Monday, January 6, 2014

Kek Lumut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Antara kek pilihan tahun 2013. Saya tertanya-tanya di mana sedapnya kek ini? Bagaimana rasanya?  Susah ke nak membuatnya? Jadi di penghujung Disember lalu saya cubalah membuatnya. Kebetulan pula horlick masih ada. Kalau tak guna karang rosak pulak. 

Pada saya kek ni boleh diibaratkan adik beradik tiri dengan kek lapis. Walaupun tak dibakar / kukus lapisan demi lapisan, tetapi kandungan bahannya lebih kurang sama sahaja. Keduanya menggunakan horlick, serikaya dan susu pekat. Tapi susu pekat dengan seri kaya tu saya tak masukkan sebab tak ada stok, saya ganti dengan susu low fatt.


Daripada resepi, saya membuatnya separuh, bermaksud hanya 1/4 dari adunan asal. Yalah, nak buat banyak2 payah pulak nak habiskan. Kalau sape yang dah pernah buat kek ni mesti dah tahu betapa lembut teksturnya. Saya sendiri pun agak terkejut bila makan, tak sangka keknya sangat lembut dan gebu. Memula tu saya bajet kek ni agak padat.


Nah, lihat sajalah tekstur dalamannya. Sebiji macam lumut yang lembap di batu. Boleh nampak basah-basah gitu. Untuk 1/4 adunan yang saya buat ni saya gunakan acuan princess kek yang paling besar. Selepas lenser dengan marjerin, saya taburkan pula dengan tepung gandum. Bila dah masak, saya sejukkan dulu dalam acuan dan dah agak sejuk baru saya keluarkan. Alhamdulillah ianya tidak melekat dan keluar dengan cantik


Resepi : KakDJ
Sumber : KakYatie

Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
1/2 cawan gula halus
250 gm mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
2 sudu besar seri kaya
1 sudu besar susu pekat manis saya ganti dengan 10 sb susu low fatt
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering) saya kukus 1 jam 45 minit (3 kali tambah air)
 

6 comments:

  1. Rajinnya cikgu Shue ni... akak dah lama ada dlm list tapi tak terbuat jugak huhuhu ;)

    ReplyDelete
  2. Lama dah tgk kek ni...tp x dtng seru lg nak mmbuatnya....nmpk moist le...sbb kukus gaknya ya...

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum cheq sue..
    Nadz pun dh lama dok simpan keinginan nk buat kek in tp x trbuat2 lagi. Tgk org lain siap brbisnes jual kek ni lg.. Bila laa angin Rajin nk dtg..

    ReplyDelete
  4. salam..

    lawanyer kek hijau..sejuk mata memandang, sedap tekak menelan

    ReplyDelete
  5. kaler shantek... pernah gak buat kek ni. sedap n moist

    ReplyDelete
  6. tgk resepi mcm senang je... udahla lama tingin nk bt kek nih... cuti2 best jgk try bt nih

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]