Saturday, January 18, 2014

C@AC 14 : Nasi Ayam Ipoh



Sanju beriya-iya mengajak Aloyah keluar makan. Dia memang hantu nasi ayam. Sekali seminggu mesti makan punya. Kali ini Aloyah membawa Sanju ke kedai makan bersebelahan Taman Keputeraan. Kata Kak Lin nasi ayam kat situ boleh tahan jugak. Kat Cameron ni tak berapa banyak kedai makan Melayu. Kalau ada pun nak kena pilih-pilih juga, tak semuanya menepati citarasa. Kalau diikutkan Aloyah tak berapa suka nak makan di luar, tetapi semalam dia pening kepala, tak dapat nak menyediakan bekal. Bila Sanju kata nak belanja, terus saja dia setuju.
‘Kita cuba makan kat sini ya Sanju, kalau tak sedap kita tak payah datang dah lepas ni.’
‘Saya tada hal Aloya. Janji dapat makan nasi ayam. Ini minggu saya belum pekena lagi.’
Aloyah cukup senang berkawan dengan Sanju. Gadis keturunan India yang baru berumur 23 tahun tu sangat friendly, seorang yang gila-gila juga kepalanya. Walaupun cakap masih ada pelat Tamil, tetapi dia selesa berbicara dengan sesiapa sahaja.
‘Woi korang! Makan tak ajak aku ya?’
Mustaza menyergah dari belakang. Macam mana pulak boleh lepas ke sini? Selalu potnya di kedai makan Mak Jah sebelah pejabat tu je.
‘Apa macam kita mahu ajak, tadi awak tada la Mus. Marilah makan, ini hari saya belanja.’
‘Belanja? Ini dah bagus Sanju. Kalau macam tu aku nak makan nasi ayam 2 pinggan, lepas tu nak bungkus 3.’
Ayoyo...
Aloyah dah tergelak melihat muka keruh Sanju. Mustaza serius, sengaja nak menakutkannya.
‘Mus, itu macam kalu habis la duit saya. L.’
‘Kan tadi dah cakap nak belanja...’
‘Jangan kau layan si Mus ni Sanju, nanti dengan kau sekali pun sakit kepala.’
Aloyah menambahkan satu lagi order nasi ayam. Mustaza memang suka melawak, asyik nak pekena orang aje kerjanya.
‘Tadi teruk jugak Abang Isa kena dengan bos.’
‘Kenapa?’
‘Aku setuju sangat kalu bos marah sama itu Abang Isa, selalu saja curi tulang. Orang semua ada kerja bikin dia dalam stor saja tidur.’
Adui, terbelit-belit macam jalan Tapah pulak si Sanju ni. Pening Aloyah nak memahamkannya.
‘Ye lah, nak mengular pun tak agak-agak. Orang tengah sibuk dia boleh je buat hal. Kesian Kak Tipah buat kerja sensorang.’
‘Saya pun selalu pening juga dengan dia. Tada boleh cakap apa, mesti marah punya.’
Hish, lambat betul nasi ayam ni. Aloyah memandang jam. Dah 20 minit menunggu. Air pun tak ada.
‘Lambat..’
Bisik Sanju ke telinganya.
‘Kau Sanju, apa pendapat kau pasal bos kita tu?’
Mmmm, baru sampai. Terkedek-kedek pelayan datang membawa makanan dan minuman yang diorder. Masam je muka, tak mesra alam langsung.
‘Saya tada hal punya. Dia ok saja.’
‘Dah, dah, asyik nak mengumpat orang aje. Cepat makan, kang tak pasal-pasal pulak kita yang kena nanti.’
Nasi ayam ke ape ni? Sesuap masuk ke mulut terasa mahu diluahkan kembali. Sup bak air kosong. Kicapnya ibarat kicap semata-mata. Ayamnya pula macam yang semalam punya. Nak berniaga ke apa ni? Harga lima ringgit, tak padan langsung. Aloyah memandang Sanju. Perlahan aje disuapnya ke mulut. Mustaza tak tahu apa-apa. Tak ada rasa langsung mamat ni.
‘Tada sedap la Loya.’
Hah, Sanju yang tidak cerewet pun dah komplen. Memang tak sedap langsung. Putus angin nak makan. Inilah salah satu kepantangan Aloyah jika makan di luar. Kita pengguna, kita yang bayar, duit kita. Kalau makanan tu baik sikit je dari makanan yang mahu dibuang, lebik baik tak payah. Seeloknya biarlah sepadan dengan harga. Bukan kata nak memilih, tapi hati pelanggan mesti di jaga. Setakat ni Aloyah tak kisah membayar lebih untuk makanan yang bernilai lima bintang. Tapi kalau bayar mahal, rasa entah ke mana, memang dia tak datang dah la lepas ni.
Dia meletakkan sudu dan garfu ke tepi. Mulutnya menghirup nescafe suam di sisi. Perghhh... Pahitnya! Kalau minum ni mau tak tidur 2 hari. Aloyah menolaknya ke tepi. Sanju pun sudah berhenti makan. Mustaza pula sedang menikmati teh O ais.
‘Sedap ke Mus? Sampai licin kau makan.’
‘Entah, rasa biasa aje. Aku tengah lapar.’
Kot ya pun rasa biasa, takkan la kau tak tahu beza yang sedap dengan tidak. Oh Mustaza...
‘Ini macam kalu Mus, saya bikin sendiri lagi sidap tau ka.’
Rasa tak berbaloi pula bila Sanju belanja tetapi makannya tak seberapa. Aloyah mahu membayar tetapi ditolak. 
Aloyah membuka internet. Masih ada lagi 10 minit sebelum waktu kerja. Dia membuka laman web My Resepi seperti kebiasaannya. Dia memilih menu ‘nasi’. Ingin lihat mana satu yang menjadi pilihan pengguna. Dia terpandang resepi nasi ayam ipoh yang dikongsikan oleh seorang rakan bloggernya, Q. Kalau nasi ayam biasa tu dah selalu dia buat. Dia nak cari yang lain sikit. Sedap jugak ni. Aloyah kemudiannya menaip kata kunci ‘nasi ayam ipoh’ di menu google search. Nah, berderet keluar. Dia mengklik bahagian images. Dah ramai rupanya yang mencuba resepi ni. Aduhh, kecur air liur dibuatnya. Jika nak dibandingkan dengan apa yang dimakan tadi, yang kat dalam ni lagi sedap. Jadilah buat nasi ayam ni, boleh hilangkan kempunan makan tadi. Boleh juga diberikan kepada Sanju, kesian dia. Poyo aje mukanya tadi. Aloyah membuka blognya pula. Dia mahu mencetak resepi nasi ayam ipoh dalam blog Qasehqu Quinnie.

‘Nanti tolong bawakan saya kontrak pembersihan ya. Kemudian sertakan satu salinan yang masuk tender.’
Alamak...Encik Paris dah masuk. Cepat-cepat Aloyah menutup laman web yang sedang dibuka. Dia tak mahu bos naik angin.
Aloyah segera mencari apa yang diminta. Tender pembersihan akan ditutup esok, barangkali Encik Paris mahu membuat penilaian. Salinan penender turut dicetaknya. Dia segera menghantar dokumen itu ke bilik Encik Paris. Melihatkan tiada apa-apa keperluan lain, Aloyah lantas keluar.
‘Kan I dah cakap you jangan risau.’
Tiba-tiba dia terdengar patah perkataan itu dari bilik Encik Paris. Nada suaranya tegas dan tinggi.
‘Berapa kali I nak terangkan pada you? I akan uruskan hal ni dengan mama, you cuba la bersabar sikit Tina.’
Tina? Ni mesti kekasih hati Encik Paris. Aloyah bukan sengaja hendak mengikuti perbualan tersebut tetapi percakapan Encik Paris sampai ke telinganya. Jadi dia terpaksa dengar, terpaksa ok... Fikirannya yang ligak berfikir macam-macam ditumpukan ke skrin komputer.
‘Duit? Takkan lah cepat sangat habis duit gaji you? Bulan ni dah berapa kali I bank in kan, you buat apa?’
‘Kalau you dah tahu nak guna duit, cuba la you jimat-jimat sikit, I penat la macam ni.’
Aloyah tak dapat menahan rasa dari terus mendengar. Sekali menaip, 10 kali dia berhenti.
‘Kenapa tu Loyah?’
Kak Tipah dalam perjalanan ke pantry berbisik. Aloyah hanya menjongketkan bahu.
Seketika suasana sepi. Dah habis gaduh kot.

Ø  Masuk sekejap

Sms diterima. Biasanya Encik Paris panggil aje, kenapa bersms pulak ni. Alamak, entah-entah kali ni gilirannya pulak yang terkena. Dengan lafaz Bismillah Aloyah melangkahkah kaki.
‘Encik Fareez nak apa-apa?’
‘Apa masalah awak ni Aloyah? Cuba beritahu saya sikit...’
Masalah? Masalah apa pulak Encik Paris ni. Kot ye pun masih angin dengan si ‘Tina’ tu janganlah dia pun nak dianginkan sekali.
‘Saya tak ada apa-apa masalah Encik Fareez. Kenapa?’
‘Pasti?’
Aloyah mengangguk. Yakin.
‘Ni apa benda, saya nak tanya awak...’
Dua helai kertas dihulurkan dan bertukar tangan.
Aiseyhmannn... Aloyah mengetap bibir. Camana boleh lepas ke bilik bos ni?
‘Errrr... ni....’
‘Itu tender baru ke? Tender nasi ayam?’
Huk aloh... muka dah bertukar jadi incredible hulk dah ni. Aloyah terdiam. Nafasnya terhenti seketika. Rasa-rasa macam nak terpengsan je terus kat situ. Malu... malu seyhh!
‘Saya minta maaf Encik Paris.’
Kan dah kena!

1 comment:

  1. hahhahahah....nasi ayam ipoh pun masuk dalam cerpen ye cik sue...hhhahahahha...ni mesti masa menaip carik ilham....teringin nak makan nasi ayam...kekeke

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]