Wednesday, August 24, 2011

Sosej Roll Che Mat

Assalamualaikum & salam sejahtera

Amboi amboi amboi.... Kemain korang eh...berderet2 beskut raya yang kuar... mak jeles okeh...jeles! Sebab tu harini mak CRK sebab mak nak setelkan beskut meskut nih (???????????????????????????-geli) . Hi hi hi...

Sebelum tu cheq sue nak masukkan satu n3 yang dah pun dibuat 2 3 hari lepas. Camana buleh miss sosej roll ni pun tak tahulah, dok ada aje dalam draft... mmmmmm xpelah kuar lambat sikit ya... bagi reda sikit penangan sekut raya tuh... Untuk sosej roll ni cheq sue pastu ramai yang dah buat. Resepinya cheq sue amek dari blog DTS...memula tgk tu terkezutttt kemain nengok ke kegebuan roll che mat... yang cheq sue buat ni idok le leh lawan cikgu tapi alhamdulillah cukup sedap rasanya.

P/s : stok mayonis kat rumah dah abes... tu yang letak sos cili aje... hurmmmm


Sebenarnya dalam resepi cheq mat tu dia buat untuk 14 batang sosej, tapi cheq sue ni puas nak oter...tak dapat sebanyak tu cuma menghabiskan baki sosej sebanyak 9 batang sahaja. cheq sue suka sangat kalau buat resepi che mat ni sebab kuantitinya sedikit dan tak perlu simpan 2 3 hari nak ngabeskannya.


Roti ni pulak dibuat dalam 2 versi, goreng dan bakar. Sejujurnya cheq sue lebih suka sosej roll @ roti sosej yang digoreng sebab rasanya macam kena aje... Yang bakar tu pulan xde kerangupan macam yang digoreng. Tapi ni bergantung pada selera masing2 la yer... kalau ada yang suka nak kukus boleh la cuba... Ada ke?? So...boleh la buat ya berpandukan resepi kat bawah ni..

SOSEJ ROLL
Sumber : Che Mat @ DTS

BAHAN DOH ROTI :-)
-250 gram tepung roti (high protein flour)
-50 gram gula halus
-1/2 camca teh garam
-1 camca besar penuh susu tepung (mat guna susu everyday)
-1/4 camca teh bread improver
-1/4 camca teh bread softerner
-30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram)
-6 gram instant yeast (mauripan)
-30 gram mentega
-125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)

BAHAN LAIN :-)
-14 batang sosej ayamas
-Telur untuk disapu (baki 30 gram tadi)
-Bijan untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-) 

UNTUK DOH :-
-Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh.
-Kemudian uli hingga mendapat doh yang elastik, lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan
-uli 10 - 15 minit tanpa henti.

KAEDAH LAIN :-
-Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on"..tunggu hingga siap. 
** cheq sue masukkan dalam food processor aje..

UNTUK SOSEJ ROLL :-
-Sosej dicelur sekejap dalam air panas, toskan dan biar sejuk, lap kering dengan paper towel. Ketepikan. -Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ratakan doh 
-Potong kepada 14 jaluran sama saiz. Ambil 1 sosej, dan lilit dengan 1 jaluran doh tadi, pastikan ianya bertindih, dan hujung doh, selitkan dibahagian bawah doh.
-Kemaskan san susun dalam layang pembakar. Buat hingga siap. Untuk cara melilit, anda boleh lihat di sini.....
-Sapu telur pada permukaan roti dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan roti atas jaringan. Hidangkan...

8 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi sue--
amboi2..........
memikat hati ku..
CMG mmg terro kan,
ayu pun nak try gak

Cheq Sue said...

@Citarasa Rinduan

pagi ayu...
kalau masuk DTS memang rasa nak fengsan...jenuh tergoda kan?

H.J said...

blh buat kuih raya ke ni??aha

AI said...

- wahhh...sedap nye cheq sue...

nuwairani ismail said...

ada 1 paket lagi sosej ni...tak tahu nak masak pe dah...

Cheq Sue said...

@H.J

haishhh... pasai apa xleh pulak...

Cheq Sue said...

@AI

Sedap sokmo! cu try gok skali...

Cheq Sue said...

@nuwairani ismail

buleh la try ni nani...nak balik dah ni baik clear mana2 hk boleh masak tuh..