Wednesday, January 29, 2014

Resepi Lasagna Lapis Sos Putih

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau ikutkan hati, malas sangat nak buat lasagna ni. Dengan nak kena rebus satu-satu... dengan nak buat kuah ish memang tak jadi kalau kurang sabar. Tapi bila tengok ada separuh lagi baki lasagna kering dok sengih-sengih dalam kotak, terpaksalah saya kuatkan hati. Zaman-zaman semua harga mahal ni kenalah guna semaksimum mungkin apa yang ada.


Oleh sebab dah agak lama dalam kotak, saya putuskan untuk basuh dulu kepingan lasagna   tu dan terus lupa dengan mencampurkannya bersama. Apa lagi, tak sanggup bercerai kasih la pulak diorang tu, melekat bagaikan digam. Jadi saya guna mana yang boleh. Lasagna ni tahu-tahu sajalah kalau rebus banyak-banyak gerenti tak berpisah punya.


Kalau selalu saya buat saya gunakan sos segera KIMBALL, kali ni saya buat dengan menggunakan sos hommemade, campuran bahan asas dengan daging cincang, cendawan dan tepung gandum. Godek je macam buat sos spagetti, ini pun lebih kurang sos carbonara je.

Rasanya agak boleh tahan, cuma nak kena makan dengan sos la baru ada rasa pedas sikit. Yang saya buat ni pedasnya dar lada hitam, mungkin tak rasa la kot.Pada yang nak cuba, resepinya di bawah..


LASAGNA LAPIS SOS PUTIH
Resepi : Cheq Sue

Kepingan lasagna secukupnya - rebus empuk sekeping-sekeping
1/2 bungkus daging cincang
5 biji cendawan butang - cincang
1 biji bawang besar - potong dadu
2 sb tepung gandum
3 cawan air
Oregano, lada hitam
Kiub pati daging
1 keping slice cheese
Sedikit minyak
Gula dan garam

Panaskan minyak dan tumis bawang besar
Masukkan oregano dan ada hitam
Tambahkan air
Masukkan daging cincang, masak hingga agak empuk
Masukkan cendawan butang dan slice cheeese
Tambahkan bancuhan air tepung gandum
Masukkan kiub daging
Perasakan dengan gula dan garam 

Lapiskan ke atas lasagna yang telah siap direbus.
Bakar suhu 180'C selama lebih kurang 30 minit

2 comments:

  1. kalau dah ada sos putih tu,, memang lah sedap sangat.. lemak berkrim gitu.. saya suka sangat.. psst.. dah jumpa 3 blogger masak lagsana hari ni..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya cheq shue... akak sampai skrg tak buat lagi..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]