Monday, August 8, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep Akhir

  Ketika mereka memutuskan untuk berbulan madu ke Mauritius, ibu dan abah kebetulan datang ke Kuala Lumpur membawa Amal bercuti yang ketika itu cuti sekolah. Dalam keriuhan rumah besar itu menerima tetamu, Iman tidak dapat mengelak dari malu bila diusik oleh ibunya.

“Kita ni Cik Adibah…bila lah agaknya nak jadi nenek. Tak sabar-sabar rasanya.” Selamba aje ibunya berkata-kata. Kalau didepannya aje tak mengapa tapi ini didepan semua orang, termasuk Amal sekali.
Ibunya memang begitu. Memang sudah lama dia mengimpikan kehadiran si kecil dalam hidupnya. Abahnya lebih cool dan tidak suka menunjukkan perasaannya. Tapi sayang dia tidak mewarisi sikap itu.
Firdaus yang memandangnya hanya tersenyum.
“Ala ibu ni. Iman baru je dua bulan kahwin. Tunggulah bila kami dah puas bercinta dulu. Kalau awal-awal dah ada baby ni tak dapatlah Iman nak bermesra dengan abang. Tak begitu?” Balasnya kembali sambil tangannya meramas  mesra tangan Firdaus.
“Kamu ni ada aje alasannya.” Mama menyampuk kegeraman.
“Saya tak campur mama.” Balas Firdaus. Cuba mempertahankan diri yang terasa diserang dari semua arah.
Surrender.
*****

Suasana yang aman damai. Pemandangan yang indah. Laut yang biru damai geloranya menarik hati Iman untuk terus menghayati ciptaan tuhan. Tenggelam dalam pandangan jauhnya tanpa menyedari renungan tajam Firdaus. Sedar dari tidur barulah Firdaus perasan dia hanya bersendirian di tilam empuk itu. Dia terjaga lebih awal dan sukar untuknya melelapkan mata kembali. Walaupun hangat tidurnya dalam pelukan Firdaus namun dia tidak mahu melepas peluang melihat keindahan yang nian di depan matanya.
“Sayang…kenapa ni?” Ujar Firdaus perlahan sambil tangannya berlingkar ke pinggang Iman. Terkejut Iman diperlakukan begitu. Melayang seketika fikirannya.
“Iman leka tengok pemandangan ni. Indahnya.” Balas Iman tanpa memandang Firdaus.
“Abang ada sesuatu nak dibicarakan dengan Iman.” Nada yang agak serius kedengaran dari bibir Firdaus memaksa Iman menentang matanya.
“Apa dia?” Pandangan mereka berlaga.
“Iman ingat kata-kata ibu sebelum kita datang ke sini dulu?”
“Kenapa?”
Masakan dia tidak ingat. Kalau bukan pasal cucu, apalagi?
Firdaus hanya membalas dengan senyuman manis. Keningnya diangkat. Isyaratnya penuh makna. Iman tertunduk malu. Saat itu dia rela diperlakukan apa saja oleh lelaki itu…SUAMINYA!

Seandainya telah ditakdirkan dia untukku,
 Kau peliharalah kasih dan cinta ini.
Berikanlah kebahagiaan abadi,.
Walau apa pun yang terjadi…
SATUKANLAH HATI KAMI.

Hakcipta terpelihara:- CIK SUHAILA BT. MAT GHANI
Jun 2002 – November 2002, 2 Ramadhan 1423, 0002, Kolej ke-5 Uniputra, 10.30 malam.

5 comments:

  1. salam. singgah sini from segmen blog freaky. nak start bace ur novelog. jemputlah dtg blog yana. :)

    http://lurvemycadbury.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. - ameen...selesai sudah dan harap mereka bahagia...

    * dan diharapkan cheq sue jua akan ditemukan jodoh...ameennn...

    ReplyDelete
  3. @SITI NOORNADIYANA
    tq yana...sy belum sempat lagi nak terjah grup2 tu... tunggu ya

    ReplyDelete
  4. Cheq Su...
    baru selesai melayan novelog u.. walaupun tlh ketinggalan, tapi masih tak terlambatkan.

    He3..seharian hang kat sini..tq

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]