Showing posts with label Sarapan. Show all posts
Showing posts with label Sarapan. Show all posts

Wednesday, September 5, 2018

Fluffy Pankek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kata omputeh pankek, kata kita tak berapa nak putih ni macam lempeng la ya. He he he. Pada saya setiap orang mempunyai versi pankek yang berbeza, dan tidak salah untuk mencuba sebarang resepi yang dijumpai. Kata pun suka masak, suka nak mencuba.


Resepi ni saya jumpa masa stalk IQ Surianti Ramli. Macam biasalah screen shot aje dan simpan dulu till masa yang sesuai nak cuba. Oleh kerana saya ni seorang yang membawa bekal ke sekolah, everyday, maka resepi ni pilihan yang tepat untuk memulakan hari. Pertama kali saya buat (gambar atas) saya buat plain aje tak bubuh garam dan gula, manakala yang kedua tu saya masukkan semuanya includes choc chip. Yang plain ni rupanya sedap jugak dimakan dengan sambal hitam.



Saturday, December 3, 2011

Pankek Mayonis


 
Selamat pagi semua. Dah menginjak ke pukul 10...cepat sungguh masa berlalu. Pagi ni sempat kemas2 belakang dapur. Banyak betul harta pusaka yang tersimpan. Kalau ada emak sah2 dah kena bebel sepanjang hari. Tengok2 kat dalam stor ada 2 ekor anak kucing, agaknya baru dilahirkan semalam. Aduh, kan tak pasal2 dah nambah ahli baru kat rumah ni.
Pankek mayonis ni cheq sue buat untuk sarapan. Memang gebu dan lembut sangat. Daripada resepi tu cheq sue buat 1/3 adunan. Cukuplah untuk seorang, dapat dalam 5 keping nipis2. Kalau buat dalam pan agaknya lagi cantik. Cheq sue buat atas ceper aje, tu yang jadi terpenyek. Tapi, jangan dipandang pada rupa, yang penting best.

 
Semalam jugak cheq sue ada cuba satu kek coklat, dan baki toppingnya masih ada. Tu yang semangat nak buat pankek ni, sedap dicecah dengan topping milo (sebenarnya coklat tapi serbuk koko dah habis...so hantam la mana ada....)  Kalau ada jem ke, filling ke, atau apa2 yang difikirkan kena dengan selera boleh aje dicicah bersama, terpulanglah pada kehendak masing-masing.

 
Untuk resepi ni pula, cheq sue gunakan bancuhan susu tepung sebab xde stok susu segar. Alhamdulillah ok aje, xdelah rasa pelik pun. Heeee memandai aje oter resepi orang. Jom..jom sarapan. Pasni nak sedia lunch pulak. Korang apa agenda? Apapun, jaga diri ye... Wassalam...

PANCAKE MAYONIS
Sumber : Izah

Bahan-bahan
1 1/2 cwn tepung naik sendiri (SRF)
1 sudu teh (tsp) baking powder
3 sudu besar gula caster (tbsp)
secubit garam
60g butter , cairkan
1 cwn susu segar
2 biji telur saiz XL (59g)
1-2 sudu besar mayonis

Cara-cara
Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.
Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder.
Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur, juga mayonis. mix menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.
Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.
Gunakan non stick pan and api sederhana, masak pancake seperti biasa.

Friday, July 22, 2011

Megi Goreng Kosong Terpaksa


Assalamualaikum dan selamat pagi...

Cer kowang tgk bekal cheq sue pagi nih...  Ada rasa sebak di dada tak? Semalam, dok pikir2 nak masak ape laaaaaaa untuk dibawa ke sekolah. Selongkar gobok terjumpa sepeket mi segera Cintan. Ape lagi... berdesup la pi dapor... Senang aje masak megi ni... tapi x guna rempah dia tau (memang xde rempah pown)... sendiri bikin punya.

Megi ni betul2 kesian la... lepas pada cheq sue celur... terus aje cheq sue masukkan udang dan minyak, tumis je kejap. kendian masukkan 1 sudu kecik serbuk pati cukup rasa knorr dan kicap. kacau sampai sebati, tunggu hingga udang masak dan dah siap... tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... 5 minit dah siap eh. bila dah siap masak tu dok termenung sekejap... bawang putih bawang merah satu pun tak masukkan. sayur? nehi..... very the terpaksa la me...

He he he... makan moh..

Sunday, June 26, 2011

Seri Kaya Pankek

Pankek, susu dan oren...balance!!

Assalamualaikum, Selamat pagi...
Amboi amboi amboi... masih ramai yang sedang diulit mimpi siang hari ye... Udah udah la tuh... rezeki tak masuk nanti. Ni dek kerana x tidur siang la ni... kan dah dapat makan pankek...Tapi betul jugak bila ada yang kata, weekend ni la nak bermalas-malasan...bersantai-santaian..tak pun berjalan-jalanan... Tapi cheq sue xleh nak sambung tido le pulak tadi...banyak no gangguan... so godek la pankek ni... Hasilnya tak le segebu tuan resepi ni...tapi cukup lembut dan memuaskan. Bakar pun atas ceper je.. Kalau dapat non stick tu sebijik... he he he

SERI KAYA PANKEK
Sumber : DTS Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 camca besar seri kaya (mat guna jenama "Yeo's")
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan susu segar
3 camva besar air
30 gram mentega dicairkan#
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Madu, Strawberry, Seri kaya untuk dimakan bersama pancake#
*** untuk bahan2 ni cheq sue agak2 je nak jadikan 2 keping...kalau buat ikut adunan ni sehari la jawabnya arini makan pankek... :)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalan bekas, satukan semua bahan diatas kecuali bahan bertanda (#), kacau rata hingga sebati dan masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 4 inci dengan sedikit minyak. Tuang 1/3 cawan adunan dan masak dengan api kecil. Tutup dengan tudung periuk, biar hingga permukaan pancake berbuih dan kelihatan kering. Terbalikkan. Masak hingga perang, alih dalam pinggan, buat hingga habis, yang penting guna api kecil.
  3. Hidangkan pancake yang telah siap bersama madu, strawberry atau seri kaya, jika suka...Cheq sue makan dengan sos coklat je

Saturday, June 25, 2011

Sosej Roll High 5


Assalamualaikum...

Selamat pagi kawan-kawan...
Kembali bersiaran dengan n3 masak-memasak.. Orang dah nak tayang lunch..kite baru tehegeh2 nak publish breakfast. He he he
Sebenarnya dah dekat seminggu beli sosej ayam ni. Memang niat nak buat sosej roll. 2 3 kali dah jugak dok kuar masuk esbok. Rotinya pulak dah dua kali beli tapi buatnya tidak jugak. Tapi pagi ni memang kena buat sebab risau sosej tu busuk/rosak dan roti pun dekat2 nak abes tempoh..
Mula-mula tak tau petua nak buat sosej roll ni. Selalu kalau buat mesti oily dan melekit2 je. Makan suka, buat tak pandai. Aissshhhhh malu betol orang tua ni. Tapi sekarang...tak lagi! Macam iklan pulak yerrr.....
Cheq sue pasti ramai yang biasa buat ni terutama untuk sarapan. Tentunya sedap dimakan panas2 bersama sos cili dan mayonis... Mmmmm teh O suam tu jangan lupa ye... Tapi cheq sue x buat la pulak teh O nye...buat jus je..



SOSEJ ROLL
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- sebungkus roti
- sebungkus sosej
* sosej tu agak2 la untuk roti, cheq sue belah dua... nak ngabes stok la katakan
- telur dan breadcrumbs secukupnya

Cara membuatnya :
- kukus roti seketika sehingga lembut
- kemudian, gelek sehingga nipis dan gulungkan bersama sosej
- celupkan gulungan roti ke dalan telur dan golekkan ke dalam breadcrumbs
- goreng seketika menggunakan minyak sedikit dan api perlahan



Sunday, May 29, 2011

Sarapan : beli je

Selamat pagi semua...
 hari ni terawal lak bangun (aikssss)... sebenarnya dah janji ngan member nak pi buat allignment keter tapi di pospon plk. so ape lagi...kemas2 umah le dulu. 3 beradik tu tengah dok sedap berdengkur... akak dah xleh join... x baik weh anak dara asik berlingkau jerk..


pagi ni cheq sue bersarapan dengan murtabak ayam yang dibeli semasa ke pasar malam semalam. bungkus siap2 dan simpan lam peti sejuk. sebiji ni harganya RM2...mmmmm agak murah jugak sebab harga biasa RM2.50. cheq sue pi tu pun dah lewat, ada gerai yang dah tutup, tu yang dapat murah. sepanjang hidup ni, xde lagi yang dapat menandingi kesedapan murtabak made in kelantan ni. kalau di CH, murtabaknya penuh dengan kobis...harga je mahal tapi hampeh... kalau beli di Ipoh, isinya kering aje... kat tempat lain wallahu'alam... kot ada yang sedap lagi tak tau..
atas meja, dah siap satu jag air teh... memang cheq sue ingat dari kecik sampai sekarang dah tak berapa kecik ni, mek memang sentiasa sediakan air teh ni every morning. sebelum dia pi motong memang dia akan buat sesiap (bertuah kan? bukan anak buat kat emak....huuuuuuuuuuuu). bukan ape, dia pepagi biasa makan dulu, tu yang dia buat lebih... (ayat cover). sebab tu la kami adik beradik ni suke bebenor la ayor teh ni..
jom layannnn............


Thursday, May 12, 2011

Sarapan : Pulut Ikan Kering

Assalamualaikum semua...
Petang semalam, CS ke Brinchang, kawan nak isi minyak sebab nak balik kg minggu ni... Ingatkan pi kejap aje tapi pukul 10 baru sampai balik rumah. Sebabnya.... ada kebakaran dekat sana, abes jugak 6 7 bijik rumah berangkai, hangus semua.. tu yang ralik... kesian tgk mangsa kebakaran tu... ada gak amek gambo, tapi xleh nak bluetooth la pulak... nanti tgk kat paper ada ke tak citenyer...


berbalik pada N3 arini...simple je tapi menjadi kesukaan CS ever n ever... sebab malam tadi dah penat sgt nak masuk dapo, CS tanak pulut ni pagi tadi. agaknya ada kot yang terbau aroma ikan kering menusuk hidung. pastu parut kelapa pun pagi tadi jugak. (mintak mahap la ye kot ada sape2 yang terganggu...)
resepinya simple je...tapi kalau ada siapa yang tak biasa tanak pulut, boleh jadi mentah / kurang masak. CS pun baru2 je pandai tanak pulut ni...xde sukatan yang spesifik tang air dan pulut tu... CS ada jugak bertanya pada mek, macam mana nak dapatkan hasil yang memuaskan ni...
Antara petua-petua nak tanak pulut ni adalah :
  1. masukkan air jangan terlalu banyak - agak2 dalam 2 cm dari paras pulut
  2. masuk air secukupnya (mcm masak beras biasa), pastu bila dah mendidih, buang air tu agak2 sehingga kering, kemudian kecilkan api
  3. masa menanak pulut ni seboleh-bolehnya guna la api kecik (sabar itu separuh daripada imannnnn)
  4. pastikan tutup/tudung periuk tahan wap, maksudnya wap panas x boleh keluar sebab wap ni lah yang akan masakkan pulut tu bila dah tutup api (mula2 belajar tanak pulut dulu, CS letang ibu lesung kat atas tutup periuk ni... heeeeeee) 
  5. kalau guna rice cooker lagi senang sebenarnya, pastikan air sedikit dan tunggu je siap. CS suka tanak pulut guna dapo gas je, bau dia lagi wangi (ye ke?????)
  6. * kalau kata x kompiden jugak, senang2 pulut tu dikukus je... abes citer... :)
Harap2 petua yang sedikit ini dapat membantu kawan2 (yang sudah lebih terrer dr CS pastinya)...