Saturday, January 25, 2014

C@AC 17 : Creme Brulee



Ahmad Fareez memandang fail yang terbuka di depannya. Fikirannya tidak fokus. Dia tidak dapat membuat kerja seperti biasa. Ada yang mengganggu. Ya, Kartina. Kartina kebelakangan ini terlalu banyak mengambil masa dan mengusik emosinya. Dia tidak tahu apa yang berlaku sehingga sukar sekali baginya kini untuk mendengar suara gadis itu. Sudah beberapa kali dia mencuba tetapi talian tetap sepi. Di laman facebooknya juga tiada berita yang tertulis kecuali beberapa gambar yang ditag oleh teman-teman. Dalam gambar itu kelihatan Kartina sedang tersenyum menikmati aiskrim. Kalau dilihat dalam gambar tu macam di Genting Highlands sebab ada beberapa permainan ada di belakangnya. Amboi, sampai hati dia. Selalu kalau nak ke mana-mana Ahmad Fareez la yang tahu dulu.
Nombor telefon Kartina di tekan. Masih tiada respon.
Apa nak buat ni? Kalau dekat nak aje dia ke tempat kerja atau ke rumah sewa Kartina. Dia teringat akan Yusri yang berkerja satu tempat dengan Kartina.
‘Yus, Tina masuk kerja tak hari ni?’
‘Eh, kau tak tahu ke dah lama dia tak kerja kat sini.’
‘Hah? Betul ke ni Yus? Aku tak tahu pun.’
‘Aku pun tak pasti kenapa dia berhenti.’
‘Habis tu sekarang dia kerja kat mana? Kau tahu tak?’
‘Maaf la Reez, aku tak tahu.’
‘Tak apalah kalau macam tu Yus, terima kasih banyak-banyak.’
Hurmmm...berhenti kerja? Apa sebenarnya yang telah berlaku ni? Ada sesuatu ke yang dia tidak tahu? Ahmad Fareez bukannya tidak sayangkan gadis itu tetapi bila dalam keadaan begini, tiba-tiba dia terasa tidak dihargai. Sepatutnya Kartina berbincang dengannya dulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Aduhh... tension.
‘Saya keluar sekejap. Awak hold dulu meeting kakitangan lepas ni.’
Errrr...hold miting? Tak pernah berlaku sebelum ni. Aloyah tak sempat bertanya. Dia hanya mengiyakan dalam hati. Hendak ke mana pula Encik Paris. Tak nampak tergesa-gesa, longlai saja langkahnya. Tadi Aloyah ada mendengar dia bercakap tapi tak jelas butir bicara.
‘Guys, bos hold meeting!’
Aloyah menjerit dari meja. Dia tak mahu ke tengah pejabat, nanti macam-macam yang akan di tanya. Jenuh dia nak menjawab. Kan dah kata...ada jugak yang bertanya.
Tak tahu, jawabnya senang.
Kenapa ya? Selalu tak pernah macam ni... Aloyah perasan kebelakangan ini Encik Paris macam tak bersemangat aje. Marahnya dah kurang tetapi masih ada. Terbaru Kak Zetty menjadi mangsa kerana silap mengira total claim. Kalau bercakap pun macam berada di awang-awangan gitu.

Ø  Mlm nnti kita keluar eh, Mail ajk mkn sate
o   Ish, malu lh
Ø  Jom la, tmn aku
o   Kau ni nk dating pn nk tmn2 lg
Ø  Bkn g2, aku kn baru lg dgn dia, x elok la org tgk nnti
o   Aku plk yg tgknya
Ø  Aku srh dia ajak Fareez sekali
o   Eh, jgn. Kalau dia ada aku xnk pegi
Ø  Knp plk
o   Jgn ajak taw, biar aku je pegi
Ø  Yelh, jd tu
o   Ye.. ye..

Betul jugak kata Aloyah tu, anak dara keluar berdua malam-malam memang tak sesuai sangat. Kalau ada teman lain pulak ceritanya. Mmmm, daripada ajak Encik Paris baik ajak Mustaza. Tetapi sayangnya lelaki itu tiada kerana berkursus naik pangkat, sudah hampir sebulan berkampung di Kuala Lumpur. Aloyah meneruskan kerja. Dia mengisi aplikasi online berkaitan laporan keperluan eventori. Senak mata betul buat ni, dah la banyak ruang yang perlu diisi, dengan sistemnya yang slow macam kura-kura, fedap sungguh nak membuatnya. Sabar... sabar... itu semua cobaaannnnnnnnnnnnnn ibarat kata P.Ramlee.
Sehingga melepasi waktu rehat, Encik Paris tidak masuk-masuk. Pukul 3 ni dia ada perjumpaan dengan Ketua Penggawa Daerah, sudah diconfirmkan sejak minggu lalu.

Ø  Encik Fareez ada perjumpaan dgn penggawa daerah, pukul 3

Aloyah mengingatkan. Dia bimbang jika Encik Paris lupa. Mana tahu tengah memendam perasaan terus hilang semua tuntutan tugas.

Ø  Yes, I know. Jangan batalkan, saya balik pejabat kejap lagi

Aloyah memasang angan sambil mengisi keperluan sistem. Satu data di key-in, lima minit dia berehat. Kalau asyik mengadap skrin aje, gatal matanya nanti. Tak lama memang kena pakai cermin mata. Tiba-tiba terlintas di benaknya wajah Encik Paris tersenyum di Pasir Puteh dulu. Aduhh...bisa gugur jantung gue! Memang betullah apa orang selalu sebut, sesiapa yang bermuka serius a.k.a tak pernah senyum ni, sekali dia senyum memang kebabooom, lemak berkrim disukai ramai. Aloyah memang tidak mampu menahan debar, memang bergelora di hatinya saat di sapa senyuman manis itu. Sampai sekarang mana mungkin dia lupa. Deringan lagu untuk sms tiba-tiba mencaras angan tak sudahnya. Haishhh... kacau!

Ø  Kakak, nk buat yorkshire pudding ssh x
o   X la ssh, ada dlm blog, cb akk search
Ø  Abg syuk tetiba srh akk buat, tkjt
o   Kakak dh pnh buat, jadi, sdp
Ø  Nnti akk cuba, akk mms Loyah eh
o   Ok

Aduhh...di saat-saat dia bizi ramai pula yang bertanya itu dan ini. Seketika kemudian ringtone khas untuk keluarga pula berbunyi. Apa lagi Kak Muna ni.
‘Haaaa...ya.’
‘Filling dia tu selain jem tak boleh guna lain ke?’
Allah, bab itu pulak yang ditanya. Tadi kat sms tak mahu tanya.
‘Boleh je kak, cuba akak tengok di blog Kak Diana atau blog Kak Ros, kat situ ada macam-macam. Kalau susah-susah akak letak je tuna mayonis segera. Boleh jugak.’
‘Nantilah akak tengok.’

Aloyah sudah mahu balik setelah jam menunjukkan ke angka lima. Cukuplah kerja hari ini, letih sangat rasanya. Lepas perjumpaan dengan ketua penggawa daerah tadi, Encik Paris terus ke jabatan penilaian. Nampak dah ok aje dia, dah tak ada keruh-keruh di wajahnya.
‘Baru sapa ko Loyah, lewat doh ni.’
Abang Leman yang sedang menghisap rokok di laman rumah menegur. Mana tak lewatnya, tiba-tiba pulak ada kesesakan di bandar Brinchang tadi, dah dekat hujung minggu ramai la yang datang melancong.
‘Sedap orang kerja sekolah la tadi lagi dah balik.’
Tulah, dulu emak suruh jadi cikgu tak mahu.
‘Eh Jumaat ni abe nk oda kek deh, kek hok ado bledo datah tu. Bini abe ngide nok make lamo doh.’
Bledo? Menatang apa tu Abang Leman?
‘Kek apa tu?’
‘Haloooo, abe nyo tok tahu namo godio, kek ado bledo datah tu la, hok kala-kala tu.’
Abang Leman bagi penerangan siap dengan kaki tangan lagi. 
Banyak aje kek kala-kala tu Abang Leman weh..kek apa masalahnya.
Kek karamel ke?’
‘Hooo...hoh, hok tu bakali lah.’
Aduhhh...pening-pening. Ni sorang lagi. Hari tu kek engri berd..ni kek ada bledo pulak. Nak tergelak Aloyah mendengarnya.

Seusai sembahyang Asar, Aloyah ke dapur. Dia mahu membuat creme brulee seperti yang dilihat di blog Masterchef (Kak Sha). Dia dah pernah buat dulu dengan menggunakan resepi dari Kak Cek, tapi hasilnya kurang memuaskan. Kali ini dia mahu mencuba resepi yang lain pula. Walaupun creme brulee tu dalam kategori desert berprofil tinggi, sesekali apa salahnya... *_*

Malamnya pula seperti yang dijanji, Aloyah meneman Fiza berdating dengan Mail di Restoren Nasya. Sate di situ agak sedap juga. Sudah beberapa kali Aloyah dan teman serumahnya makan di situ. Sate ayam, sate kambing dan sate daging semuanya diorder Mail. Aloyah dah kata dalam hati, dia memang nak makan, tak ada cover-cover dah. Setakat Mail tu tak la dia malu.
‘Bakpo gak Farih tu Loyah, monyok jah kawe tengok. Ado masaloh di jabak ko?’
Farih? Tak kelas langsung Mail ni. Patut la Fiza tu dipanggilnya Piza aje..
‘Mana aku tahu. Dia ada masalah kot.’
‘Kau kan PA dia.’
‘Ye la PA pun, tapi personal assistant, bukan private assistant.’
‘Lebih kure doh tu. Dok dumoh pun tok kecek mano dio. Kade-kade kawe denga dio kecek talipo mace dok bbaloh jah.’
‘Biarlah dia.’
‘Eh, awok tok make kambing ko? Tra la, sedak ni.’
Mail meletakkan dua cucuk sate kambing ke pinggan Fiza. Aloyah tergelak dalam hati. Awok? Macam manja tapi kelakar aje... Dia teringat creme bruleenya di dalam peti ais. Dia teringat Encik Paris juga. Tentu bos suka desert camtu...

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]