Friday, August 26, 2011

Fancy Ice Cream Cookies ~ Tak Berapa Nak Fancy

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kali ni nak masukkan n3 tentang biskut aiskrim pulak. Seumur hidup ni la baru sekali cheq sue membuat biskut ni. Makan memang suka tapi x pernah tergoda nak buat. Bila dok ngan kengkawan godek2 resepi biskut raya...datang pulak anginnya nak mencuba.

Bila dah buat tu rupa2nya senang aje...same kaedahnya dengan cara2 membuat almond. cuma masa nak cetak agak termelekat sikit di acuan yang bahagian hujungnya tu... Walaupun acuan tu dah dicelupkan dalam tepung tapi masih kena ketuk untuk keluarkan. Kalau nak guna jari risau pulak aiskrim tu patah. Apapun next time kalau buat dah tahu camana kaedahnya...


Untuk biskut ni cheq sue hanya membuatnya sebanyak satu adunan aje...test power dulu tgk camana ada kejadian ke tak...puas hati ke tak...kalau agak2 sukses boleh buat lagi aidiladha nanti. Rupa2nya bila buat memang cantik aje...rasa pun sedap... lagi sedap dari yang orang jual tu.. Biskut ni kompom anak-anak buah cheq sue suka. Jangan kata anak buah...makcik pun suka! Jangan lupa cuba ya!!!

Cair sungguh nengok ke biskut nih...

Biskut yang tengah disejukkan atas redai... ikut keselesaan sendiri je nak buat tu camana

FANCY ICE CREAM COOKIES
Sumber : Kak Ita @ Masam Manis


Bahan-bahan :
130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4 sudu teh baking powder
20gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan

Cara-cara :
Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
Hias biskut ikut creativiti anda.

8 comments:

  1. Ya ampun
    sempurna...
    rasanya sangat2 cantik, tak meleleq pun..................

    ayu nie kalaulah bab seni2 gitu.. sure serabai sikit maklumlah hari2 menghadap kuali belangga.. so, tangan agak kasar.. boleh banting2.. ketuk2.. hhehehhe

    ReplyDelete
  2. waaah buat dah yer biskut nie cheq sue.... comel comel comeeel!!!

    ReplyDelete
  3. @Citarasa Rinduan

    he he he...ala ayu ni...tak berapa nak cantik lagi tu... banyak nak kena improve lagi

    ReplyDelete
  4. byk jugak biskut sue thn nih....kita buat 4 jek...biskut samperit masih dlm perhatian..kekeke...

    saya kalau biskut kena celop2 coklat ni memang malas sgt nak buat..kekekke.

    ReplyDelete
  5. - alalaaa..comey nyer biskut sekerim ni cheq sue...

    ReplyDelete
  6. @quinnie

    banyak tak banyak gak Q... buat setengah adunan aje semuanya...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]