Thursday, August 25, 2011

Biskut Coklat Comot... memang comot!

Assalamualaikum & salam sejahtera


Lagi n3 sekut raya (kalau dah dok kg line bb ni selow cam siput, sebab tu la upload je terus)... untuk sekut coklat comot ni, memang tiap2 tahun cheq sue buat... walaupun namanya tak berapa nak sedap didengar tapi rasanya sedap... coklat dan kacang tanah menambahkan lagi kemasyukan  sekut ni. kacang dan coklat...sape tak suka! sekut ni agak memang sangat rangup...satu-satu makan memang tak rasa tau... tengok2 dah abes


cheq sue hanya buat separuh adunan je untuk biskut ni sebab kalau buat satu adunan tu macam banyak je sangat...bukan apa...jenuh nak mencomotkan coklat tu laaaa.... tapi kalau sape2 yang nak bagi2 sekut memang sesuai sgt la buat satu adunan... kalau buat banyak2 ni mem kat umah tu selalu bising la xde sape nak ngabeskan... huuuuuu.......


Okeh...kalau ada sape2 yang nak menambah koleksi sekut tu leh la tgk di link yang cheq sue letakkan tu ya...

BISKUT COKLAT COMOT
Sumber : Mesra.Net

Bahan-bahan :
2 cawan mentega
2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
3 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
cooking chocolate
sekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk

Cara-cara : 
1) Pukul mentega dan gula hingga sebati
2) Masukkan telur dan kacau rata.
3) Masukkan esen vanilla dan kacau lagi
4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh
5) Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan suhu tu agak2 la ya...dalam 150' - 160' selama 15 - 20 minit @ bergantung pada oven memasing
6) Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih
7) Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini
8) Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk
9) Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam paper cup 

untuk penyediaan sekut ni, cheq sue hanya bulat2kan sebesar guli, masuk dalam papercup dan bakar. bila dah masak dan sejuk, tuangkan 1 sudu coklat masakan dan tabur dengan kacang tanah tumbuk.

4 comments:

  1. Assalamualaikum cheq sue...
    dah berada kat kmpg yer cheq sue?
    wah comel jer tu biskut nye ... x nmpk pun comot.. hhehhee... gambungan choc + kcg mmg sedap kan cheq sue... terbaik!

    ReplyDelete
  2. @Diana @ Melley Mey

    belum balik lagi la kak... tengah hari ni baru bertolak... tak sabar dah ni..

    ReplyDelete
  3. - ok je tu...x comot pon...

    moga cheq sue selamat sampai kg ye...berhati2 dijalanraya...

    ReplyDelete
  4. @AI

    tq al...harapnya gitulah semoga selamat sampai semuanya

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]