Thursday, August 4, 2011

Daging Goreng ala Kaprau

Assalamualaikum & salam sejahtera

Untuk berbuka semalam cheq sue mencuba satu resepi yang diambil dari Dapur Kak Jee. Dah ramai yang mencuba resepi ni...sejenis Thai food...memang maveless la. Cheq sue pun teringin nak cuba dan dah menyimpan resepinya agak lama..bukan apa...tunggu beli daging dulu. Stok daging ni jarang2 sangat ada di rumah..sebab susah nak habiskan. 

**dah dua hari menu daging ni... tu pasai nyampah kalau ada stok daging banyak2 nih...

Oleh kerana resepi ni menggunakan daun selasih (sebenarnya tak kenal pun daun tu...malu je) cheq sue ada la tanya pada kengkawan camana ghupenye... kata Kak Jee, kalau xde daun selasih kurang kick rasanya nanti... Haaaaaaaaaaaa memandai je aku... Alhamdulillah rupanya daun selasih ni adalah daun basil yang boleh di dapati dengan senangnya di kebun belakang umah cheq sue ni... 
Okay...cheq sue CnP kat sini lak ye kak jee resepi kaprau ni...lain kali nak cuba buat dengan benda2 lain pulak... (ibarat kata Izah...menerai dengan binatang kesukaan memasing... he he he)
Sruppppp....

Daun selasih @ basil, fresh from farm..

Pelengkap hidangan, sup cendawan... Kena la dengan daging yang agak2 kering tu


DAGING GORENG ALA KAPRAU
Bahan-bahan :
-250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam / sotong) 
-2 sudu besar paste tomyam cheq sue guna paste tomyam Knorr
-cili api  diketuk2 x suka pedas..letak 1 bijik je dan setengah biji cili merah
-2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan) cheq sue guna sebijik
-1 sudu besar kicap manis
-1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai) sama
-daun selasih cheq sue masukkan 5 helai
** cheq sue buat ni dalam kuantiti sedikit je, kira2 sekali makan 

Cara-cara :
-Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.
-Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8 cheq sue hiris aje. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. 
-Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
-Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. 
-Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang. cheq sue x masukkan, takot lak jadi bawang kaprau...maklumlah daging tu cinonet aje... hu hu hu

 

12 comments:

  1. apesal nampak sikit je daging tu?dah makan separuh eh cheq sue.?haha

    ReplyDelete
  2. salam Ramadhan...lum pernah try buat ngn daging..mesti sedap yer..

    ReplyDelete
  3. baru perasan cheq sue dah ader header ler^^ hihihi.. nice!
    err cheq sue, sup cendawan tuh ada letak isi ayam x?

    ReplyDelete
  4. @H.J
    haishh... ore meme masok sikit jah la...

    ReplyDelete
  5. @Rabiatun Adawyah
    memang sedap la kak tun buat dengan daging ni... puas ratah

    ReplyDelete
  6. @LuN@_aiDi
    header tu percubaan baru luna...baru belajar buat... sup cendawan tu kosong je...sayur semata-mata... :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum cheq sue...
    wah dah buat dah yer.. akak lom terbuat2 lg.. huhuuu... tambah2 lg nie kena cuti memasak kan.. kena masuk list jer nampak gayanya dulu...

    ReplyDelete
  8. macam best je...nak tryla weekend ni...selamat berpuasa dan salam perkenalan dari marina

    www.marinafazli.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. @Diana @ Melley Mey
    sementara ada daging kat umah ni kak...kena la cuba, asik tgk aje mane leh tahan

    ReplyDelete
  10. @Marina
    salam perkenalan jugak marina... menu ni sedap tau...memang tak rugi mencuba

    ReplyDelete
  11. salam..

    sungguh sedappppppppp daging tuuuuu

    ReplyDelete
  12. @sekamar rindu
    alhamdulillah sedap...berselera makan semalam

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]