Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya pernah tengok pembuatan kek ni di dalam tv. Resepi ni pun memang saya ingat ambil dari MyR ketika mula-mula saya belajar kumpul resepi. Uniknya kek ni kerana ada lapisan masam manis di atas setelah ditabur dengan campuran gula dan jus lemon.Saya teruja nak mencuba sementelah memang ada stok sunkist. Mungkin jugak kerana penggunaan limau sunkist, bukan lemon menyebabkan kek ini tidaklah terlalu ketara kemasamannya.
Masa membakar, kek ni naik dengan elok, rata je. Bila dah 30 minit, yang bahagian tengah masih lembik. Jadi saya panjangkan masa membakar dan tutup bahagian atasnya dengan aluminium untuk mengelakkan kek hangit. Aiiiii kecewa jugak bila dah masak tu tengok-tengok yang bahagian tengah jadi berlekuk, elok pulak mendapnya ke bawah macam kawah gunung berapi. Jadi masa nak tuang larutan gula di atas, saya guna sudu dan tuang sikit-sikit supaya semuanya tak berkumpul di tengah.
Bila dah makan, mmmmm memang kena dengan selera saya. Kek ni ibarat kek butter aje, teksturnya agak kasar tetapi lembut. Dengan lemon zest yang dimasukkan ke dalam adunan meningkatkan lagi rasanya. InsyaAllah nanti nak cuba buat lagi, tengok dapat ke tak hasil yang lebih baik.
Terima kasih Kak Jun kerana berkongsi resepi ni. Saya copy dibawah untuk rujukan akan datang.
KEK LEMON
Resepi : junjs11@myresipi.com
Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana/loaf tin )
185gm
butter-pada suhu bilik
3/4 cawan
gula
1 sudu besar
parutan kulit limau
3 biji
telur-pukul sket
1 1/2 cawan
tepung naik sendiri
1/2 cawan
gula (jun wat 1/4 cwn aje)
1/4 cawan jus
lemon
Cara-cara
pukul butter,
gula n kulit lemon hingga lembut n rata.
masukkan
telur sket2 diselang seli ngan 1 sudu besar tepung. kemudian masukkan semua
tepung sekali n kacau rata.
masukkan
kedalam loyang/tin bergris n bakar selama 50-60min.
campurkan
gula n jus lemon (x perlu larutkan gula) n siram atas kek masa masih panas. ia
akan membentuk lapisan gula kat atas kek n menjadikan kek tu moist dr jus tu..
Csue nmpk sedap kek lemon tu..mesti wangi aroma nya kan..
ReplyDelete