Showing posts with label Puasa / Iftar / Sahur 2014. Show all posts
Showing posts with label Puasa / Iftar / Sahur 2014. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

Kari Kepala Ikan Bawal Emas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Eh, lambat pulak keluar n3 hari ni. He he he... tak menyempat nak up n3 la kalau dah bizi ni ha. Kali ni keluar n3 tertundak lagi. N3 tertinggal masa puasa lagi kekdahnya.

Kari ikan ni saya buat untuk habiskan separuh lagi ikan bawal emas yang dikukus sebelum ni. Ini kari tak pure, hanya lite-lite je sebab masak sikit aje pun. Masak pun main campak je sebab tak berapa reti sangat pun. Tak reti pun nafsu nak makan tu hado! Resepinya saya merujuk kepada satu blog ni, cuma saya kurangkan sikit minyak.

TQ pada yang berkongsi resepi ni.

** eh, pendek nau.... -_-

 

RESEPI KARI KEPALA IKAN
Resepi : Nazmie

1/2 kepala ikan merah
1 ketul isi ikan merah
5 biji kacang bendi
2 mangkuk santan
2 biji bawang merah - dihiris halus
2 biji bawang putih - dihiris halus
2 inci halia - dihiris halus
2 tangkai daun kari pulei
1 bungkus serbuk kari ikan babas (dibancuh dgn sedikit air)
sedikit air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis
garam&gula secukup rasa

CARA MEMASAK
tumis kan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian tumiskan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air hingga garing, masukkan daun kari dan air asam jawa, selepas garing masukkan santan dan gaul pelahan2 sehingga mendidih...masukkan garam&gula secukup rasa, akhir sekali masukkan ikan dan bendi dan birkan sehingga mendidih dan masak dan bolehlah dihidangkan...

Wednesday, August 6, 2014

Ketam & Udang Goreng Telur Masin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pernah tak kita terfikir, bila bulan puasa je (walaupun Ramadhan dah berlalu) kita akan terfikir nak makan macam-macam? Kadang2 yang lebihnya nafsu. Kalau masak sendiri boleh lagi control tapi bila beli semuanya hendak bila makan jamah2 aje. Mujur jugaklah kat tempat saya ni tak banyak pasar ramadan, dan kita pun dah tahu tahap mana kesedapannya, jadi the best solution adalah masak sendiri di rumah.

Eh... asalnya nak citer pasal ketam pasal udang, ni dah jauh nau meleretnya....

Back to da n3... memula saya buat ketam telur masin. Kengkonon nak jimatkan telur, main campur je telur merah dengan telur putih, nah amek kau last sekali tak tahu semuanya dah bercampur sekali.


Inilah rupa gayanya ketam yang cedera parah dikerjakan oleh telur masin. Isi udang ke mana, telur ke mana. Saya buat seekor aje pun... beli nak lepaskan kempunan lama tak maka seafood.


Serius cakap, seekor ketam ni memang makan tak puas sebab lebih banyak kulit dari isi. Tapi cukuplah sekadar untuk rasa. Untuk 1st attempt ni puaslah akhirnya dapat makan juadah ni.

 

Dengan menggunakan resepi yang sama juga saya membuat masakan ni sekali lagi tapi  menggunakan udang. Kali ni guna udang saiz XL, memang tak habis, puas hati bila dapat ratah. Saya cukup suka dengan resepi ni. Pada saya, masak dengan telur masin ni memang owesome. Cuma kena pastikanlah jangan guna yang putih tu banyak sangat. Masa saya buat pertama kali, telur masin tu belum masin sangat nanti. Bila buat yang kedua, masinnya dah cukup. Tambah pulak saya tidak menggunakan telur putihnya.


Untuk resepinya saya merujuk blog Kak Zila. Ianya lebih kurang sama jugak  dengan masak butter cuma diejas sikit2 aje. TQ Kak Zila dan semua yang dah buat resepi ni.


KETAM GORENG TELUR MASIN
Resepi : Kak Zila

Bahan-bahan:-

3 ekor ketam bunga
10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
2 tangkai daun kari
3 sudu besar butter
5 biji telur masin 
1 sudu kecil gula
3 sudu besar susu cair
2 biji bwg putih - di ketuk
3 sudu besar tepung jagung
Garam
Serbuk lada sulah secukupnya
Minyak masak utk menggoreng

Cara
Rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan - zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin.
Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
Goreng deep fried - asingkan
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
Masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
Masukkan susu segar,gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
Kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih ,masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.

Tuesday, August 5, 2014

Ikan Bawal Emas Kukus Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Cerita punya cerita, tak ingat dah ini menu untuk iftar bila. Saya jarang benar beli ikan bawal emas, selalu beli bawal hitam. Cuma masa ke TECSO tu saya beli la sekor, dalam RM6 harganya sebab nampak macam segar pulak ikan tu. Rupa2nya berbeza jugak rasanya antara ikan bawal emas dengan bawal hitam. Pastu pada pandangan saya ikan bawal emas ni lagi tahan kesegarannya. Saya simpan dua tiga hari jugak dalam esbok, pastu bila masak isinya masih lagi segar.

Nak masak ni saya tak fikir panjang, sebab sebelum tu dah tengok dalam 5 Rencah 5 Rasa. Bila Chef Shearson masak ikan stim halia, saya fikir best jugak kalau boleh buat. Masa tu takde nak salin resepi, cuma bila nak buat tu saya bajet2 la sendiri sesuka hati.


Saya sebenarnya agak jarang masak ikan (atau lauk lain secara kukus) tapi masa puasa kan macam2lah yang kita rasa nak makan. Tambah2 pulak nak masak yang ringkas dalam masa yang sama nak rasa sedap. Acaner tu? Kemain tinggi demand!

Untungnya bila masak cara kukus ni kita dapat jimat masa. Masukkan je semua bahan2 dan kukus, tunggu dah siap. Kadang2 boleh sampai lupa ada benda dalam periuk kukusan. Masa masak ni... ikan tu saya guna sebelah saja sebab saiznya agak besar. Memang puas la dapat makan, siap boleh ratah lagi.

Hasilnya? Memang sedap. Sebenarnya guna resepi campak2 pun ok... Janji kena dengan selera kita. Kalau nak tengok resepinya saya ada tuliskan di bawah ni.


BAWAL EMAS KUKUS HALIA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Ikan bawal emas - bersihkan dan kelar
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili merah - hiris
Garam
Lada sulah
Daun ketumbar
Sedikit minyak bijan
Minyak masak - panaskan

Sediakan bekas tahan panas
Tabur sedikit bawang besar dan halia
Lumur ikan dengan sedikit garam dan lada sulah, masukkan ke dalam bekas
Tabur lagi cili merah, bawang besar dan halia serta bawang putih
Masukkan sedikit minyak bijan, kukus hingga masak
Setelah masak, tabur daun ketumbar dan tuangkan minyak panas ke atasnya

Monday, July 21, 2014

Udang Goreng Buttter

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya dah lama sangat nak cuba butter prawn (BP) ni. Tapi yang membantutkannya apabila tak jumpa udang yang bersaiz sesuai. Kat sini biasa beli di pasar malam je, jadi kalau dapat yang saiznya sebesar kelingking memang tak puas la nak makan. Baru2 ni ada la jumpa udang yang bersaiz agak besar, pastu harganya pun besar jugak la RM30 sekilo, tapi beli jugak setengah kilo sebab dah terbayang2 nak buat BP bila tengok udangnya tu... Masa ni dah tak ingat pantang larang penyakit asmara, kalau kata tergatal pepandai la cari ubat lepas tu yerk...

Google resepi, terus je ambil resepi pertama dari carian iaitu yang dikongsikan oleh Kak Azie. Bawa telefon ke dapur, terus je sedia bahan2. Teruja la katakan...

Daripada setengah kilo udang tu, saya buat separuh. Ada la kot dalam 12 ke 13 ekor. Terlebih dulu saya buang dia punya kulit belakang dan kotoran di dalamnya.

Baca seimbas lalu resepi, saya pun buatlah, kali i ikut 100% sebab udang yang saya guna pun lebih kurang sama banyak dengan Kak Azie. Cuma bila buat sarang telur tu, terlepas pandang pulak kena campur minyak dengan butter. Saya ni hanya goreng dalam minyak saja, jadi tak berasa sangat la butternya. Aiseyhmannn, nak kena cuba lagi la lepas ni. Rupa2nya bila goreng telur tu minyaknya jadi membuak2 eh, memang kena kacau tak henti sehinggalah telur tu masak. Mmmmm baru tahu!


Pastu bila nak masak udang pulak baru la perasan resepinya menggunakan susu cair. Aduhhh, memang tak ada stok la di rumah, jadi saya bancuhkan susu tepung dengan air. Mmmm lari sikit rasanya tapi masih boleh diterima. Oleh sebab saya buat ni untuk berbuka, memang tak dapat nak rasa la masa masak tu, jadi untuk memperasakannya memang kena agak2lah ikut kepakaran. Ewahhhh... dan bila makan waktu berbuka tu Alhamdulillah rasanya agak sedap tetapi seperti yang saya bagitahu tadi memang tak berapa ber'butter' gitu. In Sha Allah will try again next time.


TQ Kak Azie atas resepinya.



UDANG GORENG BUTTER / BUTTERED PRAWN 
Oleh : Azie Kitchen
 

Sarang Telur :
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak
 

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 

Udang :
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
 

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann

Sunday, July 20, 2014

Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selalunya kalau puasa memang saya jarang masak kuih muih atau benda2 manis ni. Bukannya tak makan tapi takut tak habis makan. Bila berbuka minum air, makan kurma dan terus makan nasi. Tapi baru2 ni rasa sangat nak makan puding gula hangus. Masa miting di PD, ambil jugak puding tu tapi rasanya tak kick sebab ada dicampur dengan limau. Jadi godek2 resepi saja nak try puding karamel yang tak guna telur sebab sebelum ni memang tak pernah buat lagi. Nak makan punya pasal, saya buat 1/4 daripada resepi ni. Tapi itu pun tak habis jugak...

Yang kelakarnya bila buat ni, dah masak semua bahan saya masuklah dalam pengukus, konon nak kukus la bagi beku. Dah dua tiga minit baru teringat adunan ni ada agar-agar, laaaaaa acaner nak beku kan? Haruslah saya keluarkan semula dan biar aje sejuk di suhu bilik. Bila ingat2 semula rasa nak sekeh kepala sendiri.


Rupa2nya puding karamel yang tak menggunakan telur pun tak kurang sedapnya tapi tahu sajalah bila gunakan serbuk agar2 ni tak berapa nak lembut macam yang guna telur. Yang ni lebih macam agar2 la sikit. Apapun tak ngapalah, semua dah selamat di makan. Nanti saya cuba pulak puding karamel menggunakan serbuk dari Oman tu. TQ Kak Yati.

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber : Kak Yati

Bahannya :-
3 sudu besar gula pasir (gula hangus)
1 Peket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (400ml)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin koktail buah-buahan

Caranya :-
Taburkan gula pasir didalam loyang kemudian, masakan sehingga keperangan, kemudian goyangkan loyang tu supaya gula hangus tu sekata disekeliling loyang. Ketepikan
Kemudian dalam bekas lain susu cair, tepung kastard dan esen dikaucau sehingga tidak berketul.
Lepas tu satukan dalam periuk agar-agar, air, susu pekat manis, gula.
Kacau sehingga bahan-bahan masak mendidih, kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus.
Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.
Bila hendak dimakan, hidangkan bersama koktail buah-buah tadi.