Sunday, August 7, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 36


Hari-hari yang indah di Kuala Lumpur…
Buat pertama kalinya hari ini Iman dan Firdaus dapat menghabiskan masa berdua dengan kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mereka hanya berdua tanpa gangguan sesiapa. Selepas seminggu bergelar suami isteri, mereka masih lagi dalam kemanisan perkahwinan. Belum sempat untuk berbulan madu kerana kesibukan kerja namun satu kelebihan bila Iman juga turut bekerja di Kuala Lumpur. Malah kini dia hidup sebumbung dengan gadis idaman yang telah menjadi isterinya itu. Dia tidak mahu walaupun mama menyuruhnya tinggal saja di Keramat. Tidak senang hatinya terus menyusahkan wanita itu. Cuma dia berjanji andai ada masalah dia akan merujuk kepada mamanya. Tapi buat masa ini dia yakin dengan kebolehan untuk mengemudi bahtera rumahtangganya agar tidak goyah jika di landa badai. Lagipun peristiwa yang lalu benar-benar mematangkannya. Cukuplah sekali dia merasai pedihnya bila terluka. Sekarang dia akan cuba untuk tidak melukai dan dilukai…

6 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]