Monday, August 8, 2011

Cream Cheese Chiffon Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera

Dah lama jugak kan rasanya tak membuat kek...ye laaaa bulan2 puasa ni selera xde ke arah kek...lebih kepada kuih muih, puding dan jus2 gitu. Tapi dek sebab nak mengabeskan cream cheese yang dok ade dalam peti tu, cheq sue pun tergerak nk try resepi ni yang memang dah lama cheq sue book mark dari rumah Noorsha.

Kira-kira ni la kali kedua cheq sue menyipon... he he he... yang pertama dulu alhamdulillah elok tapi kali ni nampaknya ada unsur2 kebantatan sedikit... HA HA HA..... gelak terguling-guling.... rasa2nya sebab cheq sue biarkan dulu adunan tu sebelum dibakar... dalam setengah jam jugak. bukan apa...oven tengah bakar ikan jadi kek kena tunggu....

Satu yang istimewanya cheese cake ni walaupun bantat masih boleh dimakan sebab tak berbeza sgt rasanya. cuba kalau kek span @ kek butter yang bantat, alamatnya rezeki cik tong laaaa..............

CREAM CHEESE CHIFFON CAKE
Sumber : Noorsha
Cuci mata : Kak Rima

Bahan-bahan :
-70g susu segar
-65g cream cheese - cheq sue guna 90g (perabis stok)
-30g butter
-75g tepung kek / guna tepung gandum
-1/4tsp baking powder
-4 biji telur kuning
-1/4tsp salt

-4 biji telur putih
-1/4tsp cream of tartar
-50g caster sugar 

Kek ni jadi nipis sikit, dah xde acuan kecik lagi dari ni

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175 C (ikut kesesuaian oven masing² ya )
2. Satukan butter, cream cheese dan susu, panaskan guna kaedah double boiler (tak perlu sampai mendidih.. cukup hingga cair saja). Biarkan seketika.
3. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
4. Dengan menggunakan hand whisk, pukul kuning telur dan garam hingga kembang. Masukkan adunan cream cheese tadi, kacau rata
5. Tambahkan tepung ke dalam adunan tadi, kacau hingga bergaul rata. Ketepikan sebentar.
6. Denbgan mengunakan electric mixer, pukul putih telur dengan cream of tatar hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan high speed hingga bertanduk @ soft peak @ meringue.
7. Ambil 1/4 bahagian meringue tadi dan kacau kan pada adunan batter tadi hingga bersatu.
8. kemudian ambil lebihan meringue sedikit demi sedikit dan campukan pada batter hingga bergaul rata. kacau secara perlahan2.
9. masukkan ke dalam loyang chiffon dan bakar hingga 40-45 minit
10, Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan telungkupkan kek beserta loyang sementara masih panas, biar begitu hingga sejuk.
11. setelah sejuk, baru keluarkan kek dari loyang dengan menyisip tepi2 kek dengan pisau untuk memudahkan ia keluar

4 comments:

  1. cream cheese cake kalau bantat pon tetap sedap jugak!

    ReplyDelete
  2. @nuwairani ismail
    nasib baik aje boleh makan... kalau tak membazir laaa

    ReplyDelete
  3. @AI
    Kali ni bagi ke famili Aisyah pulak...diorang cheese lover

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]