Showing posts with label Vietnam : HCM (Mei 2014). Show all posts
Showing posts with label Vietnam : HCM (Mei 2014). Show all posts

Sunday, June 22, 2014

Xin chào Việt Nam 16 : Sedikit Tips & Panduan [The End]

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

N3 terakhir trip Vietnam 2014. Episod ke 16, bercinta juga saya nak habiskan. Terima kasih la pada yang sudi membaca segala catatan perjalanan di sana. Kali ni saya nak kongsi sedikit tips dan panduan semasa saya di sana.
 

1. Duit RM pun boleh guna jika tiada atau kehabisan duit Vietnam Dong (VD). Kalau nak beli barang dekat kedai2 ala butik tu, ada sesetengahnya dah bubuh tanda harga dalam RM. Tapi make sure la tawar menawar dulu baru puas hati. Kalau nak dapat harga best lagi pakat ramai2 beli kat satu tempat tu.

2. Peniaga di pasar malam sekitar Ben Than agak agresif berbanding dulu. Ada antara mereka yang sanggup memegang anda untuk membeli. Jadi pastikan anda buat tawaran harga hingga sehabisnya. Kalau kata depa letak RM50, tawar la sampai RM20. Kalau tak dapat jugak cecepat blah dari situ. Kalau dia boleh bagi kita dengan harga tu dia akan tarik balik. Ada jugak la perkataan yang tak berapa nak sedap kita dengar bila kita tak beli kan. Yang tu faham2 sajalah.

3. Kualiti kain atau barangan di pasar malam tu dengan kedai2 agak berbeza. Kalau nak beli kain atau telekung better rasa dulu kainnya macam mana. Harga lebih kurang sama, atau MURAH SIKIT sahaja. Macam yang saya tengok pada kain cottan, di pasar malam dapat 4 helai RM100 manakala di kedai dapat 3 pasang RM100 tetapi kualiti kain jauh berbeza. Saya rasa, the best place nak beli kain adalah di Chinatown.

4. Jika membeli dari penjaja di jalanan (ataupun di pasar malam), elakkan dari mengeluarkan duit yang banyak. Kan biasa kita letak dalam beg duit asing atau dalam sampul surat. Kawan saya beli topi semasa nak ke Sungai Mekong, harga dalam VD30k tapi bila dia keluarkan sampul duit, penjaja tu selamba badak tarik sendiri duit dari dalam sampul. Bukan sikit tau, sampai 3 keping duit VD100k, maksudnya jumlah semua adalah VD300k!

5. Beringat2 dengan penyeluk saku. Selalu bawa beg silang ke depan. Di HCM boleh tahan banyak penyeluk saku atau pencopet. Dalam banyak2 motor dan manusia di satu2 tempat memang mudah diorang nak buat kerja. Begitu juga semasa naik cruise di Sungai Saigon. Saya perhatikan ada ramai kanak2 yang mencurigakan. Dia pandang ke kita, tanpa reaksi. Jadi beringatlah. Kita bukan nak buruk sangka tapi kalau jadi apa2 yang susahnya kita jugak.

6. Berhati2 dengan kopi yang dijual di jalanan. Ada sesetengahnya dicampurkan dengan wain untuk menjadikannya lebih harum. Ini terutama di kawasan Chinatown (diberitahu oleh Nam). Kalau yang dijual di kawasan kedai Basiroh dan area berdekatan tu tak ada masalah.

7. Jika berkunjung ke Tax Centre (shopping mall) elakkan membeli barangan kulit sebab kebanyakannya dibuat dari kulit b**i.

8. Kalau berkunjung ke mana2 masjid, jangan kedekut untuk bersedekah kerana golongan Islam minoriti di sana merupakan kumpulan penduduk yang sangat miskin.

9. Semasa nak membeli tu elok jika tanya harga dalam RM dan VD kemudian bandingkan. Lagi bagus jika ada aplikasi currency converter tu. Sesetengah benda dalam RM lagi murah dari VD. Ada jugak yang dalam VD lagi jimat. Contoh saya beli beg, dalam RM letak RM10, bila tanya dalam VD dan convert pada RM jadi lagi murah, dalam RM7.50 (jadi lebih untung jika bayar dalam VD)

10. Jika ada sebarang masalah, atau perlukan panduan, boleh sahaja bertanyakan dengan guide yang bawa kita. Biasanya mereka dah tahu tentang halal haram sebab kebanyakan adalah Muslim Tour.  Demikianlah sedikit perkongsian daripada saya secara peribadinya. Mungkin tak sama dengan pengalaman orang lain. Mana yang baik tu ambillah sebagai panduan.

Okeh... dengan berakhirnya n3 ni maka khatamlah catatan Xin chào Việt Nam 2014. Nak kena tunggu entah bila pulak baru boleh keluar n3 jenjalan yang lain.  Tadaaaaaaa...........

Saturday, June 21, 2014

Xin chào Việt Nam 15 : Kembali Ke Malaysia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah hari ke empat di HCM, sampai le masa nak kembali semula ke tanah air. Ewahhh...skemanya ayat. Trip kali ni memang puas hati, jadi tak ralat sangat nak balik. Dari hotel, Nam bawa kami ke lapangan terbang dan dia terus pick up group lain. Kami pepandai sendirilah. Agak lama jugak nak lepas check in sebab beg dah beranak pinak semua kan. U alls well known la kan dari sebiji jadi 10 biji katanya.


Penerbangan balik MH 759 dijangkakan pada jam 4.40 lebih kurang. Dah selesai check in dan menunggu di balai berlepas, tiba2 dengar pengumuman flight dari KL delay. Adoyai...ingat masa 2012, delay jugak. Maka menunggulah kami dengan penumpang yang lain. Mampu pandang je bila AA yang terbang dulu. Dalam dok menunggu tu layan pulan sunset yang sedang menutup tirai. Memang cantik tapi view agak terbatas disebabkan pesawat Qatar yang tengah dok masuk penumpang.


Daripada pukul 4 lebih, tunggu punya tunggu sampai dekat pukul 7 baru boleh naik kapal terbang. Dekat 7.30  jugaklah baru terbang. Kami yang hanya makan sarapan memang bercerot dalam perut. Lapoooo weh. Setakat alas dengan mensekut mana nak cukup. Bila steward bawa makanan, macam nak minta lagi satu. Kali ni dapat turkey sandwich pulak. Hmmmm belasah aje!


Matahari yang semakin tenggelam mengiring langkah kami ke dalam pesawat. Sekali lagi di hati berdebar, tapi segalanya diserahkan pada Allah.


Alhamdulillah, dalam pukul 9 malam lebih selamat menjejak bumi Malaysia. Trimas semuanya yang membuatkan trip kali ni diberi 10 bintang.

Dah dengar dengar dah... ada orang tu dok rancang nak gi lagi!!!

Thursday, June 19, 2014

Xin chào Việt Nam 14 : Makan-Makan Di Vietnam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kita n walau ke mana2 sekali pun, tak sah kalau tak makan. Perut saya ni kalau sehari tak makan nasi mau dia meroyan di dalam. Umumnya nasi di Vietnam ni agak berkanji, jadi makan pun paksa2 sebab nak masuk nasi dalam perut. Kalau ikut hati memang tak berapa nak kenyang bila makan nasi berkanji ni. Tapi syukur pada Allah kerana masih dikurniakan rezeki halal dan mengenyangkan. Alhamdulillah...

Jom tengok antara kedai makan yang sempat singgah baru ni.

RESTORAN HALAL KAMPUNG MELAYU

Restoran ni pertama kali singgah. Dua kali jugak kot, jadi saya hanya ambil gambar random sahaja sebab ada antara makanannya diulang kali kedua.

Lokasi kedai ni sangat strategik. Berdekatan dengan banyak kedai2 menjual pakaian dan boleh je cakap Melayu.


Ikan masak masam manis. Ni menu lunch 1st day, tengah lapar jadi belasah apa sahaja.


Tauhu goreng bersama telur. Sedap dan unik. Digoreng dalam acuan, berapa biji agaknya telur yang diguna. Sos pun sedap. Sayur tauge tu tak la menjadi pilihan saya... tapi nampak depa2 ni main makan je, sedap kot.

 RESTORAN SERI PINANG

Trip pertama dulu dah pernah singgah. Makanannya kali ni average je.


Bendi goreng. Kalau bendi ni masaklah macam mana pun tetap menjadi kesukaan saya.


Udang sos tiram dengan brokoli. Besar2 udangnya. Langgar habis segala pantang, lepas makan baru cari ubat gatai. Haaaaa padan muka!


Ayam goreng telur masin. Sedap jugak. Ada bubuh daun kari dan cili.


Tauhu goreng. Saya pandang je. Sampai sekarang masih takleh makan tauhu. Tak tahu ngape.

RESTORAN HALAL MEKONG

Kat tempat ni memang ramai pelancong Malaysia datang makan tengah hari, agaknya dah termasuk dalam pakej seperti group kami. Dah penat jalan2... apa lagi....


Dari jauh dah nampak, macam tak ada apa2 tapi so happening sebenarnya.


Ada sup, tak taulah sup apa, sebab saya tak ambik pun. Bukan apa, bila nasinya dah agak berkanji, bubuh pulak sup dah sah2 nasi tu akan jadi lagi lembik. Kang bila dah amik ni tak tertelan pulak. Telur dadar wajib ada.


Sotong goreng dengan timun batang. Kalau tempat kita tak buat camni kan. Dah dok tempat orang tu rasa macam sedap pulak.


Ikan masak samabal. Tak pasti pulak ikan apa, tapi agak sedap juga. Nun di hujung udang grill pedas, saya belasah jugak, walaupun pedas dan gatai kendiannya, peduli hapa kan... tergoda tengok saiznya yang agak besar.

Selain kat dalam gambar ni, ada jugak dihidangkan dengan spring roll gpreng rangup.

BANANA LEAF SAIGON

Makan kat sini paling puas hati. Tak tahulah kami ke tingkat berapa sebab semua dah penuh.


Pandangan dari luar. Kecik aje restonya tapi ada banyak tingkat. Selain pelancong, ada jugak orang tempatan yang turut pekena roti prata dengan kuah kari.


Ikan goreng sweet sour lagi. Pekat kuahnya dan sedap. Kalau tak ada group dari Indon yang sebilik dengan kami, nak je saya sedut2 bahagian kepalanya tu. Perghhh...


Salad ayam dengan kobis. Makan dengan keropok sayur. SANGAT SEDAP okeh... Rasa macam kerabu, masam manis pedas. Ada kacang tanah. Serius weh kena try lagi kalau datang sini.


Ayam goreng telur masin. Sedap dan rangup. Saya ratah je puas2.


Anak sotong kurita goreng dengan kacang panjang. Tercapai gak hajat nak makan kurita ni. Sedap jugak liat2 gitu.


Mantau goreng. Waduh waduh masih ingat lembutnya sampai sekarang. Rangup dan lembut aje.

WARUNG SAI GON / WARUNG 1 MALAYSIA


Hari terakhir, singgah di Kedai Makan 1 Malaysia. Saja layan, sebab tak puas makan mihun goreng. Lagi pula pagi sebelum ke airport tu aktiviti bebas. Maka melepaklah kami ke sini sambil membeli-belah katanya.


Antara menu yang ada. Selain masakan Malaysia ada juga masakan tempatan.


Kopi ais, memang tak mampu nak tinggal. Sampai sekarang dok ingat2 lagi rasanya. Kalau boleh nak terbang terus ke sana beli secawan. Huarghhh...


Nasi lemak set lengkap. Juga ada rendang ayam. Tapi Mok Ja yang makan tu rasa sakit perut sampai berlari-lari ke bilik kecik.


Roti canai kosong di gandingkan dengan kari ayam. Ok lah nak buat ubat rindu dekat roti canai Malaysia.

Bila makan kena bayar sendiri ni baru tahu yang harga makanan di Vietnam agak mahal. Kalau kopi ais / milo ais tu boleh cecah RM7-RM8 jugak tau.

SARAPAN PAGI

Sepanjang trip ni, sarapan pagi dibungkus dan diambil di lobi. Kalau dulu sarapan dengan meggi cup + MILO 3 in 1, kali ni langsung tak bawak meggi. Alhamdulillah...

Pagi kedua tu ada nasi lemak dengan sambal ikan bilis manis dan gulai ayam. Gulainya sedap. Nasinya pun sedap.

Pagi ketiga ada nasi goreng Cina dengan ayam goreng berempah. Ok ok ajelah, nasinya agak berkanji tu tak wape masuk bila buat nasi goreng.

Pagi keempat tu kami pekena pulak mihun goreng, mihunnya rasa lain sikit, ada macam suun. Yang ni kureng sikit pada tekak saya.


Overall, bab makan2 di Vietnam ni takyah la risau sangat. Masa 1st time dulu banyak jugak yang saya bawa tapi kali ni bawa biskut je. Kebanyakan makanan tak jauh beza dengan yang kat tempat kita. Rasanya pun sedap. Selain dari nasi berkanji tu, yang lain semuanya boleh tahan. Kalau tak bawa makanan pun, sedia sahaja duit untuk makan sendiri.

Tuesday, June 17, 2014

Xin chào Việt Nam 13 : Night River Cruise (Saigon River)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila belek2 buku catatan, sepatutnya n3 ni keluar sebelum Cu Chi Tunnel, tapi entah ngape tersilap haribulan pulak. Da pening gamaknya dengan catatan yang simpang sior bagai jalan raya kat Kolumpo. Apapun takde hal lah kan... janji ada n3.

Bila dah malam ni tahu2 ajelah, kualiti gambar memang tak berapa nak sedap mata memandang. Till now saya masih tak reti reti teri lagi nak setting menda alah DSLR tu. Haish... jadi layan ajelah.


Untuk naik cruise ni kami kena bayar RM38 seorang sebab tak masuk dalam pakej. Kebetulan hari tu dah puas menyopping pada belah petang jadi malam agak free, tu yang sepakat je nak naik. Bila lagi kan nak rasa...

You jump... I jump!

Gittew...


Cantik je nampak dengan lampu2 yang pelbagai warna. Meriah


Ada orang faham?


Haruslah bergambar dulu. Muka dah macam kuali goreng burger... seharian dah tak jumpa air. Ha ha ha..


Saya heran + ajaib betul budak yang baju biru kat belakang tu. Tak tau datang dari mana, siap menempel plak kat gambar Cheq Da sekeluarga.Tambah sore lagi anak mu weh!!


Kita pun nak le gambo2 jugak dekat Miss Ao Dai ni. Separuh je badan saya, macam nak nanges nengok ke dia... Ramping sungguh.


Ewah ewah... senyum kemain lebar lagi tu Cikgu Leman...


Posing maut dari kekanda.


Jom la....

Jom la naik kapal!!!


Menara apa tak tau, tapi cantik dengan warna warni lampu


Warna di bangunan ni sentiasa bertukar-tukar. Memang lawa.


Kawasan tepian sungai. Macam pelabuhan pun ada. Agak luas jugak Sungai Saigon ni.

* Ini aje le satu2nya gambar yang saya rasa lawa -_-


Tengah2 dok layan perasaan hi bahagian hujung, sambil2 hirup udara malam, dengar lak bunyi bising. Aiiii rupa2nya ada pertunjukan perempuan seksi. Sebelum tu dah ada la orang nyanyi-nyanyi tapi sekadar dengar aje. Yang persembahan ni tak sempat jugak nak tengok lama sebab ramai pulak yang keliling dok menonton.

Memang kelasss persembahan dia ni. Yang dalam gambar ni dia tengah timang gelas atas pedang, gitu la lebih kurang. Selain pada tu, ada jugak dia timang lilin dan belon. Memang enjoy tengok, kalau ada lebih2 VD tu boleh le hulur.

Setelah lebih kurang sejam 30 minit, selesailah kami berjimba2 di atas kapal menyusur Sungai Saigon ni. Jadi, back to the hotel, wash up and ZzzzzzZzzzzz....

Monday, June 16, 2014

Xin chào Việt Nam 12 : Cu Chi Tunnel

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya mulakan pula ceritera hari ketiga. Pagi ni bertolak agak awal. Nam pun sampai tepat pada masanya. Pukul 8 kami dah berada dalam bas untuk memulakan perjalanan ke Cu Chi Tunnel. Saya nak bagitahu awal2 ya, memang saya tak tahu pasal sejarah terbinanya terowong ni, jadi maklumat tu mungkin tak berapa lengkaplah. Yang saya ingat, dari penerangan Nam, masa dulu2 la bila terjadinya perang antara Vietnam dan US.


Daripada sini saya rasa kawasan ni adalah agak luas, cuma kerana kami mengejar masa untuk ke Chinatown, maka trip Cu Chi ni dipendekkan, hanya tengok bahagian2 yang penting sahaja. Jom... kita bersenam kaki pagi ni. Oh ya, perjalanan ke sini dari HCMC mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit melalui jalan kampung yang saya perhatikan ada banyak pokok getah serta kelapa.


Apa2 pun, beli tiket dulu. Kena jugak VD70k untuk masuk ke dalam sini. Bayaran ni termasuk sesiap dalam pakej. Masuk je dalam ni, kami melalui Ben Dinh Underground Tunnel Complex. Dihujungnya nanti ada pekerja yang akan scan tiket tu dan tampal pelekat bulat dekat bahu.


"Ikut siniii...."
"Mari ikut saya..."

Dan langkah pun bermula...


Singgah di bamboo trap / perangkap dari buluh runcing. Yang ni opkos la tak ori sebab ianya dibina semula. Dulu2 mana nak ada senjata canggih ye dak? Kalau kata musuh terpijak perangkap ni terus ajelah terjatuh dan tercucuk buluh runcing tu. Bijakkkkk...


Ini le benda yang saya nak nengok sangat. Dah selalu tunjuk kat TV. Orang lain dah jemu datang kita aje baru berkesempatan. Terowong rahsia ni merupakan salah satu binaan yang istimewa, yang tak terjangkau dek minda rasanya. Dengan keluasan yang ngam2 badan tu, tak semua saiz boleh masuk. Kalo cam saya ni tak mampu okeh... bumper tak lepaih!

Checked!!


Dah kami2 ni semua takut nak masuk, Nam meminta salah seorang pekerjanya untuk tunjuk demo. Steady je dia masuk. Sebenarnya lubang ni tak la dalam sangat (tapi kalau saya kompom lepas kepala). Di bahagian bawahnya ada dasar yang boleh dipijak.


Masuk lagi... Dah sampai ke paras dada. Boleh tengok atas penutup tu ada daun kering yang telah diletakka supaya tak dapat dicam oleh musuh.

Bila dah sampai paras kepala, barulah diambil penutup untuk menutup lubang tu tadi. Bayangkan kalau saya masuk, cane pulak saya nak keluar? Ha ha ha...


Sekali tengok nampak macam busut anai-anai tetapi yang sebenar ini adalah ruang pengudaraan (vertilation) untuk terowong dalam tanah ni. Ia penting untuk membolehkan udara keluar masuk, kalau tak camana nak bernafas weh...


Antara pintu rahsia. Ada yang sehala dan ada yang dua hala. Semua ini adalah untuk mengelirukan musuh yang tidak dapat mengagak di mana askar berada. Menurut Nam, ada antara terowong ni yang bersambung dengan Sungai Saigon.


Gambar kenang-kenangan bersama geng Mak Jemah.

Sampai pula di kawasan perangkap. As usual la kan, bila kata askar / pertahanan ni memang tak lari dengan bermacam jenis perangkap untuk memusnahkan pihak lawan. Selain dari rolling trap, ada banyak lagi seperti sticking trap, cupping armpit trap, window trap, folding chair trap, swinging up trap, fish trap, see saw trap dan juga door trap. Bila kita lalu kawasan ni pekarja yang ada akan tunjukkan deco macam mana perangkap ni berfungsi. Seriau menengoknya!


Jalan lagi hingga sampai ke pondok membuat sandal dari tayar terbuang. Saiznya sari kecil hingga yang paling besar seperti di dalam gambar. Nam ada la bagitahu tentang penduduk Vietnam yang pakai sandal ni untuk berjalan kaki sehingga ke Myanmar sebagai tanda sokongan untuk apa ntah... lupa pulak.


Steady je pakcik yang buat sandal ni. Pisau yang dia guna tu Subhanallah kemain tajam. Bayangkanlah dalam tayar yang ada dawai2 tu sekali potong je terus putus. Bila dia dah siap potong sebelah sandal tu dia akan asah lagi.


Seterusnya Nam ajak cecikgu lelaki ni untuk try jalan dalam terowong empat segi. Tak jauh mana pun jaraknya, dalam setengah puntung rokok aje. Hi hi hi. Yang perempuan dia tak suggest la sebab takut baju kotor katanya.


Dah kuar pun Cikgu Awie... nampak muka berpeluh jugak. Panas barangkali.


Sambung lagi... Ramai sungguh orang pada hari ni. Mat salleh... orang tempatan... semua pun nak tengok keistimewaan kompleks bersejarah ni.


Sampai kat mana ntah, kami di bawa ke tempat macam bangsal makan gitu lah. Saya dah baca kat another blog sebelum ni yang diorang akan hidangkan ubi kayu rebus dengan air teh. Puak2 kami ni memang dah lapar katanya, belasah aje ubi kayu depan mata, dicicah pulak dengan campuran gula, kacang tanah dan cili. Hemo hemo hemo.... sedap pulak pekena ubi kayu dalam hutan ni.


Dah siap makan ubi, kami sambung jalan lagi. Baru ada tenaga nak melangkah. Katanya...

Dalam gambar ni boleh tengok ya bahagian dapur yang di palsukan. Palsu? Kenapa pulak? Alkisahnya tempat yang keluar asap  ni jauh dari dapur yang sebenar. Bila musuh tengok, diorang akan ingat kawasan ni adalah dapur, jadi di sini menjadi sasaran. Kalau dibom, sebenarnya di kawasan ni tak ada orang. Gitu kisahnya ya puan-puan...


Jalan punya jalan, kadang jalan berliku-liku, kadang jalan lurus, sampai le kami ke penghujung kompleks. Di kawasan ni ada la tempat berjual-jual barang cenderahati. Yang menariknya segala mak nenek roket kapalterbang ni ha dibuat dari tin aluminium. Kira barang kitar semula la ni. Walaupun yang biru tu sah2 dah HARAM... kurang2 kita boleh tengoklah betapa kreatifnya diorang ni.

Dah habis menjejak kompleks Cu Chi tunnel ni, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Chinatown untuk aktiviti kaum perempuan. Saya tak menyempat nak bergambar bagai sebab bizi sangat menyoping katanya.... Apapun tunggu perkongsian n3 seterusnya nanti