Tuesday, August 2, 2011

Jus Kurma Madu Nestum

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Aisyemannnnn.... lamanya rasa cuti memasak... Naik lembut jari jemari ni ha... rindukan senduk sudip di dapur... Rupanya walaupun berpuasa, amat payah bagi seorang blogger masakan meninggalkan rutin hariannya...
Bila dah puasa ni.. tersangat la sinonim dengan buah KURMA. Sejujurnya cheq sue ni tak la suka sangat makan kurma... tapi baru dalam proses belajar. sehari makan sebiji dua insyaAllah nanti akan gemar la tu... Rugi kan rasanya tak menggemari buah yang digemar Rasulullah... jadi cheq sue pun sama ingin berkongsi sunnah Baginda..
Selain dimakan gitu aje...semua dah tahu kan kurma ni boleh dijadikan jus ataupun dicelup coklat berintikan badam. Tapi kali ni cheq sue ingin kongsikan sejenis jus yang sangat berkhasiat dan mengenyangkan. Memang sesuai sgt diminum semasa sahur dan boleh juga dijadikan minuman semasa berbuka. Cara nak membuatnya pun senang aje. Idea ni datang semasa tengah memandu semalam... maklum lah...macam kanak2 jugak, nak memupuk perasaan agar dapat memakan kurma perlulah mempelbagaikan cara hidangan...
Kurma ni sebenarnya agak keras isinya so kena blend lama sikit ya...

 Kalau tak puasa ni... dah lama dah sedut... :)

Harap2 puasa kali ni dapat abeskan la kurma sekotak kecik tu...

JUS KURMA MADU NESTUM
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- secawan susu (cheq sue guna low fat milk)
- 5 biji kurma madu (buang kulit dan cincang - senang nak blend)
- 3 sudu besar nestum
- sedikit susu pekat
- ais (opt)
** bahan-bahan boleh digandakan mengikut kuantiti dikehendaki

Cara-cara :
- masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender dan kisar hingga halus
- tambahkan ais kiub jika ingin dinikmati sejuk

10 comments:

  1. thanks for the resipi..atau pun kurma di hancurkan bersama susu pun boleh..ahhaa..mana-mana lah...

    ReplyDelete
  2. dappnyerr...best ni...nanti leh buat..tq che sue

    ReplyDelete
  3. usahkan budak...mak budah pon suke kalau dihidang mcm ni...sedapnye!!

    ReplyDelete
  4. @Atiqah Sa'ahiry
    untuk permulaan ni...try jus ni dulu.. mana tahu sedap..

    ReplyDelete
  5. @Mama2Q
    sudi2kanlah mencuba jus ni mama... mana tahu kena dengan selera sekeluarga

    ReplyDelete
  6. @nuwairani ismail
    bakal mak budak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii la suka!

    ReplyDelete
  7. meh ipoh tulung saya buat..huhu

    ReplyDelete
  8. salam sue...boleh dicuba resepi ni...kalau malas nak bersahur minum ni best...:)

    ReplyDelete
  9. @quinnie
    memang sesuai sgt Q minum masa sahur...pasti mengenyangkan... nak buat pun senang je

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]