Sunday, August 7, 2011

Puding Roti Berkaramel

Assalamualaikum & salam sejahtera

Dah seminggu berpuasa ni...baru tercapai hasrat di hati untuk makan puding. Dah lama dok idam, walaupun bukan puding ni tapi cukuplah untuk mengubat keinginan. Sebenarnya dah beberapa kali buat puding roti caramel ni cuma resepi agak berlainan. Kalau kata nak agak2 sendiri memang tak pandai. Kali ni cheq sue menggunakan resepi Kak Rosaliza, dan diambil dari dapur Juwita.

Puding roti caramel ni memang sedap dimakan sejuk2...nyaman aje rasanya. Kalau puding caramel aje cheq sue tak berapa suka, bila dah masukkan roti alhamdulillah kena pulak dengan selera. Adunan yang dibuat ni tak berapa banyak, sesuai untuk bilangan keluarga yang sedikit. Memang sesuai la dimakan semasa berbuka ni...

Pada Kak Rosa dan Ita, cheq sue cnp kat sini pulak ye resepinya. Pada sesape yang nak mencuba, janga takut dengan rupanya yang tak berapa nak cantik tu... cheq sue ada tersilap haribulan sikit... heeeeeee...

** sila abaikan rupanya 

Yang penting sedappppp.... Ehhhh...mana nak tahu tak makan lagi ni... Xpe xpe...kita andaikan aje puding ni sedap okay...

PUDING ROTI KARAMEL
Resepi asal : Kak Rosaliza 
Sumber : Juwita Fariz

Bahan :

Untuk Karamel :
* 1/4 cawan gula pasir
* 1/4 cawan air panas

Cara membuatnya :
1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.
2. Kacau segera supaya tidak berketul.
3. Kemudian ratakan pada loyang @ bekas yang besesuaian dan sejukkan seketika.

Bahan Puding :
* 3 keping roti sandwic - disiat-siat
* 1/2 cawan air suam
* 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

Cara membuatnya :
1. Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati.
2. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan.
3. Tuangkan ke dalam karamel tadi.
4. Sediakan loyang @ bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya.
5. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
6. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
** Cheq sue kukus je dalam 20 min, ikut cara Kak Rosa

14 comments:

  1. sue..kita pun suka puding roti karamel..tambah2 kalau guna roti berserat or gandum tu...sedap je bila makan ada rasa kasar2 dia tuh..aduss...tumpang tengok gambar je la dulu....hehhhe

    ReplyDelete
  2. tak kira rupa cemana..janji sedap kan..

    ReplyDelete
  3. rasanya puding ni bukan ke memang berkedut2 ke? jadi, rupe takde la org kisah sgt..yang penting, rasanya tu...aduh..makan sejuk2...sedapnya...

    ReplyDelete
  4. @quinnie
    tu la pasal Q...kalau puding caramel aje macam tak sanggup nak makan telur sesaje tu... bila masuk roti ni sedap sket

    ReplyDelete
  5. @Anna Qawina
    yup...yg penting sedap. rupa belakang kira. buat sendirik xpe...

    ReplyDelete
  6. @nuwairani ismail
    orang buat kedut sikit je nani...yg cheq sue ni kedut seribu dh...

    ReplyDelete
  7. puidng roti karamel sedap.. ita dah cuba..:)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum cheq sue...
    wah tgk puding roti berkaramel tu sungguh sedap ler cheq sue... rupa mmg x penting.. yg penting sedaaap kan.. tp ok jer akak tgk kejadiannya tu cheq sue

    ReplyDelete
  9. rupa tak penting..yang penting sedap kan..hee~

    ReplyDelete
  10. @Juwita Jamaludin
    ha ah ita...memang sedap kan puding ni... rasa pun tak manis sgt

    ReplyDelete
  11. @Diana @ Melley Mey
    yang makan sendiri ni kak...x jadi hal nye, janji leh masuk mulut

    ReplyDelete
  12. - dah salin resepi...rase cam nak buat je...

    ReplyDelete
  13. @AI
    haaaaa...dah salin resepinya tu kena la buat al...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]