Friday, August 26, 2011

Biskut Cornflakes Badam Berhias

Assalamualaikum & salam sejahtera

Mmmmm ada lagi beberapa biskut raya nak nak dipublish...insyaAllah akan dibuat secara autopost. Bila dah ada di kampung faham2 ajelah line tak berapa nak ada...sibuk nak hadap benda lain...nak itu nak ini..ntah dapat ke tak nak ngadap blog ni...

Untuk biskut cornflakes badam berhias ni... cheq sue buat sebab nak habiskan badam lebihan almond london dan cornflakes. memula tgk di blog kak yatt macam cantik aje dengan coklat putih dan badam kat atas tu... nak buat pun simple...kurang lebih dengan almond london bezanya badam di dalam dan diluar sahaja. Rasanya pun lebih kurang sama...cuma yang ni ada ditambah sedikit serbuk cornflakes.


Biskut ni yang ke berapa ya.... tahun ni dalam 11 @ 12 jenis jugak buatnya. Mmmmm untung kan buat sendiri ni, buat separuh adunan, dapat banyak jenis... Kalau ada sesape yang masih mencari resepi biskut ni boleh la cuba buat...senang aje tau...

Okeh...korang layan-layan la ya...jangan segan-segan!

BISKUT CORNFLAKES BADAM BERHIAS
Sumber : Yatt @ Easybakes

Bahan A
125gm mentega
25gm shoertening
80gm gula ising
1 biji telur

Bahan B
30 gm tepung kastad
50 gm tepung jagung
100 gm tepung gandum
20gm cornflakes
1/2 kecil serbuk penaik

Bahan hiasan
Badam panggang
Coklat masakan putih
Coklat masakan


Cara-cara :
1. Satukan Bahan A & pukul sebati. Masukkan Bahan B & gaul rata sehingga menjadi doh.
2. Bentukkan adunan doh menjadi bujur. masukkan doh dalam cawan kertas
3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C (ikut oven masing2) selama 15-20 mins
4. Bila biskut dah masak, sejukkan. Tuangkan 1 sudu besar coklat masakan yg telah dicairkan & letakkan sebiji badam panggang diatasnya
5. Kemudian lorekkan dengan coklat masakan putih

4 comments:

  1. wah. mak baru je buat biskut cornflakes aritu. banyak nye akak buat kueh raya sampai 11 jenis. huhu~

    ReplyDelete
  2. rajinnye...ada lebih leh la anta kat sy cikit ye.he3
    kat raya ila dah smpi..time kasih byk2..besar lak tu.siap ada muzik lg..malu plak rasenye, sy bagi kad kecik je.huhu

    ReplyDelete
  3. - wah mabeles nih...badam yg rangup...fuhhhh...

    ReplyDelete
  4. berapa balang dah ni sue? rajin betul...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]