Friday, January 10, 2014

Tomyam Ikan Tenggiri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tomyam, menu yang tak pernah ditolak. Memang selalu ada dalam menu saya. Satu hidangan lengkap yang mudah. Kalau masak ni dah tak payah masak sayur, semua dah dicampak ke dalam tu. Pasti semuanya bersetuju kan... Saya memang selalu masak ni untuk bekal. Ni ni pun bekal saya ke sekolah la jugak.

Nak membuatnya pula sebenar tidak memerlukan resepi. Jadi tak ada resepi ya. Yang wajib ada tentulah serai dan daun limau purut. Iyalah...selain lauk dan sayur-sayur tu la jugak. Korang ni...



Yang saya suka kongsikan di sini adalah apabila pertama kali saya membuat tomyam menggunakan ikan. Bukan calang-calang ikan... ikan tenggiri tuh! Sekeping saya beli di TESCO harganya dalam RM3.50. Fuhhh kalau beli seekor berapa la gamaknya kan. Patutlah ikan tenggiri tu sedap, sepadan dengan regenya!

Rupa-rupanya agak sedap jugak tomyam dengan ikan tenggiri ni. Cumanya nak kena masuk ikan lambat sikit sebab takut isinya hancur. Itupun ada jugak yang dah terpisah isinya. Jadi, kalau korang semua ada terbeli ikan tu, boleh la cuba buat tomyam pulak.

Errr...agak-agak kalau ikan kembung boleh tak buat tomyam???

1 comment:

  1. Salam CheqSue..tgk tomyam ni,br teringat dah lama k.atie tak msk tomyam..sedapnyaa.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]