Monday, August 8, 2011

Iftar 7 : Ikan Talapia Percik

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat bekerja ya... Kejap aje kan dah Isnin... kalau boleh Sabtu sampai Jumaat nak cuti tapi apakan daya, kena jugak memenuhi tuntutan hidup. Harapnya semoga hari ni akan berlajan lancar dan semua tugasan dapat disempurnakan sebaiknya.

Semalam, menu berbuka agak istimewa walaupun serba kekurangan. Bila bulan puasa, selain kurma, percik juga merupakan satu menu yang sentiasa menggamit memori tambah2 untuk orang Kelantan yang sangat terkenal dengan percik merah atau percik lemaknya.

Untuk percik ni, cheq sue menggunakan ikan talapia.. Dulu dah buat di Lipis, alhamdulillah sedap dan memang tak ragu2 untuk dicuba lagi. . Cheq sue dah pernah masukkan satu n3 tentang percik ni... dan cheq sue cnp semula cuma ada sedikit olahan semasa memasaknya. Ye lahhh...kalau boleh bakar dengan arang alangkah bagusnya...tapi sebab nak dibakar guna dapur gas, guna arang, tentu la lain sikit... Ok..jom semak resepi ni okeh...
Kalau bakar dalam oven biasanya ikan ni akan keluarkan air, jadi percik ni jadi basah2 sikit

IKAN TALAPIA PERCIK 
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- 1 ekor ikan talapia – bersihkan dan kelar, bubuh garam kunyit seketika
- *4 biji bawang merah
- *1 biji bawang putih
- *1 cm halia
- *5 biji cili kering
- 2 cawansantan pekat dari sebiji kelapa
- 2 batang serai – titik
- garam gula secukupnya

Cara-cara :
- Blend / tumbuk bahan *
- Masukkan ke dalam santan. Masukkan juga serai. Masak dengan api perlahan sehingga agak2 pekat. Ketepikan. (masak dalam kuali)
- Balut ikan dengan aluminium yang dialas dengan daun pisang
- Bakar sehingga masak di atas ceper @ oven (suhu agak2 la ya... 190' - 200' gitu)

Cara untuk meletak kuah percik (alternatif) :

- bila sudah masak, buka aluminum dan letakkan ikan ke dalam dulang / bekas tahan panas
- tuangkan kuah percik yang telah siap di masak dan bakar sebentar menggunaka api atas dan balikkan bahagian bawah pula
** cheq sue buat cara ni
@
- masukkan ikan yang telah dibakar ke dalam kuali yang berisi kuah percik. masak seketika
@
- bila ikan dah masak, terus tuang kuah percik ke atas ikan
@
ikut je mana2 kesesuaian korang....

**Jika ingin membuat percik putih (lemak) tak perlu masukkan cili kering. Tumis yang disediakan untuk disapu pada ikan juga boleh dijadikan tumis untuk nasi kerabu (masak sehingga pecah minyak dan boleh tambah daun limau purut)



14 comments:

  1. a'kum.. alamak, org tak puasa pn leh terbatal puasa ni (puasa berpantang, hehehe..) silap enter frem, patut pilih entry takde gmbr makanan :P jgn mareee~

    hehe, terima kasih ek cheq sue, dpt dah pdf roti tu. yeeeeaay~ hehe, nnt nk kongsi dgn membe skali leh? dia pn tertinggal pdf roti ni, hahaha..

    ReplyDelete
  2. Assalam sue..
    baru pukul 11 lebih lama lagi ni sue..sedapnya ikan percik tuu..dapat makan dengan nasi panas2 aje dah cukup ni!!

    ReplyDelete
  3. aduh aduh sedapnyeee nampak, kena tahan puasa lg nih huk3

    ReplyDelete
  4. whoaaa tliur dni tengok ni sero nok makey lalu hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnye la hai .tgok gambar ni terus rase lapa.he3

    ReplyDelete
  6. @Zack Zachoes
    nasib baik jumpa fail e-book tu zack, kalau tak tak tahu mana nak korek... wahhhhh...zack skarang aje sonoknye...nanti sebulan kena ganti tau..... :)

    ReplyDelete
  7. @Ayu
    semalam banyak yang ratah dari makan dengan nasik... maklumlah ikannya terlebih besar..

    ReplyDelete
  8. @Princess Feyqa
    feyga...tahannnn....lambat lagi nak berbuka ni

    ReplyDelete
  9. @Ardini Humaira
    hop alohhhhhh...orang kelantan jugak kow dak dni nih... sekapal ghuponyow kito

    ReplyDelete
  10. @KuNanGKuNanG
    ko jangan asek nak nelan ayaq liur aje gie... batal pose kang

    ReplyDelete
  11. - cantek header baru...
    - sedap nyer talapia percik...lagi2 kalo dpt yg cheq sue masak...

    ReplyDelete
  12. @AI
    komen ni ada unsur2 rasuah nih... he he he

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]