Monday, August 22, 2011

Nasi Ayam Ipoh...Akhirnya!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Lupa pulak nak beli timun...so ulamnya salad dan tomato aje... superb!

Akhirnya..setelah beberapa ketika...tercapai sudah hasrat di hati ini untuk menikmati hidangan nasi ayam. Alhamdulillah...hilang sudah apa yang diidamkan. Sebelum ni ada jugak nasi ayam yang dibeli, tetapi langsung tidak menepati piawaian...sebab tu lah kena buat jugak sendiri...makan dari air tangan sendiri pastinya lebih sedap dan puashati.. Dok gitu?

Dari sehari ke sehari...nak buat ni asyik tertangguh aje. Kalau nak harapkan buat sendiri di rumah, makan sorang2 memang tak berbaloi... Tapi sejak dok berulang berbuka umah kawan ni memang dah set nak buat nasi ayam. plan nak buat sabtu, tapi tak sempat dek seharian berpoya-poya di ipoh..so Ahad semalam terjadilah sudah.. Memang puas hati betul...bertambah-tambah makannya..


Sedikit kelainannya nasi ayam ni adalah tang sup dan ayamnya tu. Penambahan sengkuang menjadikan sup lebih sedap, berperisa dan manis semulajadi. Hirup camtu aje pun sedap jugak.
Oleh sebabtak gunakan rempah2 untuk menumis dulu sup...xde la bau kuat sgt. InsyaAllah rasa2 nak buat lagi untuk aidilfitri nanti... tq Q...

NASI AYAM IPOH
Sumber : Q @ Qasehququinnie

*BAHAN NASI*
-4 mug beras
-4 1/2 mug air rebusan ayam
-2 inci halia*
-3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
-3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
-1 sudu besar minyak bijan
-2 sudu besar sos tiram
-2 helai daun pandan
-4 sudu mentega + sedikit minyak masak
-1 sudu kecil garam

*BAHAN AYAM* 
-1 ekor ayam
-3 biji bawang putih*
-1 inci halia*( bahan* ditumbuk lumat)
-3 sudu besar kicap lemak manis
-2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
-1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
-2 sudu besar kicap pekat (optional) 

*BAHAN SUP*
-air secukupnya
-4 bawang putih diketuk
-3 inci halia di hiris
-3 helai batang bawang cheq sue gunakan daun sup dan tambah sebiji bawang besar dibelah 4
-1 biji sengkuang dipotong dadu
-1 sudu besar serbuk lada sulah
-garam

*BAHAN CILI*
-10/15 biji cili burung
-6 biji cili merah
-sedikit halia (ambik dari rebusan)
-5/6 biji bawang putih
-1 biji limau kasturi/nipis
-sedikit air dari air rebusan ayam
-garam n gula secukupnya

*BAHAN KICAP*
-5 biji cili burung
-sedikit halia (ambik dari rebusan)
-4/5 biji bawang putih
-kicap pekat dan kicap cair secukupnya
-air rebusan ayam secukupnya
-tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
-2 sudu besar sos tiram

*BAHAN TAMBAHAN*
-tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng

PESANAN PENAJA:
** jangan tachot melihat deretan bahan2 untuk membuat nasi ayam ni... >*< :)

 Masih terbayang-bayang... haishh..
Cara-cara :
  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih. 
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dan minyak masak dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di tumbuk lumat dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan ke dalam sup tadi.

8 comments:

  1. - amboiiii...kicap & cili tu letak dlm sudu...tumpah kang!

    ReplyDelete
  2. wah! nasi ayam memang best! tetibe rasa nk makan nasi ayam lagi...

    ReplyDelete
  3. @AI

    shoot umah member...xde pulak sudu yang sepadan..kena sudu plastik pun hantam sajelah

    ReplyDelete
  4. @nuwairani ismail

    kalau buat makan ramai2 berbaloi nani...kalau setakat makan sendiri baik carik beli aje

    ReplyDelete
  5. udah sampai ch ek nasi ayam ipoh ni..tq sebab sudi mencuba...tiap kali tengok org buat nasi ayam ni mesti kita pun teringin nak makan sekali..hehehhe

    ReplyDelete
  6. @quinnie

    nasi ni memang best la Q... memang puashati sesangat makan... hilang kempunan you!!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]