat, matikan api

ROTI BAWANG PUTIH
Resepi : Cheq Sue

Kepingan roti putih - mencukupi

2 biji bawang putih - belah dan keluarkan empulur di dalam - tumbuk lumat
1 sb marjerin
Secubit oregano kering
* semua bahan ini dicampur bersama

- sapukan bahan mentega bawang putih ke atas roti dan bakar di dalam hot pan

Tuesday, March 11, 2014

Resepi Asas Bun / Roti (Chef Faizal Ng Abdullah)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dengan gigihnya meroti menggunakan resepi daripada buku pemberian Kak Ina... Kalau kira2 ini pertama kali buat roti guna resepi dari buku. Selalu search dalam internet aje. Bila dapat buku roti dan bun tu memang semangat nak mencuba resepi bun asasnya. Walaupun sebelum ni memang da banyak resepi bun asas dibuat, tetapi resepi kali ii ada kelebihannya yang tersendiri. Sudah tentulah saya menggunakan BM untuk menguli, dan sukacita dinyatakan adunan

Kali ni saya buat ikut adunan penuh. Selalu kalau buat dalam 200-250g tepung je. Tapi sebab saya buat versi pizza, kena lebih sikit la sebab ramai yang suka pizza ni. Satu dulang untuk saya sendiri dan satu lagi untuk Mok Ja anak-beranak.


Bun versi pizza yang sangat simple. Saya hanya letakkan crabstick dan sosej serta slice cheese kemudian dicurahkan dengan sos cili dan mayonis. Pastu tabus sikit oregano kering. Makan panas-panas kejap je habis.


Tengok, sungguhlah gebu seperti pipi saya. In Sha Allah lepas ni nak cuba buat versi lain pulak


Yang ini lebih-lebih buat pizza, saya paipkan dengan jem nenas. Yang sebenarnya bila terlalu lama dipenaikkan kali kedua, adunan akan terlebih kembang. Itulah yang terjadi kepada adunan roti saya ni... memang kembang satu loyang. Sudahnya bila dah masak roti jadi terlebih ringan pulak...


Tengok sajalah bahagian dalam rotinya. Memang kembang abesss.

Yang dibawah ni pulak saya buat versi bun sandwich. Konon la nak buat sarapan pagi2... Yang ini pun terlebih kembang jugak. Naik satu loyang. Seeloknya roti yang telah dimasak terus dikeluarkan dari loyang dan disejukkan di atas redai bagi mengelakkan bahagian bawah roti menjadi lembap kerana udara yang terkumpul. Saya selalu je lupa nak buat ni...

Untuk resepinya saya dah tuliskan dibawah bagi sesiapa yang hendak mencuba. Mohon dihalalkan...


RESEPI ASAS BUN / ROTI
Resepi : Chef Faizal Ng Abdullah
Sumber : Buku MUDAHNYA MEMBUAT BUN

Bahan-bahan :
500g tepung roti / tepung berprotein tinggi
80g gula halus
50g shortening / lemak sayur
20g yis kering
20g susu tepung (jika suka - untuk lebih sedap)
1/2 sk bread improver
1/2 sk garam halus
2 biji telur B / C
300ml air (anggaran)
Marjerin cair secukupnya untuk di sapu di atas roti yang telah masak

Cara membuatnya :
a) menggunakan mesin pengadun
- sediakan mesin pengadun
- masukkan tepung, susu tepung, bread improver, shortening, yis dan garam. Gaul sebati 
Tips : letak yis dan garam berjauhan sedikit sebelum digaul
- masukkan 1 biji  telur dan putar perlahan (kelajuan no 1)
- masukkan air sedikit demi sedikit dan terus uli doh selama 10 minit hingga doh lembut dan licin
- tabur sedikit tepung di meja menguli (saya guna dulang), angkat doh dan uli seketika. Rehatkan doh selama 5-10 minit supaya doh kembang. Tutup dengan plastik supaya doh tidak kering
- setelah doh kembang, tumbuk untuk keluarkan angin dan uli semula 5 minit sehingga doh menjadi licin
- potong dan timbang doh seberat 50g setiap satu
- bulat-bulatkan doh atau bentukkan menjadi seperti yang diingini. Letakkan di dalam dulang yang telah dilenser dan penaikkan dua kali ganda
Tips : letakkan dulang di tempat panas
- pukul sedikit sebiji telur dan sapu arah sehala di atas doh yang telah kembang
- tabur bijan di atasnya.  Bakar 10-15 minit pada suhu 220'C. Setelah masak, keluarkan dan sapu dengan marjerin
Tips : Roti boleh disimpan dalam plastik untuk tahan lama dan mengekalkan kelembutannya

b) menggunakan bread maker
- masukkan semua bahan mengikut susunan dan gunakan menu no 7 (aduan selama 1 jam 30 minit)
- bolehlah diteruskan dengan langkah penaikkan - bentuk - penaikkan dan bakar

Monday, February 17, 2014

Bun Tuna Roll (Resepi Roti Bun Lembut Uli Tangan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Menu roti ni biasanya saya buat untuk makan di sebelah petang sebab biasanya nasi saya untuk sekali makan sahaja, paling tidak pun dua kali masak sebagai bekal. Kebetulan dok skodeng blog Kak Ina terjumpa pulak resepi roti lembut uli tangan. Yang paling saya suka apabila sukatan bahan-bahannya tidak banyak. Hanya 250g tepung sahaja. Itu merupakan satu sukatan yang sesuai untuk saya. Biasanya roti dalam sukatan itu dapatlah 3 kali makan. Punyalah berkenan dengan resepi ni dah dua kali saya buat...

Kali ni saya buat versi tuna bun. Rolla aje adunan yang dah diletakkan inti tuna dan potong jangan sampai putus. Pastu gulung semula dan akhirnya jadi macam bunga.


Masa saya buat roti ni, di CH agak sejuk dan adunan tidak naik dengan baik tetapi roti yang terhasil masih gebu serta lembut. Kalaulah masa buat ni matahari tengah bercahaya terang tentu strukturnya jadi lebih berongga. Tapi tak mengapa, asalkan boleh makan... Kalau dah sehari dua tu, panaskan sekejap dalam oven ia akan jadi lembut semula.

Lain kali saya nak buat versi donat pula... rasanya memang sedap kan Kak Ina. Untuk resepi saya copy semula di bawah. Terima kasih ya...


ROTI BUN LEMBUT ULI TANGAN

Resepi : KakIna

250 gram Tepung Roti / High Protein
50 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

Cara-caranya :-
Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula...
Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih..
Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi...gaul rata...kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang...kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang macam acik ni pun boleh juga... uli guna tangan lebih kurang 5 minit... 
Pastu tutup dengan plastik...biarkan selama 30 minit..
Lepas 30 minit, doh pun dah kembang..
Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit..
Kalau nak letak inti, bulat-bulatkan inti tu dulu...
Isi inti dalam doh pastu boleh susun dalam loyang yang dah dilengserkan dengan margerin...1 loyang acik buat ada inti...1 loyang lagi acik biar kosong aje... tutup loyang dan biarkan selama 45minit - 1 jam..
Untuk sapukan atas doh tu, guna 1 biji telur campurkan 2 sudu besar air atau susu segar...
Bila doh dah kembang baru kita sapukan bancuhan telur tu..
Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 18 darjah celcius atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing..
Bila dah keluarkan dari oven, kita terus sapukan dengan sedikit margerin untuk bagi nampak berkilat..
 

Monday, January 20, 2014

Roti Nan / Roti Tempayan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Godek-godek internet, cari resepi nak buat roti nan. Haritu dah jumpa satu tapi lupa nak save. Bukan apa, masuk minggu ketiga sekolah dah jem nak fikirkan menu untuk bekal. Tahun nak cuba tengok macam mana kuatnya azam nak berbekal ke sekolah. Tengok berapa bulan... berapa lama boleh sustain!

Pernah buat sekali dulu, jadi, kali ni saja nak cuba resepi lain. Jadi saya cuba resepi yang dkongsikan Kak Nonie. Itupun saya hanya buat setengah adunan sahaja.


Setengah adunan yang saya buat ni dapat dalam 6 keping saiz kecik. 4 saya bawa bekal ke sekolah digandingkan dengan kari ayam SEMPOI campak-campak manakala selebihnya saya makan di rumah. Agak tak berapa nak lembut sangat barangkali kerana saya menggunakan sepenuhnya minyak zaitun bagi menggantikan marjerin.

Untuk yogurt tu pula saya gantikan dengan bancuhan susu tepung yang dicampur dengan jus limau nipis. Terbanyak agaknya air limau tu, sampaikan roti nan yang terhasil rasanya agak masam dan ada bau-bau limau.

Untuk gulainya pula (nak kata kari tak rupa kari...) saya hanya tumis rempah kasar dan bawang, masuk rempah kari sikit kemudian santan. Masak je sampai mendidih dan ayam empuk. Bila rasa macam ok... on ajelah. Walaupun tak berapa lembut, sedap jugak kejadiannya bila dicicah dengan kuah. Kalau senang-senang nanti boleh la cuba dengan resepi yang betul pulak.

TQ Kak Nonie. Saya copy semula resepinya di bawah.


ROTI NAN / ROTI TEMPAYAN

Bahan-bahan untuk roti nan
500 gm tepung gandum
1 sudu mauripan - resipi asal tak taruk, saya saja tambah
1/2 sudu teh garam
1 cawan yoghurt (saya guna bancuhan 5 sudu susu tepung + 1 biji limau nipis dan secawan air)
2 sudu minyak sapi (saya guna marjerin jer)

Cara-cara membuatnya
Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan uli sampai lembut. Peram hingga adunan naik. Kemudian uli sekali lagi dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Bentukkan bulat2 dan canai nipis2. Panaskan kuali dan letakkan sekeping roti. Tutup. Agak2 roti dah naik menggelembung, terbalikkan. Bakar hingga masak kedua2 belah roti. Angkat dan hidangkan panas2 dengan gulai pilihan.

Thursday, January 9, 2014

Roti Gebu (Resepi Isma Maisarah FB)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila fikir balik, cipta sejarah jugak saya ni. Baru seberapa hari bulan Januari dah meroti. Bukan saya pun... BM yang buat semua kerja. *_*

Bila tengok Mas upload roti gebu, saya pun terus cuba. Kebetulan ada stok sosej dan crab stick, jadi saya fikir bagus juga terus buat roti, boleh saya makan waktu petang, dah tak payah nak masak nasi, hanya perlu buat bekal sahaja.


Jadi, campak-campak semua bahan ke dalam BM, uli, penaikkan, bentuk, penaikkan dan bakar. Eh kan senang aje tu. Satu adunan banyak jugak ni. Jadi saya buat separuh masak untuk dipanaskan bila nak makan seterusnya. Banyak jugak yang dapat, ada dalam 12 biji rolls, kemudian yang bentuk pizza bun tu dapat 5. Pastu ada lagi ala-ala bun sosej tu dapat dalam 2. Pendek kata memang naik cemuih saya nak menghabiskannya. Bila nak makan, panaskan dalam oven dan ianya akan jadi lembut semula. Kalau nak makan gitu je memang agak liat dan keras sikitlah.


Ini pulak versi crab stick roll. Saja nak cuba kalau selalu asyik guna sosej guna crab stick pun sedap jugak. Lagi sedap bila nak makan tu letak sos dengan mayonis. Yang ni saya bakar separuh masak untuk disimpan makan kemudian.

Yang dibawahnya pula versi bun pizza. Saya sapu dengan sos spagetti cendawan dan susun sosej serta crab stick, lepas tu letak slice cheese. Bila nak makan, saya panaskan dan letak sos dan mayonis. Memang menggebu sungguh, dalam seminggu jugak nak habiskan semua roti-roti ni.

Pada Mas dan Isma Maisarah, tq atas perkongsian resepi ni. Saya copy di bawah untuk rujukan akan datang.


ROTI GEBU 
Resepi :  Isma Maisarah FB
Sumber : Mas

Bahan :
500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)
2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)

Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. 
Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. 
Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kunibg telur..
bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

WATER ROUX

Bahan :
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Cara :
Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.
 

Thursday, November 21, 2013

Roti Sandwich via Roti Naik Pahang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama jugak saya buat roti ni. Oleh sebab oven saya bermasalah, maka saya memutuskan untuk membuat roti yang terus dibakar di dalam BM (dengan menggunakan setting nombor 1 - basic). Saya sebenarnya tak pasti resepi sebenar roti naik Pahang ni. Adakah ia sama dengan roti naik Maktok?  Bila saya Google, terdapat pelbagai resepi roti naik Pahang yang keluar. Jadi saya mencuba resepi yang ada di blog Kak Azie. Cumanya, oleh sebab saya membuat roti ni secara terus, maka ianya terhasil dalam bentuk roti sandwich.

Tengoklah roti yang terhasil. Alhamdulillah naik dengan elok, gebu dan ringan. Cuma di bahagian keliling keraknya agak tebal kerana lupa nak set dia punya berat. Jadi janganlah bandingkan roti saya ni dengan roti yang kat kedai tu, Gardenia ke, Massimo ke, memang kalah la.. -_-


Pandangan dari sisi. Yang geramnya bila buat roti sebegini, selalu lupa nak keluarkan knead setelah selesai dipenaikkan. Bila roti dibakar besama knead, memang susah sikit nak keluarkan sebab roti dah terlekat bersama benda alah tu. Memang geramlah, seb baik dok bahagian bawah..

Di bawah ni pula gambaran di dalam yang selembut kapas. Boleh nampak kan bagaimana urat-uratya? Errr...urat ke? Untuk sebiji ni dapat banyak keping jugak, memang tak habis nak makan sorang. Jadi saya buatkan roti pizza. Nanti saya kongsi dalam next n3.

Cumanya, dengan resepi ni saya rasa rotinya agak manis. Dah rasa dah masa masukkan gula tu, maybe next time kena ejas sikit tang gulanya. Jadi saya copy semula resepi berkenaan untuk rujukan akan datang. TQ Kak Azie..


ROTI NAIK PAHANG




Bahan bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula 
2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin 
1 sudu kecil shortening   
500 gm tepung gandum   
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung  

Cara cara :
Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.
Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.
Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata. 
Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.
Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.
Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit. 

Nota : 
Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.
Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.