“Puan, sebenarnya suami puan perlukan masa untuk sedar semula.” Dr. Shahrul berkata padanya ketika membuat pemeriksaan biasa terhadap Firdaus. Masuk hari ini dah empat hari dia koma.
“Sebenarnya kami belum berkahwin.” Terkejut Iman dengan serkap jarang doktor muda itu.
“Maafkan saya. Tapi seperti yang saya cakapkan tadi, mungkin dia perlukan seminggu atau lebih dari itu untuk sedar semula. Walau bagaimanapun itu semua kuasa tuhan. Cik Iman selalulah memberi semangat pada dia.”
“Adakan kesan hentakan dulu memberi effect pada otaknya doc?”
“InsyaAllah tak. Cuma kita kena alert jika ada tinggalan darah beku di kepalanya. Kalau ada apa-apa sila bagitahu saya.”
“Baik doc.”
“Cik Iman, boleh saya cakap sesuatu?”
“Apanya?” Tergamam dia disoal begitu. Adakah berkaitan dengan Firdaus?
“Cik Iman dan Firdaus bagaikan pinang dibelah dua. Kalau nak langsung nanti jangan lupa jemput saya tau.” Sempat lagi doktor itu berlawak jenaka dengannya.
Dia tak tahu ke yang aku ni tengah berdebar menanti Firdaus membuka matanya semula?
*****
“Doktor…doktor…” Iman menjerit cemas bila dia melihat tubuh Firdaus bergoncang kuat hingga menggegarkan katil. Tangannya memegang kepala. Buat kali pertama setelah koma dia menggerakkan badan. Namun kekerutan di mukanya membayangkan kesakitan. Nama Dr. Shahrul dilaungnya berkali-kali.
Tidak sampai lima minit doktor itu masuk ke biliknya.
Dia memeriksa Firdaus. Stateskop ditekapkan ke dada. Nadinya dikira. Tangannya memeriksa mata. Seketika dia memandang Iman dan berkata…
“Kita perlu buat pembedahan segera ke atasnya. Tinggalan darah beku menekan otaknya. Nurse, tolak dia ke bilik pembedahan.”
Iman kaget. Nak buat macam mana ni? Kejadian itu berlaku sekelip mata. Dia hanya mampu memandang Firdaus ditolak keluar dari bilik itu…
Dia terasa seperti hendak menangis tapi tiada air mata yang mahu keluar. Setelah Firdaus dimasukkan ke bilik pembedahan, dia hanya berulang alik di depan pintu, seperti orang yang hilang akal. Puan Adibah pun tidak ditelefonnya. Dia lupa di mana handsetnya. Yang dia tahu, semoga Firdaus selamat di bedah.
Lapan jam dalam bilik pembedahan, Dr. Shahrul keluar. Dia tersenyum memandang Iman.
“Alhamdulillah kami dapat menyelamatkan dia. Syukur pada tuhan. Cik Iman boleh jumpa dia tapi jangan banyak bercakap. Dia masih lemah dan belum sedar sepenuhnya. Kesan bius masih belum habis.”
“Terima kasih doc.”
“Cik Iman temanlah dia. Dia betul-betul perlukan Cik Iman sekarang.” Ikhlas kata-kata Dr. Shahrul. Sejak dari tadi dia mendengar tiada nama lain yang Firdaus sebutkan. Walaupun seperuh sedar, hanya nama Iman keluar dari bibirnya. Tak pernah dia berjumpa dengan pesakit yang seperti itu sebelum ni…
Sungguh teguh cinta mereka.
“Iman…Iman…” Firdaus bersuara lemah.
“Ya bang. Iman di sini.”
Tangan saling digenggam. Terasa kehangatan mengalir ke segenap sarafnya. Firdaus tersenyum. Walaupun masih lemah, masih lagi mampu mendatangkan debar di hatinya.
“Alhamdulillah abang dah sedar. Lega hati Iman.”
“Mama mana?”
“Mama on the way ke sini. Abang nak apa-apa?”
“Hulurkan abang air.”
Iman menolong Firdaus meneguk air. Dahaga sungguh nampaknya.
“Terima kasih kerana sudi temankan abang.”
“Sakit abang sakit Iman jua. Kalau kita tak alami bersama, macam mana nak berkongsi hidup nanti.”
Firdaus tersenyum dengan jawapan Iman. Tangan gadis itu dukucup dan di bawa ke dadanya. Biar dia rasa degup jantung itu hanya untuknya. Biar Iman sentiasa di sisinya.
Dia kembali memejamkan mata. Kesan ubat masih bersisa.
Iman membelai rambut Firdaus. Anak-anak rambut yang jatuh ke dahi diselak ke belakang. Sesungguhnya demi tuhan kasihnya kini hanya tertumpah pada lelaki itu…
- dugaan betul utk mereka...
ReplyDelete@AI
ReplyDeletedah nak abes ni al...