Showing posts with label Special. Show all posts
Showing posts with label Special. Show all posts

Thursday, September 3, 2015

Perpisahan Ini Terpaksa Ku Relakan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Susah sungguh rasanya nak bercerita. Tak terluah kata-kata untuk dikongsikan. Perasaan yang hiba, yang sesungguhnya berduka, tetapi apakan daya ini adalah perpisahan yang tidak mampu lagi dielak. Kerana apabila tertulis SAYA YANG MENURUT PERINTAH, maka mahu atau tidak perlu diturutkan juga. Agaknya perasaan yang sama juga dirasai oleh kawan2 SEMEKAR yang lain apabila terpaksa berpisah dengan Puan Pengetua yang bakal berpindah ke SMK Sultan Ahmad Shah setelah dinaikkan pangkat. Walaupun sekolah itu masih di dalam daerah yang sama, di mana kami berkongsi udara yang sama, yang pasti keadaannya tidak akan sama lagi...


Pada hari Jumaat, 29 Ogos merupakan hari terakhir beliau (Pn Nachammal a/p Nachimuthu) di SEMEKAR. Sebelum balik sekolah, kami semua bersepakat bertemu dengan beliau, bersalam-salaman dan memohon maaf atas kesilapan. Sesungguhnya kenangan 6 tahun bersama beliau sangat banyak memberi tunjuk ajar dan pengajaran pada kami semua.


Wednesday, November 26, 2014

UPSR 2014 : Tahniah Mirza Ayuni, Nur Aisyah & Amani Najihah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Keputusan UPSR diumumkan pagi tadi. Setelah menempuh kontroversi semasa pelaksanaan peperiksaan, akhirnya yang ditunggu2 sudah tiba. Saya sebenarnya agak kebingungan. Bukan apa, ingatkan keputusan keluar esok (27 November) tapi bila tengok tv, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sedang membuat sidang akhbar tentang pancapaian UPSR tahun ini bebanding tahun lepas, barulah saya ingat. Hari Rabu, hari penentuan rupanya.

[Mata bengkak, air mata gembira]



Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri 1435H / 2014

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Nampaknya Ramadhan semakin meninggalkan kita, dan sudah tentunya Syawal pula yang akan menjelma. Sayunya rasa hati, moga2 selepas ini segala kebaikan dan perubahan yang berlaku semasa Ramadhan akan terus dikekalkan. Saya berdoa agar segala amalan baik ini dapat diistiqamahkan sebaiknya.

Bercerita tentang hari raya, saya mendoakan kepada semua agar segalanya baik2 sahaja. Nak balik kampung ni, berhati2lah di jalan raya. Bukan kata pada semua malah  untuk diri sendiri juga. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Dikesempatan ini, saya mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf jika ada terkasar tulisan yang mengguris hati dan perasaan semua pembaca CTS. Mana2 n3 yang dikomen, jika saya tidak membalasnya atau tidak membuat kunjungan semula, harap maafkan kekurangan saya itu. Sesungguhnya kadang2 masa sangat mencemburui saya untuk berlama2 di laman maya.Bersempena cuti raya ni juga, CTS akan bercuti seketika, tengoklah berapa hari sebab balik nanti pun tak bawak lappy. Jangan rindu2 pulak ya!

Pada teman2 yang ada di Kelantan, jemputlah ke rumah jika berkesempatan. Mudah sahaja, kampung saya di laluan Jalan Pasir Puteh - Machang. Silalah datang...

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin

Oppssstt : GA CTS masih berjalan, jangan segan2 nak join ya!

Wednesday, July 16, 2014

Pemberian Istimewa Dari Oman ^_^

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lamanya tak update blog. Aduhai... entah ke mana perginya semangat nak menulis. Bukan kata tak cuba tapi sebaris ayat pun tak tertulis. Kadang2 tu bila on lappy, sat kendian terus je off semula. Tak tahulah, banyak sangat perkara kat kepala ni, bila fikir tak terjawab, tu yang tak ada mood nak ngadap lappy. Maaf ya kawan2... tak sempat pun nak BW. Buat pengunjung yang datang ke CTS pun, terima kasih banyak-banyak. Semoga anda mendapat manfaat dari apa yang telah saya kongsi.

Jadi setelah 3 hari, saya upkan satu n3 lah hari ni. Yang gembira, yang membuatkan saya tersenyum suka. Pertamanya terima kasih kepada blogger Mala yang sudi mengirimkan ole-ole dari Oman. Tak pasti pulak Mala ni balik bercuti ataupun balik terus ke Malaysia. Asalnya dulu Mala ada tanya, kalau nak FM dari Oman bolehlah bagi alamat pada beliau. Tak sangka pulak ada benda lain lagi yang dibaginya.


Balik dari mesyuarat di PD, kawan datang bawa kotak kecil, di belakangnya tertulis KURMA. Ewahhhh, kata diorang kurma pun nak beli online. He he he. Kemain excited nak buka bungkusan tu, sekali keluarlah memenda seperti di atas tu. Muscat Duty Free... plastik ni pun kena simpan ni...


Inilah stuff yang didatangkan khas dari sana. Ada kurma, serbuk puding karamel dan jugak tomato paste. Haaaaa amik kau, semuanya dalam bahasa Arab. Pasni nak kena godek blog Mala la pulak nak buat benda2 ni.


Alhamdulillah... ada rezeki jugak nak rasa kurma dari Oman, kurma ori kata kekanda rumah saya. Rasanya agak berkrim dan lembut. Memang manis sangat. Bijinya pun kecil saja. Boleh la kongsi dengan kengkawan. Pastu simpan sikit nak bagi mek dengan cek rasa.


Bahagian belakang. Best Omani Dates. Bila tengok gambar kurma tu teringat kurma di Kota Bharu. Katanya minggu depan nak bagi-bagikan. Harap2 ada rezeki nak rasa.


Ini yang paling saya suka. Yang paling ditunggu2. FM okeh... tambah lagi satu koleksi. Comey je. Bila dapat ni makin semangat rasanya nak beli peti sejuk. He he he...

Buat Mala, terima kasih banyak2... moga Mala sekeluarga berbahagia selalu. Dan juga semoga hubungan Maya kita ini akan berterusan.... 


Thursday, March 20, 2014

Kegembiraan & Kejayaan Berganda... Alhamdulillah!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah...
Alhamdulillah... 
Pujian pada Allah Yang Esa...dan Yang Maha Besar

Bagaimana?
Dah dapat keputusan SPM kan? Haaaa, tengok tu, masing-masing tersenyum simpul. Aduhhhh manis sungguh senyuman yang terukir sebagai tanda meraikan sebuah kejayaan.

Begitu juga dengan saya. Syukur sangat-sangat dengan keputusan SPM yang diperolehi tadi. Seperti yang saya sasarkan, pelajar yang saya target untuk mendapat A telah berjaya. Tak ramai, dua orang je pun. Tahniah kepada Kwan Wen Fui yang mendapat A dan Mazuin yang mendapat A-. Yang sebelum ini saya target Lis untuk A, hanya mendapat B+ sahaja.
Pengetua meraikan kejayaan SPM. Dapat kek free dari PPD

Pada tahun ini, secara keseluruhan pencapaian pelajar agak memuaskan. Tahun 2012 GPMP adalah 5.56 tetapi pada 2013 telah meningkat kepada 3.94 kerana kebanyakan pelajar berada pada tahap B+ dan C. Syukur sangat-sangat. Rasanya inilah pertama kali dalam tempoh 10 tahun subjek saya berada pada angka 3 dalam pencapaian GPMP.
Penyampaian sijil pada pelajar yang mendapat 11A, Jamuna

Untuk Pendidikan Moral pula, seramai 27 pelajar mendapat A pelbagai tahap dan hanya dua mendapat B+. Haaaa rasa nak terkejut pun ada bila katanya 27 dapat A. Seumur hidup belum pernah weh! Tapi saya percaya keupayaan pelajar tahun lepas memang berada pada tahap maksima (mereka juga merupakan pelajar cemerlang PMR 2011). Apapun tahniah la... hilang dah segala kerisauan di hati.

Secara keseluruhan pencapaian sekolah adalah pertama di dalam daerah. Seorang mendapat 11A manakala pelajar cemerlang seramai 24 @ 25 orang. In Sha Allah saya akan update nanti.
Kapten pasukan menerima piala pusingan MSSD di padang. 

Pengetua bersama guru-guru yang terlibat dengan MSSD. Tengok semuanya senyum lebar.

Sebagai mana kejayaan dalam peperiksaan SPM 2013, begitu juga kejayaan dalam MSSD yang mana sekolah telah mengekalkan kejuaraan tahun lepas. Tahniah pada semua yang terlibat, para guru, atlit dan juga staf yang banyak menyokong. SEMEKAR The Power!! Power!! Power!! Power!!

Semoga SEMEKAR dapat mengekalkan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan juga sukan...

20 Mac : Dua Acara Penting

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

 [Mazuin, Lis, Masnita. Nazira dan Khor Pey Ching - 5 MPV 2013]

Umum mengetahui bahawa hari ini merupakan tarikh keluarnya keputusan  peperiksaan SPM tahun 2013. Bagi saya, debaran SPM 2013 adalah tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau biasa saya hanya mengajar satu kelas tingkatan 5, tetapi tahun lepas saya mengajar dua kelas, dua mata pelajaran. Kelas pertama dan kelas paling hujung, berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar semasa mengajar MPV Tanaman Makanan dan Pendidikan Moral. Harapnya dapat mencapai sasaran yang ditetapkan pihak sekolah selain sasaran peribadi yang saya sandarkan kepada dua tiga orang pelajar dalam kelas tersebut.

Selain keputusan SPM 2013, hari ini juga menyaksikan hari terakhir kejohanan sukan (balapan dan padang) peringkat Daerha Cameron Highlands yang di  adakan di SEMEKAR. Antara tiga buah sekolah menengah, SEMEKAR bersaing hebat dengan SMK Ringlet yang semakin menghampiri jumlah kutipan pingat emas. Para atlet sedaya upaya mahu mengekalkan piasa kejuaraan tahun lepas. Walaupun kebanyakan atlet agak keletihan dan ada yang mengalami kecederaan kerana jarak sukantara dan MSSD berturutan, saya amat kagum dengan semangat juang mereka yang tinggi. Saya terlibat secara langsung sebagai pembantu penyelaras hadiah dan nampaknya hari ini tidak dapat bersama-sama memberi semangat kerana terpaksa menguruskan pengambilan slip SPM dan membuat analisis.

Buat semua warga SEMEKAR, saya doakan yang terbaik dalam MSSD dan juga SPM 2013.

Duhai hati, hilangkanlah debar yang ku rasa ini...

Friday, January 31, 2014

Selamat Tahun Baru Cina

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selamat tahun baru buat semua penganut agama Buddha, pada rakan-rakan blogger terutamanya. Semoga tahun ini akan memberikan lebih banyak tuah @ ong untuk anda. Saya harap pada tahun kuda ni budak-budak di sekolah akan berperangai lebih baik dan lebih rajin...


Ramai yang bercuti, termasuk saya. Semasa balik semalam, ada banyak kenderaan di jalanan. Pastinya yang sama balik kampung seperti saya. Seperti desas desus sebelum ini, cuaca di Pantai Timur agak sejuk, sehinggakan ada yang membuat gambar kononnya turun sajli di Kuala Krai dan Besut. Kalaulah betul...

Semasa lalu di Kuala Krai, dalam pukul 11 lebih, memang la rasa suhu agak dingin walaupun ada matahari. Memang rasa sejuk jugaklah, tambah-tambah di kawasan tu memang kawasan berbukit. Untung orang Kuala Krai tak payah nak berpanas.Bersyukur dengan nikmat Allah...

Apapun, selamat bercuti!

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul1435H

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

 


Biodata ringkas dan salasilah Nabi Muhammad S.A.W.


Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ‘ abah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim


Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Tarikh Kewafatan: Hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H / 8 JUN 632m

Tempat Wafat: Madinah Al - Munawwarah
Usia: 63 tahun


Bentuk Fizikal: Baginda Digambarkan sebagai seorang yang tegap, Ketinggian sederhana, Tidak Terlalu Tinggi Tidak Terlalu Rendah.
Baginda Berkulit Putih Kemerah merahan.
Wajahnya Tampan, Rambut Nabi S.A.W Tidak Terlalu Kerinting Tidak Terlalu Lurus, Rambutnya Ikal dan Mencecah Bahu.
Kata-kata Baginda Lembut tetapi Bernada Tegas.
Baginda Memiliki bola mata yang Hitam Pekat, Bulu Mata Yang Lentik serta Bahu Yang Lebar, Dada Baginda Berbulu, Telapak Tangan Dan Kaki Baginda tebal.
Ketika Berjalan, Baginda Seakan - akan Berjalan Menuruni Tanah Yang Lanai. Ketika Menoleh,Baginda Menoleh(berbalik) Dengan Seluruh Badan.
Diantara kedua Bahu Baginda Terdapat Tanda Kenabian.

Warna Kegemaran: Merah, Hijau, Putih

Makanan Kegemaran: Bali, buah kurma, buah tin dan buah anggur.

Sukan: Menunggang Kuda, Memanah Dan Berenang.


USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua - ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
  • Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
  • Khadijah Binti Khuwailid
  • Saudah Binti Zam ‘ ah
  • ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  • Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  • Zainab Binti Jahsy
  • Maimunah Binti Harith
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin '- Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH.

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN.
1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
  • Al-Harith
  • Muqawwam
  • Zubair
  • Hamzah - (**)
  • Al - 'Abbas - (**)
  • Abu Talib
  • Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
  • Abdul Ka ‘ bah   
  • Hijl
  • Dhirar
  • Umaimah
  • Al-Bidha (Ummu Hakim)
  • 'Atiqah - (#)
  • Umaimah
  • Barrah
  • Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) 

(**) Sempat masuk Islam.
(#)  - Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas RA)




 [Sumber]

Wednesday, January 1, 2014

Satu.Satu.Dua Kosong Satu Empat : ISTIMEWA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menghirup nyamannya udara hari ini. Harapannya semoga hari ini lebih baik daripada semalam di dalam semua perkara. In Sha Allah. Apa yang istimewanya 1.1.2014 ni? Selain hari ini merupakan hari ulang tahun sahabat karib saya Mok Ja dan 'si dia' yang telah saya lepaskan pergi (selamat ulang tahun, semoga berbahagia selalu!)... pada tarikh ini juga merupakan cukupnya 10 tahun saya mengajar di Cameron Highlands. 10 tahun? Bukan jangka masa yang sekejap. Terlalu banyak perubahan yang berlaku... Meh saya nak imbas kembali...

Selepas tamat pengajian di Maktab Perguruan Batu Pahat pada 2003, saya sebenarnya sudah dapat menjangka di mana saya akan ditempatkan kerana bagi opsyen yang saya ambil, hanya ada beberapa sekolah yang baru dibuka. Tetapi sebelum sampai surat penempatan, saya tidak mahu berfikir kerana tempat yang ada dalam fikiran saya tu seboleh-bolehnya saya tidak mahu.

 Tahun 2005, mewah dengan bunga...

Saya masih ingat, semasa menerima surat tersebut, di rumah baru sahaja selesai mengadakan kenduri arwah (40 hari) datuk saya. Dia tiada untuk menyaksikan saya mendapat kerja. Di sepanjang hayatnya... dia mengimpikan saya untuk menjadi 'pegawai' paling tidak pun menjadi misi atau staffnurse. Al-Fatihah... Dan seperti yang saya jangka, memang tempat saya untuk berkhidmat di CH. Saya menerimanya dengan redha. Di mana saya diletakkan di situlah saya akan berbakti.
Tahun 2006, sambutan Hari Guru.

Jadi pada pagi 1.1.2004, berangkatlah saya bersama mek dan cek dengan menaiki kereta Kancil dipandu bapa saudara saya menuju ke CH... melalui Jalan Tapah dan kami menginap di Hotel Iris, Brinchang. Masa tu cuacanya sangat sejuk sehingga tidur pun terganggu... Saya ingat pada tahun 1999 saya mengikuti lawatan ke CH, betapa sukanya dapat menikmati cuaca sejuk rupa-rupanya saya akan berkerja di situ suatu masa nanti... *_*

Tahun 2007 di KOT..tahun ni rumah Beta jadi juara. Sekarang padang ni dah tak ada, dah didirikan sekolah rendah di kawasan ni.

Pagi 2.1.2004, berangkat pula saya menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Raja dan terlebih dahulu singgah sarapan di Kedai Pak Hassan. Sempat berbual-bual seketika sebelum melapor diri. Semasa sampai, saya disambut oleh kerani sekolah, Cik Chong. Pengetuanya pada masa itu adalah En Yong Leong Meng. Dari apa yang dinyatakan, sekolah ini majoriti pelajarnya adalah Cina sementelah pula kawasan berkenaan memang ramai penduduk bangsa itu.
Tahun 2008, antara yang cemerlang. Dua calon MPV mendapat A

Selesai melapor diri, saya masuk ke kuarters. Nasib baik juga pada ketika itu ada rumah kosong. Maka operasi pembersihan bermula. Dengan kereta Kancil tak banyak barang yang dapat dibawa, hanya yang asas sahaja. Saya masih ingat, hanya ada sehelai tikar buluh, sebiji bantal dan sehelai selimut nipis (berjalur Singapura). Pakcik saya membeli teh dan dapat hadiah percuma set cawan 4 biji. Semasa mek dan cek tinggalkan saya, hanya ada sebungkus biskut kering dan sebotol air masak sahaja.
Tahun 2009, KOT di Tanah Rata. Tahun ni dah mula tudung segera @ awning...

Berlinang air mata... menangis kerana tinggal sendiri. Pada umur 24 tahun akhirnya saya memulakan hidup berdikari sendiri di tempat orang. Malamnya bayangkan bila tidur berselimutkan kain nipis...lagilah laju air mata bercucuran. Dari situlah kehidupan sebenar bermula. Saya ingat lagi keesokannya Mok Ja dan Naim (masa tu baru je boleh jalan) datang ke rumah, mengajak saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Selepas itu beliau memberikan saya tilam dan selimut tebal. Dan dari situ jugalah persahabatan bermula... TQ Allah... TQ dear...
Tahun 2010, bawa budak ke perkhemahan di Maran

Tahun pertama mengajar memang terlalu banyak pengalaman. Saya menjadi guru kelas tingkatan 4MPV. Dengan suasana yang agak asing, di mana di dalam kelasnya hanya pelajar Cina dan India, agak susah juga nak sesuaikan diri. Masuk 3 hari persekolahan, tombol pintu tercabut. Bayangkan... Pernah sekali semasa musim perayaan Tahun Baru Cina, satu raga dibawanya limau ke sekolah, bukan nak bagi pada cikgu-cikgu, tetapi di makan di dalam kelas. Pernah juga membawa dapur stimboat dan memasaknya di dalam kelas. Begitulah cabarannya... Selain itu terpaksa juga mengajar Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani untuk mencukupkan waktu P&P.

Tahun 2011... tahun boleh tahan!

Saya ingat pada tahun berkenaan tak putus air mata bila keluar dari kelas berkenaan. Setiap hari masuk ke kelas dengan peruntukan 12 waktu terasa sangat menyiksakan. Saya masih ingat kata seorang guru pakar Matematik pada ketika itu Cikgu Tan... dia banyak memberi nasihat pada saya... begitu... begini... Sekuat mana pun saya menyorokkan perasaan sedih saya, tetap nampak di muka katanya...

Dinner di EQ... meriah. Tengok badan membesar dengan jayanya!

Kini... setahun demi setahun... saya belajar dari pengalaman. Sedikit demi sedikit saya dapat sesuaikan diri dengan persekitaran, budaya dan pelajar di sini. Alhamdulillah...tiada lagi air mata. Harapnya selepas ini dapat berkhidmat di negeri sendiri pula... Doa-doakanlah!
Tahun 2013, tahun kedua calon perempuan MPV. Antara pelajar yang terbaik pernah dimiliki!

Dan esok, 2.1.2014, bermulanya sesi persekolahan pada tahun ke 11 saya di sini. Semoga segalanya dipermudahkan....

Buat semua kawan blogger, selamat tahun baru 2014, semoga tahun ini mejadi lebih baik dari tahun sebelumnya... semoga dirahmati Allah selalu dan semoga gembira sentiasa...

Monday, August 12, 2013

Riang Ria Raya 2013

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hari ni merupakan hari kelima kita merayakan Aidilfitri. Rasanya dah ada di antara kita yang telah memulakan tugas setelah bercuti. Macam mana dengan sambutan Aidilfitri? Tentunya masing-masing punya banyak cerita yang mahu di kongsi. Saya tak ada cerita sangat pun, tak jalan ke mana. Sedara semua dok sini-sini aje. Sorang-sorang nak jalan pun rasa pelik, kan! Naik segan jadinya.


Siapa yang paling gembira bila tiba masa main bunga api. Semasa menjelang raya tu, memang banyak rumah yang menyalakan bunga api dan juga mercun. Hiruk pikuk tu jangan cakaplah, bergegar satu kampung.


Ammar. Dalam sibuk2 kakak mencuba tudung, dia pun nak pakai jugak. Sekali tengok haaaaa nampak cam budak perempuan pulak.


Keluarga kakak saya. Yang lain tak tahu la di mana. Susah kemain nak ajak bergambar.


Pada 1 Syawal tu saya sediakan mee bandung. Alhamdulillah rasa ok juga. Selain tu ada la jugak biskut raya sesikit. Tahun ni kat rumah jugak kami buat ketupat manis dan ketupat kacang selain ketupat tawar yang dicicah dengan manisan tebu.


Hari Raya kedua. Cukup semua keluarga sebab yang di Terengganu pun dah sampai malam sebelumnya. Saya sengaja melebihkan gambar Maisara yang bukan main susah nak di ambil gambarnya. Buat semua, salam Syawal....

Hampir 1 jam menaip nak siapkan n3 ni. Huh..blur sungguh.

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sunday, July 28, 2013

Tiga Puluh Tiga Tahun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Seketika saya mengambil masa untuk bersiaran. Bercuti tiga hari, pelbagai aktiviti yang dibuat. Memang tak sempat nak online kerana tuntutan kerja yang lain. Hari Jumaat tu saya ke Ipoh membeli apa yang patut. Sabtu pulak siapkan projek menjahit, mengoter baju. Hari ni pulak dimulai dengan ke Gua Musang, balik sambung buat biskut sikit. Rasanya dalam kesibukan dan kepenatan, saya ingin menulis sesuatu buat kenangan pada ulangtahun saya yang ke 33 hari ini.


Ya...saya sudah 33 tahun hidup di dunia ini dan Alhamdulillah syukur pada Allah SWT yang masih memberi peluang buat saya menghirup udara di bumiNya. Pertambahan usia setakuk ini pastinya memberi lebih banyak ruang kepada saya untuk membaiki diri. Saya sedar, saya insan yang lemah dan banyak kekurangan. Banyak kesilapan yang telah saya lakukan. Maafkan saya...
 
Pastinya juga tak ada apa yang perlu diperbesarkan. Tentang perasaan saya yang libang libu ni, suka duka, saya tak mahu orang bersimpati dengan apa yang telah berlaku. Pastinya di sebalik senyuman saya tak mahu orang tahu ada kelukaan yang mendalam. Cuma apa yang saya harapkan, saya tidak menyusahkan sesiapa dan dapat terus menjalankan tanggungjawab pada kedua ibu bapa saya yang sangat saya sayangi. Saya mahu mereka bahagia. Dan yang pastinya masih ada banyak yang saya harapkan untuk di capai.

Buat teman2 yang mengingati tarikh ini, terima kasih banyak2. Selamat berpuasa.

Sanah Helwa Ya Suhaila....

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sunday, June 30, 2013

Gomo Kelate Gomo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Umum mengetahui yang Kelantan telah menjadi juara Piala FA 2013 dengan menewaskan JDT 1-0  di Bukit Jalil malam tadi. Saya sendiri menontonnya di rumah bersama kawan-kawan. Ramai yang berada di Bukit Jalil, tak kira penyokong TRW atau JDT. Saya sudah tentulah menyokong Kelantan. Nak kata minat tak la minat sangat tapi sesekali layan bola, memang kecoh la. Juara menjerit a.k.a bertempik sudah tentunya. '_'


Tahniah pada pasukan Kelantan. Walaupun tak dapat mengekalkan treble 2012 tetapi dengan piala yang pertama ini sekurang-kurangnya memberikan senyuman lebar kepada semua pencinta bola sepak Kelantan. Kelantan dan bola sepak...semua orang tahu!

Jangan tanya saya rentak permainan mereka. Yang saya nampak kedua-dua pasukan memberi persembahan semaksimum mungkin untuk menjadi juara. Beberapa aksi merbahaya yang dilakukan memang nampak menyakitkan terutama insiden Khairul Fahmi yang tersembam...kalau tak kena gaya leh patah hidung mamat tu.

Jadi tahniah sekali lagi. Teruskan usaha pula untuk Piala Malaysia nanti. Gomo Kelate Gomo!

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru ^_^

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
16 Mei, tarikh keramat, tarikh istimewa buat semua yang bergelar guru atau pendidik. Pada tarikh ini di setiap tahun, sambutan Hari Guru diadakan sebagai meraikan para guru yang banyak memberi tunjuk ajar pada anak-anak didik mereka. Walaupun pada masa kini pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, profesyen keguruan tetap dimartabatkan pada aras tertinggi. Segala keluh kesah bidang pendidikan sebolehnya dihadapi dengan tenang dan sedaya upaya.


Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke 10 saya bergelar pendidik. Jangka masa 10 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Dah terlalu banyak yang dihadapi walaupun hanya 1 sekolah sahaja saya bertugas setakat ini. (Masih juga memasang impian untuk berkhidmat di negeri sendiri InsyaAllah). Segala suka duka ini akan selamanya tersemat di dalam hati. Bersempena hari ini, bukan hadiah atau penghargaan yang diingini, cukup sekadar ucapan terima kasih dan kejayaan yang diberikan.

Buat semua warga SEMEKAR, saya ucapkan selamat hari guru, semoga terus sukses dalam apa jua yang kita buat. Semoga kita semua akan terus aman harmoni di dalam pergaulan juga bersama anak-anak pelajar kita membina impian. 

Buat guru-guru yang banyak mendidik saya, di SK Telosan, SMK Jeram, Matrikulasi Yayasan Pelajaran Johor, Universiti Putra Malaysia dan Maktab Perguruan Batu Pahat, kerana jasa andalah saya berada di sini. Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan pada saya dan terima kasih dari hati ini.

Buat kakak saya di Kuala Lumpur, selamat hari guru juga diucapkan, semoga beliau beroleh kesejahteraan sentiasa untuk meneruskan perjuangan. Dan kepada rakan-rakan blogger seperti Nuni, Cheq Da, Nur, Kak Hana dan Kak Amie (sekadar menyebut nama yang saya tahu) selamat hari guru buat anda semua.

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~