Showing posts with label Ayam / Itik / Burung. Show all posts
Showing posts with label Ayam / Itik / Burung. Show all posts

Wednesday, December 23, 2015

Ungkep Ayam Style Jawa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sebenarnya dah jemu bila bercerita tentang lauk berasaskan ayam. Rata2 daripada kita makan ayam paling kurang 2 @ 3 kali seminggu. Saya sendiri pun memang sentiasa ada stok ayam di dalam peti sejuk. Kadang2 memang buntu memikirkan nak masak apa.  Kalau yang simpel selalunya goreng kunyit aje, tapi jemu jugak kan makan yang samaaaaaaa saja.

Sesekali nak juga rasa lain sikit bila makan. Jadi kebetulan nak masak ayam saya cuba la resepi ungkep ni. Memang dah ada dalam buku resepi , salin siap2 bila nak cuba tu senang. Resepi ungkep ni biasalah, popular di selatan dan memang femes di kalangan orang2 Jawa. Betul ke statement ni? Kalau belah2 Kelantan idoknye deme tahu pasal ungkep2 ni semua.


Saya masak macam biasalah, masak kurang pedas dan guna dua tiga ketul aje ayamnya. Sekali masak sempatlah dua kali makan. Tapi macam pelik jugak kenapa ayam ungkep saya ni macam melekat melekit sikit, rasanya macam dah banyak dimasukkan air. Tapi pada saya boleh je masuk ke mulut. Cuma lagi best kalau dapat makan dengan pulut kuning. Adeehhh tetiba terliur pulak. 


Wednesday, April 29, 2015

Ayam Bakar Suka Suki

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ayam bakar ni saya godek2 suka hati saja, sebabtetiba je rasa nak makan. Beli ayam sebelah, dan separuh bahagian dada tu saya perap serta bakar. Malamnya saya makan sikit dan esoknya bawa bekal ke sekolah. Yang sebenarnya dah agak lama tak masak ayam saiz camni, rasa macam pelik pulak.


Kejadian keesokannya. Bawa ke sekolah sekali dengan pisau apa tu sumer. Sos guna Thai dip dengan mayonis. Tapi biasalah makan benda sejuk ni tak berapa nak masyuk sangat, sebab gigi pun terkejut. Tapi rasanya agak boleh tahan...


Tuesday, March 3, 2015

Ayam Bumbu Bali

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lari sikit dari menu ayam biasa. Kali ni buat ayam bumbu bali, yang dah lama nak try. Tak banyak, hanya guna ayam 4 ketul, makan dua kali. Rasanya sedap jugak, complete meal sebab saya masukkan ubi kentang sebagai sayur.

Uniknya lauk ni selain rempah2 yang digunakan, ia juga menggunakan susu cair yang mana saya rasa sangat unik kalau digunakan. Tapi saya tak masukkan buah keras sebab tak ada kat rumah. Kalau masukkan mesti jadi lagi lemak ayam ni. Walau bagai mana pun perut saya tak tahan mana dengan susu cair jadi saya hanya masukkan sikit je. Untuk kuah tu saya masukkan lebih air.


Memang puas hati dapat makan. Cuma kalau nak buat lain kali kena lebihkan kuah sikit, bila pekat2 ni a pun rasa nak tersedak aje........


Wednesday, February 4, 2015

Ayam Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Menu ni walaupun ringkas tetapi sangat memuaskan hati. Dua tahun di Johor, menu ni banyak dihidangkan semasa makan tengah hari atau makan malam. Saya secara jujurnya memang menggemari masakan sebegini jika dibandingkan dengan masak kicap biasa. Aroma rempah 3 beradik yang digunakan serta tumisan cili giling menambahkan lagi kick masakan ni.


Bila beli ayam, saya memang dah set untuk buat masakan ni. Cuma versi saya mestilah berkuah sedikit sebab nak panaskan banyak kali... Lagi pula saya dah tak perlu masak lauk lain dah... Cili kering yang sya guna tu jenis besar yang dibeli di Kelantan, maksudnya tak berapa pedas serta warna yang lebih gelap. Sebab tu la kalau tengok hasil kejadian ayam masak kicap pedas saya tu lebih kehitaman. Jangan terpedaya okeh, ianya langsung tak pedas! Pedas2 manja saja..


Tuesday, February 3, 2015

Sup Ayam Ala Thai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kalau tengok n3 awal2 semua pasal lauk ayam. Nak buat macam mana, beli ayam sekor, pastu takde ikan atau daging thats why la semua berasaskan ayam. Jemu tak jemu belakang kira, sebab itulah kena masak versi lain2...kan bosan lak makan yang rope itu aje.


Saya kalau buat sup tak berapa suka yang biasa2 ni dan saya lebih prefer sup yang masam2 sikit, yang ada jus limau atau asam keping... yang bubuh lengkuas.


Wednesday, January 14, 2015

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ayam masak halia, menu yang ringkas dan berkhasiat. Saya buat ni ketika perut rasa tak sedap, macam kembung, ada banyak angin konon2 dengan makan halia dapatla melegakan ketegangan perut. Hi hi hi... Rasa2 saya inilah pertama kali benda yang saya masak gunakan sangat banyak halia, kira2 sebesar ibu kaki untuk 2 ketul paha ayam saiz kecil, tambah pulak dengan lada hitam, memang berasap dalam perut dibuatnya. Dengan azam kononnya tahun ni nak makan benda2 pedas sikit dari biasa, memang masakan ni agak menyeksakan bagi saya, walaupun pada akhirnya saya berjaya menghabiskannya semua.


Selain sedap di makan bersama nasi panas2, masakan ni jugak sedap kalau digandingkan dengan bubur atau nasi lembik, walaupun saya tak buat...tapi saya rasa  camtu lah...


Monday, December 15, 2014

Sate Ayam Rempah Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni kalau buat sate, jarang sangat nak dapat yang perfect, yang sedap dimakan seperti sate kajang atau sate yang sewaktu dengannya. Bukanlah takleh makan langsung, cuma kadang tu tak sesedap yang dibeli la. Masa gi Terengganu baru2 ni, saya beli peket rempah sate, kebetulan teman member nak beli rempah nasi dagang. Dah nampak tu saya ambil la 2 peket, konon nak buat masa Aidiladha tapi tak sempat, jadi bawa balik ke CH untuk cuba sendiri.


Untuk buat sate tu, saya beli daging ayam yang disediakan untuk chicken chop, iaitu bahagian paha tanpa tulang tapi masih ada kulit. Ada 8 keping semuanya berharga RM26. Balik rumah terus saya potong ikut saiz sesuai dan perap dengan rempah ni. Resepinya ada disediakan di paket pembungkus. 


Monday, May 26, 2014

Tomyam Susu Cair

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terlebih dulu nak ucap terima kasih banyak2 pada yang datang berkunjung ke CTS. Sejak kebelakangan ni jumlah hit sehari melebihi 1000. 1000 pun dah nak bising? Kamonnnn guys, 1000 tu angka yang besar tau buat saya. Walaupun tak ada sebarang n3 tapi masih ada yang sudi menjenguk. Itu merupakan pencapaian yang sangat membanggakan. Iyalah, blog yang berkongsi macam2 ni nampaknya dapat memberi manfaat pada semua. Kamsahamnida.....

Jom tengok n3 hari ni pulak ya.

Bajet mewah la ni gamaknya sampai buat tomyam guna susu cair.. Bila ingat2 rasa nak gelak sendiri.

Bukan apa ya tuan puan, sebenarnya ada sedikit lebihan susu cair yang saya buat kek, dok tersadai dua tiga hari dalam esbok, jadi fikir2 nak buat tomyam, apa salahnya campur sekali, dah tak payah buat puding ke apa kan. Walaupun perut saya ni tak berapa tahan dengan susu cair, tapi saya buat jugak dengan 4 ketul ayam.


Rasanya sudah pastilah berbeza. Dan memang ada beza. Payah jugak saya nak ceritakan bagaimana. Nak kata gulai perisa tomyam pun ada cuma tak la pekat. Eh...senang kata korang cuba la try sendirik nanti. Cuma dek ketidaktahanan perut saya dengan susu cair, dua ketul je dapat habis, dua yang lain tu saya ejas semula jadi ayam masak merah. Terer tak? Sebenarnya apa2 masakan pun yang guna susu cair... memang saya alah sikit


Bila belek2 resepi... entah mana pulak saya kongsikan. Pelik jugak boleh kata seminggu sekali buat tomyam, takkan tak pernah kongsi kan? Apapun saya rasa tak perlulah nak tulis semula resepi, cuma tambahkan sahaja susu cair semasa buat tomyam tu... Boleh?

Wednesday, January 15, 2014

Ayam Goreng Noorsha

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ayam goreng ke Noorsha? Hah... sape nak jawab nih?

Tak kisah la ayam goreng ke... Noorsha ke... yang pentingnya semua dah habis. Menu basi la katakan. Dah lama terperuk dalam draf baru terhegeh-hegeh nak upload.

Lepas tengok Izah buat, saya pun buat la jugak kebetulan memang ada ayam yang tengah defrost. Tak banyak, dalam 7 ketul kecik-kecik aje. Boleh makan dua kali, sampa bawa bekal ke sekolah lagi.

Tapi, agak punya agak bahan-bahannya tu, sampai termasin kau, gamaknya teragak sampai lebih. Apapun, menu yang sedap dan sesuai dicuba untuk satu kelainan. Saya copy semula resepi di bawah..




AYAM GORENG
Resepi :  Noorsha
Sumber : Izah & Mas

 Bahan : 
*Sukatan bahan hendaklah disesuaikan dgn banyak ayam. Agak2 la..

Ayam
Kunyit hidup - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Cili
Putih telur
Tepung jagung - agak2 bahan2 melekat kat ayam 
Sedikit tepung beras - mas tambah
Secukup rasa - mas tambah
Sedikit minyak masak - mas tambah
Sedikit serbuk kari - mas tambah saya ganti dengan rempah tandoori
Sedikit serbuk lada putih aji shio  - mas tambah
Sedikit sos tiram manggi - mas tambah 

Cara :
Gaul sebati ayam dengan semua bahan2.
Perap sejam, klu semalaman lagi best.
Goreng dengan minyak banyak dengan api sederhana hingga ayam masak.
 

Thursday, December 26, 2013

Kari Ayam Pakistan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila asyik masak yang biasa je memang rasa boring. Di kampung, bila ada budak2 seronok sikit nak makan @ masak ayam. Kalau orang2 tua ni pilihan mereka tentunya ikan. Di rumah saya sendiri hanya adik bongsu yang suka makan ayam. Selalunya samada tomyam, gulai atau masak merah. Kalau bapa saya pula hanya makan bila dibakar atau dibuat percik.

Kebetulan masa anak buah ada di kampung, saya cubalah kari ayam Pakistan seperti yang saya nampak di blog Kak Amie. Memang dah tahu dah, kalau masak macam ni memang tak laku. Tambah-tambah pulak bila tak berkuah. Pada saya pula tak ada masalah, semuanya saya makan. Tetapi masa buat ni terlebih masukkan halia. Aik... mungkin halia tu tak sepadan dengan ayam yang saya guna, hanya 5 ketul sahaja.

Jadi esoknya saya oterlah semula, dan buat nasi goreng. Next time nak cuba lagilah, agak kurang puas hati dengan hasil kali ni...


Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
Sumber : Kak Maria Hakem

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian 
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
saya tambah kentang
 
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

 

Friday, October 25, 2013

Kerutuk Serati Mek Limah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya membeli dua ekor itik untuk dijadikan juadah semasa Aidiladha yang lalu. Memang dah niat sebab dah jumpa kedai menjual itik tu. Saya tak maklumkan pada Mek awal-awal, nanti dia kata beli wak gapo. Bila dah ada di rumah dia pula yang tolong potong dan cabut bulu pahat.

Mula-mula saya plan nak masak sendiri kerutuk ni, tapi sebab sibuk menjala, rasa macam tak sempat. Dari petang sampai ke pukul 10 baru siap mengirai, sudahnya diam-diam Mek menyuruh kakaknya yang sulung (emak saudara) untuk memasaknya. Dia memang terror pun bab gulai menggulai ni. Lagi sekali maaf sebab snap gambar terus dari kuali. Tak dapat nak setup bagai sebab tengah bizi. Nak buat step by step pun tak sempat. Masa ambil gambar ni kerutuk belum masak sepenuhnya. Kuah masih belum kering / pekat kerana simpan sebab nak panaskan esok paginya.


Jika dibandingkan resepi ini dengan resepi Mok Ja [di sini], terdapat sedikit perbezaan dari segi bahan-bahan dan penyediaan. Kata Mek Limah, cara dia ni senang-senang saja, semuanya main campak. Katanya lagi rempah kerutuk yang saya beli tu adalah kerutuk merah. Laaaaa, baru saya tahu rupanya rempah kerutuk ada yang hitam dan ada yang merah. Alkisahnya...

Bila menggunakan resepi orang lama ni, tak ada sukatan yang khusus. Sambil menjala, sambil saya bertanya dan perhatikan apa yang dibuat. Saya cubalah senaraikan seadanya, untuk memudahkan jika saya nak cuba di masa akan datang. Ada ke patut bila di tanya berapa biji atau berapa banyak, jawapannya seganggam, ada pulak segenggam senyum paling tidak pun dikata 'cakro' atau agak-agak saja maksudnya. Itu le masalah problemnya dengan resepi orang dulu-dulu ni.

 

Buat sesiapa yang nak mencuba, saya tuliskan semula resepi dibawah ni. Mungkin agak tak sama jadi bolehlah disesuaikan mengikut citarasa masing-masing.

KERUTUK SERATI MEK LIMAH
Resepi : Pn Halimah Bt Abdul Rahman

Bahan-bahan :
2 ekor itik - potong sederhana kecil (rebus terlebih dahulu dalam pressure cooker)
Santan pekat + sederhana dari 2 / 3 biji kelapa (agak-agak)
3 biji bawang putih
15 biji bawang merah 
2" halia
1" lengkuas - ketuk
5 sb rempah kerutuk - bancuh dengan sedikit air
1/4 biji kelapa - jadikan kerisik
1 sk ketumbar sangai - tumbuk lumat
3 biji ubi kentang - belah 8 (kalau lebih pun tak apa)
1 [buah pelaga,  bunga lawang, kulit kayu manis (kecil)]
Sedikit minyak untuk menumis (pastikan sesuai dengan jumlah rempah yang digunakan)

Option : bawang besar (belah 4), cili giling, serai

Cara membuatnya :
Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang halus
Panaskan minyak dan tumis rempah kasar
Kemudian masukkan bawang putih dan halia
Bila dah naik bau masukkan bawang merah. Tumis sehingga agak garing dan lembut menggunakan api sederhana. Agak lama juga, dalam 3 ke 4 minit
Selepas itu masukkan rempah kerutuk dan goreng hingga agak kering. Jangan lupa kacau selalu untuk elak hangit. Goreng lebih kurang 5 minit untuk memastikan rempah benar2 masak
Bila rempah sudah masak, masukkan itik dan gaul hingga rata. Masukkan santan, lengkuas, kerisik dan ubi kentang.
Perasakan dengan gula dan garam. Biarkan mendidih dan pekat.

Nota : 
1. Kalau itik yang direbus tu empuk sangat, didihkan dahulu santan sebelum masukkan itik
2. Kalau nak masukkan cili giling, masukkan bersama rempah kerutuk Bawang besar pula boleh masukkan bersama ubi kentang
3. Untuk mudah, gunakan kuali supaya senang nak kacau

Tuesday, October 22, 2013

Ayam Panggang Serai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ayam panggang serai ni saya buat semasa berpiknik makan-makan di Sungai Pauh. Tak banyak pun, dalam 10 ketul aje. Biasanya resepi ayam panggang tak la susah mana. Lagi lama perap lagi sedap bila makan. Cuma yang ini tak la saya simpan sampai semalaman, perap dalam pukul 7 pukul 12 lebih-lebih dah bakar. Minta maaf la dulu ni, tak senonoh ambil gambar dalam periuk. Tak ada setting bagai, maklumlah bakarnya pun dalam hutan, guna pemanggang ajaib je yang ditenggekkan atas dapur stimboat. Tak perlu dah nak nyalakan api arang...masak pun kejap je.


Tengok ayam tergolek dalam tu, jangan dipandang pada buruk rupanya kerana rasa di akhir kejadian sangat sedap, kena bila di makan dengan nasi panas dan ulam. Sambil tu tak lupa ubi kentang pun saya masukkan sekali. Sayur-sayur lain tu tak ada. Korang kena cuba dulu baru boleh judge. Yang pastinya dah ramai pun buat ayam ni, hanya saya saja yang selalu ketinggalan keretapi.


TQ Kak Hana yang berkongsikan resepi campak-campak ni. Saya copy semula resepinya di sini okeh..



RESEPI AYAM PANGGANG SERAI
Source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
*1/2 labu bawang putih
*2 inci halia
*1-2 batang serai
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu makan madu
Garam sedikit
Lemon
Butter - potong kecil @ minyak zaitun
Kentang, carrot, bawang besar - potong empat

Cara-cara
Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. Dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Monday, October 14, 2013

Ayam Panggang Sedap

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Masih bekerja? Atau sudah berada di kampung bersama keluarga? Apapun yg anda buat.. walau di manapun anda berada..utamakanlah keselamatan bersama.

Terdapat pelbagai resepi ayam panggang yang boleh didapati dari internet. Kalau kita rajin boleh bandingkan beberapa resepi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Kebetulan saya agak lapang, ada la sikit masa untuk mencari di internet. Jadi cari punya cari terkenanlah pulak dengan ayam panggang yang ditayang Mamasya, yang mana katanya itu resepi dari blog Liza (Intai Dapur). Tapi saya ada ubahsuai sikit untuk disesuaikan dengan ayam yang tak berapa nak banyak.


Kebetulan masa perap ayam ni, agak sibuk pulak dengan itu ini. Sudahnya bukan semalaman ayam ni terperap dalam peti tapi dah jadi dua malam. Sebab risau ayam tu busuk, saya bakar jugak di dalam caserol dalam oven. Ayamnya tak banyak pun, dalam dua tiga ketui je. Saya tambahkan ubi kentang dua biji. Macam biasa la tu..

Alhamdulillah, walaupun dah dua malam dalam peti ais (hanya di bahagian bawah), idok le pulok ayam tu berbau ke hapa. Boleh la makan sekali kenyang, kira-kira bermenukan western la saya. Kepada Liza dan Mamasya yang berkongsikan resepi ini, TQ very the much. Saya copy semula resepinya di sini untuk rujukan akan datang.



AYAM PANGGANG BEST
Sumber : Liza (Intai Dapur)

Bhn2 A:

3 s/b cili boh
2 keping gula Melaka
1/2 cawan air
- masak semua hingga pekat

Bhn2 B:
4 ulas bawang pth
1 ulas bawang besar
1 kiub stok ayam
1 inci halia
5 s/b sos lada hitam
5 s/b madu
Garam
Butter - lumur pada ayam masa nk bakar nnt
saya campur semua bahan dan perap


- blend bhn A dan B bersama2..
- lumur bhn blend pada ayam yg telah dikelar dan perap sekurang2nya 2 jam.
- lumur butter dan panggang ayam 180'C 50 min- 1 jam atau hingga masak..