Showing posts with label Koleksi. Show all posts
Showing posts with label Koleksi. Show all posts

Monday, April 28, 2014

Hadiah Istimewa Dari Rakan Blogger...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Suka tak bila dapat hadiah? 

Eh, mau tak suka. Tambah-tambah bila dah tetua ni ada dapat bungkusan rasa berbunga-bunga dalam hati ibarat dapat SMS cinta pandang pertama... Apa kisah sebenarnya ni Cheq Sue? Cer habaq mai...

Bukan apa...ada Jumaat lepas, masa nak balik sekolah, ada satu bungkusan untuk saya, dup dap dup dap, dengan rakusnya bukak, terus nampak benda ni...

V
V
V


FM London weh. Terkejut sat... Belek-belek alamat di sampul rupa-rupanya datang dari Kak Yati. Rupa-rupanya ni hadia GA yang beliau anjurkan dulu. Saya pun dah tak ingat sebenarnya. Rasa macam tak cukup syarat penyertaan tapi Alhamdulillah ada rezeki.


Bersama-sama dengan FM London ni ada jugak FM dari Pangkor yang sangat unik, tak tahulah bentuk apa binatang ni, nak kata kuda laut macam bukan.

Pada hari yang sama jugak, satu lagi kejutan diterima. Tengah dok belek-belek surat, ternampak nama saya di satu sampul. Kali ni saiznya agak besar, dan debarannya pun agak besar juga. Haish... Bila dah nampak isi di dalam... hadiah dari Kak Amie rupanya!


Banyak betul pemberian dari Kak Amie. Pandai betul dia, memang terkejut abes. Memang saya tahu Kak Amie ada buat GA tapi tak layak lak saya nak join, rupa-rupanya memang dia dah niat nak bagi pada saya. Muaaahhhh, sayang Kak Amie ketat-ketat! Jom tengok apa bendanya dari Sabah ni..


Kain sarung batik halus dengan  ilham corak pua kumbu. Cantik sangat kainnya. Boleh tambah koleksi kain sarung saya, selalunya hanya pau dengan mek kat rumah.


Selain tu ada juga keychain dan FM Sabah Borneo. Dengan bertambahnya koleksi FM ni rasa makin tak sabar nak beli peti sejuk. Eh, bukanlah beli semata-mata nak tempekkan FM, tapi sebagai aset. Duit ni kadang habisnya tak sedar, jadi baiklah berhabis beli barangan. Nanti kendian dah tak payah beli, kan? Yang dalam sampul surat tu tau tak apa?


Gelang mutiara rupanya! Bila tengok mutiara ni terus ingat mutiara masa di Beijing. Terharu sangat dengan segala kiriman ni Kak Amie.

Buat Kak Yati dan Kak Amie, terima kasih banyak-banyak atas kiriman ni. Rasanya tak terluah dengan perkataan cuma doa saya semoga kalian akan sentiasa berbahagia dan terus dalam lindungan Rahmat Allah adanya. Semoga jua ukhuwwah maya ini akan berpanjangan.

** Bila sembang-sembang dekat pejabat, pengetua dengan pantasnya menyampuk, tak acilah sebab dia tak dapat. Saya pulak dengan suka hatinya balas balik...

'Puan, saya kan blogger!'

Sunday, April 27, 2014

Tambah Koleksi FM Lagi...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila musim cuti sekolah, memang ambil kesematan untuk mengirim FM pada kengkawan yang bercuti. Selain saya sendiri yang ke Beijing, memang tak lupa la beli buah tangan. Meskipun dah pau dulu kawan yang ke sana, kali ni beli design yang lain pulak. Yang kelakarnya, ada terjumpa FM MACAU, beli aje lah kan... aci tak?


Antara koleksi yang saya tambah dari Beijing. Termasuklah FM Macau yang saya citer tadi. 


Buah tangan pemberian rakan serumah yang ke Korea. Saya tak adalah memesan ke apa, tak menyuruh pun tapi since dia dah bagi saya terima dengan hati terbuka seluas langit. Agaknya sebab dia rasa bersalah kerana ke Korea dan meninggalkan saya. Ha ha ha... Takpe.... takpe... tahun ni, tahun depan Korea dah masuk dalam list travel saya!


FM Jakarta ni memang saya kirim dengan Kak Nor, rakan sekolah saya yang tak jemu-jemu ke Indonesia. Kiranya Indon tu dah macam kampung halaman dia. Kita asal cuti je nak balik Kelantan, dia ke Indon.

Apapun...terima kasih pada yang sudi memberi..

Thursday, February 20, 2014

Terima Kasih Kak Ina & Cheq Da... Tambah Koleksi FM 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah lama betul nak buat entry ni tapi asyik tertangguh. Sejak kebelakangan ni banyak tugas yang menghambat sampai tak mampu nak ngadap lappy. Keluar n3 pundari draft yang dah lama terperuk. Kali ni just nak share gifts yang saya dapat baru-baru ni.

Masa Kak Ina buat n3 pasal teka teki nama rempah di blognya, saya saje la cuba. Tak kompon pun masa tu, masakan tidak, gambar rempah2 yang diupload tu semuanya nampak sama sahaja. Tak sangka pulak dalam saja-saja mencuba tu eh betul pulak 4 dari pada 6. Memang suka sangatlah sementelah pula hadiahnya adalah berupa FM dari Singapura yang belum ada dalam koleksi saya. Terima kasih Kak Ina... I loike!


Cantik kan? Tambah satu lagi dalam koleksi *_*


Selain FM di atas, Kak Ina juga ada menyertakan sebiji buku MUDAHNYA MEMBUAT BUN yang mengandungi beberapa resepi serta langkah-langkah membuat roti dengan pelbagai bentuk yang berlainan. Lepas ni boleh la buat ikut resepi yang ada, bentuk-bentuk bun dan rotinya pula memang ada yang saya tak terfikir pun sebelum ini. Kalau saya dah cuba nanti In Sha Allah akan saya kongsikan di sini.


Antara yang ada dalam buku tersebut. Tak sabar rasanya untuk cuba...


Selain dari gifts dari Kak Ina, saya juga menerima satu FM nuuuuuun jauh dari London, hasil pemberian blogger Cheq Da yang mengirimnya kepada adik beliau yang berkunjung ke UK untuk menghantar isterinya menyambung pelajara di sana. Aiiiii suka la sangat, kalau nak pergi nak beli sendiri memang lambat la lagi....

Buat mereka berdua ini, terima kasih daun keladi, kalau ada bolehlah bagi lagi!

Semoga murah rezeki dan berbahagia selalu...

Tuesday, January 7, 2014

Koleksi FM dan Key-chin : Beli & Gifted 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hai... rasa seronok sangat dapat menambah koleksi FM dan key-chain. Rasa macam esok je nak pi beli esbok, nak tempekkan menda alah ni. Hiiiiii, boleh gitu? Jom tengok apa yang ada dalam koleksi kedua ni.


Hasil kiriman / permintaan dari member yang ke Beijing. Dengan paksa minta beliau belikan ole-ole.



Selain FM dan KC di atas, turut diberikan juga adalah pashmina. Pasni bolehlah bergaya ala hajjah. TQ Kak Long a.k.a Cikgu Azyla



FM ni pulak saya beli ketika melancong ke Wakaf Che Yeh. Ha ha ha... dok Kelantan, tapi beli FM jugak. Lhor, apa salahnya, kata pun buat koleksi kan..

Ini gift dari mentega kacang. Pau dari rumah kakak semasa menghantarnya balik baru-baru ni. Dekat bahagian atas tu boleh kalau nak tulis apa-apa nota.

Masa gi Acheh dulu tak beli FM, jadi saya kirim dengan Kak Nor yang ke sana hujung tahun lepas. TQ

Ini pulak saya beli semasa ke Melaka. Dah dua tiga kali ke sana, baru terfikir nak beli FM. Sabor ajelah!



Ini jugak hasil pau dengan kawan yang ke Singapura. Mula-mula tak tahu tapi ada orang pecah rahsia. Terus buat muka poyo dan mintak dia belikan. Terima kasih Chuink!



Yang last sekali ni, comey kemetot ni saya beli masa ke Pedas Wet World, saja sebagai kenang-kenangan. Inyanya berbentuk klip magnet.

Mmmmm...pasni nak pau dengan sape lak ya? Ada sape2 nak gi obersi tak? Nak kirim ni! Adiossss...

Wednesday, November 20, 2013

Koleksi FM dan Key-chin : Beli & Gifted

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya kira, kebanyakan rakan blogger suka mengumpul FM (atau yang sewaktu dengannya). Jika begitu, saya juga merupakan salan seorang daripada anda. Minatnya datang semasa berkunjung ke Vietnam di mana saya merasakan perlu  untuk menyimpan sesuatu sebagai kenang-kenangan. Meskipun belum ada peti sejuk, apa salahnya mengumpul dulu kan?

Moh tengok koleksi sejemput saya...


Antara koleksi saya yang pertama. Sejak dari itu memang suka sangat. VIETNAM, PORT DICKSON dan key-chain PULAU PANGKOR



Pemberian Kak Ha, rakan serumah yang suka sangat melancong. KOREA dan SINGAPURA.



Pemberian blogger Nuwairani. PHUKET, BANDUNG dan  JEPUN



Pemberian rakan sekolah, Puan Norjanah. SARAWAK, DJOKJAKARTA, TERENGGANU dan FILIPINA. Suka!



Ingatan dari Puan Yasotha. New Zealand.



Buah tangan Puan Erwani yang berbulan madu ke KRABI. Ewahhh...



Hadiah dari blogger Kak Min. AUSTRALIA



Tanda mata dari blogger Cheq Da yang berkunjung ke TERENGGANU



Hasil 'pau' Puan Atikah yang bercuti ke LANGKAWI


Hasil kiriman dengan Adik, blogger Muhammad Syawal. HATYAI dan PULAU PINANG


Ini dah lupa dapat dari siapa. Tapi gambar tu menunjukkan tembok besar China.


Mintak dari Puan Khor yang melancong ke HONG KONG. Heeeee dengan tak malu!

Buat semua yang bermurah hati memberikan gift ni pada saya, terima kasih banyak-banyak. Kalau ada yang nak bagi tu, jangan segan-segan ya! Saya akan terima dengan hati terbuka gittew.

(*_-)