Showing posts with label Orchid Lover. Show all posts
Showing posts with label Orchid Lover. Show all posts

Monday, October 12, 2026

Grammatophyllum Speciosum

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Orkid yang menjadi idaman, yang akhirnya dimiliki dan telah dua kali berbunga. Orkid gramma atau dikenali juga dengan nama orkid tebu dan orkid buluh diberikan oleh guru praktikal seliaan saya semasa di Tanah Merah. Hadiah dari emak katanya, sebab cikgu minat bunga orkid. Masa dapat tu dalam saiz remaja, ni dah hampir 5 tahun. Alhamdulillah.. Kalau beli harga memang keras sikit ya..


Saya letak di kawasan panas sepenuhnya. Sebelum ni berbunga 2 tangkai, kali ni pun dua jugak dia bagi

Monday, August 3, 2026

Cymbidium Golden Elf

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Jarang-jarang nak jumpa bunga orkid berwarna kuning. Biasanya yang paling mudah ditemui adalah warna ungu. Saya sendiri pun dalam jagaan tak banyak yang berbunga kuning. Yang ni pun kebetulan jumpa di Shoppe, teruslah kita grab. Saiznya pun dah remaja dan tak tunggu lama untuk berbunga. Bentuknya berlainan sikit dengan Cymbidium Chen's Ruby yang pernah saya kongsikan. Morfologi yang lain agak hampir sama, berdaun panjang tirus seperti lalang.



Monday, July 27, 2026

Maxillaria Tenuifolia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya beli sebab suka namanya yang pelik dan kedengaran canggih! Iya...begitulah tarikan seorang pencinta orkid yang sentiasa ingin menambah tanaman dalam koleksinya. Sebab apa? Sebabnya orkid ni adalah jenis orkid tanah tinggi, yang menginginkan suasana sejuk dingin menggigil macam di CH tu...dia juga sejenis yang slow grow dengan pertumbuhan yang agak perlahan. Dikenali juga dengan orkid lalang kerana bentuk daunnya yang panjang tirus. Disebut juga dengan nama orkid kelapa kerana baunya seakan-akan kelapa. Saya tak ingat tahun bila saya beli orkid ni, tapi awal Julai lalu baru saya perasan yang dia dah berbunga.


Sekuntum bunga sahaja tak ada teman. Nampak menarik dengan warna terang dan bau yang tak berapa menusuk. Sumpah saya tak perasan, cuma saya ada menangkap 'bau' yang tiada dari kebiasaan, bila tertengok memang suka betul saya.

Wednesday, July 15, 2026

Cymbidium Chen's Ruby

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Orkid ni dah agak lama jugak saya bela. Bila berbunga Tuhan aje yang tahu betapa gembiranya hati. Tambahan pula bila tengok warnanya yang terang dan saiznya agak besar. Kalau nak cerita pasal orkid ni dah banyak yang lupa padahal masa di UPM dulu siap belajar 1 kursus lagi. Cymbidium ni kalau tengok sekali pandang macam anak-beranak lalang. Ada yang boleh tanam di tanah, ada yang gantung di pokok dan ada jugak menempel di mana-mana dahan.


Warna kuning terang dengan percikan merah ditengahnya. Bunga jenis ni tak ada bau walau ada sesetengah yang berbau. Saiz bunga pulak agak besar bila dah kembang sepenuhnya. Memang cantik tau, tapi sayang kembangnya tak lama.

Wednesday, December 26, 2012

Orkid Merpati (Liar)

 
Sehari berlalu...masih sesuaikan diri. Eleh...macam la duduk London nak sesuai-sesuai bagai. Eh, balik ke tempat asal pun kena sesuai jugak. 3 minggu dok kampung tentu suasananya tak sama. Masuk rumah pun dah rasa lain, rasa sangat sunyi sepinya. Harap-harap lepas ni semuanya akan kembali seperti sediakala untuk meneruskan sesi 2013.
 
Cheq sue nak kongsikan gambar yang diambil semasa di kampung iaitu gambar orkid merpati yang tumbuh liar di pokok mangga belakang rumah. Orkid ni adalah orkid asli tanpa kacukan dengan jenis yang lain. Nostalgia jugak orkid ni sebab ianya sungguh misteri. Selain warnanya yang putih dan sedikit kekuningan, warnanya juga sungguh lembut dan harum. Biasanya kalau waktu pagi bau bunga ni memang mengasyikkan.
 
Saya tak tahu kenapa orkid ni dinamakan orkid merpati, mungkin juga kerana bentuk bunganya seprti burung. Tak tahu la pulak ya sama ada orkid ni dibiakkan secara komersil atau tidak. Kalau ada tu memang sesuai sungguh, beli untuk hiasan taman rumah. 
 
Kepada pencinta orkid, silalah menjamu mata. Wassalam..
Stylish Thankyou