Thursday, August 4, 2011

Punch Pudina

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sebenarnya bila berpuasa ni...selera makan tu bermacam2 datang.. Nak makan itu...ini... kalau kat pasar Ramadhan tu semuanya nak dibeli.. harap2 kita semua dapat mengawal diri sendiri. Bagi cheq sue yang memasak sendiri ni... jarang2 sekali ada pencuci mulut @ dessert... maklumlah bila tukang makannya sikit macam membazir je nak buat. Cukup jika ada air, lauk dan sayur. Kalau ada rezeki ada jugak budak2 mai hantar... (^_^)
Kali ni cheq sue ingin nak share satu resepi minuman yang diselongkar dari dapur Ros Jintan Manis. Tadi kan cheq sue ada mendownload e-book dia, terjumpa la air ni... dah lama cheq sue dok berangan2 nak cuba minuman yang menggunakan pudina.. serius tau, cheq sue belum pernah makan lagi. selalu kalau pudina je mesti ingat ubat gigi Colgate... ha ha a...
So jom kita cuba air ni lak yer...

Sepatutnya kaler air ni agak2 hijau sket tapi ntah agaknya pudina tu belum cukup umur lagi kowt....

PUNCH PUDINA
Sumber : Ros Jintan Manis

Bahan-bahan untuk dua gelas :
-10 helai daun pudina
-1 gelas air biasa
-2 sudu besar gula
-1 gelas air ais krim soda
**cheq sue buat ikut kuantiti sendiri untuk dapat dalam segelas kat atas tu, tapi tak masukkan gula.

Cara-cara :
-Mula-mula carik-carikkan daun pudina dan campurkan dengan segelas air, masukkan dalam blender bersama gula, blender hingga daun hancur.
-Kemudian tapis hampas daun pudina tadi dan campurkan dengan air aiskrim soda, letakkan di dalam gelas dan letak berberapa ketul air batu, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba. cheq sue tak masukkan ais, cuma letak jap dalam peti sejuk

10 comments:

  1. salam sue.. tak pernah cuba.. macam ye rasanya ye.. mesti segarnya bila minum

    ReplyDelete
  2. suke sgt apa2 yg berkait dgn pudina. ais krim je, cookies ke, sayur ke, memang sedap aromanya...kalau air dicampurkan soda pulak, memang masyuk la...

    ReplyDelete
  3. @Juwita Jamaludin
    rasanya tersangatlah unik ita... satu je boleh cakap...SEDAP!

    ReplyDelete
  4. @nuwairani ismail
    kalau dalam aiskrim...cheq sue makan la jgk nani... tapi pesen buat air gini baru 1st time.. sedap rasanya ada ala-ala menthol gitu

    ReplyDelete
  5. 1st time mai jln blog cheq sue, 1st dpt tau sal air neh..best x cheq sue?cmner rse?hehe...ad iras2 air limau x?hehe

    ReplyDelete
  6. @cerimerah
    alamak...payah nk decribe la cerimerah. tapi sedap tau air ni...kalau nak tahu lebey kena cuba buat sendiri...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum cheq sue... yg nie akak belum perna lg cuba buat sndiri... tp minum tu perna ler...

    ReplyDelete
  8. - x suke la pulak ape2 ade perisa mint sbb rase cam makan ubat gigi...hehehe (cheq sue jgn marah no...)

    ReplyDelete
  9. @AI
    saya pun memula rasa cam tu gak al... tapi bila dah jadi air ni tak pulak rasa macam ubat gigi... he he he

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]